Friday, July 17, 2009

api lilin untuk teo

teo sepatutnya berkahwin hari ini
tetapi teo sudah mati!

*teo beng hock ditemui mati selepas hadir
sesi soal siasat (sebagai saksi) di premis sprm*. demi kemanusiaan, demi hati perut sebagai manusia, lupakan bangsa atau parti atau ideologi apa pun yang dianut teo.

*saya beritahu anak saya:
sprm = suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia

Thursday, July 16, 2009

nota kepada pm

tuan perdana menteri,
untuk gembirakan hati rakyat:
naikkan harga getah, tingkatkan
harga padi, turunkan harga barangan,
hapuskan tol, naikkan harga sawit,
dan (barangkali) kurangkan gaji menteri.

Tuesday, July 14, 2009

nota kepada tpm

tuan timbalan perdana menteri,
tuan seharusnya pujipandaikan rakyat
kerana, jambatan manik urai
hanya bernilai 65 undi!

Sunday, July 12, 2009

demokrasi

2/3 bumi diliputi air, selebihnya
bumi diliputi pembangkang tegar
dan gerombolan penyokong kerajaan.

Thursday, July 9, 2009

yang tersurat

dalam sekian banyak reaksi ekoran ppsmi dimansuh tahun 2012, gua tertarik akan komen shafie apdal selaku naib presiden umno yang berkata, `kita tidak boleh menjadikan anak-anak kita bahan kajian...'
- utusan malaysia, 9 julai 2009, muka surat 3.

gua teringat gua yang bukan naib presiden umno ada menulis,`...setelah tempurung kepala anak-anak orang asli,anak-anak orang miskin papa kedana kat ceruk kampung diuji kaji...'
- ppsmi: lagi @ kepada gapena, entri 23 februari 2009.

sekian.

Friday, July 3, 2009

last kopek: meh, tengok!


Thursday, July 2, 2009

........

bah cempedak lar pagar
jolok-jolokkan dengan galah
ga melepak di lar pagar
ga warga tidak habeh sekolah!

*betapa seksanya huruf `U' jahanam dari keybod!

Tuesday, June 30, 2009

tutup kedai

kalau ada sesiapa mahu belasah parpukari, belasahlah, tibailah. gua tidak mahu jawab. gua tutup kedai, sembahyang.

Wednesday, June 24, 2009

ada `bukan ceramah politik' beratap langit di sungai sumun

ada `bukan ceramah politik' beratap langit di sungai sumun, bagan datoh, perak pada jumaat, 26 jun ini, mulai lepas maghrib.
saya tidak pernah tahu di mana sungai sumun dan tidak pernah sampai ke bagan datoh maka `bukan ceramah politik' beralaskan surat khabar atau tikar bawa sendiri ini, akan membawa saya ke tempat tersebut. (klik poster `pentas kita karya kita' di sebelah).
*sungai sumun mengingatkan saya kepada sahabat saya, allahyarham dino ss (1 januari 1944-17 julai 2003). dino ss (dino sungai sumun) adalah aktivis sastera yang pendiam, pada zaman reformasi, beliau bersama allahyarham usman awang menyelenggara kumpulan puisi `derita bangsa'. pada saat akhir hayat, dino alami kelumpuhan hampir seluruh tubuh, hanya satu jari yang boleh bergerak. dengan satu jari itulah beliau dilihat mengetik komputer pelan-pelan sebelum menghembuskan nafas petang terakhirnya bersendirian di sofa pejabatnya di bangsar. semoga rohnya dirahmati kasih sayang Allah.

Tuesday, June 23, 2009

menunggu kata dari tuhan di masjid kampung tunku, pj

teater menunggu kata dari tuhan akan di pentaskan lagi. kali ini di masjid ar-rahman kampung tunku, seksyen satu, petaling jaya. pementasan pada sabtu, 27 jun ini akan berlangsung selepas solat maghrib.
teater karya sahabat saya, dinsman dan lakonan sabri yunus ini pernah dipentaskan di masjid batu, pulau pinang pada 30 mei lalu dan ia dilihat sebagai peristiwa teater dunia yang pertama kali di pentaskan di masjid.
berdasarkan satu malam pementasan di dewan bahasa, satu malam di hadapan sultan kelantan di kota bharu, lima malam di muzium selangor, satu malam di gombak, selangor, satu malam di masjid batu, pulau pinang, beribu penonton telah menyaksikan pementasan teater berdasarkan hadis nabi ini.
ada diskusi bersama penonton setiap kali selepas pementasan. ada sesuatu yang menarik tentang teater ini dan kenapa ia diminta dipentaskan di masjid.

Monday, June 22, 2009


Sunday, June 21, 2009

(delete)

tajuk entri di atas ialah: parpukari, gua ambil serius!

(tetapi seperti yang gua janjikan, entri parpukari yang gua tampal di sini, gua delete. bagaimana pun, komen-komen kat sini, gua tak reti nak delete)

*
June 22, 2009 8:39 PM

Thursday, June 18, 2009


Monday, June 15, 2009

selsema babi

Selsema ini biasanya menyerang babi. Awal tahun ini selsema ini berjangkit pada manusia – bermula di Mexico dan Amerika. Dari dua negara ini selsema ini sedang dan telah merebak ke seluruh dunia. Negara yang paling teruk diserang ialah Mexico.

Selsema ini berjangkit sama seperti selsema biasa – batuk, bersin atau terusik/terkena tempais dari batuk atau bersin.

Doktor kerana nak tujuk bijak gunakan huruf A , H1N1 – N disini maknanya Novel ertinya baru. N - Ertinya ini virus baru muncul. Jangan takut dengan nama yang pelik ini. Ini hanya nama. Virus ini masih belum di ketahui sifat dan perangainya. Juga tidak diketahui lagi sejauh mana ianya telah merebak.

APA TANDA –TANDA SELSEMA BABI:

Macam selsema biasa: batuk, hidung berair, kepala sakit, sendi sengal dan sakit, tekak sakit dan terasa sejuk badan. Ini samalah seperti demam selsema biasa.

Kalau seorang telah dapat selsema 7 hari sesudah pulang dari tempat yang di ketahui ada penyakit ini maka wajib jumpa doktor dan bukan jumpa bomoh Siam.

PENGUBATAN :

Akan diberi suntikan anti-viral – Tamiflu dan zanimivir ( Relenza). Atau pil Oseltamivir. Zanamivir ubat semboran ke hidung. Mungkin timbul masaalah sampingan – muntah atau suka berak cair.

MENJAUHI :

Tak payah pergi melawat ladang babi di Mexico.

Kalau selsema jangan pakai saputangan pakai tisu - boleh buang. Tangan hendaklah bersih sentiasa. Kalau rasa tak sedap badan – paracetemol biasa boleh mengunakan. Minum banyak air bukan minum tapai atau todi.
.
PERSEDIAAN:

Bersedia dengan keluarga dan kawan-kawan jika selsema ini sampai untuk membantu satu sama lain – beli makanan, ubat dan lain lain.

Memakai topeng muka tak ada faedah.

Banyak yang terkena selsema babi ini boleh diubati di rumah. Ada serangan tidak bagitu teruk. Ada serangan yang teruk wajib serta merta dihantar ke hospital. Mungkin ada jangkitan kuman yang lain yang masuk sama.

Ketika tulisan ini diterjemahkan ada 1,112 kes di Mexico dan 42 kematian. Di luar Mexico ada 1,259 kes dan dua kematian.
(Data ini diterjemahkan Tukar Tiub yang memungutnya dari UK Health Protection Agency)

* sewaktu gua tampalkan data ini, sudah dua hari gua terbersin. kebetulan pula puisi yang gua baca di istana budaya itu malam, ada sebut selsema babi, ceh!

Thursday, June 11, 2009

malam puisi utusan, meh!

jumaat, 12 jun, ada program puisi di laman santai, istana budaya, jalan tun razak, kuala lumpur. acara bermula pukul 8.30 malam (atau lepas isyak). gua tukang heboh kat blog ini sebab, gua juga dijemput sibuk-sibuk ambil bahagian, heh he!
(dijamin program ini tidak akan di block atau di road block. sekian, terima kasih)

*gua baharu lepas balas dendam dalam acara balik kampung sempena cuti-cuti sekolah dan kat malam puisi nanti gua pun berasa hendak balas dendam juga.....

Saturday, June 6, 2009

buku blook kena block!


pelancaran buku blook diblock saat akhir kerana, tukang tulis, tukang terbit, tukang cetak hadapi masalah macam selalulah: teknikal!
harap-harap bukan `tukang lancar' yang diblockkan, heh he!

*gua nak balik kampung, cuti-cuti sekolah!
(harap-harap acara 4 julai -lihat poster hitam putih- tidak terblock saat akhir)

Wednesday, June 3, 2009

buku blook!


pyanhabib lancar buku blook di read malaysia? hem...

Thursday, May 28, 2009

ya tuhan!

untuk elak pilihan raya kecil daripada diadakan pada masa akan datang maka pengerusi SPR khabarnya telah mencadangkan parti politik meletakkan calon yang sihat. kah kah kah!
betulkah calon yang sihat tidak boleh mampos? kalau betul cadangan ini maka bolehkah pengerusi SPR cadangkan kepada Tuhan Allah jangan mamposkan calon yang sihat?

Monday, May 18, 2009

nota kecil kepada timbalan perdana menteri*

tuan timbalan perdana menteri,
saya diceritakan oleh anak saya bahawa dua tokoh guru yang bahasa ibundanya bukan bahasa melayu sewaktu ditemu bual berita tv telah bersusah payah berbahasa malaysia. saya diceritakan bahawa dua tokoh guru itu berbahasa malaysia dengan bangganya.
saya juga diceritakan oleh anak saya bahawa seorang tokoh guru berbangsa melayu yang bahasa ibundanya bahasa melayu semasa ditemu bual berita tv telah berbahasa inggeris. saya diceritakan bahawa tokoh guru itu lancar berbahasa inggeris dengan bongkaknya.
tuan timbalan perdana menteri,
saya sekadar menceritakan.
sekian, terima kasih.

*sempena hari guru

Tuesday, May 12, 2009

mampoooos!

menang balik kalah balik menang balik
kalah balik menang balik kalah balik
menang balik kalah balik menang balik
kalah balik menang balik kalah balik
menang balik kalah balik, mampoooos!


*rajinikant (sivaji the boss) pasti memutar ligat jari
telunjuk kanannya kalau dia tahu apa yang berlaku di perak.

Monday, May 11, 2009

nota besar kepada zambry

brader zambry,
sama lu gua mahu bergambar,
janganlah gua dibaling selipar!


*beberapa jam selepas gua dan kawan-kawan bergambar berlatarkan dewan undangan negeri perak, tidak jauh dari pokok demokrasi puaka itu, mahkamah tinggi kuala lumpur isytihar mohamad nizar jamaluddin adalah menteri besar perak yang sah. pada 11 februari lalu gua ada tulis entri `jom heboh!' minta zambry jaga perak baik-baik, hemm!

Saturday, May 9, 2009

sama itu pokok.....

pyanhabib

sama itu pokok, gua bergambar
sebelum itu pokok, hangus dibakar!

sama itu pokok, gua bergambar
sebelum itu pokok, hangus dibakar!

sama itu pokok, gua bergambar
sebelum itu pokok, hangus dibakar!


*pada 5 februari, gua tulis entri isytihar gencatan tidak balik perak hingga tercabul sendiri. pada 3 mac, gua tulis entri mahu bergambar dengan pokok puaka di pinggir dewan undangan negeri (DUN) perak di ipoh itu. dan apabila gua tercabul balik ipoh pada sabtu 9 mei (sebelum itu gua ada melalui lebuh raya pulang ke taiping beberapa jam, sempena pilihan raya kecil parlimen bukit gantang), gua terus tercabul ke pokok puaka pemberi oksigen yang nama glamournya pokok demokrasi,
lihat: C-DUNG SENI

Thursday, May 7, 2009

OneBlack Malaysia, kopi O!

*mamak sentiasa kaya beberapa sen dalam segelas teh tarik bersusu, maka mulai 7 mei 2009, bersempena OneBlack Malaysia, kita rugikan mamak beberapa sen dalam kuantiti yang sama. tiada akta melarang kita berkopi o hitam pekat di khalayak ramai. meh, OneBlack Malaysia, kopi O!

Wednesday, May 6, 2009

(((ONEBLACK MALAYSIA!)))

*gua berbaju berseluar hitam,
gua juga berseluar dalam hitam!

altantuya @ aminah binti abdullah sudah mati!

jika tidak mati dan hidup bahagia di mongolia, aminah binti abdullah akan berusia 31 tahun pada hari ini, pada tarikh ini.

* aminah binti abdullah adalah nama altantuya saaribuu yang `diislamkan' oleh utusan malaysia selepas jasadnya hancur diletup bom c4. akhbar seluruh dunia bercerita tentangnya. di hong kong, ada rancangan bersiri kisah kematian aminah yang tragis ini. siapakah yang wajib bertanggungjawab membersihkan nama malaysia yang kini kotor dan membusuk?

Thursday, April 30, 2009

selamat hari pekerja antarabangsa

(1 mei 2008, blog ini pernah dikomenbabikan.
semoga yang membabikan itu,
mendapat kasih sayang tuhan, pada hari ini.)

Monday, April 27, 2009

nota kecil kepada tun mahathir

tun mahathir, kawan saya minta saya jadi calon bebas bertanding lawan tun di pilihan raya kecil penanti. mereka kata saya boleh menang, sungguh! saya tidak tahu sama ada saya mahu menangis, marah atau ketawa terbahak-bahak.

menunggu kata...

selepas dua pementasan di dua tempat di dua negeri sebelum ini, sahabat saya, dinsman, akan mementaskan `menunggu kata dari tuhan' di auditorium muzium selangor, shah alam pada 29 april hingga 3 mei, pementasan lima malam berturut ini berlangsung pukul 8.30 malam. jika ingin alami suatu kelainan melalui monolog sabri yunus, datanglah.

Sunday, April 12, 2009

catatan kecil tentang anwar ibrahim

`wah, pyan, bukit gantang bukan main lagi!' tegur saudara anwar ibrahim sewaktu terserempak dan gua berpelukan dengannya di satu majlis perkahwinan di damansara siang tadi. zooommm! kepala gua automatik terfokus ke pilihan raya kecil parlimen bukit gantang di mana gua sempat menjengok ramai bloggers, yang sejak hari penamaan calon hingga di malam pengumuman keputusan, bermarkas di belakang balai polis simpang, taiping, yang berhempas-pulas dengan wang saku sendiri.....
gua sekadar mengingatkan: betapa sekecil mana pun blog anda namun ia diikuti/dilihat/dibaca dan entri-entri di dalam blog anda tetap dihormati oleh manusia bernama anwar ibrahim, manusia yang rajin membaca dan tidak berdendam ini, sama ada anda menulis yang cantik-cantik atau yang hodoh-hodoh tentangnya.
`hah, pyanhabib sudah pakai bisnis kad!' katanya dan kami ketawa.

Thursday, April 9, 2009

sudah tersurat

tepat pukul 3 petang 9 april, pengumuman pembentukan kabinet `satu malaysia' berlangsung di putrajaya. beberapa jam sebelum itu, sekitar pukul 10 pagi, dua tertuduh kes pembunuhan altantuya dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
yang tersirat: gua mahu cari nasi!

Tuesday, April 7, 2009

nota kecil kepada nizar jamaluddin

saudara nizar,
ahli politik yang kalah, telah selamat kerana kalah tetapi ahli politik yang menang, tidak akan selamat sepanjang tahun. berhati-hatilah,
ular berada di mana-mana menyusup melingkar dengan mata menyala!

Thursday, April 2, 2009

tahniah!

anda kini berada di wilayah perdana menteri yang cerdik.

Tuesday, March 31, 2009

resolusi dua bukit satu batang

bayangkan:
segala makhluk ahli politik malaysia sama ada spesies pemerintah atau pembangkang, segala yang korup segala yang bangsat, segala yang berhati nabi segala yang berhati hitler, dikumpulkan ke dalam tongkang dan dibiarkan hanyut ke laut lepas, keputusannya barangkali: aman malaysia!

*bukit gantang + bukit selambau + batang ai

Sunday, March 29, 2009

`menunggu kata dari tuhan'

sahabat saya, dinsman akan membawa dan mementaskan naskhah teater `menunggu kata dari tuhan' di dewan bahasa & pustaka, kota bharu, kelantan pada selasa, 31 mac mulai pukul 9 malam. teater ini lakonan solo sabri yunus dengan dibantu muzik langsung sani sudin.
naskhah teater ini ditulis dinsman berdasarkan hadis sahih riwayat bukhari dan muslim, daripada abdullah bin kaab. pementasan ini dibawa khas dari kuala lumpur dan sedikit istimewa kerana ia diadakan hanya satu malam sahaja.
kepada penggemar teater di kelantan, jemputlah menonton.

Wednesday, March 18, 2009

brader, kita mesti terus hidup!

dari osman tikus

dengan bongkaknya osman tikus berpesan: ``sebelum gua dihamlau, dihawau, dilahabau atau dieleh... makanya semua pengunjung blog ini dijemput hadir/datang/pergi -berambus kalau tidak suka- ke tayangan filem KSJ di pawagam coliseum pada 28 mac, pukul 12 siang, hari sabtu. sekian.''

*apa kena-mengena osman tikus menyibuk/menebeng promot filem KSJ dalam blog gua? entah!

Sunday, March 15, 2009

lagi ipoh mali

plak di pokok demokrasi yang kena pecah sudah kena rodok, pulak!
khabar angin sepoi bahasa: pokok-pokok sekali akan dirodok selepas ini. alasan: buat jalan!
apa yang sakit hati sangat dengan pokok itu? kehijauan alam sekitar sepatutnya dijaga, biarkanlah pokok-pokok menghijau subur. jangan longkangkan pokok-pokok pemberi oksigen! kalaulah itu pokok boleh bercakap, isyyy....

*tengok gambar pergi gogel: sendawamalaysia.

Thursday, March 12, 2009

ipoh mali ka si pe cahh!

terkini dari ipoh jam 10.45 pagi.
tengah malam tadi ada jembalang sudah ka si pe cah sama itu plak pokok demokrasi, haiya!

(gambar boleh tengok http://www.sendawamalaysia.blogspot.com)

Tuesday, March 10, 2009

`bajet mini'

60 bilion ringgit malaysia diperuntuk dalam pakej rangsangan ekonomi
(enam puluh bilion ringgit duit malaysia? waw, malaysia kaya!). kalaulah 1 bilion daripada bajet yang dilihat `mini' itu diberikan kepada anak-anak yatim,1 bilion untuk oku yang tidak mampu, 1 bilion untuk orang-orang miskin tegar, penyumbangnya kalau mati, tidak perlu kapan, terus tanam dan terus masuk syurga!

Sunday, March 8, 2009

salam maulidur rasul

"Dan tidak kami (Allah)
utuskan kamu (wahai Muhammad)
melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekalian alam."

- Surah Al-Anbiya, ayat 107

Saturday, March 7, 2009

ppsmi@keranda 152

ekoran fru menyerang dan menembak tear gas untuk menyurai ribuan peserta perarakan keranda 152, ada akhbar online berbahasa melayu, yang saham-sahamnya milik melayu, yang selama ini mendakwa mereka pejuang bangsa dan bahasa melayu, hari ini dengan bangsat dan celakanya menghina pembantah ppsmi apabila dengan tidak ada rasa kemaluan memanipulasi berita dan mendakwa: `kesemua penyokong bertempiaran lari menyelamatkan diri.....'
celaka!

nota: peserta tidak larikan diri tetapi mengelak amokan tear gas fru.
tanya: di mana akhbar melayu ini sewaktu tear gas amok masjid negara?

Friday, March 6, 2009

elegi -buat zubir ali

zubir,
selamat kembali
di sana
ada yang menanti
.....senyumlah.

-Pyanhabib


*sahabat kami, penyair/penyanyi lagu puisi, zubir ali
kembali ke rahmatullah pukul 11 siang tadi. alfatehah.

Tuesday, March 3, 2009

pohon demokrasi

sama itu pokok gua mahu bergambar
sebelum itu pokok, hangus dibakar!

-Pyanhabib

Monday, February 23, 2009

ppsmi: lagi! (@ kepada gapena)

i.
sama ada dimansuhkan atau diteruskan pengajaran pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (ppsmi), dua-duanya TIDAK BERGUNA kepada saya kerana, dua anak saya SUDAH dan AKAN menjadi mangsa - dan saya rakyat bebal dan menerima sahaja apa yang diwahyukan pemerintah!
anak pertama saya: sejak tahun pertama hingga tahun enam dididik di sekolah kebangsaan. dia sudah hafal dan faham dengan formula, istilah dan simbol-simbol matematik dan sains yang `dibahasamalaysiakan’. tetapi semasa dia menduduki tingkatan satu, dia keliru apabila formula, istilah dan simbol-simbol dua mata pelajaran ini `dibahasainggeriskan’ semula.
hasilnya, keputusan pmr yang diperolehnya baru-baru ini tidak menyenangkan dia, walaupun dia sudah mula menguasai segala benda alah tersebut dalam bahasa inggeris.
sebentar tadi (catatan ini ditulis selepas keputusan pmr 2008) dia berkata, jika ditukar semula segala formula, segala istilah, segala simbol-simbol tersebut ke bahasa malaysia, dia akan terpaksa mengulang semula apa yang telah mengelirukannya.
anak kedua saya: sejak tahun pertama sekolah rendah dia mendapat didikan matematik dan sains dalam bahasa inggeris sepenuhnya dan dia cemerlang dalam dua mata pelajaran ini. sekarang dia di sekolah menengah, dia yang hafal dengan formula, istilah dan simbol-simbol matematik dan sains dalam bahasa inggeris itu mengadu: kalau dikembalikan semula dua mata pelajaran ini ke dalam bahasa malaysia maka dia terpaksa belajar apa yang tidak pernah dipelajarinya.

* sungguh bangsat dilihat orang apabila pejuang bahasa sibuk bikin repot polis, sibuk ugut saman kerajaan selepas tujuh tahun tembolok disumbat kenyang apa kejadahnya, selepas tempurung kepala anak-anak orang asli,anak-anak orang miskin papa kedana kat ceruk kampung diujikaji, tiba-tiba mereka melondehkan seluar menunjukkan telur!

Bersambung…

Sunday, February 15, 2009

ppsmi: gapena baru sedar?

selepas tujuh tahun pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik
dalam bahasa inggeris dilaksanakan: gapena baru sedar pelaksanaan
ppsmi `...tidak sah di sudut undang-undang dan bertentangan
dengan seksyen 17(1),akta pendidikan 1976...' piraaaaah!
selepas tujuh tahun pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik
dalam bahasa inggeris dilaksanakan: gapena baru sedar ppsmi akan `membunuh
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang.' piraaaah!
selepas tujuh tahun...
selepas tujuh tahun...
selepas tujuh tahun pelaksanaan ppsmi tiba-tiba gapena... tiba-tiba gapena...
aduh!

(bersambung...)

Friday, February 13, 2009

malaysia boleh!

lupakan politik.
meh, baca berita ini, baca pelan-pelan:

Malaysia jatuh tiga anak tangga dalam senarai kedudukan terbaik dunia apabila menduduki tangga 161 dalam ranking bola sepak dunia terkini yang dikeluarkan oleh Pesekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kedudukan itu adalah yang kedua terendah pernah dicapai oleh Malaysia.

Kenurut laman web FIFA, Malaysia memungut 104 mata pada Februari tetapi kurang 10 mata berbanding senarai yang dikeluarkan bulan lalu, dan hanya sembilan anak tangga lebih baik berbanding kedudukan terendah iaitu tangga 170 April tahun lalu.

*sebagai seorang kaki bola berkaki bangku, gua tidak tahu sama ada gua mahu menangis atau ketawa berdekah-dekah selepas membaca berita ini.

Wednesday, February 11, 2009

jom heboh!

brader zambry*,
jagalah perak baik-baik.

*zambry abd kadir (datuk dr)
adalah juga kenalan gua, heh he!

Tuesday, February 10, 2009

kelahi

pemerintah sama pembangkang berkelahi,
gua tidak hendak mati di tengah-tengah.

Sunday, February 8, 2009

salam thaipusam

di bawah langit
di padang lapang
kita nikmati kasih
dan sayang tuhan

Saturday, February 7, 2009

jangan mangsakan anak-anak kami

demi suara kami yang tidak dipedulikan
maka kamu, pemerintah atau pembangkang,
teruskan berkelahi, tetapi
jangan huru-harakan hidup dan mimpi kami
jangan mangsakan anak-anak buah hati kami!

Friday, February 6, 2009

pembesar negeri*

maka diwartakanlah
ke segenap ceruk kampung
ke segenap jajahan tadbiran
perihal negeri memperoleh
akan mamak bendahara
(atau di baca `akan pembesar negeri')

maka akan berkelilingpingganglah
para mandeliar akan mamak bendahara itu
(atau dibaca `akan pembesar negeri itu')

*judul asal entri ini ialah `mamak bendahara' yang bermaksud pembesar negeri tetapi tajuk itu memberi tanggapan lain kepada orang lain maka gua tukar kepada judul yang tersebut

Thursday, February 5, 2009

perisytiharan 5 februari

gua isytihar gencatan
tidak balik perak
hingga tercabul sendiri!

cheers!

`segelas beer
untuk anda sempena
meraikan kemandulan
demokrasi. cheers!'

-kulupsakah

Wednesday, February 4, 2009

surat kecil kepada sultan perak

tuanku sultan perak yang dikasihi,
selamatkan rakyat tuanku
dari menjadi mangsa yang dimangsakan
para kapitalis dan korupsi
atas nama demokrasi atau kuku besi
pemerintah atau pembangkang.....

melombong emas

perak kini tumpuan
pelombong emas
dari segala
spesies makhluk
bangsat dan korup!

hemm!

1.
di mahkamah tinggi shah alam, sirul azhar memberitahu, dia sekadar `kambing hitam yang harus dikorbankan' untuk melindungi `mereka yang tidak berada dalam mahkamah'.
2.
di putrajaya, `empat adun perak sertai sidang akhbar najib'

* hasilnya: tumpuan berjaya dialih ke perak!
* 16-17 februari hujah penutupan kes altantuya sebelum hakim membuat keputusan. (tetapi huru-hara di perak akan lebih jadi tumpuan, hemmm!)
* khabarnya, adun behrang dan adun changkat jering tersepit masalah rasuah rm180j. kes mereka akan disebut di mahkamah syesen di ipoh pada 10 februari tetapi ada pula pihak sanggup jadi tuhan penyelamat, jahanam!

sms dari hanim

`abang pyan kena bloging balik,
perak sudah kritikal!'
-hanim (10.13 malam)

* gua tersentak,
kepala terasa membesar!

Wednesday, January 14, 2009

.....

.
.
.
.
.
gua isytihar
`gencatan memblogger'
.
.
.
.
.


*(sejak 1 muharam 1430H, sebenarnya)

Friday, January 2, 2009

si pandai

kanak-kanak adalah si pandai
apabila berkata, sekolah dan universiti
sebagai tempat pandirkan si pandai!

Sunday, December 28, 2008

salam maal hijrah 1430H

`ya Allah, Engkau muliakanlah saudara-saudara
Muslim kami dengan setiap amal baik, berikan
mereka kehidupan dengan rezeki yang halal,
hindarkan dari segala bala bencana.....
amin ya Allah amin'

Friday, December 26, 2008

sains & matematik dalam BI: nota kecil kepada gapena

tuan gapena, siapakah yang menjadi batu api @ tukang hasut yang tiba-tiba gapena dilembu-cucuk-hidungkan untuk saman kementerian pendidikan? setelah bertahun-tahun murid-murid sekolah kampung, ibu bapa dan guru-guru dibebalkan dek pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, tiba-tiba apa kejadahnya gapena berkokok? kenapa gapena tidak menayangkan kemaluan sebagai anak jantan sejak awal dahulu, sejak ura-ura pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris akan dilaksanakan? apakah masa itu gapena sedang kenyang dilembukan dengan tanah, rumah dan aset bernilai ratusan ribu ringgit malaysia? apakah kerana kepentingan perut dan kroni terjejas maka hari ini gapena berani ugut kementerian pendidikan sedang mangsanya adalah murid-murid sekolah kampung yang otak tempurung kepala mereka dibebalkan sebagai bahan uji kaji? (dan kapitalis tersenyum mengira untung cetakan buku teks!)
sekian.

Monday, December 22, 2008

bilik sulit

hari ini, selasa, 23 disember, pukul 8 malam, hari terakhir `bilik sulit'.

...teater karya hishamuddin rais ini akan memberikan anda suatu pengalaman... ya, menonton pementasan yang berlangsung di auditorium majlis peguam di lebuh pasar itu sendiri sudah suatu pengalaman... ah, bercerita panjang pun tidak guna, pergilah menontonnya dan rasailah pengalaman...

Saturday, December 20, 2008

* nota kecil kepada johan jaaffar (datuk)

saudara johan,
saya akan berbangga jika saudara isikan sedikit masa saudara untuk memberi komen saudara terhadap entri/posting bertajuk: `artis sasaran terbaru anwar bagi menangi pilihan raya' dan `anwar ibrahim bakal letak artis jadi calon PKR' (lihat blog: pilihanraya kini). saya akan berbesar hati jika saudara bantu saya `bagi sebijik' terhadap komen itu dan berkata bahawa saudara TIDAK PERNAH membuang masa perkenalkan saya kepada `circle' anwar ibrahim. saya akan seronok jika saudara katakan juga bahawa saya tidak pernah diberi hutang satu sen pun oleh saudara atau anwar hingga memungkinkan saya jadi `sasaran terbaru anwar' dan `jadi calon PKR'. (wah wah wah, kah kah kah!). saya akan berbangga jika saudara `bagi lagi sebijik' kepada penulis blog itu (saudara tentu lebih dipercayai kerana saudara rapat dengan hishammuddin hussein onn) dan katakan bahawa adalah hak saya untuk ke bawah tanah sekali pun!
sila maklum: saya pernah dijemput dan hadir membaca puisi beberapa kali di pentas pemuda umno, pas dan pkr. saya bukan pengikut tegar pas atau pkr atau mca atau mic apatah lagi umno!

* kepada pengomen, saya tidak mengecam johan dalam nota ini, harap maklum.

Tuesday, December 16, 2008

salut buat si berani muntazer

inilah kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!
ini salam perpisahan daripada balu,
anak yatim dan mereka yang terbunuh di iraq.

-muntazer al-zaidi kepada george bush
*bayangkan sepasang kasut melayang ke muka bush!

Monday, December 15, 2008

bilik sulit





tajuk teater ini bilik sulit. ini teater bukan teater.
teater bukan teater? ha, teater bukan teater! gua tak boleh berleter apa itu teater bukan teater. kalau nak berleter pegi la tengok sambil beramal jariah.
bilik sulit ini berlangsung empat malam mulai pukul 8.30 malam pada 20, 21, 22 dan 23disember ini di dewan majlis peguam (bar council), no 13, 15, 17 lebuh pasar besar, kl (belakang central market/pasar seni). tempat terhad, sila telefon 012-4651671 atau o123842972 untuk tempahan dan pilih malam yang sesuai. (teater bukan teater? haisyy, panjang berleter pun tak guna, dari semalam gua tak tidur lagi, ha! *ops, teater ini karya dan arahan hishamuddin rais dan dibantu mislina mustafa, sekian)

Sunday, December 14, 2008

gig

semalam, sabtu, 13 disember, gua bikin gig untuk satu event koloni bawah tanah di satu banglo berwarna merah. gua bikin gig? yeah! nanti gua cerita. ini jam gua mau conteng-semak-edit satu manuskrip sampai terbit matahari esok pagi...

Friday, December 12, 2008

bawah tanah

ada event daripada koloni underground.
sila gogel `rantai-art.blogspot'.
ada filem, seni lukis, muzik, puisi, teater di bawah satu bumbung. acara telah bermula sejak siang tadi, jumaat, 12 disember hingga ahad, 14 disember mulai 10 pagi hingga 10 malam. tempatnya, di banglo merah area klcc, boleh lepak mamak pelita juga! dalam senarai acara: pada sabtu, pukul 6 petang, gua turut bikin gig, heh he!
* gua lupa promot awal-awal.

Tuesday, December 9, 2008

catatan dari `international hill'

sewaktu ada rakan-rakan bersengkang mata membantu mangsa banglo ranap akibat tanah runtuh di `international hill', ada visual berita tv mengenai penempatan sementara yang disediakan untuk mangsa di sekolah kebangsaan ulu klang (tempat di mana lokasi bilik guru dan kelas dalam filem masam-masam manis p. ramlee), visual itu menampakkan penempatan sementara itu tidak dihuni satu makhluk mangsa pun, tilam bantal berbungkus plastik tidak terusik. betapa kontrasnya dengan setinggan yang kediaman mereka jadi mangsa roboh halau penguasa demi kapitalis! alangkah beramaljariahnya jika segala bantuan yang dilihat `tidak berguna satu sen pun' untuk orang-orang kaya ini, disumbangkan kepada anak-anak setinggan mangsa roboh halau yang masih ada terbiar merempat di jalan hulu klang!

*catatan lain:
-kerana tidak sedar diri (atau kerana terlalu kaya), diberitakan ada laporan polis tentang kehilangan sebuah jam tangan.
-kerana tidak sedar diri (atau kerana terlalu kaya), orang-orang kaya ini mahu tuntut ganti rugi dari kerajaan.
-kerana tidak sedar diri (atau terlalu kaya), ada makanan sumbangan dibuang dan dihidu sekawan babi.
-kerana tidak sedar diri (atau kerana terlalu kaya), mereka lupa tentang nikmat tuhan bagaimana sebuah surau masih kukuh berdiri ditapaknya sedangkan di sekelilingnya, banglo bernilai jutaan ringgit ranap dihakis dan ditelan bumi.

*sebentar tadi, dalam visual berita tv3, seorang penduduk/mangsa menyeranah petugas sukarela, pihak berkuasa, anggota penyelamat dan pasukan keselamatan (kerana tidak urus-angkat-angkut barang miliknya) antara mangsa seranahnya ialah anggota rela, petugas mpaj dan anggota tentera, katanya, petugas ini berkumpul beramai-ramai hanya untuk menghabiskan makanan sumbangan. lihat bertapa anggota penyelamat/pasukan keselamatan dihina dan betapa tidak bergunanya menolong orang kaya tersepit!

Sunday, December 7, 2008

salam aidiladha

raikan keberkatan aidiladha
dengan kasih dan sayang tuhan
di atas bumi di bawah matahari

Thursday, December 4, 2008

kliff: catatan kecil

sebagai seorang yang `tidak ada kerja', gua sempat jengok simposium filem dunia di pan pasific ballroom sempena kliff 2008 (kl international film festival). simposium berlangsung pada 27&28 november lalu, ia adalah gudang ilmu untuk orang-orang filem. memasuki dewan simposium, yang `gua nampak', ke mana pergi para `bintang filim' malaysia yang veteran dan tidak veteran? ke mana pergi `bintang filim' malaysia yang bersepah glamor itu? untuk bersikap jujur, yang gua nampak dan bertegur sapa dalam simposium itu hanyalah adman salleh, mamat khalid, mansor puteh, shoffi jikan, ebby saiful, que haidar, ahmad tarmimi siregar, sofea jane dan vanida imran...
bagimana pula malam penutup festival pada 29 november? fuh, segala spesies `bintang filim' tiba-tiba muncul dari segenap arah memenuhi segenap ceruk dewan merdeka di pwtc, mereka muncul memperagakan segala yang glamor dan plastik. wajar kita bertanya, dari lubang mana mereka keluar? mereka mempamerkan ilmu atau kehuduhan?

*gua bukan orang pandai filem cuma gua musykil simposium yang diadakan percuma ini tidak dipedulikan oleh mereka yang `bintang filim'!

Monday, December 1, 2008

al fatihah

dalam jarak dua hari, kami kehilangan dua sahabat, aktivis teater:
1. razali ismail (datuk, timbalan menteri pelajaran)
* meninggal dalam tugas di institut aminuddin baki, 28.11.2008
terakhir bertemu di institut terjemahan sempena malam mengingati
usman awang
2. syed alwi hassan (datuk, penerima anugerah seni negara)
* ditemui tragis selepas dua hari kematiannya, 29.11.2008
terakhir bertemu di r.a galeri minta sajak melayu vs melayu (sajak asal),
untuk teater tok perak versi terbarunya


* sebelum itu, sahabat kami yang lain:
sirajuddin rafia (datuk, pengarang, pengamal media)
meninggal dalam pangkuan rakan di rumah rakan pada
10.11.2008


* semoga roh sahabat-sahabat kami ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah

Tuesday, November 18, 2008

demokrasi: terkemaluan

manusia zaman batu ternyata lebih pakai otak bila berusaha menutup bahagian bawah pusat masing-masing supaya tidak `terkemaluan' daripada sekumpulan manusia peserta demontrasi berbogel (alangkah seronoknya jika mereka turut bermasturbasi beramai-ramai depan kaum keluarga masing-masing), hanya kerana sewa kediaman dinaikkan? apa taraf otak kumpulan manusia ini? di bawah taraf otak manusia zaman batu atau di bawah taraf (ulang: di bawah taraf) otak haiwan berkaki empat? kenapa tidak berdemontrasi gantung diri atau berdemontrasi terjun bangunan semasa harga barang keperluan harian naik? takut mati?

Sunday, November 9, 2008

demokrasi

aku keluar rumah menghirup oksigen
ketika mamalia spesies maun dan maging
menari dan bertelanjang di parlimen

Monday, October 27, 2008

deepavali

salam deepavali
untuk malaysia
di mana sahaja.

makkal sakthi!

Sunday, October 26, 2008

kangkung @ bahasa longkang

ada kangkung bergelar `profesor datuk doktor' mahu sebuah kerajaan negeri didakwa di bawah Akta Hasutan hanya kerana meluluskan permohonan guna bahasa cina, tamil dan tulisan jawi (yang didakwanya pelbagai bahasa), untuk tanda jalan. (ya Allah, benda ini pun mahu dijadikan isu).
yang diluluskan itu adalah untuk PELBAGAI BAHASA bukan untuk satu bahasa. dan bahasa yang diluluskan untuk tanda jalan itu adalah untuk kemudahan rakyat terutama dari kaum yang tidak memahami selain bahasa ibundanya, bagaimana tergamak kangkung itu berkata ia satu kegiatan subversif? bukankah tanda jalan itu akan turut disertakan bahasa melayu bertulisan jawi?
`united malays national organisation' itu dari bahasa apa? berani sentuh?
gelaran `profesor & doktor' kangkung itu dari bahasa longkang mana?
adakah para kangkung (yang kenyang makan dan dapat datuk lagi) bersuara apabila anak-anak sekolah dihuru-harakan sains & matematik dalam bahasa inggeris? bagaimana segala papan tanda bangunan, gedung niaga, taman perumahan? apa itu KLIA, KLCC? apa itu selipar? apa itu mangkuk?

* `kangkung' merujuk gelaran yang diberikan oleh ungku aziz sejak lebih 20 tahun lalu kepada mereka yang kangkung!
* selain tumbuhan yang hidup di air dan dibuat sayur, yang melilit dan memanjat, kamus dewan edisi keempat juga merujuk kangkung sebagai sejenis katak yang besar.
= makanya, yang dimaksudkan ungku aziz itu sama ada kangkung itu tumbuhan hidup di air atau katak yang besar, gua tidak tahu. gua bukan profesor datuk doktor.

Sunday, October 19, 2008

nota kecil kepada perdana menteri - iii

tuan perdana menteri,
tuan berhak rasa terbakar
tuan berhak naik angin, malah
tuan berhak bantai cukup-cukup
itu `spesies' yang hampir pupus!

Tuesday, October 14, 2008

global

`malaysia berupaya harungi `ribut' ekonomi global'
demikian tajuk utusan malaysia siang tadi.

sama ada ribut atau petir, ini adalah antara
beberapa benda global rakyat tidak global
yang kebetulan ditemui di hari raya aidilfitri:
- sepotong lemang bersaiz dua inci = rm2.
- tiga belahan pisang goreng (sebiji setengah)
bersaiz 2 inci setiap belahan = rm1.
* roti kelapa naik 40 sen, rungut mamat khalid.

Sunday, October 12, 2008

dua catatan kecil

1.
tuan perdana menteri,
tuan sudah habis, tuan sepatutnya
diam tidak bercakap apa-apa lagi
lagi tuan bercakap, lagi tuan dimangsakan

2.
ada kutipan derma
bantu utusan malaysia
hadapi saman rm30 juta.
utusan disaman rm30 juta?
berapa untung bersih tahunan
syarikat akhbar paling mahal
harganya itu? rm100j? rm200j?
aduh, malunya aku!

Sunday, September 28, 2008

salam aidilfitri

selamat hari raya aidilfitri
bersama memohon
dan memberikan kemaafan,
bersama meraikan kasih sayang Tuhan.

tahanan ISA

sewaktu menutup senja di akhir ramadan
sewaktu meraikan fajar di awal syawal
sejenak kenangilah puluhan tahanan ISA
yang dirindui anak-anaknya

Thursday, September 25, 2008

10 sen saja?

`oi brader, sepuluh sen saja?'
(dialog gua dalam filem kembara.....seniman jalanan
semasa basking di kaki lima menara bank bumiputra
di jalan melaka sejak lebih dua puluh tahun lepas).

`harga petrol turun 10 sen'
demikian kapitalis -yang saban tahun umum keuntungan
petroleum berbilion ringgit- menjerit dua tiga hari lepas.
- sepuluh sen saja? cis!

* gua tidak akan bersubahat
untuk bersyukur dengan kapitalis.

Sunday, September 21, 2008

nota kecil kepada perdana menteri ll

tuan perdana menteri,
tuan tentu lebih maklum bahawa siang tadi
ehud olmert (kerana amalan korup) dengan rela hati
meletak jawatan sebagai perdana menteri israel.

tuan juga tentu lebih maklum bahawa
beberapa hari yang lepas samak sundaravej
pula (hanya 9 bulan jadi pm) dengan rela hati telah
dilucutkan jawatan sebagai perdana menteri thailand.

dan tuan juga tentu lebih maklum bahawa
ada orang sanggup mati mempertahankan jawatan
atau mempertahankan jawatan sampai mati.

Wednesday, September 17, 2008

mamat khalid-u-wei saari-nasir jani dan finas

sepohon rambutan indah kepunyaanku di tanjung rambutan
filem pendek u-wei saari yang dipreviu pada tahun 2006
merupakan `kali terakhir' saya singgah ke finas. manakala
menjejak pemikiran mamat khalid pada selasa 15.9.2008
adalah `kali paling terakhir' saya ke tempat tersebut.

saya yang boleh berulang-alik ke finas dengan berbasikal
(dekatnya kediaman saya-finas), berasakan finas semakin membangun
bangunannya. terfikir, jika tidak kerana diamuk-pecah-pintukan
nasir jani si rebel itu pada dekad 80-an dahulu agaknya bangunan finas
tidak membangun seperti hari ini.

* jika `kali terakhir' saya singgah ke finas kerana u-wei saari
maka `kali paling terakhir' pula adalah kerana:
`brade, gua datang finas kerana lu' kata saya kepada mamat khalid.

Monday, September 15, 2008

16 september

selamat pagi
malaysia baru!

Saturday, September 13, 2008

sains dan matematik

jika selepas ini pembelajaran sains dan matematik
kembali diajar dalam bahasa melayu, maka pukimak
dia oranglah yang melaksanakan dasar pembelajaran
sains dan matematik dalam bahasa inggeris sebelum ini.
pukimak sepukimak puki makdia!

*
1. gua puasa
2. apa lagi perkataan yang tidak senonoh lain
yang paling afdal untuk gua bahasakan orang politik/pembuat dasar
yang tidak `habeh-habeh' menyusahkan rakyat?

tan hoon cheng

kami
nyalakan
api lilin!

Friday, September 12, 2008

sakit otak

hari ini:
seorang pengendali laman web (akan) dipetisejukkan ke ISA
seorang wartawan (akan) dipetisejukkan ke ISA
seorang ahli Parlimen (akan) dipetisekjukkan ke ISA
dan tiga akhbar diberi surat tunjuk sebab.
aduh, betapa sakit hati sakit jiwa sakit otaknya aku!

Thursday, September 4, 2008

al Fatihah

* tokoh kewartawanan negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail
meninggal dunia pukul 5.58 petang tadi akibat jangkitan paru-paru.

`kita doakan rahmat Allah ke atas roh Allahyarham Pak Samad.
Saya sempat ziarahi beliau di hospital pukul dua petang tadi'
- Datuk LAT via sms.


* dari Allah kita datang
kepada Allah kita berpulang.....

* selayaknya pak samad ismail (juga pak sako) dikebumikan di MAKAM PAHLAWAN.
pengorbanan mereka (untuk tanah air ini) tidak setanding hatta seorang
perdana menteri sekali pun, cuma kerana mereka `orang kiri'....
- sms pada hari kematian/sebelum pengebumian Allahyarham. sms ini dihantar
kepada dua rakan yang mengetuai dua akhbar arus perdana dengan harapan ada follow-up...

Sunday, August 31, 2008

salam Ramadhan

selamat meraikan Ramadhan,
meraikan rahmat dan kasih sayang Tuhan.

Wednesday, August 27, 2008

......

`giliran mahathir lipat-bungkus
kain baju ke dalam kotak...'

Monday, August 25, 2008

permatang pauh

takbir buat ibu segala pilihan raya!

Sunday, August 24, 2008

nota kecil kepada perdana menteri

tuan perdana menteri,
tuan tidak miliki anak kecil yang sedang membesar
maka tuan tidak berasa otak anak kecil tuan `diliwat', tetapi
tuan miliki cucu kecil yang akan membesar, akan remaja-dewasa
maka hati-hatilah kerana cucu kecil tuan itu akan `diliwat' oleh sejarah.

Wednesday, August 6, 2008

otak anak-anakku `diliwat'

ya Allah.....
di masjid di surau di gereja di kuil
otak anak-anakku `diliwat' lagi, celakanya!

Thursday, July 31, 2008

kasut kulit babi

semoga anda selamat daripada memakai
atau `diterajang' pemakai kasut kulit babi!

Tuesday, July 15, 2008

debat

inikah menteri penerangan malaysia?
tidak cerdik langsung. dicucukhidungkan
berdebat pasal minyak, dia kutuk peribadi.
harap air liur sahaja berjerebeh.
mental kasut, buduh!

Wednesday, June 25, 2008

dikerumun wartawan ii

lu tidak suka jadi menteri?
lu tidak suka dikerumun wartawan?
piraaaaaHHH!

dikerumun wartawan i

lu tidak suka jadi menteri?
gua tidak percaya!

lu tidak suka dikerumun wartawan?
pun gua tidak percaya!

tetapi gua percaya
lu mesti mahu kalau
dapat bikin g l a m e r!

Tuesday, June 24, 2008

lobi parlimen

+ media menang
- pencacai kalah
= padan muka dia!



* hadangan di lobi Parlimen
telah dibuka semula kepada media
sekitar pukul 2 siang tadi

Monday, June 23, 2008

demokrasi...

hari ini sebentar tadi, wartawan
dihadang memasuki lobi Parlimen.....

sebelum itu sejak bertahun-tahun dahulu
dilaungkan kebebasan media dan demokrasi....

- kebebasan media atuk dia!
- demokrasi kepala bapak dia!

* hari ini Parlimen tempat bersidangnya `demokrasi'
segala seranah segala tipudaya yang dihalalkan....

Thursday, May 1, 2008

(ekoran catatan kecil saya tentang hari buruh dikomenbabikan cucumatlela, makanya saya dengan rasa sakit hati memupuslenyapkan catatan itu dari sini. dan dengan sakit hati juga saya minta cucumatlela memupuslenyapkan komenbabinya itu dari blog saya!)