SELAMAT Hari Raya Puasa.
Setiap doa, hanya yang baik-baik.
Allahuakbar.
Sunday, August 19, 2012
Sunday, July 15, 2012
Tidak pasal-pasal ...
Tidak pasal-pasal kepala lutut gua terfikir:
GUA patut jadi Perdana Menteri, supaya gua berkuasa arahkan Hikayat Hang Tuah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah. Malaslah jadi Menteri Pendidikan.
GUA patut jadi Perdana Menteri, supaya gua berkuasa arahkan Hikayat Hang Tuah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah. Malaslah jadi Menteri Pendidikan.
Monday, July 2, 2012
Sesekali perlu bersikap bakhil
ANDA berhak untuk bersikap bakhil sebelum dikencing walau hanya 50 sen kerana dengan nilai 50 sen itu anda sudah boleh memasuki -jika nasib kurang baik- sebuah tandas paling hancing dan hapak di Kuala Lumpur. Maka hargailah untuk setiap sen yang anda miliki. Ya, anda berhak untuk bersikap bakhil jika itu yang anda mahukan.
Sumber:
Sumber:
Sunday, May 13, 2012
Balada Pyanhabib
ASSALAM.
Kepada anda yang berminat membeli buku puisi Balada Pyanhabib terbitan Institiut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), banking RM30 ke akaun Maybank: 1122-0428-0928 (Zurina i/t Ahmad).
Setelah banking, sila SMS: 012-9254-527. Sertakan nama penuh dan alamat lengkap untuk kiriman pos. Terima kasih.
Kepada anda yang berminat membeli buku puisi Balada Pyanhabib terbitan Institiut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), banking RM30 ke akaun Maybank: 1122-0428-0928 (Zurina i/t Ahmad).
Setelah banking, sila SMS: 012-9254-527. Sertakan nama penuh dan alamat lengkap untuk kiriman pos. Terima kasih.
Tuesday, May 1, 2012
Mangsanya, wartawan
AKHBAR memutarkan cerita, tv membelitkan berita.
Mangsanya, wartawan dibelasah setengah mampos!
Mangsanya, wartawan dibelasah setengah mampos!
Tuesday, March 27, 2012
Tanda-tanda PRU13
APABILA subsidi petrol RON95 tiba-tiba diumum dinaikkan 10 sen -kepada RM1.03 sen seliter- dengan bukti kukuh, `ekoran kenaikan harga minyak dunia', tetapi harga RON95 kekal pada RM1.90 sen seliter, itu tandanya: PRU13 tersangatlah dekat.
Sumber:
Sumber:
Sunday, March 18, 2012
`Wang kerajaan'
MEMBANTU rakyat golongan tidak berkemampuan memiliki kediaman, murni niatnya. Tetapi apabila Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar cakap, `Wang EPF digunakan bukan kerana kehabisan wang kerajaan', ia jadi lain, macamlah duit simpanan titik peluh pekerja atau `wang kerajaan' itu duit emak bapak dia. PM Najib selalu cakap projek bilion-bilion, apa salahnya minta satu bilion untuk bina rumah dan sedekahkan kepada rakyat tidak berkemampuan miliki rumah. Apakah `wang kerajaan' tidak layak digunakan untuk bina rumah rakyat? `Wang kerajaan' itu wang rakyat!
Rujukan:
Sunday, February 26, 2012
Sawit, Zionis dan pembunuhan rakyat Palestin
HA, satu NGO sudah bikin cerita, dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit sama Israel. Dua Syarikat itu didakwa menghantar minyak sawit ke Israel melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. Itu NGO berani punya orang, siap bikin `bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit -sebelum dihantar ke Israel.' Kepada akhbar arus perdana gua berharap ada keberanian untuk bikin tajuk muka depan dengan bukti bergambar akan wujudnya hubungan dagang dengan rejim Zionis, pem-bu-nuh rak-yat Pa-les-tin!
Rujukan:
Tuesday, February 14, 2012
Mereka yang bermaruah
MEREKA yang bermaruah, sanggup angkat najis dan tidak melakukan perbuatan terkutuk: `jika gunung runtuh, ia batu, jika batu runtuh, ia pasir'
-Jana @ Ajith Kumar dalam Jana
-Jana @ Ajith Kumar dalam Jana
Monday, January 30, 2012
Tajuk akhbar memutarbelitkan otak pembaca
LANTAKLAH siapa pelaku lucah cabul dalam video yang tersebut ini, cuma gua tertanya-tanya tidakkah semua orang ditipu hidup-hidup apabila membaca tajuk `Anwar dicabar serah video'? Siapakah pemilik video lucah itu sebenarnya? Bukankah tiga makhluk bergelar Datuk T pemilik video lucah cabul itu malah bersubahat menayangkannya? Lihat, betapa tajuk akhbar dengan mudah memutarbelitkan otak pembacanya.
Sumber:
Anwar dicabar serah video
Sumber:
Anwar dicabar serah video
Sunday, January 29, 2012
Sesekali sokong Mahathir punya cakap
SESEKALI semua orang patut kasi sokong sama Mahathir punya cakap, bab isytihar harta kasi setuju. Ada menteri bikin cakap isytihar harta kasi bahaya sama kaum kerabat menteri. Itu menteri patut kasi titik, kasi letak jawatan, kasi halau dari Parlimen.
Sumber:
Dr M: Menteri enggan isytihar harta patut letak jawatan
Sumber:
Dr M: Menteri enggan isytihar harta patut letak jawatan
Tuesday, January 3, 2012
Monday, January 2, 2012
RUU Perhimpunan Aman
PEGUAM membantah sebab mereka tahu undang-undang,
rakyat membantah sebab mereka tidak tahu undang-undang.
rakyat membantah sebab mereka tidak tahu undang-undang.
Sunday, January 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)