Thursday, December 24, 2009

stadium kajang 30 disember


majlis buku kartun, gua baca puisi.
politik punya hal, gua main jauh!

Sunday, December 20, 2009

sedikit tentang `suara' yang dikincing!

baca sini

Saturday, December 19, 2009

maal hijrah 1431

semoga
anda bermimpi
yang indah-indah

Sunday, December 13, 2009

gua rasmi sekolah budaya, meh!



tiada guruh tiada kilat tiada petir tiba-tiba gua disambar rasmi sekolah budaya rakyat. ulang: s e k o l a h b u d a y a r a k y a t.
pulok dohhh!
* sambil picit dahi, sebijik kepala nampak membeSAR!
tahniah kepada gua...
* lalu dengan bangganya anda dialu-alu bertembang di kuale. datanglah.

Wednesday, December 9, 2009

kapitalis

tengok? terbocor sahaja hal sajak gua divideokelipkan dan sedap-sedap itu kompeni mentedarah hasil karya gua, itu videoklip sudah didelete dari youtube!

* gua bercakap pasal sajak gua yang divideoklipkan (kemudian dijual kepada RTM (?) dan si kapitalis mentedarah hasil darinya), gua belum sampai bercakap pasal saman.

Tuesday, December 1, 2009

siapa bikin lagu gua punya `suara'?


siap divideoklipkan, siap untuk keluar dalam rancangan TV, siap dinyanyikan amoi yang sedap, siap berlokasikan suspek jambatan dalam filem madu tiga babak terakhir. kini dengan takburnya ia beredar di youtube dan, gua tidak tahu siapa bikin!
* (puisi yang dilagukan ini adalah dari dua rangkap terakhir sajak gua berjudul `suara' dan ia pernah digubahlagukan oleh sahabat gua, yang mulia raja kobat sallehudin ibni almarhum raja muda musa untuk drama tv berdasarkan watak gua, drama tersebut berjudul `gelisah seorang seniman' terbitan rtm zaman tv hitam putih. gua kena cari raja kobat, baru sedap berkolaborasi kalau mahu bikin saman, hah ha!)
* teringat dialog gua dalam filem `kembara..... seniman jalanan' (1986): lu nak pasang loyar? mana ada hasil...

Thursday, November 26, 2009

nasi ganja yang lalok!

Di tengah puluhan pelanggan di ruang Kedai Kopi Yong Suan yang sempit dan berlaga kerusi, saya menikmati kelazatan nasi ganja berkuah kari hitam, berlauk daging kambing masak kurma, sepotong telur masin dan sedikit ramuan rempah seakan sambal.

Beralaskan meja bulat marmar dan kerusi kayu fesyen lama, saya nikmati nasi ganja dengan tekun di tengah hari itu. Ini kali kedua saya berdepan dengan nasi ganja dan saya cuba serap aromanya, hmmm...

nasi ganja? meh, jengok dan baca kolum gua kat sini

gua dipeluk brader yang femes ini yang tiba-tiba muncul semasa gua sedang lalok pekena nasi ganja. mamak nasi ganja dengan tangan bersenduk turut tumpang senyum, bahagia!

Wednesday, November 25, 2009

salam aidiladha

"Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di Hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya lalu Allah memuji mereka di hadapan para Malaikat".
-Daripada Rasulullah.

Monday, November 23, 2009

demokrasi berparlimen

kandungan oksigen dalam ruang udara hanya 21 peratus, selebihnya diliputi gerombolan penyokong kerajaan dan pembangkang tegar!

*fakta:
-jumlah oksigen di muka bumi kini tinggal 17 peratus.
(data WHO 1985)
-macam budak sekolah, ketua darjah suruh diam, dia bising jugak! (data siti nor gebuu 2009)

Wednesday, November 18, 2009

qurban

sama ada anda:
rock atau blues
gelek atau dangdut
atas pagar atau luar pagar
kawan baik atau musuh ketat
penyokong kerajaan atau pembangkang
kiri atau kanan tidak kira, janji anda cool.
jika anda berniat beramal qurban
anda dialu-alukan:
meh, hubungi muslim aid.
(atau: 0133944979)

Sunday, November 15, 2009

lelaki urban lurus bendul


`Sejak 2007, mereka mendapat `kasih sayang’ Persatuan Penulis Nasional (Pena) yang sudi menyediakan mereka lantai, tiang, bumbung dan dinding percuma selain halaman rumah yang sedia ada, dengan syarat selesai acara, apa sahaja yang bernama sampah hendaklah dikutip. Sebolehnya, setengah inci puntung rokok pun, terutama yang berbau cengkih, dipupuslupuskan!
Siapa makhluk Sindiket Soljah? Sindiket Soljah adalah kelompok lelaki kreatif lurus bendul, yang dengan sombong mendakwa mereka `lelaki urban’.
Jika ada kalangan penulis atau aktivis sastera Kuala Lumpur tidak tahu akan kewujudan kelompok ini atau apa berhalanya `lelaki urban’, yang saban bulan mengambang menghidupkan aktiviti malam Sabtu di Rumah Pena, mereka tidak cool!'

*lelaki urban lurus bendul? pegi jengok kolum `luar pagar' gua dalam mastar online, di sini

Thursday, November 12, 2009

ipoh sabtu 14 november, meh!

MEOR YUSUF AZIDDIN . A SAMAD SAID . RAJA AHMAD AMINULLAH . PYANHABIB . SUHAIMI HAJI MUHAMMAD . RAHMAT HARON . NIKBINJIDAN . MAMAT KHALID . ABDULLAHJONES . HANEEMKAYDEEN . KAMAL SABRAN . KAMAL ARIFFIN . SINO GUMIRA AJIDARMA dan lagi dan lagi...
acara: lukisan.puisi.muzik.filem.lagu.buku.baju.seluar.teh.kopi.karipap.mi goreng dan lagi dan lagi...
tarikh, masa, tempat: klik besarkan poster. siapa amirul? klik sini
turut serta: fathullah.jayfreelove.chromatic.mustery.sosound.spacegambus.
andp.azmanmohd.rahimidinzahari.smzakir.sabariahbahari.airmas.
sinaganaga.shamsuddinothman.gudanggaram.dilaraden.alina&kepalatarbus.yizhakselamat.oxygenmedia.dirteeclothing.adoreclothing.
anvelove

Monday, November 9, 2009

politikus

selain wabak penyakit dan orang pandai agama berkelahi,
petanda akhir zaman barangkali politikus bercakap benar!

Friday, November 6, 2009

pergi jengok sana!

meh, klik sini!

Thursday, October 29, 2009

perkhemahan 1malaysia

1. ada pihak yang bangang menuding jari, menyalahkan murid-murid sekolah yang menyertai perkhemahan 1Malaysia sebagai punca jambatan runtuh. kata mereka jambatan gantung yang menerentangi sungai kampar, perak tersebut runtuh kerana murid-murid melompat-lompat di atasnya. ceh!

2. pihak yang bangang ini sememangnya penuh kebangangan kerana kalau mereka tidak bangang mereka akan tahu bahawa jambatan gantung tersebut (yang dibaca sebagai projek mi segera, perabeh bajet hujung tahun!) tidak sepatutnya runtuh (selain kuasa tuhan) walaupun dilompat-lompat bapak gajah atau dilalui kereta kebal sekalipun!

*gua macam bangang dengan stail cuci tangan ini, lihat (begitu mudah) di sini dan bandingkan sini

*takziah buat keluarga tiga murid yang meninggal dunia dalam tragedi perkhemahan 1malaysia.

Thursday, October 22, 2009

entri di sini, sepatutnya:

pyanhabib (ulang: PYANHABIB) diminta lancar buku `sembang tepi jalan' tulisan meor yusof aziddin, 24 oktober 2009, sabtu pukul 3 petang di annex gallery, central market. sekian.
* meor yusof adalah anak muda yang sama yang menerbitkan album DRUR dan dilancarkan oleh a samad said baru-baru ini. sekian.

1. tetapi gua juga mahu cerita: gua temankan a samad said ke opis muslim aid siang tadi.

pengarah muslim aid, wan rusli memberi penerangan mengenai program qurban for life sewaktu gua menemani pak samad (a samad said) mengunjungi pejabat muslim aid asia cawangan malaysia di bangsar.

2. misi gua introkan papa rock kepada bos muslim aid setel seperti mana gua setelkan acara menghadap nasi putih berlauk kambing di bilik ekon mamak mahbub!

dan, selepas selesai acara nasi putih lawan kuah campur-campur lawan lauk kambing lawan acar timun lawan air kosong (sementara tunggu round kedua teh tarik), gua pun kena jawab!

* untuk kasi lebih jelas: dalam tin itu berisi daging kambing`qurban for life' manakala yang berbaju hitam dok tenung daging kambing dalam tin itu, memanglah gua!

Wednesday, October 21, 2009

lagu mana?

lagu mana? lagu mana gua mahu bikin entri dalam ini blog kalau dalam kepala gua hari-hari berdepan akan benda alah ini? yang tersebut adalah tiga manuskrip novel yang gua kena setel kurang dua minggu! (dengan angkuhnya gua letak pembaris untuk membuktikan manuskrip novel itu jelas lagi nyata hampir setebal empat inci, heh he!)




sebenarnya gua malas cerita tetapi kali ini gua bikin jom heboh: ya, ini jam gua kena setel edit tiga novel hampir empat inci tebal dalam masa kurang dua minggu. ini bukan novel gua. orang punya. penerbit kasi gua bikin ini kerja. kata dia orang, gua editor freelance. kata penerbit yang gua dikasi job, gua panel editor, ha! ini bukan kata gua, ini kata dia orang walaupun gua patut masuk keranjang dan angkat sendiri, kan? segan la. sudah bertahun gua bikin kerja ini. sudah berpuluh penulis gua conteng karya mereka dan berpuluh novel yang gua conteng itu ada dijual di mph, popular, border, kinokuniya. dalam berpuluh novel itu ada tercatat nama gua sebagai editor atau pentestimonial , ceh! malaslah gua cakap lebih-lebih. apa pun, kalau lu orang ada bikin novel dan mahu terbit, meh, cari gua! (syyy, jangan cari orang lain...)

Sunday, October 18, 2009

entri selepas gig DRUR sepatutnya:

* seorang pelancong cm (berbaju putih) dan kenalannya dari rice cooker. gambar ini sempat ditangkap oleh tukang tangkap gambar sebelum diekori pengawal cm yang menyelak `kad kuasa' yang diselit dipinggang. gua ingat diaorang mata-mata gelap, fuh!

setel event pelancaran/gig DRUR kat dewan serba guna AU2 (dewan tempat orang kenduri kawin -ada aircon oi), entri selanjutnya di sini sepatutnya:
1. naikkan semula catatan gua tentang muslim aid bersama ramli sarip dan a samad said.
3. catatan dan gambar-gambar gig DRUR
4. atau gua patut promot diri sendiri (tih tih tih...) kerana diminta lancarkan buku `sembang tepi jalan' tulisan meor yusof aziddin di annex central market pada 24 oktober ini pukul 3 petang. masuk kena bayarrrr! (gua tak tanggungjawab)
5. atau barangkali gambar gua bersama hang tuah!

*mahu jadi cerita: pengurusan lama central market pernah `ban' gua pada tahun 90-an sewaktu gua sepatutnya shoting drama Valentine, alasannya: gua dan kawan-kawan pernah buat kacau. gua teringat gua punya kawan pengarah filem, kejar dengan penyapu satu orang dari pihak pengurusan central market kerana ganggu kami sewaktu penggambaran filem Rozana Cinta '87. bertahun-tahun gua boikot ke tempat tersebut hinggalah pengurusan central market diambil alih. mahu panjangkan cerita: pengurusan cm sekarang pun lebih-lebih juga, pelancong ambil gambar kenangan dalam cm pun diekori pengawal sambil selak baju tunjuk `kad kuasa' (kunun) terselit kat pinggang stail mata-mata gelap. itu yang berlaku masa gua jalan-jalan dengan hang tuah jumaat 16 oktober lepas, member tukang ambil gambar tenung dia nampak kecik je!

Thursday, October 15, 2009

a. samad said. meor yusof. rahmat haron. nikbinjidan. pyanhabib. amin iskandar. hishamuddin rais. bikin gig, meh!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT di Dewan Serbaguna AU 2, Taman Keramat, Hulu Klang pada Sabtu, 17 Oktober mulai lepas Isyak



Ini sebuah album yang merakamkan bunyi, suara, gendang, bangsi, puisi, lagu dan nada perjuangan rakyat.

Sepuluh buah lagu dalam Album ini dilahirkan dari pengalaman seniman yang bertempur sebaris dalam angkatan rakyat.

Album ini diisi dengan bunyi akta zalim ISA – suara YB yang korup - dan laungan untuk bersama berani turun ke jalan raya. Juga di puisikan kembali pembunuhan Memali. Semua lagu-lagu digubah , dimusik dan dinyanyikan oleh Meor Yusof Aziddin.

Hanya sebuah lagu tentang pejuang kemerdekaan : Shamsiah Fakeh yang dimerdu dan dilunakkan oleh gadis cun : Mlle Mei Chen.

Lirik lirik ditulis oleh perbagai bentuk jenis manusia dari Rahmat Haron, Amin Iskandar, Amir Hamzah, Pyanhabib, Isham Rais, Abdullah Jones dan Ubilepeh.

Susuk yang dipanggil Meor ini bukan orang baru dalam dunia seni. Di zaman gempaq reformasi dahulu – ramai penyanyi genre bodek telah kecut telo – tetapi anak muda si Meor ini telah mara ke hadapan dengan gitarnya untuk mendendang dan menyemarakan api reformasi di jalan jalan.

Justeru album Dari rakyat Untuk Rakyat ini telah mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan lagu-lagu bergenre bodek, lagu merewang-merewang atau lagu jantan bodoh menangis ditinggal kekaseh.

Album ini adalah dalam tradisi Paris Commune 1871 – dimana para pejuang – para communard - setelah hangat bertempur akan berehat dengan suara nyanyian, gesekan biola dan tiupan bangsi para revolusineer untuk bangun bersemangat kembali agar dapat bertemur di keesokan hari.

Kalau Internationale lahirkan oleh Eugène Pottier di Paris Commune pada June 1871 – maka Dari Rakyat Untuk Rakyat ini dilahirkan dari pertempuran reformasi semenjak tahun 1998.

Anak muda yang mengakui dirinya anak muda wajib memiliki album ini. Hanya anak anak muda yang telah dituakan tidak perlu mencium atau mendengar dendang-dendang dari album ini.Para revolusineer yang ingin mengubah dunia album ini adalah teman bersantai. Untuk para reformis album ini adalah tanda setia terhadap perjuangan.

Untuk mereka yang berani mengakui diri sebagai susuk berseni maka album ini adalah passport dan kad pengenalan diri. -TT


DIJEMPUT DATANG BERSANTAI DAN BEREVOLUSI

Album ini akan dilancarkan:
Di Dewan Serbaguna AU 2,
Taman Keramat, Hulu Klang.
Hari Sabtu. 17/10/2009
Mulai seepas Isyak.

Sunday, October 11, 2009

Muslim Aid: Catatan kecil

1. Muslim Aid International cawangan Asia telah lama wujud di Malaysia. Yayasan ini diasaskan oleh Yusuff Islam @ Cat Steven pada tahun 1985. Aktiviti kemanusiaannya melangkau sempadan tanpa mengira agama, batas kaum atau warna kulit.
2. Saya mula akrab dengan Muslim Aid.
Saya kenal Saudara Wan Rusli Wan Muda, pengasas Muslim Aid Asia.
Saya membisikkan kepada Sasterawan Negara A. Samad Said.
Saya hubungi sahabat saya, karyawan muzik Ramli Sarip.
Hasilnya, dua legenda ini menyertai kami di Muslim Aid dengan kerendahan hati.
3. Selain berpejabat di Kuala Lumpur, London, Munich dan Sydney, rangkaian Muslim Aid mempunyai pejabat hampir di seluruh dunia.
4. Dan, dengan kemurahan hati rakyat Malaysia melaksanakan ibadah qurban, setiap tahun Muslim Aid membantu memberi makanan kepada beratus ribu mangsa kebuluran di serata dunia.
5. Jika anda ingin beribadah qurban untuk mereka yang benar-benar memerlukan, layari: www.qurbanforlife.com atau telefon: 03-22881996/03-22821996

* Berhati-hati dengan mereka yang mengambil kesempatan `kunun' mewakili Muslim Aid. Hubungi pejabat atau dapatkan info: www.muslimaidasia.com untuk lebih selamat.

gua tangkap papa rock join Muslim Aid



"rock, rock juga. ingat tuhan. hormat ibu bapa,
jangan kurang ajar!"




meh, join Muslim Aid!



gua boring, gua ada Muslim Aid

Friday, October 9, 2009

menjelang pembentangan belanjawan ii

gamaknya,
inilah keuntungan kapitalis
selepas harga rokok diwartakan
oleh kerajaan malaysia
naik DUA PULUH SEN:

1 million = 1.000.000
1 milliard = 1.000.000.000
1 billion = 1.000.000.000.000
1 billiard = 1.000.000.000.000.000
1 trillion = 1.000.000.000.000.000.000
1 trilliard = 1.000.000.000.000.000.000.000

* gua belai misai, gua lurut janggut!

Tuesday, October 6, 2009

menjelang pembentangan belanjawan

duit dalam tangan rm60 bilion, rakyat malaysia 27 juta orang. ambil rm1 bilion daripada rm60 bilion itu, sedekahkan rm1 juta kepada setiap seorang rakyat malaysia. hasilnya: rakyat malaysia akan kaya raya dan tiada yang miskin atau papa kedana!

* rm1 bilion = rm1000 juta (@1.000.000.000)
rm1000 juta tolak rm1 juta seorang (baca: 27 juta rakyat)
baki: (.....)
= gua belai misai, gua lurut janggut!

Tuesday, September 29, 2009

nota bagan pinang

isa bin samad, menang!
mahathir bin mohamad, kalah!
baca sini dan sini

Monday, September 28, 2009

nota raya

pilihan raya sebenarnya untuk mengesahkan kepada yang di sebelah sana untuk terus memerintah dan mengesahkan yang di sebelah sini agar sentiasa dicabar untuk terus bertanding.

* menjelang pilihan raya kecil bagan pinang

Thursday, September 17, 2009

gua meracau di luar pagar, yeah!

gua tidak ada baju raya baru, tidak beli seluar dan kasut baru. gua juga tidak main mercun, bunga api atau meriam buluh tetapi gua gumbira kerana, gua akan beraya dengan dua kolum (ulang: dua kolum!) untuk gua lepas tensen: satu dalam majalah gedung kartun (klik sini) dengan tajuk `racau' dan satu lagi bertajuk `luar pagar' dalam mstar online, jengok mstar online @ suara alternatif atau terus jengok sini.

gua juga sudah lama,
.....tidak mandi sungai.

Tuesday, September 15, 2009

salamun aidil

ya habibi,
salamun aidil...

Sunday, August 30, 2009

kemerdekaan

berikan anak pensel warna dan buku,
bukan bom, pistol atau baju kalis peluru!

Thursday, August 27, 2009

15malaysia

- mahu tonton 15malaysia? klik senarai di sini, 15malaysia. gua terlibat dalam `lumpur’ arahan kamal sabran, lepasan hollywood. oleh kerana `lumpur' ditayang pada 31 ogos maka untuk tontonnya, klik selepas bunga api bersembur di klcc atau semasa meriam diletupkan di padang merbuk, jalan parlimen.
- 15malaysia ini turut menampilkan bakat terendam menteri kesihatan, datuk seri liow tiong lai dan menteri besar kelantan, datuk nik abdul aziz nik mat.
- turut diundang bergedebe dalam 15malaysia ialah ketua pemuda umno/ahli parlimen rembau, khairy jamaluddin (baru-baru ini gua belasah dua puisi dalam parlimennya. khairy sepatutnya yang ajak gua bukan musuh ketat dia, cikgu bard, hah ha!) dan ahli parlimen batu, tian chua.
-al pacino, de nero dan superstar rajinikant (sivaji the boss@payadappa) tidak terlibat. ah, filem pendek je!

Tuesday, August 25, 2009

15malaysia press launch

"We have just received an invitation for all 15 films in 15Malaysia to be screened at the Pusan International Film Festival in October 2009. PIFF is the most important film festival in Asia and one of the most influential in the world. Meanwhile, Rot...terdam International Film Festival have formally confirmed the acceptance of 15Malaysia for screening in their 2010 program. Woot!"

*satu daripada 15 filem dalam program 15malaysia ini gua terlibat sebagai otai yang hero, hah ha! filem-filem yang tersebut ini dibikin khusus untuk festival filem di luar negara dan tidak ditayangkan secara terbuka di malaysia yang beriklim khatulistiwa. tengok, sekali main filem gua zoooommmm terus pergi internasional, perghhhh!

*untuk makluman: gua tidak terlibat sebarang aktiviti tayang tetek atau bergambar dalam kolam renang sama ada sebelum, semasa atau selepas penggambaran. sekian.

catatan empat ramadan

majalah melayu yang menyiarkan aktiviti tayang tetek dan karangan bergambar `pusat islam' sepatutnya lebih diizinterbit dan dihalalkan. (setuju! setuju!).
*rujuk: gudang kartun dirampas

Monday, August 24, 2009

merdeka! merdeka!

dan, seperti dilapor kulup sakah, aktiviti di gedung kartun hari ini ialah: gulung kulup!
lihat sini

merdeka!


selepas bersekang mata meredah lebuh raya sejak sebelum subuh 24 ogos, hari ini, isnin bersamaan 3 ramadan, gedung kartun selamat bersidai di kedai-kedai mamak dengan gagah perkasanya. merdeka!
*apahal gua sibuk? tih tih tih...
klik sini
klik disini

Friday, August 21, 2009

selamat hari raya

yahhuuuuuuuu!
tinggal 29 hari lagi, raya!
RAYA!

Wednesday, August 19, 2009

hello malaysia

1. beberapa hari lepas, pagi-pagi lagi gua sudah `dikerah' baca puisi sepentas dengan timbalan menteri kewangan satu, chor che heung, yang berucap merasmikan satu majlis tertutup di sebuah hotel di kuala lumpur, yang dihadiri lebih kurang seratus orang penjawat awam.
2. seminggu sebelum itu, gua merembat proton edisi pertama nikbinjidan ke rembau, membaca puisi sepentas dengan anwar ibrahim, mohd sabu dan zaid ibrahim di hadapan hampir lima belas ribu orang awam.
3. dengan bongkaknya gua beritahu, pada dua majlis yang tersebut ini gua bacakan puisi yang sama iaitu `hello malaysia', puisi yang gua tulis pada tahun 1981 dan dibacakan di hadapan yang mulia sultan kedah sempena malam puisi tanah air di universiti utara malaysia juga pada tahun 1981.
4. dan untuk menambahkan kebongkakan gua, gua beritahu: sejak 1981, sudah berpuluh ribu orang mendengar gua bacakan puisi ini sama ada di bawah tiang lampu (central market) atau di atas tiang lampu (universiti).
5. idea menulis puisi ini tercetus sewaktu gua dalam satu kereta dalam perjalanan ke uum melalui jalan kampung bersama sahabat gua, penulis sutung umar rs dan jins shamsudin (tan sri).
6. gua mudah lupa, sama ada dr mahathir mohamad (yang patut terus jadi pm) juga pernah mendengar gua bacakan puisi ini tetapi gua salut dr mahathir mohamad kerana sewaktu jadi pm, dia biasa jengok gua dan kawan-kawan gua baca puisi di bawah tiang lampu.
7. puisi ini juga diharamkan oleh lembaga penapis filem daripada disiarkan oleh tv pada tahun... (lupa. tv mana satu, lupa. boleh rujuk akhbar)
*ceh, rupanya sudah berpuluh tahun gua bikin dan bacakan puisi pasal malaysia, berpuluh tahun sebelum orang sibuk pasal ONE malaysia!

(...gua rasa mahu sambung lagi)

Sunday, August 16, 2009

mari mengaji

benludin bertanya:
1. siapa boleh/pandai kira berapa huruf yang ada di dalam surah al-Imran ayat ke-96?
2. dalam ayat yang sama, ada berapa huruf sebelum perkataan `bibakkah' (Makkah?)

kulupsakah menjawab:
setelah mengecilkan mata, aku nampak 40 huruf dan 20 huruf sebelum `bibakkah'..kalau aku tidak terbuang atau tertambah..

benludin berkata:
aku terbaca satu kajian saintis mengenai formula 1.618... dalam ayat itu ada 47 huruf...manakala sebelum perkataan `bibakkah' ada 29 huruf...
puas kira, tidak dapat!

kulupsakah menjelaskan:
surah apa pun atau ayat apa pun, atau seisi Quran sekalipun hanya ada 30 huruf sahaja.. Alif sampai Yaa!
30 huruf melengkapkan 30 juzuk.

gua menggulung:
tanpa mengecilkan biji mata dan tanpa pedulikan kajian saintis, teori kulupsakah yang disurahkan dari satu kulup ke satu kulup, layak diguna pakai: surah apa pun atau ayat apa pun, atau seisi Quran sekalipun hanya ada 30 huruf: Alif sampai Yaa.

Friday, August 14, 2009

mengenang rendra

Thursday, August 6, 2009

elegi buat rendra

dengan rahmat dan kasih tuhan
-berpulang engkau ke padang lapang

*sahabat kami, ws rendra (1935-2009)

Tuesday, August 4, 2009

kursi Allah

Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan dan apa-apa yang di belakang, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi.....

Sunday, August 2, 2009

kelabu

malam minggu malam kelabu

Friday, July 31, 2009

dah habeh!


Dataran Shah Alam
1 Ogos, sabtu 9-11 malam
MEOR, NIK, BLACK, PYANHABIB, MEI CHERN,
AIRMAS, MISSFYN, OSMAN KERING, URASTIKA, CICI SULAIMAN, DILA RADEN, ALINA, FARAH SAAD, NAZERI ANNUAR, AISYAH BAHARUDIN, SHASHA BASHIR, ADAM KASTURI, LIYANA DIZZY, FAZLEENA, BEEHA...

Sunday, July 26, 2009

yasmin yang cerdik*

selamat pulang,
yasmin.
-pulang
ke negeri abadi.

*yasmin ahmad, pekerja filem yang `cerdik' ini
kembali kerahmatullah malam tadi.

Tuesday, July 21, 2009

Frinjan



pekan frinjan berlangsung di dua tempat pada masa, hari dan tarikh yang sama.
gua bikin gig dan `ditamakkan' terlibat dalam dua acara. di subang jaya, selepas zuhur manakala di shah alam, selepas maghrib.

Friday, July 17, 2009

api lilin untuk teo

teo sepatutnya berkahwin hari ini
tetapi teo sudah mati!

*teo beng hock ditemui mati selepas hadir
sesi soal siasat (sebagai saksi) di premis sprm*. demi kemanusiaan, demi hati perut sebagai manusia, lupakan bangsa atau parti atau ideologi apa pun yang dianut teo.

*saya beritahu anak saya:
sprm = suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia

Thursday, July 16, 2009

nota kepada pm

tuan perdana menteri,
untuk gembirakan hati rakyat:
naikkan harga getah, tingkatkan
harga padi, turunkan harga barangan,
hapuskan tol, naikkan harga sawit,
dan (barangkali) kurangkan gaji menteri.

Tuesday, July 14, 2009

nota kepada tpm

tuan timbalan perdana menteri,
tuan seharusnya pujipandaikan rakyat
kerana, jambatan manik urai
hanya bernilai 65 undi!

Sunday, July 12, 2009

demokrasi

2/3 bumi diliputi air, selebihnya
bumi diliputi pembangkang tegar
dan gerombolan penyokong kerajaan.

Thursday, July 9, 2009

yang tersurat

dalam sekian banyak reaksi ekoran ppsmi dimansuh tahun 2012, gua tertarik akan komen shafie apdal selaku naib presiden umno yang berkata, `kita tidak boleh menjadikan anak-anak kita bahan kajian...'
- utusan malaysia, 9 julai 2009, muka surat 3.

gua teringat gua yang bukan naib presiden umno ada menulis,`...setelah tempurung kepala anak-anak orang asli,anak-anak orang miskin papa kedana kat ceruk kampung diuji kaji...'
- ppsmi: lagi @ kepada gapena, entri 23 februari 2009.

sekian.

Friday, July 3, 2009

last kopek: meh, tengok!


Thursday, July 2, 2009

........

bah cempedak lar pagar
jolok-jolokkan dengan galah
ga melepak di lar pagar
ga warga tidak habeh sekolah!

*betapa seksanya huruf `U' jahanam dari keybod!

Tuesday, June 30, 2009

tutup kedai

kalau ada sesiapa mahu belasah parpukari, belasahlah, tibailah. gua tidak mahu jawab. gua tutup kedai, sembahyang.

Wednesday, June 24, 2009

ada `bukan ceramah politik' beratap langit di sungai sumun

ada `bukan ceramah politik' beratap langit di sungai sumun, bagan datoh, perak pada jumaat, 26 jun ini, mulai lepas maghrib.
saya tidak pernah tahu di mana sungai sumun dan tidak pernah sampai ke bagan datoh maka `bukan ceramah politik' beralaskan surat khabar atau tikar bawa sendiri ini, akan membawa saya ke tempat tersebut. (klik poster `pentas kita karya kita' di sebelah).
*sungai sumun mengingatkan saya kepada sahabat saya, allahyarham dino ss (1 januari 1944-17 julai 2003). dino ss (dino sungai sumun) adalah aktivis sastera yang pendiam, pada zaman reformasi, beliau bersama allahyarham usman awang menyelenggara kumpulan puisi `derita bangsa'. pada saat akhir hayat, dino alami kelumpuhan hampir seluruh tubuh, hanya satu jari yang boleh bergerak. dengan satu jari itulah beliau dilihat mengetik komputer pelan-pelan sebelum menghembuskan nafas petang terakhirnya bersendirian di sofa pejabatnya di bangsar. semoga rohnya dirahmati kasih sayang Allah.

Tuesday, June 23, 2009

menunggu kata dari tuhan di masjid kampung tunku, pj

teater menunggu kata dari tuhan akan di pentaskan lagi. kali ini di masjid ar-rahman kampung tunku, seksyen satu, petaling jaya. pementasan pada sabtu, 27 jun ini akan berlangsung selepas solat maghrib.
teater karya sahabat saya, dinsman dan lakonan sabri yunus ini pernah dipentaskan di masjid batu, pulau pinang pada 30 mei lalu dan ia dilihat sebagai peristiwa teater dunia yang pertama kali di pentaskan di masjid.
berdasarkan satu malam pementasan di dewan bahasa, satu malam di hadapan sultan kelantan di kota bharu, lima malam di muzium selangor, satu malam di gombak, selangor, satu malam di masjid batu, pulau pinang, beribu penonton telah menyaksikan pementasan teater berdasarkan hadis nabi ini.
ada diskusi bersama penonton setiap kali selepas pementasan. ada sesuatu yang menarik tentang teater ini dan kenapa ia diminta dipentaskan di masjid.

Monday, June 22, 2009


Sunday, June 21, 2009

(delete)

tajuk entri di atas ialah: parpukari, gua ambil serius!

(tetapi seperti yang gua janjikan, entri parpukari yang gua tampal di sini, gua delete. bagaimana pun, komen-komen kat sini, gua tak reti nak delete)

*
June 22, 2009 8:39 PM

Thursday, June 18, 2009


Monday, June 15, 2009

selsema babi

Selsema ini biasanya menyerang babi. Awal tahun ini selsema ini berjangkit pada manusia – bermula di Mexico dan Amerika. Dari dua negara ini selsema ini sedang dan telah merebak ke seluruh dunia. Negara yang paling teruk diserang ialah Mexico.

Selsema ini berjangkit sama seperti selsema biasa – batuk, bersin atau terusik/terkena tempais dari batuk atau bersin.

Doktor kerana nak tujuk bijak gunakan huruf A , H1N1 – N disini maknanya Novel ertinya baru. N - Ertinya ini virus baru muncul. Jangan takut dengan nama yang pelik ini. Ini hanya nama. Virus ini masih belum di ketahui sifat dan perangainya. Juga tidak diketahui lagi sejauh mana ianya telah merebak.

APA TANDA –TANDA SELSEMA BABI:

Macam selsema biasa: batuk, hidung berair, kepala sakit, sendi sengal dan sakit, tekak sakit dan terasa sejuk badan. Ini samalah seperti demam selsema biasa.

Kalau seorang telah dapat selsema 7 hari sesudah pulang dari tempat yang di ketahui ada penyakit ini maka wajib jumpa doktor dan bukan jumpa bomoh Siam.

PENGUBATAN :

Akan diberi suntikan anti-viral – Tamiflu dan zanimivir ( Relenza). Atau pil Oseltamivir. Zanamivir ubat semboran ke hidung. Mungkin timbul masaalah sampingan – muntah atau suka berak cair.

MENJAUHI :

Tak payah pergi melawat ladang babi di Mexico.

Kalau selsema jangan pakai saputangan pakai tisu - boleh buang. Tangan hendaklah bersih sentiasa. Kalau rasa tak sedap badan – paracetemol biasa boleh mengunakan. Minum banyak air bukan minum tapai atau todi.
.
PERSEDIAAN:

Bersedia dengan keluarga dan kawan-kawan jika selsema ini sampai untuk membantu satu sama lain – beli makanan, ubat dan lain lain.

Memakai topeng muka tak ada faedah.

Banyak yang terkena selsema babi ini boleh diubati di rumah. Ada serangan tidak bagitu teruk. Ada serangan yang teruk wajib serta merta dihantar ke hospital. Mungkin ada jangkitan kuman yang lain yang masuk sama.

Ketika tulisan ini diterjemahkan ada 1,112 kes di Mexico dan 42 kematian. Di luar Mexico ada 1,259 kes dan dua kematian.
(Data ini diterjemahkan Tukar Tiub yang memungutnya dari UK Health Protection Agency)

* sewaktu gua tampalkan data ini, sudah dua hari gua terbersin. kebetulan pula puisi yang gua baca di istana budaya itu malam, ada sebut selsema babi, ceh!

Thursday, June 11, 2009

malam puisi utusan, meh!

jumaat, 12 jun, ada program puisi di laman santai, istana budaya, jalan tun razak, kuala lumpur. acara bermula pukul 8.30 malam (atau lepas isyak). gua tukang heboh kat blog ini sebab, gua juga dijemput sibuk-sibuk ambil bahagian, heh he!
(dijamin program ini tidak akan di block atau di road block. sekian, terima kasih)

*gua baharu lepas balas dendam dalam acara balik kampung sempena cuti-cuti sekolah dan kat malam puisi nanti gua pun berasa hendak balas dendam juga.....

Saturday, June 6, 2009

buku blook kena block!


pelancaran buku blook diblock saat akhir kerana, tukang tulis, tukang terbit, tukang cetak hadapi masalah macam selalulah: teknikal!
harap-harap bukan `tukang lancar' yang diblockkan, heh he!

*gua nak balik kampung, cuti-cuti sekolah!
(harap-harap acara 4 julai -lihat poster hitam putih- tidak terblock saat akhir)

Wednesday, June 3, 2009

buku blook!


pyanhabib lancar buku blook di read malaysia? hem...

Thursday, May 28, 2009

ya tuhan!

untuk elak pilihan raya kecil daripada diadakan pada masa akan datang maka pengerusi SPR khabarnya telah mencadangkan parti politik meletakkan calon yang sihat. kah kah kah!
betulkah calon yang sihat tidak boleh mampos? kalau betul cadangan ini maka bolehkah pengerusi SPR cadangkan kepada Tuhan Allah jangan mamposkan calon yang sihat?

Monday, May 18, 2009

nota kecil kepada timbalan perdana menteri*

tuan timbalan perdana menteri,
saya diceritakan oleh anak saya bahawa dua tokoh guru yang bahasa ibundanya bukan bahasa melayu sewaktu ditemu bual berita tv telah bersusah payah berbahasa malaysia. saya diceritakan bahawa dua tokoh guru itu berbahasa malaysia dengan bangganya.
saya juga diceritakan oleh anak saya bahawa seorang tokoh guru berbangsa melayu yang bahasa ibundanya bahasa melayu semasa ditemu bual berita tv telah berbahasa inggeris. saya diceritakan bahawa tokoh guru itu lancar berbahasa inggeris dengan bongkaknya.
tuan timbalan perdana menteri,
saya sekadar menceritakan.
sekian, terima kasih.

*sempena hari guru

Tuesday, May 12, 2009

mampoooos!

menang balik kalah balik menang balik
kalah balik menang balik kalah balik
menang balik kalah balik menang balik
kalah balik menang balik kalah balik
menang balik kalah balik, mampoooos!


*rajinikant (sivaji the boss) pasti memutar ligat jari
telunjuk kanannya kalau dia tahu apa yang berlaku di perak.

Monday, May 11, 2009

nota besar kepada zambry

brader zambry,
sama lu gua mahu bergambar,
janganlah gua dibaling selipar!


*beberapa jam selepas gua dan kawan-kawan bergambar berlatarkan dewan undangan negeri perak, tidak jauh dari pokok demokrasi puaka itu, mahkamah tinggi kuala lumpur isytihar mohamad nizar jamaluddin adalah menteri besar perak yang sah. pada 11 februari lalu gua ada tulis entri `jom heboh!' minta zambry jaga perak baik-baik, hemm!

Saturday, May 9, 2009

sama itu pokok.....

pyanhabib

sama itu pokok, gua bergambar
sebelum itu pokok, hangus dibakar!

sama itu pokok, gua bergambar
sebelum itu pokok, hangus dibakar!

sama itu pokok, gua bergambar
sebelum itu pokok, hangus dibakar!


*pada 5 februari, gua tulis entri isytihar gencatan tidak balik perak hingga tercabul sendiri. pada 3 mac, gua tulis entri mahu bergambar dengan pokok puaka di pinggir dewan undangan negeri (DUN) perak di ipoh itu. dan apabila gua tercabul balik ipoh pada sabtu 9 mei (sebelum itu gua ada melalui lebuh raya pulang ke taiping beberapa jam, sempena pilihan raya kecil parlimen bukit gantang), gua terus tercabul ke pokok puaka pemberi oksigen yang nama glamournya pokok demokrasi,
lihat: C-DUNG SENI

Thursday, May 7, 2009

OneBlack Malaysia, kopi O!

*mamak sentiasa kaya beberapa sen dalam segelas teh tarik bersusu, maka mulai 7 mei 2009, bersempena OneBlack Malaysia, kita rugikan mamak beberapa sen dalam kuantiti yang sama. tiada akta melarang kita berkopi o hitam pekat di khalayak ramai. meh, OneBlack Malaysia, kopi O!

Wednesday, May 6, 2009

(((ONEBLACK MALAYSIA!)))

*gua berbaju berseluar hitam,
gua juga berseluar dalam hitam!

altantuya @ aminah binti abdullah sudah mati!

jika tidak mati dan hidup bahagia di mongolia, aminah binti abdullah akan berusia 31 tahun pada hari ini, pada tarikh ini.

* aminah binti abdullah adalah nama altantuya saaribuu yang `diislamkan' oleh utusan malaysia selepas jasadnya hancur diletup bom c4. akhbar seluruh dunia bercerita tentangnya. di hong kong, ada rancangan bersiri kisah kematian aminah yang tragis ini. siapakah yang wajib bertanggungjawab membersihkan nama malaysia yang kini kotor dan membusuk?

Thursday, April 30, 2009

selamat hari pekerja antarabangsa

(1 mei 2008, blog ini pernah dikomenbabikan.
semoga yang membabikan itu,
mendapat kasih sayang tuhan, pada hari ini.)

Monday, April 27, 2009

nota kecil kepada tun mahathir

tun mahathir, kawan saya minta saya jadi calon bebas bertanding lawan tun di pilihan raya kecil penanti. mereka kata saya boleh menang, sungguh! saya tidak tahu sama ada saya mahu menangis, marah atau ketawa terbahak-bahak.

menunggu kata...

selepas dua pementasan di dua tempat di dua negeri sebelum ini, sahabat saya, dinsman, akan mementaskan `menunggu kata dari tuhan' di auditorium muzium selangor, shah alam pada 29 april hingga 3 mei, pementasan lima malam berturut ini berlangsung pukul 8.30 malam. jika ingin alami suatu kelainan melalui monolog sabri yunus, datanglah.

Sunday, April 12, 2009

catatan kecil tentang anwar ibrahim

`wah, pyan, bukit gantang bukan main lagi!' tegur saudara anwar ibrahim sewaktu terserempak dan gua berpelukan dengannya di satu majlis perkahwinan di damansara siang tadi. zooommm! kepala gua automatik terfokus ke pilihan raya kecil parlimen bukit gantang di mana gua sempat menjengok ramai bloggers, yang sejak hari penamaan calon hingga di malam pengumuman keputusan, bermarkas di belakang balai polis simpang, taiping, yang berhempas-pulas dengan wang saku sendiri.....
gua sekadar mengingatkan: betapa sekecil mana pun blog anda namun ia diikuti/dilihat/dibaca dan entri-entri di dalam blog anda tetap dihormati oleh manusia bernama anwar ibrahim, manusia yang rajin membaca dan tidak berdendam ini, sama ada anda menulis yang cantik-cantik atau yang hodoh-hodoh tentangnya.
`hah, pyanhabib sudah pakai bisnis kad!' katanya dan kami ketawa.

Thursday, April 9, 2009

sudah tersurat

tepat pukul 3 petang 9 april, pengumuman pembentukan kabinet `satu malaysia' berlangsung di putrajaya. beberapa jam sebelum itu, sekitar pukul 10 pagi, dua tertuduh kes pembunuhan altantuya dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
yang tersirat: gua mahu cari nasi!

Tuesday, April 7, 2009

nota kecil kepada nizar jamaluddin

saudara nizar,
ahli politik yang kalah, telah selamat kerana kalah tetapi ahli politik yang menang, tidak akan selamat sepanjang tahun. berhati-hatilah,
ular berada di mana-mana menyusup melingkar dengan mata menyala!

Thursday, April 2, 2009

tahniah!

anda kini berada di wilayah perdana menteri yang cerdik.

Tuesday, March 31, 2009

resolusi dua bukit satu batang

bayangkan:
segala makhluk ahli politik malaysia sama ada spesies pemerintah atau pembangkang, segala yang korup segala yang bangsat, segala yang berhati nabi segala yang berhati hitler, dikumpulkan ke dalam tongkang dan dibiarkan hanyut ke laut lepas, keputusannya barangkali: aman malaysia!

*bukit gantang + bukit selambau + batang ai

Sunday, March 29, 2009

`menunggu kata dari tuhan'

sahabat saya, dinsman akan membawa dan mementaskan naskhah teater `menunggu kata dari tuhan' di dewan bahasa & pustaka, kota bharu, kelantan pada selasa, 31 mac mulai pukul 9 malam. teater ini lakonan solo sabri yunus dengan dibantu muzik langsung sani sudin.
naskhah teater ini ditulis dinsman berdasarkan hadis sahih riwayat bukhari dan muslim, daripada abdullah bin kaab. pementasan ini dibawa khas dari kuala lumpur dan sedikit istimewa kerana ia diadakan hanya satu malam sahaja.
kepada penggemar teater di kelantan, jemputlah menonton.

Wednesday, March 18, 2009

brader, kita mesti terus hidup!

dari osman tikus

dengan bongkaknya osman tikus berpesan: ``sebelum gua dihamlau, dihawau, dilahabau atau dieleh... makanya semua pengunjung blog ini dijemput hadir/datang/pergi -berambus kalau tidak suka- ke tayangan filem KSJ di pawagam coliseum pada 28 mac, pukul 12 siang, hari sabtu. sekian.''

*apa kena-mengena osman tikus menyibuk/menebeng promot filem KSJ dalam blog gua? entah!

Sunday, March 15, 2009

lagi ipoh mali

plak di pokok demokrasi yang kena pecah sudah kena rodok, pulak!
khabar angin sepoi bahasa: pokok-pokok sekali akan dirodok selepas ini. alasan: buat jalan!
apa yang sakit hati sangat dengan pokok itu? kehijauan alam sekitar sepatutnya dijaga, biarkanlah pokok-pokok menghijau subur. jangan longkangkan pokok-pokok pemberi oksigen! kalaulah itu pokok boleh bercakap, isyyy....

*tengok gambar pergi gogel: sendawamalaysia.

Thursday, March 12, 2009

ipoh mali ka si pe cahh!

terkini dari ipoh jam 10.45 pagi.
tengah malam tadi ada jembalang sudah ka si pe cah sama itu plak pokok demokrasi, haiya!

(gambar boleh tengok http://www.sendawamalaysia.blogspot.com)

Tuesday, March 10, 2009

`bajet mini'

60 bilion ringgit malaysia diperuntuk dalam pakej rangsangan ekonomi
(enam puluh bilion ringgit duit malaysia? waw, malaysia kaya!). kalaulah 1 bilion daripada bajet yang dilihat `mini' itu diberikan kepada anak-anak yatim,1 bilion untuk oku yang tidak mampu, 1 bilion untuk orang-orang miskin tegar, penyumbangnya kalau mati, tidak perlu kapan, terus tanam dan terus masuk syurga!

Sunday, March 8, 2009

salam maulidur rasul

"Dan tidak kami (Allah)
utuskan kamu (wahai Muhammad)
melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekalian alam."

- Surah Al-Anbiya, ayat 107

Saturday, March 7, 2009

ppsmi@keranda 152

ekoran fru menyerang dan menembak tear gas untuk menyurai ribuan peserta perarakan keranda 152, ada akhbar online berbahasa melayu, yang saham-sahamnya milik melayu, yang selama ini mendakwa mereka pejuang bangsa dan bahasa melayu, hari ini dengan bangsat dan celakanya menghina pembantah ppsmi apabila dengan tidak ada rasa kemaluan memanipulasi berita dan mendakwa: `kesemua penyokong bertempiaran lari menyelamatkan diri.....'
celaka!

nota: peserta tidak larikan diri tetapi mengelak amokan tear gas fru.
tanya: di mana akhbar melayu ini sewaktu tear gas amok masjid negara?

Friday, March 6, 2009

elegi -buat zubir ali

zubir,
selamat kembali
di sana
ada yang menanti
.....senyumlah.

-Pyanhabib


*sahabat kami, penyair/penyanyi lagu puisi, zubir ali
kembali ke rahmatullah pukul 11 siang tadi. alfatehah.

Tuesday, March 3, 2009

pohon demokrasi

sama itu pokok gua mahu bergambar
sebelum itu pokok, hangus dibakar!

-Pyanhabib

Monday, February 23, 2009

ppsmi: lagi! (@ kepada gapena)

i.
sama ada dimansuhkan atau diteruskan pengajaran pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (ppsmi), dua-duanya TIDAK BERGUNA kepada saya kerana, dua anak saya SUDAH dan AKAN menjadi mangsa - dan saya rakyat bebal dan menerima sahaja apa yang diwahyukan pemerintah!
anak pertama saya: sejak tahun pertama hingga tahun enam dididik di sekolah kebangsaan. dia sudah hafal dan faham dengan formula, istilah dan simbol-simbol matematik dan sains yang `dibahasamalaysiakan’. tetapi semasa dia menduduki tingkatan satu, dia keliru apabila formula, istilah dan simbol-simbol dua mata pelajaran ini `dibahasainggeriskan’ semula.
hasilnya, keputusan pmr yang diperolehnya baru-baru ini tidak menyenangkan dia, walaupun dia sudah mula menguasai segala benda alah tersebut dalam bahasa inggeris.
sebentar tadi (catatan ini ditulis selepas keputusan pmr 2008) dia berkata, jika ditukar semula segala formula, segala istilah, segala simbol-simbol tersebut ke bahasa malaysia, dia akan terpaksa mengulang semula apa yang telah mengelirukannya.
anak kedua saya: sejak tahun pertama sekolah rendah dia mendapat didikan matematik dan sains dalam bahasa inggeris sepenuhnya dan dia cemerlang dalam dua mata pelajaran ini. sekarang dia di sekolah menengah, dia yang hafal dengan formula, istilah dan simbol-simbol matematik dan sains dalam bahasa inggeris itu mengadu: kalau dikembalikan semula dua mata pelajaran ini ke dalam bahasa malaysia maka dia terpaksa belajar apa yang tidak pernah dipelajarinya.

* sungguh bangsat dilihat orang apabila pejuang bahasa sibuk bikin repot polis, sibuk ugut saman kerajaan selepas tujuh tahun tembolok disumbat kenyang apa kejadahnya, selepas tempurung kepala anak-anak orang asli,anak-anak orang miskin papa kedana kat ceruk kampung diujikaji, tiba-tiba mereka melondehkan seluar menunjukkan telur!

Bersambung…

Sunday, February 15, 2009

ppsmi: gapena baru sedar?

selepas tujuh tahun pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik
dalam bahasa inggeris dilaksanakan: gapena baru sedar pelaksanaan
ppsmi `...tidak sah di sudut undang-undang dan bertentangan
dengan seksyen 17(1),akta pendidikan 1976...' piraaaaah!
selepas tujuh tahun pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik
dalam bahasa inggeris dilaksanakan: gapena baru sedar ppsmi akan `membunuh
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang.' piraaaah!
selepas tujuh tahun...
selepas tujuh tahun...
selepas tujuh tahun pelaksanaan ppsmi tiba-tiba gapena... tiba-tiba gapena...
aduh!

(bersambung...)

Friday, February 13, 2009

malaysia boleh!

lupakan politik.
meh, baca berita ini, baca pelan-pelan:

Malaysia jatuh tiga anak tangga dalam senarai kedudukan terbaik dunia apabila menduduki tangga 161 dalam ranking bola sepak dunia terkini yang dikeluarkan oleh Pesekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kedudukan itu adalah yang kedua terendah pernah dicapai oleh Malaysia.

Kenurut laman web FIFA, Malaysia memungut 104 mata pada Februari tetapi kurang 10 mata berbanding senarai yang dikeluarkan bulan lalu, dan hanya sembilan anak tangga lebih baik berbanding kedudukan terendah iaitu tangga 170 April tahun lalu.

*sebagai seorang kaki bola berkaki bangku, gua tidak tahu sama ada gua mahu menangis atau ketawa berdekah-dekah selepas membaca berita ini.

Wednesday, February 11, 2009

jom heboh!

brader zambry*,
jagalah perak baik-baik.

*zambry abd kadir (datuk dr)
adalah juga kenalan gua, heh he!

Tuesday, February 10, 2009

kelahi

pemerintah sama pembangkang berkelahi,
gua tidak hendak mati di tengah-tengah.

Sunday, February 8, 2009

salam thaipusam

di bawah langit
di padang lapang
kita nikmati kasih
dan sayang tuhan

Saturday, February 7, 2009

jangan mangsakan anak-anak kami

demi suara kami yang tidak dipedulikan
maka kamu, pemerintah atau pembangkang,
teruskan berkelahi, tetapi
jangan huru-harakan hidup dan mimpi kami
jangan mangsakan anak-anak buah hati kami!

Friday, February 6, 2009

pembesar negeri*

maka diwartakanlah
ke segenap ceruk kampung
ke segenap jajahan tadbiran
perihal negeri memperoleh
akan mamak bendahara
(atau di baca `akan pembesar negeri')

maka akan berkelilingpingganglah
para mandeliar akan mamak bendahara itu
(atau dibaca `akan pembesar negeri itu')

*judul asal entri ini ialah `mamak bendahara' yang bermaksud pembesar negeri tetapi tajuk itu memberi tanggapan lain kepada orang lain maka gua tukar kepada judul yang tersebut

Thursday, February 5, 2009

perisytiharan 5 februari

gua isytihar gencatan
tidak balik perak
hingga tercabul sendiri!

cheers!

`segelas beer
untuk anda sempena
meraikan kemandulan
demokrasi. cheers!'

-kulupsakah

Wednesday, February 4, 2009

surat kecil kepada sultan perak

tuanku sultan perak yang dikasihi,
selamatkan rakyat tuanku
dari menjadi mangsa yang dimangsakan
para kapitalis dan korupsi
atas nama demokrasi atau kuku besi
pemerintah atau pembangkang.....

melombong emas

perak kini tumpuan
pelombong emas
dari segala
spesies makhluk
bangsat dan korup!

hemm!

1.
di mahkamah tinggi shah alam, sirul azhar memberitahu, dia sekadar `kambing hitam yang harus dikorbankan' untuk melindungi `mereka yang tidak berada dalam mahkamah'.
2.
di putrajaya, `empat adun perak sertai sidang akhbar najib'

* hasilnya: tumpuan berjaya dialih ke perak!
* 16-17 februari hujah penutupan kes altantuya sebelum hakim membuat keputusan. (tetapi huru-hara di perak akan lebih jadi tumpuan, hemmm!)
* khabarnya, adun behrang dan adun changkat jering tersepit masalah rasuah rm180j. kes mereka akan disebut di mahkamah syesen di ipoh pada 10 februari tetapi ada pula pihak sanggup jadi tuhan penyelamat, jahanam!

sms dari hanim

`abang pyan kena bloging balik,
perak sudah kritikal!'
-hanim (10.13 malam)

* gua tersentak,
kepala terasa membesar!

Wednesday, January 14, 2009

.....

.
.
.
.
.
gua isytihar
`gencatan memblogger'
.
.
.
.
.


*(sejak 1 muharam 1430H, sebenarnya)

Friday, January 2, 2009

si pandai

kanak-kanak adalah si pandai
apabila berkata, sekolah dan universiti
sebagai tempat pandirkan si pandai!