Monday, December 31, 2007

2008

selamat tahun masihi 2008, selamat cari makan!

Tuesday, November 27, 2007

wakil rakyat kurang ajar

gedebe itu tidak guna otak di kepala,
dia guna otak di lutut untuk angkat kaki
tendang lawan yang guna otak di kepala!

*latar: sidang dun kelantan

Thursday, November 22, 2007

anjing?

wartawan/pengamal media dianjingkan?
yang menganjingkan itu sememangnya anjing!

hahaha

tataw apa nak tulis!

Sunday, November 11, 2007

kebangsatan bahasa i

`berbanggalah
bahasa kebangsatan kita
marilah amalkan ramai-ramai
bahasa telah memisahkan
kita semua
bahasa jiwa bangsat!'

*betapa bahasa melayu dibangsatkan
bahasa malaysia mengilai di parlimen!

kebangsatan bahasa ii

cina lawan cina = bahasa cina
india lawan india = bahasa tamil
melayu lawan melayu = bahasa malaysia?

sekian lama:
sekolah jenis kebangsaan (cina)
sekolah jenis kebangsaan (tamil)

akan wujudkah:
sekolah jenis kebangsaan (melayu)?
atau
sekolah jenis kebangsaan (malaysia)?

melayu hanya pada baju!

Saturday, November 10, 2007

daulat tuanku!

`100,000 rakyat rela memilih untuk ke jalan raya,
100,000 rakyat tidak rela memilih untuk masuk hutan!'

Tuesday, November 6, 2007

peRsona?

ada satu mamat, diam-diam sudah beli kereta.
satu mamat lain, diam-diam bocor itu rahsia.

sms pagi sabtu:
`dia dah beli kete. nak gi cm tatau jalan'
`dia mai sentul dulu amek wa suruh tunjuk jalan'
`dua hari lepas, kete dia dah kena langgar dah!'

`oit, dia dah terlajak sampai cokit, ha ha!'

`weh, dia dah kat masjid india pulak, wa kena naik lrt la'

(hendak ke cm tidak tahu jalan, hendak ke sentul tidak tahu jalan,
daripada terlajak ke batang kali atau ke sepang, lebih baik mamat itu
dibiarkan `berqiamulail' kat masjid india, aku bercadang)

sms pagi rabu:
`dia pakai kete pesona warna silver. yelah - esokkan deepavali. ha!'

* ops! aaaaa... bukan pasal mamat itu beli kereta atau kena langgar
atau terlajak jalan atau warna silver atau esok deepavali tetapi aku tertarik
nama kereta itu. `Persona'.

Persona atau Pesona?
lantaklah. apa ada pada nama 'kan?

.....!

+ sebelum ini gardenia, roti putih yang diperkaya,
berat bersih 400 gram harganya RM1.90 sen (aku sudah jimat
10 sen jika aku miliki RM2).
- sebentar tadi gardenia, roti putih yang diperkaya,
berat bersih 400 gram harganya RM2.10 (aku kena tambah
20 sen daripada RM1.90 sen).
- aku tidak tahu bila harga baru roti tersebut diwartakan
dan aku tidak tahu apakah nilai berat bersih ia juga sama.
- jika sebelum ini aku sudah jimat 10 sen, sekarang aku kena
tambah 20 sen untuk memliliki roti tersebut.

* maka itu apabila abdullah bin ahmad minta rakyat berjimat cermat,
aku tidak tahu sama ada aku harus marah atau ketawa berdekah-dekah.

Tuesday, October 30, 2007

aduh!

+ demi rakyat marhaen dahulu kala:
- projek-projek MEGA telah dibatalkan.

- demi rakyat hadhari hari ini:
+ berbilion ringgit malaysia dilabur dengan MEGAH!

= mangsanya, anak-anak kami. aduh!

lingkup

+ abdullah ahmad umum peruntukan rm112 bilion (ulang: ringgit malaysia
seratus duabelas bilion) biaya pembangunan wilayah ekonomi pantai timur (dimatsalihkan `ecer').
- persatuan mamak restoran tuntut kenaikan harga roti canai, alasannya,
harga tepung naik 15 sen sekilogram sejak mei (sejak mei dan terlepas pandang?)

= tidak kira, rm112 bilion atau 15 sen,kedua-duanya lingkupkan duit aku!

Friday, October 26, 2007

*pita lingam

lingham's adalah jenama milik lingham & son.
antara produk terkenal lingham's ialah sos cili.
lingham & son sudah wujud sejak tahun 1908.
makanya, ia tak ada kena mengena dengan `pita lingam'.
sekian.

*pita lingam:
bpr vs anwar ibrahim

Thursday, October 11, 2007

pungguk...

sekian lama kita menjadi`pungguk rindukan bulan', hari ini
melayu ke angkasalepas, makanya `pungguk rindukan bulan'
patut dipupuskan daripada peribahasa melayu, ha!

Tuesday, September 25, 2007

batublok

`melayu malas membaca tetapi rajin tulis blog'
masalahnya, aku malas tulis blog!

Friday, August 31, 2007

merdeheka!

`kemerdekaan sebenar adalah apabila
setiap usus perut rakyat berisi nasi!'
-Pyanhabib.

Wednesday, August 29, 2007

goblok 2

lama dulu, penulis blog digelar monyet.
tukang gelar itu sememangnya bapak monyet!
lama dulu, penulis blog digelar beruk.
tukang gelar itu sememangnya bapak beruk!
lama dulu, penulis blog digelar pondan.
tukang gelar itu, pencacai tua tidak bertelur
-sememangnya bapak pondan!


*aku malas tulis blog. goblok!

Tuesday, July 24, 2007

selamat pagi cikgu!

aku terkenang zaman bersekolah dulu-dulu:
* membawa pucuk paku, pucuk ubi kayu ke sekolah untuk diberi kepada cikgu.
* memadam papan hitam, membersih meja cikgu, mengutip sampah sekitar sekolah.
* sambut cikgu di kereta, tolong cikgu bawa buku, belikan sarapan cikgu di kantin.
* kelilingi cikgu di bawah pokok manggis, mendengar cikgu bercerita, bernasihat teladan.

aku terkenang zaman bersekolah dulu-dulu:
* jerkah cikgu menggigilkan seluruh kelas, diketuk pembaris dahi berbekas.
* didera berlari keliling padang, berdiri atas bangku, telinga terkoyak berdarah dipulas.
* cikgu berbasikal masuk kampung menziarahi anak muridnya yang sakit pening.
* cikgu ziarahi rumah ke rumah jika ada anak muridnya berhari-hari tidak ke sekolah.

aku terkenang zaman bersekolah hari ini:
* sekali anak dicuit, emak bapak datuk bapak satu kapal menggigil sakit otak!

Saturday, July 21, 2007

bahasa malaysia?

`gunakanlah bahasa kebangsaan kita
marilah amalkan ramai-ramai.....'
sejak sekolah rendah aku telah diajar, aku telah diajar
bahawa bahasa melayu adalah bahasa rasmi, bahasa kebangsaan
malaysia, termaktub dalam perlembagaan.
hari ini, menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-50,
ada poliTIKUS bercakap tentang bahasa malaysia.
bahasa malaysia? tiba-tiba aku jadi seronok untuk bertanya:
apakah ejaan `bengap' atau `bangang' dalam bahasa malaysia?
bagaimana aku harus tulis dalam `bahasa malaysia'
bagi pepatah `tikus membaiki labu'?

Tuesday, July 17, 2007

goblok!

melayu malas membaca tetapi rajin tulis blog. masalahnya, aku malas tulis blog!

Thursday, July 12, 2007

kene sain!

petang hari itu: naj pulang dari sekolah. dia nampak seronok. dia dapat nombor 3. nombor 3 dalam ujian/peperiksaan pertengahan tahun. rakan-rakan sekelas tahu, guru kelas tahu. naj dapat nombor 3. nombor TIGA!
petang hari esoknya: naj pulang dari sekolah. dia tidak seronok. dia dapat nombor 16. nombor 16 dalam ujian/peperiksaan pertengahan tahun. rakan-rakan sekelas tahu, guru kelas tahu. naj dapat nombor 16. nombor ENAMBELAS!
hari esok-esoknya: naj pulang dari sekolah. mama dia pulang dari sekolah. mereka ambil kad laporan. aku tidak ikut. aku tidak mahu tengok. TIDAK MAHU TENGOK!
esoknya: naj mahu pergi sekolah. aku kena sain kad laporan. aku kena tengok. KENA TENGOK!
*aku yang bengang bagaimana keputusan naj daripada nombor tiga tertendang jauh ke nombor enambelas, kena tengok juga kad laporan. `baba kene sain!' kata naj.
- aku tengok kad laporan. naj dapat nombor 4. nombor EMPAT! *pulak!
(naj yang awalnya tersenarai pada tempat ketiga bagaimana boleh tertendang jauh ke nombor enambelas? walaupun kemudiannya kedudukan naj direkodkan pada nombor empat, aku rasa ada yang tidak kena. nasiblah ini ujian/peperiksaan pertengahan tahun sekolah menengah, kalau universiti bagaimana?)
+ aku teringat satu mamat, matjan namanya, kertas bahasa inggerisnya semasa semester di universiti telah direkodkan GAGAL. dan mamat ini ditendang ke sana ke mari ke pejabat pentadbiran universiti dan kementerian pendidikan. dia juga dikenakan RM50 untuk membuktikan bahawa dia dengan hensemnya (baca: bongkak!), LULUS kertas bahasa inggeris.
= seperti mamat tersebut, aku berasa cukup hensem (baca: hensem!) bila naj selain `didudukkan' tempat keempat (asalnya ketiga), dia juga dapat `A' dalam bahasa inggeris.

Saturday, July 7, 2007

melayu buat filem musuh nabi

kenapa orang melayu beragama islam buat filem pasal musuh nabi? kenapa orang putih bukan beragama islam buat filem pasal penyelamat nabi? ashman bertanya subuh tadi. dia baru pulang selepas menyertai perkhemahan hujung minggu murid tahun 5 sekolah kebangsaan taman melawati 2, di upm.
orang melayu buat filem pasal musuh nabi? aku garu kepala.
o, rupanya semasa dikuliahsubuhkan, ashman dan kawan-kawannya disurahkan ustaz yang bermaksud: orang melayu (islam) buat filem `cicak man' dan orang putih (bukan islam?) buat filem `spider man'.
`cicak itu musuh nabi muhammad, cicak buat bising semasa nabi bersembunyi dalam gua hira', cicak beritahu musuh nabi bahawa nabi ada di dalam gua itu. labah-labah (spider) pula penyelamat nabi, labah-labah buat sarang di pintu gua hira', musuh nabi tertipu kerana sarang labah-labah itu dan nabi selamat daripada musuh yang mahu membunuhnya'.
*demikian ashman disurahkan, tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka!
*kecil-kecil dulu aku dan kawan-kawan guna getah bulat dijalin-pintal sebesar jari telunjuk, menyelinap setiap ceruk rumah, mencari-melastik cicak pada setiap jumaat, dengan sengaja dan dengan seronoknya kerana (dapat pahala, kata ustaz).

`overtime dan pendunhill tegar'

ada satu mamat. pendunhill tegar kotak 20 batang. setiap hari `tekun' di opis.
hingga lewat malam (disyaki untuk klaim`overtime' satu jam RM8).
satu jam overtime dibayar RM8. dunhill kotak 20 batang RM8.20.
kalau mamat ini `berovertime' satu jam (pun dah cukup) dan pada masa yang sama
dalam poket seluarnya ada 20 sen (tolak tambang lrt) maka masalahnya sebagai pendunhill tegar kotak 20 batang, selesai.
*kalau dalam satu hari dia dengan gembiranya `berovertime' 4-5 jam sekali lalu, maka dia
akan bertambah kaya sebagai pendunhill tegar!

Thursday, July 5, 2007

sampah dan beras

kat selangor, harga sampah 10 sen sekilo. seluruh tanah melayu, harga beras sekilo naik 10 sen.
* hendak tampung harga beras, jual sampah. jual sampah, beli beras, fuh!

gengster-kwsp

ada syarikat perladangan. guna gengster. rampas tanah orang kampung.
di dalamnya, 7.6 peratus saham `ditabur' kwsp. kwsp guna duit aku.
guna duit aku, bayar gengster? la la la!

sampah

ada kerja kosong. kutip sampah. jual kat khir toyo. satu kilogram 10 sen.
atau bikin bisnis jual beli sampah. beli sampah kering. jual sampah lembap.
*siram air dua/tiga malam (berat bila timbang)

Monday, July 2, 2007

`najib razak'

ada kerja kosong. kat mongolia. pergilah. cari gambar `najib razak' dengan altantuya.
*ingat: `najib razak' bukan najib razak. ulang: `najib razak'. ada tanda kutip (`').

aku tak rajin!

melayu malas membaca tetapi rajin tulis blog, kata naga. masalahnya aku malas tulis blog!

Friday, June 15, 2007

`kapitalis hadhari'

barua!
pukimaklu!
pigi mampus!
jahanam!
keparat!
lahanat!
- (mahu seranah lebih-lebih `kapitalis hadhari' itu pun dah
batalkan nafsu syahwat dia nak kekah universiti malaya!
*aku pun dah sejuk macam orang lain, `melayu mudah lupa!')

sms manikam nagaguru II

1.
`makan- pena taja. set pentas - gua pakai duit gaji wa, bang.
performer - kita tidak bayar 1 sen pun (gua tidak ada sen).
galang gantinya -mereka boleh promosi produk (buku) dan boleh jual juga.
*ada orang hendak main sembur api, ada penulis hendak main
silap mata juga. ha ha!'
- (21 mei 2007, 22:11:59)
2.
`hampeh! gua panik ni. tempat ini asing bagi gua - awek ini himpit
gua macam hendak pau gua je, bang. mat jan dah lama bertawaf!
- (24 mei 2007, 18:41:54)
3.
`oit-oit, union fight. non-exe dapat naik 5%. exe dapat 2%.
lagi 3 tahun gua naik presiden union, bang. ha ha!
- (25 mei 2007, 20:41:59)

Thursday, June 14, 2007

sms manikam nagaguru I

1.
`dah nama pun melayu... kalau wa ini boyan- wa rempuh je
panas banget ni kang mas, ha ha!'
- (7 mei 2007, 14:00)
2.
`petang-petang sikit, bang. tengah panas terik ni. wa tak biasa.
kat rusia tidak le panas macam ini, ha ha!'
- (13 mei 2007, 11:49:28
3.
`malaysia memang macam ini. kalau tidak panas terik -hujan.
salji tidak pernah turun di bumi hadhari - tidak macam di london, ha ha!'
- (13 mei 2007, 16:02:41)
4.
`gua marhein, bang. semua kerja gua buat. gua umpama `manikam'
yang diikat dengan besi buruk untuk dijadikan cincin'
- (19 mei 2007, 09:17:07)

Monday, June 11, 2007

berderu-deru

fuh! berderu-deru blog gua kena serbu, berbelas orang, ramai tuh! gua kat nepal, hendak turun kuala lumpur, cuaca kurang baik, dok hujan, dok banjir. kepala gua pun dok dalam mood banjir.(tunggulah lepas samy vellu mengomel/tetapkan bayaran tol terowong smart, kalau kepala gua tidak semak, gua `tuleh' dan memgomel dalam blog ini). ok, gua chow!

Wednesday, May 16, 2007

manikam nagaguru

nagaguru kata bawak tikus pegi post options, klik -publish pas tu tikus pegi ke view blog. kepala habeh digaru. (ramai komen area ni, fuh!)

Sunday, May 13, 2007

baru

(di sini ada 4 komen)