Sunday, November 11, 2007

kebangsatan bahasa ii

cina lawan cina = bahasa cina
india lawan india = bahasa tamil
melayu lawan melayu = bahasa malaysia?

sekian lama:
sekolah jenis kebangsaan (cina)
sekolah jenis kebangsaan (tamil)

akan wujudkah:
sekolah jenis kebangsaan (melayu)?
atau
sekolah jenis kebangsaan (malaysia)?

melayu hanya pada baju!

4 comments:

ANNE said...

Adakah Encik Pyan tidak setuju dgn penggantian Bahasa Melayu ke B. Malaysia?
Saya setuju dengan penggunaan Bahasa Malaysia. Pada saya ia menunjukkan yang bahasa melayu itu adalah bahasa kebangsaan negara kita. bukan bahasa cina, bukan bahasa tamil. Berapa ramai kaum cina & india di Malaysia yang boleh berbahasa melayu? almost semua boleh sebab ianya adalah bahasa negara Malaysia. Malaysia's 1st languange. Bukankah ia satu kebanggaan? Nama negara kita saja dah mewakili nama Melayu, Malays. Negara orang melayu. Makanya orang melayu patut berbangga bahasa melayu diangkat menjadi Bahasa Malaysia.
Kaum melayu itu luas. Bahasanya berbeza-beza mengikut negara masing masing.
Bagi saya, apakah kita perlu merasa tergugat dengan perkara sekecil ini? Bukankah sumbangan kita itu yang lebih penting supaya Melayu kekal di tanah melayu?

Saya segan sebenarnya nak komen di sini. Tapi saya hanya ingin menyuarakan pendapat sahaja.
Terima kasih En. Pyan.

Pyanhabib said...

anne,
bagus komen anda.
saya tidak pakar bahasa, bagaimanapun sejak kecil saya diajar berbahasa melayu di sekolah, saya dipercayakan bahawa bahasa melayu itu bahasa kebangsaan, bahasa yang termaktub dalam perlembagaan.
hari ini, di di mana anak-anak saya sedang membesar, saya tidak kisah anak-anak saya berbahasa malaysia malah saya berbangga jika anak saya mahir berbahasa cina!
saya hanya sesekali berasa `boring' dengan orang-orang yang pandai bahasa melayu, yang bercakap tentang bahasa melayu, yang sanggup berarak ke parlimen untuk menyatakan protes (yang sememangnya) bahasa melayu sentiasa disalahgunakan. sebaliknya, apabila diturunkan `fatwa' istilah bahasa melayu diganti kepada bahasa malaysia, banyak orang yang bergelar pakar bahasa melayu, menikus!
terima kasih.

mambau said...

btul la...gua caya sama lu

seniman jalanan said...

ukur baju badan sendiri...
bahasa melayu adalah jati diri...
osman tikus melayu yang berdiri...
bercakap dari batu jemala sendiri...