Thursday, February 20, 2020

ini gua ini blog gua









selain daripada ini
bukan gua bukan blog gua!

Sunday, September 27, 2015

Catatan 16 September 2015



SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan. 
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami. 
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur panjang.

Monday, July 13, 2015

selamat hari raya

memohon memberi memaafkan

Tuesday, February 24, 2015

mengarut

TIBA-TIBA ruang tamu rumah dipenuhi karut-marut, di kedai kopi di pejabat di Parlimen dipenuhi karut-marut. Berita-berita akhbar berita-berita tv, ruang-ruang maya berkicauan hal-hal karut-marut. Otak orang-orang kampung, otak orang-orang bandar, otak orang-orang pinggir bandar, otak anak-anak remaja, otak anak-anak tadika yang cerdik dipaksa mempercayai karut-marut. 
Ah, mengarut!

Monday, February 16, 2015

tahu undang-undang

hanya orang tahu undang-undang, tahu akan undang-undang

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Puasa

SELAMAT Hari Raya Puasa.
Setiap doa, hanya yang baik-baik.
Allahuakbar.

Sunday, July 15, 2012

Tidak pasal-pasal ...

Tidak pasal-pasal kepala lutut gua terfikir: 
GUA patut jadi Perdana Menteri, supaya gua berkuasa arahkan Hikayat Hang Tuah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah. Malaslah jadi Menteri Pendidikan.

Monday, July 2, 2012

Sesekali perlu bersikap bakhil

ANDA berhak untuk bersikap bakhil sebelum dikencing walau hanya 50 sen kerana dengan nilai 50 sen itu anda sudah boleh memasuki -jika nasib kurang baik- sebuah tandas paling hancing dan hapak di Kuala Lumpur. Maka hargailah untuk setiap sen yang anda miliki. Ya, anda berhak untuk bersikap bakhil jika itu yang anda mahukan.

Sumber:




www.themalaysianinsider.com





Sunday, May 13, 2012

Balada Pyanhabib

ASSALAM.

Kepada anda yang berminat membeli buku puisi Balada Pyanhabib terbitan Institiut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), banking RM30 ke akaun Maybank: 1122-0428-0928 (Zurina i/t Ahmad).
Setelah banking, sila SMS: 012-9254-527. Sertakan nama penuh dan alamat lengkap untuk kiriman pos. Terima kasih.



Tuesday, May 1, 2012

Mangsanya, wartawan

AKHBAR memutarkan cerita, tv membelitkan berita.
Mangsanya, wartawan dibelasah setengah mampos!

Tuesday, March 27, 2012

Tanda-tanda PRU13

APABILA subsidi petrol RON95 tiba-tiba diumum dinaikkan 10 sen -kepada RM1.03 sen seliter- dengan bukti kukuh, `ekoran kenaikan harga minyak dunia', tetapi harga RON95 kekal pada RM1.90 sen seliter, itu tandanya: PRU13 tersangatlah dekat.

Sumber:

www.malaysiakini.com

Sunday, March 18, 2012

`Wang kerajaan'

MEMBANTU rakyat golongan tidak berkemampuan memiliki kediaman, murni niatnya. Tetapi apabila Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar cakap, `Wang EPF digunakan bukan kerana kehabisan wang kerajaan', ia jadi lain, macamlah duit simpanan titik peluh pekerja atau `wang kerajaan' itu duit emak bapak dia. PM Najib selalu cakap projek bilion-bilion, apa salahnya minta satu bilion untuk bina rumah dan sedekahkan kepada rakyat tidak berkemampuan miliki rumah. Apakah `wang kerajaan' tidak layak digunakan untuk bina rumah rakyat? `Wang kerajaan' itu wang rakyat!

Rujukan:
www.themalaysianinsider.com 

Sunday, February 26, 2012

Sawit, Zionis dan pembunuhan rakyat Palestin

HA, satu NGO sudah bikin cerita, dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit sama Israel.  Dua Syarikat itu didakwa menghantar minyak sawit ke Israel melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. Itu NGO berani punya orang, siap bikin `bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit -sebelum dihantar ke Israel.' Kepada akhbar arus perdana gua berharap ada keberanian untuk bikin tajuk muka depan dengan bukti bergambar akan wujudnya hubungan dagang dengan rejim Zionis, pem-bu-nuh rak-yat Pa-les-tin!  

Rujukan:
www.malaysiakini.com

Tuesday, February 14, 2012

Mereka yang bermaruah

MEREKA yang bermaruah, sanggup angkat najis dan tidak melakukan perbuatan terkutuk: `jika gunung runtuh, ia batu, jika batu runtuh, ia pasir'
-Jana @ Ajith Kumar dalam Jana

Monday, January 30, 2012

Tajuk akhbar memutarbelitkan otak pembaca

LANTAKLAH siapa pelaku lucah cabul dalam video yang tersebut ini, cuma gua tertanya-tanya tidakkah semua orang ditipu hidup-hidup apabila membaca tajuk `Anwar dicabar serah video'? Siapakah pemilik video lucah itu sebenarnya? Bukankah tiga makhluk bergelar Datuk T pemilik video lucah cabul itu malah bersubahat menayangkannya? Lihat, betapa tajuk akhbar dengan mudah memutarbelitkan otak pembacanya.

Sumber:
Anwar dicabar serah video




Sunday, January 29, 2012

Sesekali sokong Mahathir punya cakap

SESEKALI semua orang patut kasi sokong sama Mahathir punya cakap, bab isytihar harta kasi setuju. Ada menteri bikin cakap isytihar harta kasi bahaya sama kaum kerabat menteri. Itu menteri patut kasi titik, kasi letak jawatan, kasi halau dari Parlimen.

Sumber:
Dr M: Menteri enggan isytihar harta patut letak jawatan

Tuesday, January 3, 2012

Dapur tidak berasap

ANTARA perwatakan pak turut ialah:
tersangat takut apabila dapur tidak berasap!

Monday, January 2, 2012

RUU Perhimpunan Aman

PEGUAM membantah sebab mereka tahu undang-undang,
rakyat membantah sebab mereka tidak tahu undang-undang.

Sunday, January 1, 2012

Kambing-kambing hitam

APABILA si korup kelaparan
mangsanya adalah kambing-kambing hitam

Monday, November 7, 2011

Antimanusia

JAUHI otak anda daripada pemikiran antimanusia.

Saturday, November 5, 2011

Kata Tuhan

`JIKA hamba-Ku berkorban untuk-Ku,
nescaya Aku akan kayakan hati mereka
dan penuhkan tangan mereka dengan rezeki'.

*Salam Aidiladha, maaf zahir bathin

Friday, November 4, 2011

Hello Putrajaya, anak siapakah ini

BERDOALAH agar anak-anak kita, anak-anak saudara-saudara kita, anak-anak sahabar-sahabat kita, anak-anak jiran-jiran kita dijauhi Tuhan daripada perilaku seperti ini: Dua budak pecah 26 rumah
 jiran.

Latar:
2 budak pecah 26 rumah jiran

Thursday, October 13, 2011

Menjelang PRU13

GUA sedia jadi pencacai UMNO, Pas, DAP, PKR, Gerakan, MCA atau MIC malah KITA, selagi lu orang tidak kincing gua untuk kasi gua sen dan gua dapat sen halal untuk gua beli beras. Baca: Gua berani! (keh keh keh!)

Wednesday, October 12, 2011

Nota hari minggu buat kawan-kawan Utusan

KAWAN-KAWAN Utusan yang dikasihi, membaca berita ini -Utusan buat laporan polis ke atas Namewee- gua tiba-tiba terfikir begini: Apabila kita mengutuk orang, orang juga berhak membalas kutukan kita. Tetapi apabila kita membalas semula kutukan itu, kenapa membabitkan polis? Membuat laporan polis memperlihatkan betapa daifnya kita, betapa tidak jantan dan tidak betiknanya kita. Kawan-kawan Utusan yang dikasihi: Melayan kerenah remaja sekreatif dan segila Namewee (seperti diakui PM Najib) dengan membabitkan polis, tidakkah kita berasa terkemaluan?

Latar:
Utusan buat laporan polis ke atas Namewee

Tuesday, October 11, 2011

Apabila Dr Mahathir bercakap tentang ...

APABILA Dr Mahathir bercakap tentang `filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria', apakah Lembaga Penapis Filem Malaysia dan menteri jaga agama akan turut histeria?

Latar:
Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca 

Tuesday, October 4, 2011

Sungguh tidak best jadi hipokrit!

SELEPAS Namewee letih dibelasah dan dikutuk,
(kalau boleh) terus asak tersadai sampai ke dinding,
apa kata lu orang cari dan titik Najib bin Abdul Razak?
* Tiba-tiba gua terfikir: Sungguh tidak best jadi hipokrit!

Latar
*:Najib: Namewee penyokong kuat 1 Malaysia

Wednesday, September 28, 2011

Politikus yang hodoh

POLITIKUS yang hodoh kerana ketiadaan isu akan dilihat cerdik mengitar semula apa sahaja. Baca: Selepas Mat Indera, komunis
dan kemerdekaan, hudud dikitar menjadi isu paling terkini.

Monday, September 26, 2011

`Saya mahu ke sekolah'

`SAYA mahu ke sekolah'. Membaca tajuk dokumentari ini sudah tergambar dalam kepala, dokumentari ini tentulah berkisah tentang keinginan anak-anak (miskin, terbiar dan tidak bersekolah?) untuk bersekolah, berpakaian seragam, punya buku untuk dibaca, punya pensil untuk menulis, punya sekotak pensil warna, punya sepasang kasut yang berkapur. Lalu, apa kejadahnya dokumentari tersebut dilarang siar di TV? Kecualilah kalau ada pihak yang terkena batang hidung sendiri!

Latar:
*Misteri larangan siar 'Siasat' edisi Cina ntv7

Wednesday, September 14, 2011

Malam itu di Gua Hira'

Catatan malam 17 Ramadhan:
SATU suara menyuruh Muhammad membaca: `Iqra' bismirabbikalladzi kholaq; Kholaqal insana min 'alaq; Iqra' wa Rabbukal akram; Alladzi 'alamma bil qalam; 'Allamal insana man lam ya'lam'.
Muhammad yang buta huruf menggigil ketakutan pulang ke rumah menemui Khadijah, isterinya: `Selimuti aku! Selimuti aku!'
Kisah seterusnya, akan Pendita Yahudi itu mengakui: Muhammad (s.a.w) pembawa pencerahan kepada seluruh makhluk manusia di bawah matahari. Bacalah.

Wednesday, August 24, 2011

Somalia kebuluran, sapa peduli?

1. Catatan sewaktu sahur 16 Ramadhan:
TIDAK adakah NGO kemanusiaan mahu beramal jariah menghantar bertan-tan bahan makanan ke Somalia seperti mereka membawa bertan-tan bantuan kepada Palestin sampai diperambat Israel? Kalau diukur guna pembaris, jarak Malaysia ke Somalia dalam peta dunia ternyata lebih dekat. Tetapi, seperti kata sahabat gua, editor kanan akhbar: Somalia kebuluran, sapa peduli?

2. Catatan menjelang azan Maghrib 15 Ramadhan:
SOMALIA kebuluran ... .

*Ketika catatan ini gua update di status  facebook pada 15 dan16 Ramadhan, tabung kemanusiaan Somalia belum dilancarkan (dan ia dilancarkan 2-3 hari selepas itu).

Monday, August 15, 2011

Tidak perlu jadi menteri ...

JIKA anda rajin memerhati, anda akan nampak ada NGO yang aktif memberi makan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Malah ada individu yang prihatin membantu gelandangan yang tidak diketahui akan asal-usul ini (dan dengan sombongnya gua mengaku pernah turut membantu). Anda tidak perlu menjadi menteri untuk kemudian diambil gambar dan disiar dalam akhbar di bulan Ramadhan dan bercakap tentang hal yang masih `cadangan'!

Tuesday, August 2, 2011

Perihal `anak Datuk', banduan dan guru disiplin

OTAK lutut gua terfikir akan berita ini:
Kenapa berita `Anak Datuk ditahan cuba seludup manusia', identiti `anak Datuk' tersebut dilindung? Kenapa berita `Banduan menyamar polis dicekup', muka/identiti banduan itu tidak didedah? Kenapa berita `Guru didakwa cabul 11 pelajar' (`didakwa' belum terbukti bersalah), muka/identiti guru disiplin yang `didakwa' itu  disebar luas dalam akhbar?
Sama ada guru disiplin tersebut melakukan atau tidak seperti yang `didakwa', gua sangat simpati dengannya yang  tentu berasa diaibkan sebelum didapati bersalah.
Gua boleh cuba dan terpaksa untuk faham jika ada arahan `anak Datuk' yang ditahan kerana cuba seludup manusia (baca: cuba seludup manusia) dilindungi identitinya tetapi gua tidak faham kenapa `banduan' yang menyamar dilindungi muka/identitinya manakala guru yang belum didapati bersalah, diaibkan!


Saturday, July 30, 2011

Surat kecil kepada TPM menjelang Ramadhan

TUAN Timbalan Perdana Menteri, tuan tidak perlu `kaji langkah baru', akan tetapi tanganilah segera harga barangan seperti betapa segeranya tuan umum peruntukan RM100,000 kepada setiap Ahli Parlimen Barisan Nasional yang dijangka `disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri'.
Tuan TPM, ketahuilah: Setiap kali disurahkan tentang `subsidi dan bebanan rakyat', setiap kali itulah rakan saya mengira sen terakhir untuk harga susu anak-anaknya.
Terima kasih.
-Pyanhabib Rahman

Saturday, July 16, 2011

Apa sumbangan anda untuk negara?

APA sumbangan anda untuk negara? Gua? Bayar cukaiiiiiii! Cukai tanah, cukai api, cukai air, cukai angin, cukai jalan, cukai lesen, cukai tol, cukai itu cukai ini, cukai mamak malah cukai untuk kencing di KLCC! Bayangkan pelan-pelan, tutup mata, heningkan kepala, akan ternampak pelbagai cukai yang lu orang kena bayar sampai mati!

Tuesday, July 12, 2011

Jangan murtadkan diri sendiri ...

BERSIH didokong rakyat berbilang kaum tanpa peduli warna kulit, jantina, anutan politik atau kepercayaan beragama seseorang, itu yang gua tahu.
Malaysia negara berperlembagaan, berukun negara, itu yang gua diajar sejak sekolah rendah.
Perlembagaan Malaysia akui setiap rakyat memiliki hak bersuara, tidak kira lu orang jenis penyokong kerajaan atau pembangkang tegar, itu yang gua faham sejak gua rasa gua hensem.
Apabila orang kaitkan itu India pemimpin Bersih penganut Hindu (?) dengan kes murtad (penganut Islam), gua tiba-tiba ketagih bertanya macam sial: Lelaki beragama Islam yang akil baligh yang tahu mandi junub tinggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut, berminggu berturut-turut, berbulan berturut-turut, bertahun berturut-turut dengan sengaja, apa hukumnya?
Gua jahiliah pasal agama tetapi gua masih mahu berfikir dengan otak di kepala, otak yang dianugerahkan tuhan Allah, maka inilah yang gua terfikir:: Janganlah kerana Bersih (sama ada `bersih' atau disiniskan `kotor'), kita babitkan agama, janganlah kita memurtadkan diri sendiri ... Sekian.

Tuesday, June 14, 2011

Perihal berhemah, menghasut dan perangkap

PADA 13 Mei lalu, gua kutip kata-kata ini: `Kami hanya mahu ruang sendiri bagi mengamalkan agama kami, itu sahaja. Setiap orang mahu kebebasan beragama untuk menyembah Tuhan mereka.' Kata-kata tersebut dicetuskan Bishop Ng Moon Hing dari Persekutuan Kristian Malaysia. Bila gua catat kata-kata itu sebagai berhemah, ada makhluk hasut gua: `ada perangkap di sebalik kata-kata itu,' katanya. Kisah berlalu.
Dan, apabila bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang dikhabarkan menganut Katolik bercakap -tentulah dengan berhemah- tentang al-Quran lantas memuji `Islam sebagai agama `indah' dan Nabi Muhammad sebagai tokoh membawa `kekuatan sangat bertamadun', apa pula yang hendak dihasutkan kepada gua? Hasutkan supaya gua percaya kata-kata Tony Blair yang setiap hari diberitakan membaca al-Quran itu, perangkap?



Tuesday, May 24, 2011

Berkata Hishammuddin ... .

KETIKA ditanya (wartawan) sama ada Ibrahim (Ali), bekas ahli UMNO, dilihat sebagai ahli politik berpengaruh, Hishammuddin (Hussein) yang juga Naib Presiden UMNO berkata, wakil rakyat (Bebas @ Presiden Perkasa) itu hanya dianggap berpengaruh jika `anda semua' menjadikannya berpengaruh.' (Siapakah `anda semua' yang menjadikan Ibrahim Ali berpengaruh seperti kata Hishammuddin?)

Monday, May 23, 2011

Bukan ... .

GUA bukan UMNO bukan Pas bukan DAP bukan PKR, apatah lagi MCA atau MIC! Selain cari duit untuk beli beras, kemudian tengok orang-orang politik berkelahi, gua tidak ada kepentingan apa pun dengan jenama parti yang tersebut.

Thursday, May 19, 2011

... hanya mahu ruang

``KAMI hanya mahu ruang sendiri bagi mengamalkan agama kami, itu sahaja. Setiap orang mahu kebebasan beragama untuk menyembah Tuhan mereka.'' - Bishop Ng Moon Hing, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).
* Ketika isu Negara Kristian dimainkan, gua memetik kata-kata bishop tersebut tanpa buruk sangka.

Sunday, May 15, 2011

Sisa radioaktif: 80 ribu tong sisa belum ditanam

`80 ribu tong sisa thorium belum ditanam!' jerit merdekaview.com.
Berita sebesar ini tidak `besar' pada akhbar arus perdana?
-Pedulilah. Rakyat hanya `barang perlu' menjelang pilihan raya!

Saturday, May 14, 2011

Pejuang dan politikus

PEJUANG kemerdekaan, bergolok gadai segala harta.
(Punya hutang keliling pinggang, tidak tertanggung sampai mati).
Politikus kemerdekaan, hidup mewah dan kaya raya.
(Punya banglo empat tingkat, sekali terbakar keluar surat khabar).

Wednesday, May 11, 2011

Wajah yang jernih ... .

AZMIL Mustapha dan dR SAM (Rasputin) adalah dua sahabat gua yang terlibat sepenuh masa dalam bidang agama sejak berpuluh tahun lalu. Sesekali apabila terserempak, wajah mereka yang jernih sentiasa tersenyum manis. Sejak tahun 80-an sehingga kini, dR SAM masih `lu-gua' dengan gua. Gua tahu mereka `berilmu tinggi' namun mereka sangat berhemah dan sentiasa merendah diri ... .

Tuesday, May 10, 2011

Soalan & jawapan hari minggu

+ LU tidak sakit otak baca tajuk berita hari ini?
= Sakit. Tetapi hari minggu gua malas pakai otak!

Sunday, May 8, 2011

`Restoran mamak'

DIKENALI sebagai `restoran mamak' tetapi penuh muka Melayu.
Mana perginya mamak-mamak dan anak-anak mamak? Mana lokasi mamak-mamak tarik teh dan bersidai? Kenapa tidak ada `restoran Melayu' yang penuh muka mamak-mamak?

Saturday, May 7, 2011

Loji radioaktif: Malaysia terbaik di dunia!

SYARIKAT perlombongan Lynas mahu humban sisa radioaktif (disedapkan dengan istilah `pusat pemprosesan nadir bumi') ke Malaysia dan mereka tidak melupuskannya di negara mereka sendiri (Australia) meskipun telah mendapat kelulusan. `Ternampak' dua alasan selamba mereka memperbodohkan Malaysia (dan rakyatnya): 1. Malaysia `tempat terbaik di dunia'.
2. ... `paling utama adalah rakyatnya'.

Friday, May 6, 2011

Pembunuhan Osama

MEMBACA kecaman terhadap Amerika oleh beberapa pemimpin Eropah dan Barat yang bukan beragama Islam, gua terfikir betapa wujud pemimpin Malaysia beragama Islam yang lebih suka Osama mamposss!

Thursday, May 5, 2011

Harga petrol naik lagi!

BIARLAH harganya dinaikkan, jangan marah-marah. Kita rakyat Mesia, dibuli seteruk manapun, semua ok! (sebelum otak sakit dibuli kapitalis petrol negara sendiri, gua rela dibuli Shell, Esso, Caltex. Biar nampak internasional!)

Wednesday, May 4, 2011

Video lucah: Takut mati?

GUNA al-Quran bersumpah laknat. Bersumpah laknat dalam masjid. Dalam masjid pakai baju kalis peluru. Pakai baju kali peluru kerana takut mati? Tidak percayakah Allah Maha Pelindung yang menghidup dan mematikan? Ceh, gua tidak terfikir langsung dalam rumah Allah ada makhluk berjaket kalis peluru kerana takut mati!

Tuesday, May 3, 2011

O-my-god!

PADA waktu O-BA-MA dengan angkuhnya memberitahu dunia bahawa pembunuhan O-SA-MA `atas arahan saya', gua teringat akan jam tangan berjenama O-ME-GA!

Wednesday, April 20, 2011

Anak muda dipromosikan politik kebencian

APABILA anak muda dipromosikan politik kebencian, dibodohkan berita-berita lucah, rasuah dan propraganda yang menyakitkan hati maka tidak salah jika tumbuh keinginan mereka untuk berasa betapa bangsatnya membaca akhbar secara terbalik. (Mereka berkumpul, membaca akhbar terbalik sekarang - pukul 4 petang- di Masjid Jamek, KL dan seluruh negara) - Catatan facebook, 16 April 2011, Sabtu.



Video lucah: Jangan cemari Kaabah yang mulia

NABI Ibrahim dibantu anaknya, Ismail bina Kaabah dengan tujuan yang sangat mulia, menyatupadukan umah beribadah kepada Allah. Timbul pertanyaan dari tempurung kepala lutut gua, wajarkah Kaabah dicemarkan sebagai tempat bersumpah laknat perihal video lucah? Pada gua yang jahiliah pasal agama, standard tiga Melayu penayang-pengedar-pemilik video lucah untuk bersumpah laknat, tempatnya Carcosa Seri Negara (baca: SERI NEGARA). Kalau tiga Melayu ini berasa tidak hina membabitkan Kaabah dengan video lucah, gua sokong dia orang bersumpah laknat di tempat yang mulia ini, segera lakukan tanpa alasan!

Monday, April 18, 2011

Video lucah: Selepas pilihan raya Sarawak

SEBELUM pilihan raya Sarawak, otak seluruh rakyat Malaysia dipaksa mempercayai bahawa `pelaku' sebenar video lucah itu `dikenal pasti' melalui jam tangan Omega. Sehari (baca: SEHARI) selepas pilihan raya Sarawak tiba-tiba seluruh rakyat Malaysia yang bijak bestari diperbodoh: `harus mengesan siapa pemiliknya' jam tangan Omega itu. Seterusnya, si pelaku kesalahan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menayang dan mengedar video lucah mengalami tahap kecut telur. `Saya tidak mahu terlibat,' katanya!

Monday, March 14, 2011

nota BESAR kepada yang dipertua dewan rakyat

TUAN Yang Dipertua Dewan Rakyat, bersempena dengan persidangan Parlimen yang berlangsung, saya mohon Tuan memberi kesempatan kepada Yang Berhormat Sri Gading, Mohamed Aziz memperlihatkan keberaniannya membawakan usul di Dewan supaya Mior Kamarul Shahib selaku Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian yang mengaku terlepas pandang akan lakaran kartun tsunami oleh Zoy, dihumban ke laut seperti mana beliau (Sri Gading) dalam satu sesi Parlimen pada tahun 2005,  pernah mengusulkan di Dewan yang mulia tersebut supaya penyanyi Hattan dihukum, dihumban ke laut kerana nyanyikan lagu Negaraku yang kononnya tidak mengikut versi sebenar. Tuan Yang Dipertua, lakaran kartun tsunami yang disiar dalam Berita Minggu itu juga melibatkan maruah negara, maka itu, wajarlah Yang Berhormat Sri Gading berilah peluang memperlihatkan kepatriotikannya!
Sekian, terima kasih.

Tuesday, March 8, 2011

Interlok: Pariah

NIAT penulis Interlok tersangat mulia tetapi golongan pencetus isu `pariah' yang membakar novel Interlok (dan gambar penulisnya) adalah golongan yang tidak berhati mulia!

Friday, March 4, 2011

Perihal pilihan raya

RAKYAT adalah mangsa yang dihasut bersubahat
mempercayai apa yang dihambur para pencacai
adalah benar walaupun ia dipenuhi kesumat dendam!

Tuesday, January 11, 2011

yang dibaca dan yang dibakar

Di SAAT  satu pihak mempertikaikan kehadiran novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussein sebagai teks sastera di sekolah menengah, sambil tanpa disedari telah `mempariahkan' diri sendiri dengan tindakan `rasis' iaitu membakar novel tersebut (juga gambar penulisnya), tulisan Tukar Tiub bertajuk `Yang Dibaca dan Yang Dibakar' sepatutnya dibaca dengan otak cerdik.
(baca: tidak ada sarjana atau profesor atau ilmuan sastera atau menteri budaya atau golongan yang mempariahkan diri sendiri itu -jika ada- menulis secerdik Tukar Tiub)
-Pyanhabib.

Selasa, 2011 Januari 11

KESEDARAN DAN SENSIBILITI

YANG DI BACA DAN YANG DI BAKAR

Bila saya membaca berita tentang pembakaran buku Interlok saya tidak terperanjat. Novel Interlok garapan Abdullah Hussain ini telah menjadi berita kerana dikatakan ada unsur rasis dan penghinaan terhadap orang India.

Sebenarnya membakar buku di Malaysia ini bukan satu yang baru. Pertama kali - saya terbaca berita membakar buku ini ketika saya di sekolah menengah pada tahun 1970 dahulu. Buku: 13 Mei Sebelum dan Sesudah telah di bakar di Sudut Pidato di hadapan perpustakaan Universiti Malaya. Saya tidak pasti apakah ini kerja Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya atau pun kerja Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

Buku 13 Mei Sebelum dan Sesudah ini adalah garapan Tunku Abdual Rahman yang pada ketika itu menjawat Perdana Menteri Malaysia. Buku ini dibakar kerana ketika itu anak-anak mahasiswa amat marah terhadap Tunku. Tunku dibenci kerana dikatakan telah mengadaikan kepentingan Melayu dan menjual negara ini kepada towkay China.

Agak ironis, tidakan mahasiswa di Universiti Malaya ini kerana pada 10 Mei 1933 anak anak mahasiswa German juga telah membakar 25,000 buah buku. Angka 25,000 adalah judul buku yang dianggap tidak ‘bersemangat German’. Ini dizaman Hitler berkempen untuk membakar semangat Aryan yang berkulit putih, bermata biru dan berambut merah dan meluaskan pengaruh politik Nazi.

Interlok dikatakan ada menggunakan perkataan ‘pariah’ yang dianggap rasis oleh orang India. Ada juga ayat-ayat lain yang tidak disenangi oleh orang India. Apakah perkataan pariah dalam Interlok ini rasis atau tidak bukan ini yang ingin saya garap. Disini saya ingin membuka ke satu kain rentang yang lebih luas. Saya ingin membuka pensejarahan kata, makna dan tanda dalam pembudayaan negara bangsa.

Umum harus disedarkan bahawa bunyi kata-kata yang keluar dari mulut kita ini tidak memiliki apa-apa makna. Makna yang kita kahwinkan dengan bunyi itu didatangkan kemudian.

Misalnya bunyi - ke-la-pa – bunyi ini tidak memiliki apa-apa makna kepada orang Sweden. Tetapi ianya memiliki makna untuk orang Malaysia. Makna ini lahir dari alam persekitaran dalam sesuatu budaya bangsa bukan dari bunyi perkataan itu. Kewujudan pokok yang tinggi menjulai ini melahirkan perkatan ke-la-pa. Benda-benda yang wujud di dalam alam inilah yang melahirkan perkataan. Perkataan ini diberi oleh budaya persekitaran.

Mari kita lihat perkataan ‘keling’ yang pada satu ketika dahulu ada tuntutan di mahkamah agar perkataan ini dilupuskan dari Kamus Dewan. Untuk saya, Mamat yang menuntut penglupusan perkataan ini tidak memahami sejarah perkembangan tamadun manusia. Pasti Mamat ini tidak ada keupyaan untuk membaca 25,000 judul buku German, jauh sekali membaca kitab Salalatus Salatin – Sejarah Melayu.

Sila baca kitab Sejarah Melayu ini dan lihat bagaimana perkatan keling itu telah digunakan tanpa memiliki unsur-unsur prasangka, penghinaan atau sikap rasisma. Perkataan keling muncul apabila adanya mahkluk yang bukan Orang Melaka datang dari negara atas angin. Lalu makluk ini di beri nama Keling kerana mereka pendatang baru yang dikatakan rakyat Raja Kalinga.

Bunyi, makna dan tanda disini bukan ilmih yang berasakan ilmu alam. Ini tidak penting. Lihat bagaimana hingga sekarang manusia Melayu mengunakan perkataan Bengali sebagai kata nama untuk manusia dari wilayah Punjab walhal Bengali seharusnya kata nama untuk warga dari wilayah Bengal.

Lihat perkataan ini diterima masuk ke dalam budaya Melayu tanpa prasangka atau niat jahat. Malah ada beribu-ribu perkataan Sanskrit yang telah memperkayakan perbendaharan kata dan pengucapan manusia Melayu.

‘ Maka Baginda pun perkenan memberi persalinan sepasangan baju China dan sepasang baju Keling. Maka apabila Anakanda memakai baju China maka rupa Chinalah dianya. Apabila Anakanda memakai baju Keling maka rupa Kelinglah dianya…’

Diatas adalah ayat dalam buku Salalatus Salantin yang ditulis 600 tahun dahulu. Satu ketika yang bagitu lama dahulu dimana konsep prasangka, rasisma dan perkauman ini belum wujud dalam sensibiliti manusia Melayu. Enam ratus tahun dahulu belum wujud perebutan ekonomi yang meruncing. Enam ratus tahun dahulu belum wujud Hindraf atau saham Talikom untuk Maika. Enam ratus tahun dahulu Kugan dan Francis belum lagi ditemui mati dalam rumah pasong.

Malah sensibiliti terhadap perkataan keling atau pariah ini datang kemudian ke dalam budaya Melayu. Ianya datang bersama sikap rasisma yang dibawa oleh kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu ini. Kolonialisma memerlukan satu idealogy untuk menghalalkan penghisapan tenaga buruh anak-anak tanah jajahan.

Justeru mereka yang dijajah wajib dilihat lebih rendah dari tuan penjajah. Yang perlu dijadikan kuli oleh British diladang getah di Tanah Melayu ialah warga pariah kerana mereka adalah warga dari kasta yang terendah dalam budaya Hindu. Yang menjadi mandor dari kasta yang lain. Yang menjadi manager juga dari kasta yang lain. Ini adalah cara penjajah menjajah.

Amat jelas perkatan tanda dan makna pariah ini bukan diwujudkan oleh manusia Melayu. Pariah ini lahir dari sistem kasta Hindu itu sendiri. Manusia Melayu tidak memilki nilai penghinaan apabila bertembung untuk kali pertama dengan perkatan ini. Malah yang membawa masuk ke Tanah Melayu nilai penghinan terhadap perkataan -pariah - ini ialah orang-orang dari India itu sendiri yang kini tinggal di Malaysia tetapi dengan bangganya masih lagi mengamal sistem kasta.

Jangan silap faham disini. Apa yang saya tulis ini bukan untuk menunjukkan bahawa manusia Melayu ini suci dan tidak memiliki prasangka atau sifat benci terhadap orang luar. Sikap benci terhadap ‘orang lain’ ini bukan hanya dimonopoli oleh Hitler atau kaum Zionis atau kuam penjajah. Ianya wujud dan dimiliki oleh semua budaya bangsa. Yang ingin saya paparkan ialah bagaimana perkataan melahirkan konsep, tanda dan makna. Dan bagaimana budaya membudayakan perkataan itu.

Justeru adalah tidak adil untuk menilai novel Interlok dengan sensibiliti hari ini. Ini samalah juga seperti tidak masuk akalnya untuk kita mengubah kitab Salalatus Salatin kerana ada menggunakan perkataan keling. Atau kita wajib menggantikan nama Tanjung Keling kerana adanya perkataaan keling pada Tanjung ini.

Biar saya bawa keluar, ke dunia sastera yang penulisan di Amerika Syarikat. Mark Twain (1835 – 1910) adalah penulis yang telah dinobatkan sebagai penulis agung untuk budaya negara bangsa Amerika. Buku Adventures of Huckleberry Finn adalah kitab wajib untuk seluruh warga Amerika.

Buku Adventures of Huckleberry Finn ini ditulis pada tahun 1885 - seratus enam puluh lima tahun dahulu. Didalam buku ini ada menggunakan perkataan ‘nigger’. Pada tahun-tahun 60’an lahirnya pejuangan Hak Asasi Manusia di Amerika Syarikat. Maka lahir satu kesedaran dan sensibiliti baru dimana warga berkulit hitam marah kalau dipanggil nigger. Perkatan ini dianggap rasis.

Ketika itu orang berkulit hitam di Amerika tidak marah kalau di panggil negro. Negro ini adalah hitam dalam bahasa Sepanyol seperti aswad dalam bahasa Arab. Kemudian lahir sensibiliti baru dimana perkataaan negro ini juga dilawan dan ditentang. Orang hitam di Amerika Syarikat hari ini mahu mereka dipanggil African America.

Lihat bagaimana berlaku perubahan dan sensibiliti. Ada juga Kepala-kepala Angin yang tidak faham tentang sastera dan budaya telah mengkritik buku Mark Twain. Kepala Angin di Amerika agak cerah sedikit kerana mereka tahu sadikit sebanyak tentang sejarah dan makna upacara bakar membakar buku ini. Mereka tidak ingin diasosiasi dengan cucu cicit Hitler. Hingga ke hari ini buku Mark Twain ini adalah buku wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui budaya dan sastera Amerika.

Biar saya bawa ke zaman Baitul Hikmah - di zaman pemerintahan Khalifah Harun Aminul Rasheed ( 763-809) dan dizaman anaknya Al-Makmum (813-833). Ini adalah zaman kegemilangan perkembangan ilmu pengetahun di negara Arab yang berpusat di Baghdad. Di zaman ini buku falsafah dari Greek telah diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh para ilmuan Arab.

Al-Farabi dan Ibu Sina dua ahli falsafah Arab/Islam bukan sahaja menterjemahkan buku-buku Aristotle malah memberi makna dan pengertian baru. Dalam sejarah falafah kuno dan moden Al-farabi amat penting sekali sehinggakan dinamakan Aristotle Kedua. Tanpa ahli-ali falsafah di Baitul Hikamh ini tidak akan terbuka zaman Pencerahan di Eropah.

Ini tidak bermakna buku dan falsafah mereka yang mengajukan rasionalisma tidak ada yang menentang. Al-Ghazali (1058–1111) yang datang kemudian telah menentang pandangan dan falsafah Al-farabi dan Ibnu Sinna. Tetapi bukan dengan membakar buku-buku yang terawal. Apa yang dilakukkan oleh Al-Ghazali ialah menulis buku Tahafut-al-falasifa untuk menjawab buku-buku Al-Farabi dan Ibu Sinna. Dengan ini memperkayakan debat keilmuan hingga ke hari ini.

Membakar buku untuk menunjukan tentangkan adalah senang. Buku Salman Rushdi di bakar. Buku Tunku di bakar dan kini buku Andullah Hussain pula dibakar. Nyatalah sosok-sosk yang suka membakar buku-buku ini tidak memiliki nilai ilmu pengetahuan dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan kepada buku. Justeru mereka membakar buku.

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai orang India di Malaysia ini merasa diri mereka di tindas. Peratus orang India dalam penjara tinggi berbanding dengan jumlah penduduk. Ramai anak-anak muda India mati di bunuh mata-mata di pelbagai rumah pasong. Ramai orang India tidak memiliki kad pengenalan dan hidup merempat.

Penindasan terhadap orang India ini dilakukan oleh kerajaan yang berpandukan falsafah Ketuanan Melayu. Semua ini betul dan saheh. Tetapi jawapan untuk membebaskan diri dari penindasan ini bukan dengan melupuskan perkataan keling atau menghapuskan konsep pariah. Ianya memerlukan lebih dari itu.

Untuk membebaskan diri tangga awal wahid ialah membaca. Melalui pembacaan buku-buku berkemungkinan dapat digarap satu pemikiran yang akan membawa harapan dan pembebasan. Membakar buku tidak mendatangkan apa-apa faedah malah mencemarkan udara. Amat ironis, si pembakar buku tidak mungkin akan akan dilihat berkulit puteh, bermata biru dan berambut merah walau pun membakar Intelok sebagai satu kempen politik untuk membakar semangat kaumnya.(TT)

Monday, November 15, 2010

Himpunan penyair-seniman-budayawan 1 Muharam

1. PERIHAL tujuh kampung tradisi di pinggir Kuala Lumpur, bersempadan dengan daerah Gombak, Selangor,  terlibat dengan Plan Struktur Kuala Lumpur 2020  atau juga disebut  Draf KL 2020.
2. Tujuh kampung tersebut ialah Kg Bandar Dalam, Kg Padang Balang, Kg Puah, Kg Puah Seberang, Kg Chubadak, Kg Sungai Merali dan Kg Sungai Mulia. 
3. Apabila beberapa buah Kampung Melayu (terakhir) yang masih wujud dalam sekitaran kota metropolitan Kuala Lumpur ini hendak dihapus dan dipadamkan daripada peta tamadun kebanggan kita – apakah kita sebagai manusia tidak tersentuh apa-apa?    

4. Anda dialu-alukan untuk menulis puisi @ apa sahaja yang berhubungan dengan persoalan kampung-kampung yang terancam kewujudannya di kota ini, dan perlu-tidaknya kampung-kampung tradisi dipelihara dan dikekalkan kewujudannya dalam arus pembangunan hari ini. 
5. Pada 7 Disember 2010 akan diadakan himpunan penyair-seniman-budayawan 1 Muharam bersamaan hari Selasa, di Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam, Gombak, Kuala Lumpur sekitar pukul 5 petang, manakala pada malamnya akan diadakan acara pembacaan puisi.  
6. Bagi anda yang tidak menulis puisi, tetapi berkarya dalam bentuk lukisan, sketsa atau fotografi, anda dialu-alu menyumbangkan karya dalam bentuk-bentuk tersebut. Manakala mereka yang menyanyi atau bermain muzik, pun dialu-alu mengambil bahagian. Mari kita sama-sama meriahkan pertemuan seni-budaya ini!

7. Hantarkan terus puisi (atau apa sahaja tulisan anda) kepada emel saya: pyanhabib@gmail.com,  jangan lewat daripada 20 November.



Tuesday, August 31, 2010

anonymous said, `saya pun cina...

anonymous said...
saya pun cina,bilamana menjiwai islam saya selalu doakan mom and dad dapat petunjok serta hidayah dari illahi.amat bersedih sekarang bilamana orang kelahiran islam kata tak boleh doa untok orang bukan islam dalam jemaah.adakah ini termasuk yang berdoa sendirian?.dulu tiap hari balik sekolah lalu depan rumah ibadah orang islam[surau]ada seorang tua selalu beri saya bunga mawar yang ada dalam halaman surau,orang tua ni kata saya dilahirkan sewangi mawar tanpa mengira bangsa atau agama.dari situ saya amat tertarik pada islam dan banyak membaca dikolej dulu.terima kasih pak cik dimana anda berada kerana mengatakan saya sewangi mawar,tanpa mengira bangsa atau agama.
August 30, 2010 3:24 PM
 

Monday, August 30, 2010

teo* dan surau

gua terima sms seorang kawan: `kisah teo pergi surau, wa teringat adik ipar wa, dia Cina, sebelum dia masuk Islam,dia cuba berjinak-jinak dengan orang Islam. dia pergi masjid tetapi kena halau oleh orang masjid ... sampai sekarang, dia takut pergi masjid walaupun dia sudah masuk Islam!'  demikian sms seorang kawan.
melalui smsnya, kawan gua itu ketawa terkekeh-kekeh. keh keh keh!


teo nie ching, ahli parlimen serdang. 


teo nie qing attending buka puasa at bangi surau

Friday, August 27, 2010

reunion universiti bangsar utama

http://aminiskandar.blogspot.com/2010/08/ubu-kembali-bersama.html

Tuesday, July 13, 2010

al kisah: kucing bertanduk

TENGAH malam tadi sekembali gua dari  apokalips, gua diterjah mesej dari kulup sakah: lu pernah dengar orang tua kata, `kucing bertanduk?'...maknanya sampai kucing bertanduklah blog lu nak diapdetkan...

si kulup mengiringinya dengan ketawa terkekeh: keh keh keh! 

saat itu gua terbayangkan besar kecil tubuh si kulup tersebut dengan huruf BESAR disertai tanda seru: DIAMLAH! 

lalu dijawab akan si kulup: `wow! menggunakan huruf BESAR dan tanda seruan...'

*sejak itu, si kulup itu pun menghilangkan diri dan tidak muncul-muncul lagi. 





Thursday, April 29, 2010

nota kecil kepada yang arif

                                        AMINULRASHID

                    `AMIN punye album' - si kecil aminulrashid


Yang Arif,
senakal manapun anak remaja ini
sedegil manapun anak remaja ini
dia harus dilindungi
tuhan melindunginya
perlembagaan melindunginya
tetapi, aminulrashid sudah mati!

Yang Arif,,
saya sangat berbesar hati
dan menadah doa ke langit tinggi
jika tuan tidak mempercayai
laporan akhbar dan berita-berita tv!


*tuan yang arif, aminulrashid adalah cucu saudara kepada emak mentua saya.

Wednesday, April 28, 2010

di kuala kubu hari itu...

GUA bergambar di poster 1malaysia

GUA nampak ini poster sebesar ini

BERLATAR bangunan dibina tahun 1930. gua draf puisi palestin

          PENGASAS satu malaysia. tengok jari gua, `satu malaysia!'

Tuesday, April 27, 2010

tolong hebohkan: cucu saudara mentua pyanhabib, aminulrashid mati ditembak polis!


 AMINULRASHID

- TAYAR sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!
- sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah dan mendakwa lima kali ditembak tetapi tidak mati!
-kasih sayang, ajal maut, kuasa tuhan, ya.
(gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua tidak pertikai `kuasa' polis tetapi kenapa ada polis salah guna `kad kuasa'?)
-jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?
-jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!
-lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki'.
-lebih 10 tahun lalu, adik gua dilokapkan seminggu tanpa dibenar hubungi keluarga, juga kerana `disyaki'.
*nota: aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak. dan rakannya itu anak pegawai polis!

Sunday, April 25, 2010

hulu selangor

hello!
samy vellu janji letak jawatan.
gua mahu tengok samy vellu cool.
gua mahu tengok samy vellu letak jawatan.
mahathir pernah suruh samy vellu letak jawatan.
gua mahu tengok samy vellu letak jawatan.
gua mahu tengok samy vellu cool.
samy vellu janji letak jawatan.
hello!

Wednesday, March 31, 2010

gua pengikut umno? keh keh keh!

"BRADER, gua mahu tanya. Gua mahu lu jawab..."
Demikian seseorang menegur saya dalam sembang `muka buku’ (facebook) yang terpaksa saya jengok dan klik bukakan sewaktu saya, juga dengan terpaksa, menyemak beratus e-mel yang menyesakkan kotak e-mel saya.
Saya tidak pandai bersembang di `muka buku’ walaupun pada suatu hari saya cuba menyapa seorang kenalan untuk bertanya khabar tetapi apabila saya diberi jawapan, "Oh, orang popular pun ada di sini..." Ia telah mematikan hasrat saya untuk bertanya khabar akan dirinya.
"Ok. Gua akan jawab. Tidak kiralah apa yang lu mahu tanya," jawab saya kembali kepada seseorang yang bertanya tadi.

"Betulkah lu pengikut UMNO?" soalnya.

Gua pengikut UMNO?

BACA kolum gua `luar pagar' dalam mstar online, klik sini

Sunday, March 28, 2010

sabtu itu, mat som di coliseum...

GUA tidak pergi coliseum sabtu hari itu, ini adalah sms seorang adik dari dalam panggung:
`best. cerita ini keluar tahun saya lahir. penonton ramai juga, bang. tetapi di belakang pakcik-pakcik bikin bising-bising!'
-shaira amera, uia.

LAKARAN gua beronggeng yang terpamer di utm, skudai ini dikirim seorang pengunjung pameran, katanya: abang pyan dihargai di sini. 

Thursday, March 25, 2010

ulang tahun menunggu kata dari tuhan

SETELAH berpuluh kali dipentaskan sehingga ke dalam surau dan masjid sejak 27 mac 2009, teater `menunggu kata dari tuhan' karya dan arahan sahabat saya, dinsman ini akan diulangtahunkan pementasannya di stor teater dbp pada sabtu, 27 mac ini mulai 8 malam. ada cakap-cakap teater, ada juga jamuan selepas pementasan. kepada peminat teater atau yang berminat menonton teater, jemputlah hadir dan kerana pementasan sempena ulang tahun, maka masuk ada percuma. datanglah.

Tuesday, March 23, 2010

((( pemberitahuan )))

kawan-kawan saya yang baik,
JANGAN datang ke coliseum pada sabtu, 27 mac jika tujuan kawan-kawan HANYA kerana mahu berjumpa saya. tetapi kalau kawan-kawan mahu bernostalgia menonton filem `mat som', datanglah.
pada hari ini, saya mungkin ada dan mungkin juga tidak ada. dalam kata lain: ada, ada! tidak ada, tidak ada! (dalam kata lain lagi: saya mungkin ke parlimen atau bergeletek dengan bini, keh keh keh!)
ingat: JANGAN datang ke coliseum HANYA kerana mahu jumpa saya!
sekian, terima kasih.

Saturday, March 20, 2010

spesel kes: mat som di coliseum, lat di utm


1. LAKARAN watak gua sedang beronggeng dengan awek hipi dalam komik `mat som' akan dihidupkan semula dan dapat dilihat dalam filem `mat som' yang akan ditayangkan pada sabtu, 27 mac pukul 12 siang di panggung coliseum, jalan tuanku abdul rahman.
watak-watak dalam filem ini dipegang oleh imuda, tiara jacqualin, ahmad busu, zami ismail juga adibah amin.
hanya gua yang menebeng dengan watak sendiri dan nama sendiri dalam filem dan buku komik (spesel kes ni), heh he...

2. lakaran watak gua sedang beronggeng dengan awek hipi dalam komik `mat som' ini juga akan menebeng-digantung-pamerkan dalam pameran khas sempena pelantikan lat (datuk mohd nor khalid) sebagai karyawan tamu utm untuk tempoh dua tahun.
pameran bertajuk Lat 1Malaysia ini akan berlangsung di utm skudai, johor bermula pada jumaat, 26 mac hingga 4 april 2010.

*untuk dua acara ini, anda dialu-alukan hadir dan macam biasa, masuk freeeeeee!

Monday, March 15, 2010

robot lalat, jet pejuang berenti di udara!

SESUDAH hendak masuk 100 tahun (baca: seratus tahun) malaya merdeka dari penjajah baharu disambut hari pejuang bahasa? (ulang-baca-tanpa-buang-tanda-soal: hari pejuang bahasa?)

GUA tertarik dengan komen `AkulanS' yang mengulas komen `kudalari' (lihat entri 5 mac blog gua ini), di sini gua tampal sepenuhnya:
`Aku tk brapa paham maksud kudalari...utk pgtahuan ko aku prnah blajar di jepun dan perancis...btapa malunya aku bila aku tegur depa dl bahasa english depa tk mau layan...buat don't no saja ...depa lebih suka cakap bahasa ibunda..smpai aku trpaksa blajaq bahasa depa...trknang kat tanahairku..org melayu mcm kudalari...lebih bangga cakap inggeris..keh keh keh..bro...org Jepun buat robot besaq lalat..org Perancis buat Jet pejuang bleh berenti kat udara...depa guna bahasa sndiri bro....apa bahasa pon adalah bahasa ilmu..jgn jumud sangat...'

Thursday, March 11, 2010

sinaganaga stim gua punya `perawan'!


Wednesday, March 10, 2010

natrah, fatini, johan dan gua

GUA budak baik!
ADA beberapa orang memeluk gua atau berpelukan dengan gua semasa terserempak di majlis pelancaran buku `natrah...' karya fatini yaacob di dewan besar utm, kuala lumpur petang semalam. dalam beberapa orang yang berpelukan itu maka yang di atas ini adalah seorang abang, seorang sahabat yang sama-sama `tersenyum' pada zaman hip kami. beliau ialah johan jaaffar (datuk). mahu tahu siapa johan sila tanya sama lebai google.

FATINI berucap.

`APABILA tugasan ini akhirnya diberikan kepada saya oleh saudara johan (johan jaaffar, datuk), saya masih lagi skeptikal. bagi saya ketika itu cerita nathrah ini cerita lapuk, cerita lama yang tidak mungkin dikenang orang. namun pandangan negatif saya berubah sebaik saja saya membuka lembaran akhbar utusan melayu (bertulisan jawi) dan the straits times, pada bulan disember 1950 di arkib negara. hampir tersembul biji mata saya apabila gambar natrah dan mereka yang berkaitan dengannya termasuk tragedi rusuhan, terpampang pada muka depan setiap hari selama sebulan!...' demikian antara imbasan fatini yaacob (datin seri), sewaktu mengimbau bagaimana mulanya tugasan menyelongkar kisah natrah diberikan kepadanya oleh johan jaaffar sewaktu fatini bertugas di dewan masyarakat dan johan, ketuanya.

Friday, March 5, 2010

ppsmi, kesedaran rakyat dan sisa semangat

SELAIN gabungan semangat yang hanya tinggal sisa, rakyat bantah ppsmi tidak punya apa. dan hari ini adalah hari ulang tahun buat rakyat bantah ppsmi yang berasa diperdajalkan. pergilah meraikan...

tempat: auditorium muzium selangor, shah alam, ahad, 7 mac mulai pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

tokoh wartawan, zaid zahari akan melancarkan buku budayawan bertindak, di dalamnya ada tulisan gua, hemm...

BRADER AMY, PEWITTTTT!

KARIKATUR amy search lakaran kartunis lat. gua suka karikatur ini dan ia tidak kena mengena dengan poster di atas. sekian.

brader amy, sekali lagi, pewitttttt!

Wednesday, March 3, 2010

mat som karya lat @ datuk mohd nor khalid


KOMIK mat som karya kartunis lat ini pernah difilemkan tahun 1990.
di dalamnya ada watak gua dan gua pegang watak gua itu. manakala watak mat som ditangani imuda.
komik mat som ini juga telah berkali-kali diulang cetak dalam dua versi dan boleh diperoleh di kedai-kedai buku terutama mph. membaca komik ini, kita akan membacanya berkali-kali.

selain watak diri sendiri, watak yang dilukis lat dalam buku komik ini adalah watak kawan-kawan pelukis dan penulis yang rapat dengan kami seperti a latiff mohidin, usman awang, baha zain, mohammad haji salleh, a ghafar ibrahim, t alias taib, mustapha haji ibrahim, zulkifli dahalan, syed alwi, a samad said, a samad ismail, dinsman, salleh ben joned dan termasuklah gua, tih tih tih...

Tuesday, March 2, 2010

kaki ronggeng!

`CEH, kaki ronggeng!' rungut dolahjon dengan dengkinya sewaktu mendapat tahu kartun yang sedap beronggeng dengan awek hippi adalah watak gua yang dikartunkan oleh lat dalam buku komiknya, mat som. cerita lanjut kenapa gua beronggeng berdating dengan awek hippi ini ada dalam buku komik ini malah telapun difilemkan.


GUA dan lat sempat berposing berlatarkan seorang rakan inggeris, selepas masing-masing terperanjat sewaktu toleh-menoleh ke belakang. lokasi: mutiara bangsar.

ISNIN, 1 mac, petang: gua di kl. lat di ipoh. gua sms. lat meeting. selasa, 2 mac, petang: gua tarik teh di mutiara bangsar. gua toleh belakang. ceh, itu lat!

pada tahun-tahun 70-an, kami ke hulu ke hilir menumpang volvo gemuk milik sahabat gua ini. kami selalu ke panggung eksperimen universiti malaya menonton teater, ke balai seni lukis negara di jalan ampang (kini matic) melihat pameran lukisan, ke dewan bahasa & pustaka bersembang dengan usman awang atau bermain muzik, puisi dan bermain topeng-topeng di jalan belanda -susur sungai tepi mahkamah tinggi sekarang- (pada pertengahan tahun 70-an di sini adalah pasar seni setiap hujung minggu).

lat ketika itu berambut gondrong tidak bersikat, berselipar jepun dan berseluar pendek geloboh paras lutut. lokasi lepak: kafe coliseum sebelah panggung coliseum jalan tuanku abdul rahman, kl. (tahun 70-an, mamak tidak femes)

Friday, February 26, 2010

maulidur rasul: amy di masjid kota damansara


SEMPENA sambutan maulidur rasul di masjid kota damansara, sahabat saya, amy search turut dijemput menjayakan program.

ikon rock ini tidak menyanyikan lagu-lagunya sebaliknya beliau dijemput khas sebagai ahli panel forum bertajuk `islam untuk semua'.

forum berlangsung pada ahad, 28 februari mulai pukul 8 malam.

daripada menjadi pencacai/barua yang mencemarkan majlis -yang turut disertai/dirasmikan oleh sultan selangor - (rujuk: sambutan maulidur rasul di stadium melawati dicemar @ akhbar `selangor kita' hina istana?) lebih bermanfaat menyertai forum yang disertai ikon rock ini.

*LATAR gambar di atas antara dekorasi terakhir sahabat kami, arwah jalil ngah, yang menghiasi restoran cheng ho milik amy di wangsawalk, wangsamaju.

salam maulidur rasul rabiul awal 1431

Friday, February 19, 2010

`my name is pyan, pyanhabib'

"DALAM facebook terdapat enam orang guna nama lu. Tolong add gua supaya gua tidak salah orang dan gua berhubung dengan `Pyanhabib’ yang sebenar," demikian e-mel yang saya terima daripada seorang rakan dari TV3. BACA kolum gua di mstar online, di sini

GAMBAR penyendal: gua bersama gefren merangkap setiausaha gua. lain-lain cerita? tarak!

Tuesday, February 16, 2010

hasnul, al-Fatihah dan sahabat kami, loloq*


`HASNUL orang spiritual ... dipengaruhi angin, warna putih, darah rendah, allegic. kadang-kadang kurang semangat atau kadang-kadang boleh kuat semangat. tidur malam amalkan membaca al-Fatihah, baca sekali sahaja. kalau hasnul sakit atau rasa seram sejuk badan, baca al-Fatihah,' demikian kata-kata yang disurahkan oleh mak andeh saya kepada hasnul rahmat semasa kami lepak di mamak sambil tarik teh, petang tadi.
mendengar kata-kata itu, hasnul, si jejaka boys next door, yang punya iras kancil empat serupa dengan ahmad yatim, slamet raharjo, john lennon dan frank zappa, kaget. `kak!' serunya, `dua malam lepas saya mimpikan arwah loloq. loloq* cakap benda yang sama, dia kata, kau jangan susah-susah, jangan payah-payah. kau baca sahaja al-Fatihah!'

-roma saya berdiri!

*loloq = penulis lirik lagu

Tuesday, February 9, 2010

meh, cari nasi!

ZUHUR tadi gua singgah petronas tepi hewey mrr2, masa gua masuk bilik air, ada nota basah dia atas singki: `zambry menang. mahkamah putuskan keputusan azlan shah ikut perlembagaan. lepas ni tak payah buat p'raya dah. suruh raja je pilih wakil rakyat dengan mb. lepas ni agong boleh suka hati je kalau mau pecat pm' (gua kutip sepenuhnya nota itu)

* gua cepat-cepat suruh bini drive balik rumah cari nasi.

GAMBAR ini tidak ada kena-mengena dengan keputusan mahkamah dan gua pun tidak ada sangkut paut dengan kes dr zambry dan nizar. gambar menunjukkan gua dengan gembira dan sukacitanya sewaktu melancarkan cerpen-novel karya gerombolan lelaki urban - sindiket sol-jah -berjodol `siapa kekah bidan sepiah' di rumah pena, tidak jauh dari istana negara.

Friday, February 5, 2010

t-shirt petikan puisi gua

ada mamat sindiket sol-jah bikin cetak t-shirt taruk petikan puisi `perawan' yang gua tulis tahun 80-an, zaman gua hidup huru-hara dahulu. kalau lu orang mau order, sms kepada: 013-3635725. apa saiz mau (S, M, L), kasi alamat penuh. dia orang poskan. harga dia orang RM26 (termasuk pos, katanya). semua tshirt dalam amerikan saiz. saiz L bersamaan saiz orang yang pakai XL.

Tuesday, February 2, 2010

a samad said dan dr zhivago

kenapa a samad said mengulang baca novel dr zhivago setiap tahun?
apa istimewanya novel karya boris pasternak ini hingga diulang baca a samad said? apresiasi mengenai novel dunia ini akan diadakan di auditorium majlis perbandaran subang jaya (MPSJ) pada sabtu ini, 6 februari mulai pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari. sasterawan negara ini akan menyampaikan ceramah bertajuk: `mengapa saya mengulang baca dr zhivago setiap tahun?'. pergilah. sekadar gambar hiasan. tidak ada kena mengena dengan sesiapa sahaja yang tiada dalam gambar, yang kebetulan turut serta pekena teh atau tidak.

Saturday, January 30, 2010

sambilan sepenuh masa

MENYUNTING novel dan buku adalah perkara yang tidak pernah saya fikirkan tetapi saya pernah `terfikir’ untuk melakukan kerja-kerja ini secara sambilan. Dalam kata lain, mengisi masa terluang apabila saya ambil keputusan berhenti daripada tugas hakiki saya sebagai sub-editor di Utusan Malaysia.
baca seterusnya di sini

Sunday, January 24, 2010

bernama tv

berikut ini adalah sms gua kepada rakan pengarang akhbar arus perdana selepas gua `tertengok' berita tengah hari bernama tv:
1. `brader, sat tadi kat bernama tv gua `tertengok' ada semacam belasungkawa tun ghazali shafie, ada gambar latar (gambar lama tetapi jelas), gua `rasa' itu gambar tun dr ismail bukan tun ghazali. (betulkan kalau gua salah)'

*round berita bernama tv berikutnya pada pukul 3.30 petang, gua `tertengok' gambar latar belasungkawa tersebut sudah tiada.

2. gua juga ada `tertengok' pada berita bernama tv berikutnya: detik antara rais yatim bercakap, keluar gambar budayawan, ulama, aktivis politik HAMKA (juga dalam bentuk seakan belasungkawa).

*caption gambar: HAMKA (abdul malik amrullah). caption itu sepatutnya: HAMKA (haji abdul malik karim amrullah)

sekian.

Saturday, January 23, 2010

lupakan politik, dekati amal jariah, meh!


di tangan kiri gua sepatutnya nampak jelas tulisan pada kertas: `sumbangan untuk muslim aid RM15'. manakala di tangan kanan, segenggam duit hasil jual kalendar yang tulisan khatnya sangat cantik itu.


yang terpacak itu, hattan. yang sebelah gua itu, ramli sarip. untuk rekod: gua sama hattan sebelum itu berduet nyanyi `lagu tiga kupang' secara live! manakala gua sama ramli sarip secara `live' terlibat dalam muslim aid (kalau mau rekod!)


dalam dewan, ada orang perfom. gua dan papa rock releks selepas layan orang beli kalendar muslim aid 2010. itu malam papa rock juga perfom. dia nyanyi gua punya lirik, perghhh!

*jika anda ingin beramal jariah, kalendar bertulisan khat ini hanya bernilai RM15. sumbangan kecil anda besar nilainya dan ia akan dinikmati anak-anak sejauh palestin!
*SMS di talian: 013-363-5725 untuk tempahan (@untuk gua perabeh stok, heh!)
*sesekali lupakan politik, dekati amal jariah!

Thursday, January 21, 2010

nikmat tuhan kasi

sesekali sakit datang,
biar sihat pelan-pelan.

elegi

-anuar kembali kepada tuhannya

...telah engkau tinggalkan
segala yang cerdik!

*dr anuar nor arai (1943-2010)
*pada zaman kami, bersama johan jaaffar (datuk), beliau
antara penggerak siri `dialog cerdik' di sudut penulis, dbp.

Wednesday, January 20, 2010

kenapa saya tidak update blog?

kenapa saya tidak update blog?
sejak 1 januari hingga hari ini hanya ada tiga entri sahaja?
alasan: 1. malas (penyakit yang mesti rajin mengaku), banyak kerja kena setel, dipulun dari subuh ke subuh. 2. seminggu saya alami keracunan makanan, perut belah kanan macam dipulas-tarik. datangnya tidak tentu masa, kalau malam, mengerekot saya, bangun tidak boleh, duduk tidak boleh, baring tidak boleh, tidak tidur hingga ke siang. 3. seminggu saya demam, terbatuk kepala migrain, terbatuk kepala migrain!
*untuk keracunan dan demam ini, saya terpaksa muntah-jolokkeluarkan apa yang di dalam perut termasuk lauk ikan patin dan kerdas temerloh, roti canai, teh halia, air suam garam, air suam limau dan lauk kari kambing mamak kesayangan!
*ini jam gua mau rehat, gua mau sihat!

Saturday, January 16, 2010

rezeki Tuhan kasi

1. lokasi: ruang terbuka mamak mydin bangsar utama selepas maghrib.
- meor yusuf memesan roti telur dan teh tarik yang dimakan dan diminumnya tidak habis.
- nikbinjidan menghadap sepinggan nasi kosong, lauknya kari kepala ikan. hari ini belum makan lagi, katanya sambil minum air mineral langsung dari botol bercop KTM.
- saya memesan roti canai dan teh tarik halia tetapi `kebulur' melihat kari kepala ikan nikbinjidan.
-kami dari kl sentral. meor yusuf dan nikbinjidan berbasking di situ sambil jual album lagu.
2. lokasi: ruang terbuka mamak mydin bangsar utama selepas isyak.
-`pyan, abang sudah bayar,' kata a. samad said yang baharu selesai makan malam bersama isterinya tidak jauh dari meja kami, lalu minta diri untuk pulang.
-nikbinjidan menadah dua tangan ke langit, berdoa. meor yusuf merenung langit, tersenyum...

*seperti selalu, nik dan meor kemudiannya membahagi dua pendapatan berbasking.

Thursday, January 7, 2010

Pak Sako: sebuah kenangan

TERSANGAT banyak orang menulis dan bercerita tentang Pak Sako, negarawan rakyat ini. Banyak orang ada kenangan dengannya. Saya juga ada kenangan. Dan di sini saya bercerita sedikit daripada beberapa kenangan saya bersama Almarhum Pak Sako.

Saya mengenali `Pak Sako’ melalui novel Putera Gunung Tahan karya `Ishak Haji Muhammad’, sewaktu saya berusia 10 tahun dalam darjah empat sekolah rendah. Emak saya memberitahu bahawa Ishak Haji Muhammad itu adalah `Pak Sako’.
*baca kenangan saya ini dalam kolum `luar pagar' di mstar online, klik di sini

Friday, January 1, 2010

di jalan pak sako, 10 januari, 3 petang, meh!


gua pernah bertugas hampir 10 tahun bersama almarhum pak sako di bawah satu bumbung jabatan pengarang, menemaninya turun naik bas dan teksi, bersesak-sesak di pudu raya atau menemani langkah tuanya berlenggang kangkung menyusuri chow kit malah almarhum hadir berpantun semasa gua naik pelamin. tempat yang akan gua pergi ini mengimbaukan semula kenangan gua bersama almarhum negarawan rakyat ini...
lain-lain hal baca di sini

Thursday, December 24, 2009

stadium kajang 30 disember


majlis buku kartun, gua baca puisi.
politik punya hal, gua main jauh!

Sunday, December 20, 2009

sedikit tentang `suara' yang dikincing!

baca sini

Saturday, December 19, 2009

maal hijrah 1431

semoga
anda bermimpi
yang indah-indah

Sunday, December 13, 2009

gua rasmi sekolah budaya, meh!



tiada guruh tiada kilat tiada petir tiba-tiba gua disambar rasmi sekolah budaya rakyat. ulang: s e k o l a h b u d a y a r a k y a t.
pulok dohhh!
* sambil picit dahi, sebijik kepala nampak membeSAR!
tahniah kepada gua...
* lalu dengan bangganya anda dialu-alu bertembang di kuale. datanglah.

Wednesday, December 9, 2009

kapitalis

tengok? terbocor sahaja hal sajak gua divideokelipkan dan sedap-sedap itu kompeni mentedarah hasil karya gua, itu videoklip sudah didelete dari youtube!

* gua bercakap pasal sajak gua yang divideoklipkan (kemudian dijual kepada RTM (?) dan si kapitalis mentedarah hasil darinya), gua belum sampai bercakap pasal saman.

Tuesday, December 1, 2009

siapa bikin lagu gua punya `suara'?


siap divideoklipkan, siap untuk keluar dalam rancangan TV, siap dinyanyikan amoi yang sedap, siap berlokasikan suspek jambatan dalam filem madu tiga babak terakhir. kini dengan takburnya ia beredar di youtube dan, gua tidak tahu siapa bikin!
* (puisi yang dilagukan ini adalah dari dua rangkap terakhir sajak gua berjudul `suara' dan ia pernah digubahlagukan oleh sahabat gua, yang mulia raja kobat sallehudin ibni almarhum raja muda musa untuk drama tv berdasarkan watak gua, drama tersebut berjudul `gelisah seorang seniman' terbitan rtm zaman tv hitam putih. gua kena cari raja kobat, baru sedap berkolaborasi kalau mahu bikin saman, hah ha!)
* teringat dialog gua dalam filem `kembara..... seniman jalanan' (1986): lu nak pasang loyar? mana ada hasil...

Thursday, November 26, 2009

nasi ganja yang lalok!

Di tengah puluhan pelanggan di ruang Kedai Kopi Yong Suan yang sempit dan berlaga kerusi, saya menikmati kelazatan nasi ganja berkuah kari hitam, berlauk daging kambing masak kurma, sepotong telur masin dan sedikit ramuan rempah seakan sambal.

Beralaskan meja bulat marmar dan kerusi kayu fesyen lama, saya nikmati nasi ganja dengan tekun di tengah hari itu. Ini kali kedua saya berdepan dengan nasi ganja dan saya cuba serap aromanya, hmmm...

nasi ganja? meh, jengok dan baca kolum gua kat sini

gua dipeluk brader yang femes ini yang tiba-tiba muncul semasa gua sedang lalok pekena nasi ganja. mamak nasi ganja dengan tangan bersenduk turut tumpang senyum, bahagia!

Wednesday, November 25, 2009

salam aidiladha

"Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di Hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya lalu Allah memuji mereka di hadapan para Malaikat".
-Daripada Rasulullah.