Tuesday, November 6, 2007

.....!

+ sebelum ini gardenia, roti putih yang diperkaya,
berat bersih 400 gram harganya RM1.90 sen (aku sudah jimat
10 sen jika aku miliki RM2).
- sebentar tadi gardenia, roti putih yang diperkaya,
berat bersih 400 gram harganya RM2.10 (aku kena tambah
20 sen daripada RM1.90 sen).
- aku tidak tahu bila harga baru roti tersebut diwartakan
dan aku tidak tahu apakah nilai berat bersih ia juga sama.
- jika sebelum ini aku sudah jimat 10 sen, sekarang aku kena
tambah 20 sen untuk memliliki roti tersebut.

* maka itu apabila abdullah bin ahmad minta rakyat berjimat cermat,
aku tidak tahu sama ada aku harus marah atau ketawa berdekah-dekah.

4 comments:

nUr@dDeEn said...

Nak kena timbang kalo nak tahu berat bersih. Er.. betul2 bersih ke?

Pyanhabib said...

nur@deen,
entah. berat bersih, katanya.
lagu mana bersih boleh berat?

amey ahmad said...

Salam Bro Pyanhabib.. Tertawa aku berdekah-dekah kerna "lagu mana bersih boleh berat?" Sungguh lucu.. Terus menulis ya Bro.. Teringat sekitar tahun 1994, melihat Bro Pyan dipanggil Usup (Kopratasa) deklamasi sajak impromtu di tepi CM, waktu malam.. Juga lucu...

Pyanhabib said...

amey,
entah, lagu mana bersih boleh berat!