Tuesday, November 6, 2007

peRsona?

ada satu mamat, diam-diam sudah beli kereta.
satu mamat lain, diam-diam bocor itu rahsia.

sms pagi sabtu:
`dia dah beli kete. nak gi cm tatau jalan'
`dia mai sentul dulu amek wa suruh tunjuk jalan'
`dua hari lepas, kete dia dah kena langgar dah!'

`oit, dia dah terlajak sampai cokit, ha ha!'

`weh, dia dah kat masjid india pulak, wa kena naik lrt la'

(hendak ke cm tidak tahu jalan, hendak ke sentul tidak tahu jalan,
daripada terlajak ke batang kali atau ke sepang, lebih baik mamat itu
dibiarkan `berqiamulail' kat masjid india, aku bercadang)

sms pagi rabu:
`dia pakai kete pesona warna silver. yelah - esokkan deepavali. ha!'

* ops! aaaaa... bukan pasal mamat itu beli kereta atau kena langgar
atau terlajak jalan atau warna silver atau esok deepavali tetapi aku tertarik
nama kereta itu. `Persona'.

Persona atau Pesona?
lantaklah. apa ada pada nama 'kan?

9 comments:

Mat Jan said...

patut la gua tersedak-sedak...

ada org mengumpat...

j or ji said...

hehehe...bang saya sudah tukar nombor la..012-607 9014 (pillspill)

nUr@dDeEn said...

Persona?
Pesona?
Yg pasti kalo dah ada kereta, musti kena terer jalan2. Pakai GPS sebagai kemudahan utk mengenalpasti laluan2 yg kabur dibenak. Kan, kan.

Pyanhabib said...

matjan,
gua syak ada orang
ngumpat lu, hah ha ha!

joji,
patutla sms tak berjawab masa gua`tertengok' myteam kena titik. -- gua tumbuk lantai je!

nur@deen,
ada perbezaan orang pandu kereta baru dengan orang baru kahwin, kan?

nUr@dDeEn said...

er.. kalo secara harfiahnya memang tak ada bezalah. Sebab maksudnya mendapat sesuatu yang baru. Yakni memandu kereta baru dan baru kawin. Keyword dia "baru"!

Ntahlah tak paham sgt pun, hak hak hak!

Pyanhabib said...

nur@ddeen,
cuba tanya sinaganaga, kot dia boleh tolong jawabkan.

sinaganaga said...

Kalau bubuh nama kereta tu 'TERPESONA' pun ok gak ek!

Siapa kita? said...

Kalau bubuh nama TERPESONG macamana?

Pyanhabib said...

naga,
tak usah bubuh,
kasi `titik' sama itu proton!

siapa,
memang dah terpesong
nama kereta tu kalau
berasal dari kata `pesona'