Monday, March 14, 2011

nota BESAR kepada yang dipertua dewan rakyat

TUAN Yang Dipertua Dewan Rakyat, bersempena dengan persidangan Parlimen yang berlangsung, saya mohon Tuan memberi kesempatan kepada Yang Berhormat Sri Gading, Mohamed Aziz memperlihatkan keberaniannya membawakan usul di Dewan supaya Mior Kamarul Shahib selaku Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian yang mengaku terlepas pandang akan lakaran kartun tsunami oleh Zoy, dihumban ke laut seperti mana beliau (Sri Gading) dalam satu sesi Parlimen pada tahun 2005,  pernah mengusulkan di Dewan yang mulia tersebut supaya penyanyi Hattan dihukum, dihumban ke laut kerana nyanyikan lagu Negaraku yang kononnya tidak mengikut versi sebenar. Tuan Yang Dipertua, lakaran kartun tsunami yang disiar dalam Berita Minggu itu juga melibatkan maruah negara, maka itu, wajarlah Yang Berhormat Sri Gading berilah peluang memperlihatkan kepatriotikannya!
Sekian, terima kasih.

12 comments:

Fa-T said...

wow.. hero malaya..

Marhaenonymous said...

hahaha..!!harap yang di pertua dapat mempertimbangkan cadangan ini..

hai said...

hihihi...teman sokong!!kiter bakor dia ...kiter bakor dia!!

nahmy said...

hehe...ya! pratikkan kepratriotikkannya...

NASSURY IBRAHIM said...

Wow!! namewee! namewee!

rakan-rakan NST said...

bro, Zoy kirim salam sama lu

b.tan said...

bro... nota besar dengan niat yang besar jugak...tahniah!

Mi Mercik said...

SRI GADING KALAU X ADA KEPENTINGAN PERIBADI KPD DIA BERANI LAH..TP KALAU MELIBATKAN ORG ATASAN YG LEBIH TINGGI PANGKAT DARINYA ..JD KECUT PULAK.KALAU BERANI WAT LA USUL SUPAYA MAT MONGGOL DISIASAT DALAM KES ALTANTUNYA..BERANI KE KO?

Anonymous said...

pastikan tangan dan kaki diikat kemas, supaya tak kembali ke tanah air untuk memalukan negara sekali lagi.

iDAN said...

"hihihi...teman sokong!!kiter bakor dia ...kiter bakor dia!!"

alahai! ada jua daging yang liat tak empuk-empuk jua

Anonymous said...

Saudara,
Tak nak bela kematian murid yang mati dibunuh oleh ustaz PAS di Sekolah Agama Rakyat milik PAS ke?

Jangan pilih kasih bro...

Anonymous said...

Satu lagi bro...

Tahun lepas ada pelajar UiTM Shah Alam parah dilanggar oleg ADUN Sekinchan.

Tak nak bela ke bro...
Kurang-kurang boleh dapat insuran dan orang yang langgar wajar dihukum sebab memandu secara melulu.