Thursday, October 29, 2009

perkhemahan 1malaysia

1. ada pihak yang bangang menuding jari, menyalahkan murid-murid sekolah yang menyertai perkhemahan 1Malaysia sebagai punca jambatan runtuh. kata mereka jambatan gantung yang menerentangi sungai kampar, perak tersebut runtuh kerana murid-murid melompat-lompat di atasnya. ceh!

2. pihak yang bangang ini sememangnya penuh kebangangan kerana kalau mereka tidak bangang mereka akan tahu bahawa jambatan gantung tersebut (yang dibaca sebagai projek mi segera, perabeh bajet hujung tahun!) tidak sepatutnya runtuh (selain kuasa tuhan) walaupun dilompat-lompat bapak gajah atau dilalui kereta kebal sekalipun!

*gua macam bangang dengan stail cuci tangan ini, lihat (begitu mudah) di sini dan bandingkan sini

*takziah buat keluarga tiga murid yang meninggal dunia dalam tragedi perkhemahan 1malaysia.

Thursday, October 22, 2009

entri di sini, sepatutnya:

pyanhabib (ulang: PYANHABIB) diminta lancar buku `sembang tepi jalan' tulisan meor yusof aziddin, 24 oktober 2009, sabtu pukul 3 petang di annex gallery, central market. sekian.
* meor yusof adalah anak muda yang sama yang menerbitkan album DRUR dan dilancarkan oleh a samad said baru-baru ini. sekian.

1. tetapi gua juga mahu cerita: gua temankan a samad said ke opis muslim aid siang tadi.

pengarah muslim aid, wan rusli memberi penerangan mengenai program qurban for life sewaktu gua menemani pak samad (a samad said) mengunjungi pejabat muslim aid asia cawangan malaysia di bangsar.

2. misi gua introkan papa rock kepada bos muslim aid setel seperti mana gua setelkan acara menghadap nasi putih berlauk kambing di bilik ekon mamak mahbub!

dan, selepas selesai acara nasi putih lawan kuah campur-campur lawan lauk kambing lawan acar timun lawan air kosong (sementara tunggu round kedua teh tarik), gua pun kena jawab!

* untuk kasi lebih jelas: dalam tin itu berisi daging kambing`qurban for life' manakala yang berbaju hitam dok tenung daging kambing dalam tin itu, memanglah gua!

Wednesday, October 21, 2009

lagu mana?

lagu mana? lagu mana gua mahu bikin entri dalam ini blog kalau dalam kepala gua hari-hari berdepan akan benda alah ini? yang tersebut adalah tiga manuskrip novel yang gua kena setel kurang dua minggu! (dengan angkuhnya gua letak pembaris untuk membuktikan manuskrip novel itu jelas lagi nyata hampir setebal empat inci, heh he!)




sebenarnya gua malas cerita tetapi kali ini gua bikin jom heboh: ya, ini jam gua kena setel edit tiga novel hampir empat inci tebal dalam masa kurang dua minggu. ini bukan novel gua. orang punya. penerbit kasi gua bikin ini kerja. kata dia orang, gua editor freelance. kata penerbit yang gua dikasi job, gua panel editor, ha! ini bukan kata gua, ini kata dia orang walaupun gua patut masuk keranjang dan angkat sendiri, kan? segan la. sudah bertahun gua bikin kerja ini. sudah berpuluh penulis gua conteng karya mereka dan berpuluh novel yang gua conteng itu ada dijual di mph, popular, border, kinokuniya. dalam berpuluh novel itu ada tercatat nama gua sebagai editor atau pentestimonial , ceh! malaslah gua cakap lebih-lebih. apa pun, kalau lu orang ada bikin novel dan mahu terbit, meh, cari gua! (syyy, jangan cari orang lain...)

Sunday, October 18, 2009

entri selepas gig DRUR sepatutnya:

* seorang pelancong cm (berbaju putih) dan kenalannya dari rice cooker. gambar ini sempat ditangkap oleh tukang tangkap gambar sebelum diekori pengawal cm yang menyelak `kad kuasa' yang diselit dipinggang. gua ingat diaorang mata-mata gelap, fuh!

setel event pelancaran/gig DRUR kat dewan serba guna AU2 (dewan tempat orang kenduri kawin -ada aircon oi), entri selanjutnya di sini sepatutnya:
1. naikkan semula catatan gua tentang muslim aid bersama ramli sarip dan a samad said.
3. catatan dan gambar-gambar gig DRUR
4. atau gua patut promot diri sendiri (tih tih tih...) kerana diminta lancarkan buku `sembang tepi jalan' tulisan meor yusof aziddin di annex central market pada 24 oktober ini pukul 3 petang. masuk kena bayarrrr! (gua tak tanggungjawab)
5. atau barangkali gambar gua bersama hang tuah!

*mahu jadi cerita: pengurusan lama central market pernah `ban' gua pada tahun 90-an sewaktu gua sepatutnya shoting drama Valentine, alasannya: gua dan kawan-kawan pernah buat kacau. gua teringat gua punya kawan pengarah filem, kejar dengan penyapu satu orang dari pihak pengurusan central market kerana ganggu kami sewaktu penggambaran filem Rozana Cinta '87. bertahun-tahun gua boikot ke tempat tersebut hinggalah pengurusan central market diambil alih. mahu panjangkan cerita: pengurusan cm sekarang pun lebih-lebih juga, pelancong ambil gambar kenangan dalam cm pun diekori pengawal sambil selak baju tunjuk `kad kuasa' (kunun) terselit kat pinggang stail mata-mata gelap. itu yang berlaku masa gua jalan-jalan dengan hang tuah jumaat 16 oktober lepas, member tukang ambil gambar tenung dia nampak kecik je!

Thursday, October 15, 2009

a. samad said. meor yusof. rahmat haron. nikbinjidan. pyanhabib. amin iskandar. hishamuddin rais. bikin gig, meh!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT di Dewan Serbaguna AU 2, Taman Keramat, Hulu Klang pada Sabtu, 17 Oktober mulai lepas Isyak



Ini sebuah album yang merakamkan bunyi, suara, gendang, bangsi, puisi, lagu dan nada perjuangan rakyat.

Sepuluh buah lagu dalam Album ini dilahirkan dari pengalaman seniman yang bertempur sebaris dalam angkatan rakyat.

Album ini diisi dengan bunyi akta zalim ISA – suara YB yang korup - dan laungan untuk bersama berani turun ke jalan raya. Juga di puisikan kembali pembunuhan Memali. Semua lagu-lagu digubah , dimusik dan dinyanyikan oleh Meor Yusof Aziddin.

Hanya sebuah lagu tentang pejuang kemerdekaan : Shamsiah Fakeh yang dimerdu dan dilunakkan oleh gadis cun : Mlle Mei Chen.

Lirik lirik ditulis oleh perbagai bentuk jenis manusia dari Rahmat Haron, Amin Iskandar, Amir Hamzah, Pyanhabib, Isham Rais, Abdullah Jones dan Ubilepeh.

Susuk yang dipanggil Meor ini bukan orang baru dalam dunia seni. Di zaman gempaq reformasi dahulu – ramai penyanyi genre bodek telah kecut telo – tetapi anak muda si Meor ini telah mara ke hadapan dengan gitarnya untuk mendendang dan menyemarakan api reformasi di jalan jalan.

Justeru album Dari rakyat Untuk Rakyat ini telah mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan lagu-lagu bergenre bodek, lagu merewang-merewang atau lagu jantan bodoh menangis ditinggal kekaseh.

Album ini adalah dalam tradisi Paris Commune 1871 – dimana para pejuang – para communard - setelah hangat bertempur akan berehat dengan suara nyanyian, gesekan biola dan tiupan bangsi para revolusineer untuk bangun bersemangat kembali agar dapat bertemur di keesokan hari.

Kalau Internationale lahirkan oleh Eugène Pottier di Paris Commune pada June 1871 – maka Dari Rakyat Untuk Rakyat ini dilahirkan dari pertempuran reformasi semenjak tahun 1998.

Anak muda yang mengakui dirinya anak muda wajib memiliki album ini. Hanya anak anak muda yang telah dituakan tidak perlu mencium atau mendengar dendang-dendang dari album ini.Para revolusineer yang ingin mengubah dunia album ini adalah teman bersantai. Untuk para reformis album ini adalah tanda setia terhadap perjuangan.

Untuk mereka yang berani mengakui diri sebagai susuk berseni maka album ini adalah passport dan kad pengenalan diri. -TT


DIJEMPUT DATANG BERSANTAI DAN BEREVOLUSI

Album ini akan dilancarkan:
Di Dewan Serbaguna AU 2,
Taman Keramat, Hulu Klang.
Hari Sabtu. 17/10/2009
Mulai seepas Isyak.

Sunday, October 11, 2009

Muslim Aid: Catatan kecil

1. Muslim Aid International cawangan Asia telah lama wujud di Malaysia. Yayasan ini diasaskan oleh Yusuff Islam @ Cat Steven pada tahun 1985. Aktiviti kemanusiaannya melangkau sempadan tanpa mengira agama, batas kaum atau warna kulit.
2. Saya mula akrab dengan Muslim Aid.
Saya kenal Saudara Wan Rusli Wan Muda, pengasas Muslim Aid Asia.
Saya membisikkan kepada Sasterawan Negara A. Samad Said.
Saya hubungi sahabat saya, karyawan muzik Ramli Sarip.
Hasilnya, dua legenda ini menyertai kami di Muslim Aid dengan kerendahan hati.
3. Selain berpejabat di Kuala Lumpur, London, Munich dan Sydney, rangkaian Muslim Aid mempunyai pejabat hampir di seluruh dunia.
4. Dan, dengan kemurahan hati rakyat Malaysia melaksanakan ibadah qurban, setiap tahun Muslim Aid membantu memberi makanan kepada beratus ribu mangsa kebuluran di serata dunia.
5. Jika anda ingin beribadah qurban untuk mereka yang benar-benar memerlukan, layari: www.qurbanforlife.com atau telefon: 03-22881996/03-22821996

* Berhati-hati dengan mereka yang mengambil kesempatan `kunun' mewakili Muslim Aid. Hubungi pejabat atau dapatkan info: www.muslimaidasia.com untuk lebih selamat.

gua tangkap papa rock join Muslim Aid



"rock, rock juga. ingat tuhan. hormat ibu bapa,
jangan kurang ajar!"




meh, join Muslim Aid!



gua boring, gua ada Muslim Aid

Friday, October 9, 2009

menjelang pembentangan belanjawan ii

gamaknya,
inilah keuntungan kapitalis
selepas harga rokok diwartakan
oleh kerajaan malaysia
naik DUA PULUH SEN:

1 million = 1.000.000
1 milliard = 1.000.000.000
1 billion = 1.000.000.000.000
1 billiard = 1.000.000.000.000.000
1 trillion = 1.000.000.000.000.000.000
1 trilliard = 1.000.000.000.000.000.000.000

* gua belai misai, gua lurut janggut!

Tuesday, October 6, 2009

menjelang pembentangan belanjawan

duit dalam tangan rm60 bilion, rakyat malaysia 27 juta orang. ambil rm1 bilion daripada rm60 bilion itu, sedekahkan rm1 juta kepada setiap seorang rakyat malaysia. hasilnya: rakyat malaysia akan kaya raya dan tiada yang miskin atau papa kedana!

* rm1 bilion = rm1000 juta (@1.000.000.000)
rm1000 juta tolak rm1 juta seorang (baca: 27 juta rakyat)
baki: (.....)
= gua belai misai, gua lurut janggut!