Monday, November 15, 2010

Himpunan penyair-seniman-budayawan 1 Muharam

1. PERIHAL tujuh kampung tradisi di pinggir Kuala Lumpur, bersempadan dengan daerah Gombak, Selangor,  terlibat dengan Plan Struktur Kuala Lumpur 2020  atau juga disebut  Draf KL 2020.
2. Tujuh kampung tersebut ialah Kg Bandar Dalam, Kg Padang Balang, Kg Puah, Kg Puah Seberang, Kg Chubadak, Kg Sungai Merali dan Kg Sungai Mulia. 
3. Apabila beberapa buah Kampung Melayu (terakhir) yang masih wujud dalam sekitaran kota metropolitan Kuala Lumpur ini hendak dihapus dan dipadamkan daripada peta tamadun kebanggan kita – apakah kita sebagai manusia tidak tersentuh apa-apa?    

4. Anda dialu-alukan untuk menulis puisi @ apa sahaja yang berhubungan dengan persoalan kampung-kampung yang terancam kewujudannya di kota ini, dan perlu-tidaknya kampung-kampung tradisi dipelihara dan dikekalkan kewujudannya dalam arus pembangunan hari ini. 
5. Pada 7 Disember 2010 akan diadakan himpunan penyair-seniman-budayawan 1 Muharam bersamaan hari Selasa, di Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam, Gombak, Kuala Lumpur sekitar pukul 5 petang, manakala pada malamnya akan diadakan acara pembacaan puisi.  
6. Bagi anda yang tidak menulis puisi, tetapi berkarya dalam bentuk lukisan, sketsa atau fotografi, anda dialu-alu menyumbangkan karya dalam bentuk-bentuk tersebut. Manakala mereka yang menyanyi atau bermain muzik, pun dialu-alu mengambil bahagian. Mari kita sama-sama meriahkan pertemuan seni-budaya ini!

7. Hantarkan terus puisi (atau apa sahaja tulisan anda) kepada emel saya: pyanhabib@gmail.com,  jangan lewat daripada 20 November.



7 comments:

ryann said...

lain dari yang lain temanya

muhaiminsulam said...

Tuan, teman dah balik seminggu. Dah lapor diri pada orang kampong. Jika kesempatan, insyaAllah teman bawa diri ke hadapan tuan jika ada kesempatan.

zarch said...

Selamat Hari Raya Haji untuk tuan & keluarga.. Allāhu akbar - Allāhu akbar - Allāhu akbar الله أكبر الله أكبر الله أكبر
lā ilāha illā Allāh لا إله إلا الله ....

siti zainon ismail said...

Pyan, kak dah terima satu salingan surat pegawai DBKL...melalu wakil Kg Padang balang Hilir, Kg Warisan Melayu sudah terima tidak dibangun ikut zon 2020..tapi dengan syaak anak kampung memcantik, menjaga kampun bersma...dan pembangunan cara Kg Warisan bolehg dibantu oleh DBKL...jadi acara kita ini sebagai menyokong kami untuk mencantikan kg. Kak sedang menyiapkan Rumah Buku, ruang lukis ANAK-ANAK KAMPUNG , A-KABA, membina acra mini...mohon Anak Alam sudi melukis kolaborasi hari 1 Muharam itu, kak akan cari dana untuk menyediakan kanvas 2 meter...ayuh war-warkan ke Anak Alam untuk acara Mesra Anak Alam...semoga karya itu boleh di lelong untuk bangun mencatikkan kampung, melengkap pustaka Madrasah.Hidup pyan. eh larek berkisah kak sudah diterima kan ??

shazleeshahazeman said...

aduh uncle pyan,saya baru bace a.dah telepas tarikh.

buat lagi uncle pyan nextime.

jemohid said...

saya barangkali bukanlah pemuisi...
Barangkali bukan jua pengkarya hebat bak seniman...tapi mata saya celik kepada ketidakadilan... Teruskan berjuang bro pyan!

Tieah Madian said...

Lambat baca pasal ni..
Owh..