Tuesday, July 24, 2007

selamat pagi cikgu!

aku terkenang zaman bersekolah dulu-dulu:
* membawa pucuk paku, pucuk ubi kayu ke sekolah untuk diberi kepada cikgu.
* memadam papan hitam, membersih meja cikgu, mengutip sampah sekitar sekolah.
* sambut cikgu di kereta, tolong cikgu bawa buku, belikan sarapan cikgu di kantin.
* kelilingi cikgu di bawah pokok manggis, mendengar cikgu bercerita, bernasihat teladan.

aku terkenang zaman bersekolah dulu-dulu:
* jerkah cikgu menggigilkan seluruh kelas, diketuk pembaris dahi berbekas.
* didera berlari keliling padang, berdiri atas bangku, telinga terkoyak berdarah dipulas.
* cikgu berbasikal masuk kampung menziarahi anak muridnya yang sakit pening.
* cikgu ziarahi rumah ke rumah jika ada anak muridnya berhari-hari tidak ke sekolah.

aku terkenang zaman bersekolah hari ini:
* sekali anak dicuit, emak bapak datuk bapak satu kapal menggigil sakit otak!

11 comments:

sinaganaga said...

C+

Abang Long said...

Wahai Saudaraku Pyanhabib. Memang benar, zaman persekolahan saya, hampir 30 tahun yang lalu, sememangnya adalah zaman yang paling indah. Hingga kini ajaran GURU masih berbekas.

j or ji said...

Setiap kali Cikgu Kudus memeriksa buku latihan ilmu hisab saya,dia akan membalingnya ke lantai dan saya terpaksa mengutipnya semula.
Terima Kasih Cikgu Kudus.

Zaman ini,cubit sikit dah masuk balai.

Pa'chik said...

oh ustazah yang comei yang suka mengutil perut... lembut sungguh tangan dia... tapi pedih.. oo...

Aku Bukan Bidadari said...

budak hari ni memang dah hampeh semua.. kalo buat kajian

Produk (orang manusia murid rakyat) yang bagus keluaran hanyalah sehingga tahun 1980, lebih daripada tu semua tak bermanafaat adn berkhasiat.. kena rombak semula..

kalo selidik mat2 rempit sumer keluaran tahun 1981 dan keatas,

kalo selidik bohsia bohjan keluaran tahun 1981 dan keatas,,

huhuuhu

err abg pyan salam kenal...

Nizam Rusli said...

ya, selamat pagi..

Ayu Azuraimi said...

mengigil saket otak! ;)

pyanhabib said...

naga,
c+ pun si campurlah!
abang long,
sekolah dulu best!
jorji,
ha, balai boleh cerita!
pa'chik,
aduiii.....
lu bukan bidadari,
hampeh sehampeh hampehnya.
nizam,
selamat petang!
ayu,
selain lutut!

ARI said...

Cikgu dulu sayang murid
Cikgu sekarang sayang duit

Realiti.

blackpurple said...

Kerjaya seorang cikgu sekarang berisiko tinggi!

Mat Jan said...

"Abang pyan, gambar ashman camping yang dalam CD tu boleh tengok ke tak?" tanya Cikgu Su.