Saturday, July 7, 2007

melayu buat filem musuh nabi

kenapa orang melayu beragama islam buat filem pasal musuh nabi? kenapa orang putih bukan beragama islam buat filem pasal penyelamat nabi? ashman bertanya subuh tadi. dia baru pulang selepas menyertai perkhemahan hujung minggu murid tahun 5 sekolah kebangsaan taman melawati 2, di upm.
orang melayu buat filem pasal musuh nabi? aku garu kepala.
o, rupanya semasa dikuliahsubuhkan, ashman dan kawan-kawannya disurahkan ustaz yang bermaksud: orang melayu (islam) buat filem `cicak man' dan orang putih (bukan islam?) buat filem `spider man'.
`cicak itu musuh nabi muhammad, cicak buat bising semasa nabi bersembunyi dalam gua hira', cicak beritahu musuh nabi bahawa nabi ada di dalam gua itu. labah-labah (spider) pula penyelamat nabi, labah-labah buat sarang di pintu gua hira', musuh nabi tertipu kerana sarang labah-labah itu dan nabi selamat daripada musuh yang mahu membunuhnya'.
*demikian ashman disurahkan, tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka!
*kecil-kecil dulu aku dan kawan-kawan guna getah bulat dijalin-pintal sebesar jari telunjuk, menyelinap setiap ceruk rumah, mencari-melastik cicak pada setiap jumaat, dengan sengaja dan dengan seronoknya kerana (dapat pahala, kata ustaz).

11 comments:

Anonymous said...

Brader Pyan...

Hero fantasi kita yang paling kuat pegangan Islamnya muncul di kala siaran tv sampai ke pengakhiran.

Dulu.

Sekarang, dia dah bersara, mungkin.

Tak ramai yang menunggu cerita PedoMan.Buleh bilang dengan jari.Ramai memilih untuk menutup suis tv.

Pa'chik said...

ashman.. itu melayu yang buat. melayu.

sinaganaga said...

ha ha. alahai ashman

Mat Jan said...

gua lama tak tengok cicak, abang pyan. rumah gua takde cicak. labah2 ada. siling penuh sawang.

gua nak tengok transformers. tapi tiket habis.

dugongsenyum said...

dulu masa kecik malam jumaat lastik cicak - bunuh cicak dapat pahala. bila dah kawin, malam jumaat 'bunuh yahudi' pun dapat pahala gak. kan Mat Jan kan..? :P

spyz said...

macam mana rumah matjan nak ada cicak.
asyik kerja 'tembak cicak' aje...
ha ha..

Anonymous said...

aku tak sempat tgk filem cicakman. spiderman pun. haha. tp sempat tgk pyan habib kat masakara2. keheke.

Yatt said...

Lalalala... en Osman Tikus kita ni ada blog rupanya.

Tulis la banyak2 bang!!

Sham said...

best la entry abg.saya silent reader kt cini dh lama..salam perkenalan...

Razif AR Al-Marbawi said...

Melayu yang tunjuk hebat..

konon..

Rye said...

owh~!

baru terpikir.
tp diorg x sngaja kowt~