`gunakanlah bahasa kebangsaan kita
marilah amalkan ramai-ramai.....'
sejak sekolah rendah aku telah diajar, aku telah diajar
bahawa bahasa melayu adalah bahasa rasmi, bahasa kebangsaan
malaysia, termaktub dalam perlembagaan.
hari ini, menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-50,
ada poliTIKUS bercakap tentang bahasa malaysia.
bahasa malaysia? tiba-tiba aku jadi seronok untuk bertanya:
apakah ejaan `bengap' atau `bangang' dalam bahasa malaysia?
bagaimana aku harus tulis dalam `bahasa malaysia'
bagi pepatah `tikus membaiki labu'?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Entah! :)
Salam hormat buat Saudaraku. Maaf dipinta kerana saya tidak tahu alamat emel Saudara. Saya selaku pentadbir Kelab Peminat Novel, dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara dan teman - teman seperjuangan untuk menghadiri PAsiNo. TERIMA KASIH.
tulisnya begini;
POLItikus membaiki labuCI
Brader Pyan, post la satu sajak kt sini...
pa'chik, abang long kat ateh tu
speking bahasa melayu ka bahasa malaysia? tak faham gua.
lihat: gua (dan kawan-kawan) dipersilakan menghadiri PAsiNO. masalahnya di mana? tempatnya? tarikhnya? masanya? harinya?
dan PAsiNO tu akronim daripada
apa? kalau Pas, tahu la gua.
Wahai Saudaraku Pyanhabib. PAsiNo adalah singkatan - Program Appresiasi Novelis. Berlangsung dirumah PENA. Pada 28hb Julai. Waktu - 9.30 pagi. Saudara dan teman seperjuangan dijemput hadir. TERIMA KASIH.
ha ha ha! terima kasih abang long. dah faham dah.program PAsiNO kat rumah pena, sabtu 28 julai, 9.30 pagi. nanti gua (bahasa malaysia ni) ajak kawan-kawan. gua akan pergi jika anak-anak tak ada kelas tambahan di sekolah.
* program ini buatlah siaran akhbar dalam aktiviti sastera barang 3-4 para, boleh ramai orang datang.
Post a Comment