1. PERIHAL tujuh kampung tradisi di pinggir Kuala Lumpur, bersempadan dengan daerah Gombak, Selangor, terlibat dengan Plan Struktur Kuala Lumpur 2020 atau juga disebut Draf KL 2020.
3. Apabila beberapa buah Kampung Melayu (terakhir) yang masih wujud dalam sekitaran kota metropolitan Kuala Lumpur ini hendak dihapus dan dipadamkan daripada peta tamadun kebanggan kita – apakah kita sebagai manusia tidak tersentuh apa-apa?
4. Anda dialu-alukan untuk menulis puisi @ apa sahaja yang berhubungan dengan persoalan kampung-kampung yang terancam kewujudannya di kota ini , dan perlu-tidaknya kampung-kampung tradisi dipelihara dan dikekalkan kewujudannya dalam arus pembangunan hari ini.
5. Pada 7 Disember 2010 akan diadakan himpunan penyair-seniman-budayawan 1 Muharam bersamaan hari Selasa, di Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam, Gombak, Kuala Lumpur sekitar pukul 5 petang, manakala pada malamnya akan diadakan acara pembacaan puisi.
6. Bagi anda yang tidak menulis puisi, tetapi berkarya dalam bentuk lukisan, sketsa atau fotografi, anda dialu-alu menyumbangkan karya dalam bentuk-bentuk tersebut. Manakala mereka yang menyanyi atau bermain muzik, pun dialu-alu mengambil bahagian. Mari kita sama-sama meriahkan pertemuan seni-budaya ini!
7. Hantarkan terus puisi (atau apa sahaja tulisan anda) kepada emel saya: pyanhabib@gmail.com, jangan lewat daripada 20 November.