Thursday, April 29, 2010

nota kecil kepada yang arif

                                        AMINULRASHID

                    `AMIN punye album' - si kecil aminulrashid


Yang Arif,
senakal manapun anak remaja ini
sedegil manapun anak remaja ini
dia harus dilindungi
tuhan melindunginya
perlembagaan melindunginya
tetapi, aminulrashid sudah mati!

Yang Arif,,
saya sangat berbesar hati
dan menadah doa ke langit tinggi
jika tuan tidak mempercayai
laporan akhbar dan berita-berita tv!


*tuan yang arif, aminulrashid adalah cucu saudara kepada emak mentua saya.

51 comments:

racYnc said...

slm..

tuhan melindungi,tuhan juga lebih menyayanginya...

pastinya hikmah nya ada...

al-fatihah

uj said...

salam

perdana menteri tahu apa yg dia buat

TAPI

Allah lebih tahu apa yang perdana menteri buat...

al-fatihah...

zizie ali said...

takziah pyan.

Moga syurgalah tempat untuknya.

Harimau-Menaip said...

AlFatihah. Salam penuh takziah.

Semoga angin membawa pesan ini kepada tuan perdana menteri.

Anonymous said...

ingatkan islam memberi perlindungan,anggapan dan tanggapanku meleset.islam itu berlandaskan kesemua tindakan perlu memenuhi hukum anggapan dan tanggapanku meleset.negaraku mengakui sebagai negara islam berdaulah demokratik anggapan dan tanggapanku meleset.kesemua ini pembohongan bn/umno nyata terserlah dengan jelas tanpa malu memperkosa undang undang,jauh sekali menegakkan syariah atau perundangan islam malah memperlekehkan hukum islam tanpa ragu ragu.negaraku amat prehatin melindungi suku sakat kroni keluarga bn/umno/apco,perasuah serta penjenayah kolar biru sekata dengan warna dacing.adakah pm 1malaysia berasa gah dan megah?akan ku kirim nota kepada tuhanku,biarlah tuan berbicara bagiku.

Fa-T said...

semoga Pee Emm.. sedar...

abu muaz said...

takziah..... IGP tak payah banyak bercakap. kalau dah tak mampu letak jawatan ... KP Selangor pun sama.Terlajak berpolitik.

Azam Abd Rahman said...

mmm,

perdana menteri ke yg buat? apa yg dia buat? jgn kita berlebih buat, kerana akhirnya kita akan berbuat dosa..

Anonymous said...

azam. sekadar bagitahu pm. kasi dia concern. kasi dia buka mulut. bersuara.

wally said...

salam takziah..belum trlambt rasanya utk diucpkan....zaman sekarang zaman huruhara...yang bersalah bebas sebebas burung di angkasa..yang tk bersalah jadi mangsa....

Unknown said...

al-fatihah buat arwah. baru wa tahu lu ada bau-bau bacang.

Najwa Aiman said...

Nota kecil bermaksud besar. Semoga mudah terlihat.

pyanhabib said...

budak kampung,
gua bau-bau bacang, ya. tetapi mak mentua gua ada talian darah dalamnya.

uj said...

bro pyan...boleh saye panjangkan ke blog saye poster tuh?

Hashim Zabidi said...

KPN kata tak mau ambil hal lagi,
buatlah kamu sesuka hati.

Bercakap dengan pistul dan gari,
hidup bagaikan tak cukup gaji
kata-kata, keras lidah dari gigi,
demikianlah cerita polis hari ini.

oranglidi said...

orang di atas sana tak mungkin mahu dengar suara kita......

celaka

celaka

celaka..

Anonymous said...

Tuhan maha tahu bro..
akal kita terhad..

alfathah..

mr.kordes said...

tensen gila dgn polis.haduyai....

Unknown said...

al fatihah

Anonymous said...

aku rasa elok lah budak 15 tahun tu pergi dulu, kalau umur 15 tahun dah pandai keluar malam dan bawa kereta tak ada lesen, langar undang undang sekatan jalan raya, cuba bayangkan apa yang akan terjadi bila umur dia meningkat dewasa, munkin jadi ustaz dan munkin jadi kepala gangter.

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kuala Muda Kedah Darul Aman said...

walaupun si hamba Allah ini bersalah dengan kesalahan yang telah dilakukan,tapi inikah jalan penyelesaiannya..

Al-Fatihah

Anonymous said...

semua bloggers,

1.Aku syak keluarga aruah penyokong PR.Kat Shah Alam tu memang majoriti ramai orang PR.Jadi apa nak kecoh-kecoh jika mereka nak lawan kerajaan/polis..memang itu modusnya pun..

2.dari segi kawalan anak-anak2x..aku pun setuju mereka bersalah juga.

3.Aku pun bersetuju juga Polis pun ada salahnya kerana bertindak melulu.Aku andaikan polis-polis makin ramai sekarang diambil bekerja. jadi biasalah dalam setandan mesti ada yang terbusuk..heee..hee..yang jadi ramai orang tak suka bila ada cerita-cerita (biasa dilaporkan diakhbar) bila tembak je dalam kereta ada parang,bila tembak je dalam kereta ada dadah,bila tembak je ada senjata api..kalo 10 cerita sebulan 9 daripadanya disyaki penjenayah yang merbahaya membawa senjata atau dadah.

4.Bila jadi macama tu orang naik menyampah lahhh.orang lebih suka polis bertindak macam cerita holywood lawan tembak-tembak dulu, atau bertumbuk,bergelut,kejar mengejar, bom sana sini dan meletup sana-sini barulah orang percaya polis membanteras penjenayah berat.

5.Lagi satu yang orang naik menyampah bila kes polis tersilap je, maka kerajaan akan cuba undercover dengan cara silap mata.kalo kat jepun aku rasa ketua balai,ketua IPD,Ketua Polis Negeri, atau KPN dah fikir-fikir nak letak jawatan..ambil tanggungjawab dulu lepas tu baru serahkan pada siasatan.ini siasatan dulu baru tindakan.Ini kita panggil taktik nak elak tanggungjawab.nak reka-reka cerita dan skil teknikal..kalo baik tektik teknikalnya maka bersihlah nama polis dan kerajaan..biasalah tuu..sama je macam banyak-banyak kes lain. siapa nak mengaku buat salah..ini kan pula polis/kerajaan.

6.Kesimpulannya dua-dua pihak salah.lepas tu orang yang masuk campur pun salah juga.kerajaan yang dilihat banyak nak konar pun salah juga.cubalah ambil tindakan tegas bukan susah pun.

7.tindakan- Pecat polis yang buat silap,pecat ketua Polis berkaitan dan ketatkan lagi SOP Polis.ambil tindakan undang-undang pada keluarga aruah yang memang jelas bersalah terabai anak bawak kereta bawah umur tanpa lesen (ala macam kata polis dulu nak hukum mak bapak mat rempit,cakap je tak buat pun).

8.Lepas ambil tindakan bertangungjawab..barulah bagi peluang mereka membela diri,menyaman,membawa kes ke mahkamah,tubuh suruhanjaya ke, apa-apa ke..tak kisahlah..biar semua puas hati..biarkan mereka yang terbabit je berlawan di mahkamah..tangungjawab kerajaan dah selesai dengan menghukum pihak-pihak tersebut.

9. tapi yang berlaku konar sana,konar sini..bila masuk tahun 2 ke atas tutup kes,tutup cerita, tak ada kes lah atau apa-apa yang boleh coverup kerajaan..heee..hee..dah biasa dah taktik ni..

'anon tanpa nama' ikhtiar selagi bernyawa

HH said...

Kalau nak salahkan polis sahaja tak boleh juga. Tak ada polis siapa nak jaga negara? Budak kena tembak 1 Malaya bising tapi bila polis patah kaki, kena langgar semua orang diam. Tak berdemo pun. Yang salah cuma polis seorang itu saja bukan seluruh pasukan polis.

Aku simpati dengan budak Amirul ini tapi apa pulak budak 15 tahun buat atas jalan raya tengah-tengah malam, memandu tanpa lesen. Budak-budak sebaya ini sepatutnya duduk di rumah bukan atas jalan raya. Apa mak bapak dia tak ajar dia ke? Tak jaga dia? Macam mana dia boleh pandu kereta tanpa lesen.

1 jari tunjuk salah polis, 4 jari tala diri sendiri. Tak ada budak yang baik duduk atas jalan raya tengah-tengah malam macam tu. Dah sah-sah suspek penjenayah, kenapa tahan tak nak berhenti?

Semua mak ayah mengaku anak dia baik, tapi hakikatnya bukan selalu begitu.

GHAFAR BAHARI said...

Pyan,
Sedih juga rasa saya,
inilah akhir zaman
manusia menuju kehancuran
di manakah pembelaan
semua diam membatu
buat tak tahu.
Ingatlah muslihat Allah itu
jauh lebih hebat.

Anonymous said...

Salam sdr Pyan.

Doa saya mengiringi hajat sdr dan keluarga semoga Allah memakbulkan. Amin. Dan Al fatihah buat arwah.

Sesungguhnya sdr, di akhir zaman ini kita akan berhadapan dengan ramai hamba Allah tetapi punyai hati yg lebih keras dari batu, telinga yg tuli dan matahati yang buta terhadap EHSAN. Mereka2 ini tidak kenal apa itu ERTI kemanusiaan. Mereka2 itu bersikap sinis dan mencebik juga kaku tidak peduli terhadap kepedihan orang lain. Sesungguhnya mereka2 ini berjalan dibumi Allah ini dengan menongkak kepala ke langit begitulah angkuhnya mereka2 ini.

Dan mereka2 ini ada sebahagiannya didalam ruang komen ini menunjukkan sifat mereka yang keji dan kejam itu!!

Allah lah tempat meminta pertolongan, dan Allah menolong kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya doa orang yang dianiaya itu TIDAK ada Hijab..!!

tombak karat said...

Percayalah......bahawa kebenaran tidak akan selamanya tertutup dan kepalsuan juga tidak selamanya akan tertutup...

HH: isu nya sekarang ialah bukan isu mak bapak tak reti jaga anak tetapi isu kewajaran tindakan pihak polis..adakah polis mengikut prosedur dalam melepaskan tembakan dalam keadaan yang tidak mengancam nyawa mereka. Kerajaan juga perlu ambil tanggungjawab kerana polisi kerajaan membenarkan tempat melepak dan hiburan dibuka 24 jam dan menarik minat remaja /orang muda keluar berpeleseran pada waktu dinihari. Ini lah magnet yang membawa kepada penglibatan remaja dalam jenayah dan keadaan yang kurang selamat.

noorlara said...

Tumpang simpati dalam keliru...

Anonymous said...

Salam bro Pyan,

Yang gua pelik apesal yang tembak tak kena reman.
Tu pun nak cerita pasai bertindak adil.

Pirah !

Anonymous said...

Gua tabik hormat kat lu bro

aryshdanea said...

al-fatihah

cahaya malam said...

salam,

moga arwah,
bersemadi tenang,
di tanah lapang..

al-fatihah.

wassalm..

Anonymous said...

Gua nampak lu kat concert ramli sarip tadi. Keep on rockin in the free world

pyanhabib said...

terima kasih kepada semua pengomen sama ada pro atau kontra, terima kasih. tuhan sayang anda.

kepada anony,
ya, gua kat konsert tu. ramli ada bikin lagu dan nyanyi gua punya lirik/puisi judul `kekasihku'

Unknown said...

yang tersurat telah terjadi..cuba fahami yg tersirat..

natural observer said...

wa pun ada nampak lu kat konsert papa rock...wa tegur lu tak jawab

cEritA kU said...

al-fatihah utk arwah...

ryann said...

kita doakan kebenaran

Anonymous said...

salah tetap salah.
kalau semua masih menyokong menegakkan benang yang basah,
kita akan memyebabkan lebih ramai budak bawah umur yang tidak berlesen memandu kenderaan.Pelajar sekarang memerhatikan senario sekarang untuk memanipulasikan undang-undang. jangan asyik nak berpolitik saja.. isu sekarang ialah masalah sosial budak-budak sekarang.Saya pun bersimpati kematian arwah. Tetapi sekiranya keluarganya menjalankan tanggungjawab memantau mungkin perkara ini dapat dielakkan. Jadi jangan menyalahkan orang lain apabila menjalankan tanggungjawab mereka.

Diharapkan rakyat Malaysia bangun daripada tidur. Sedarlah remaja sekarang mengalami masalah sosial yang kronik. Kita terlalu berpolitik sampai lupa remaja sekarang yang sedang membesar mengalami masalah akhlak diri yang serius.

tanyalah sesiapa di luar sana yang menjadi guru, Bagaimana mereka diancam oleh pelajar kerana media melaporkan yang mereka ini seakan-akan kebal walaupun sudah membuat kesalahan...

Orang sekarang lebih gemar menghentam mereka yang menjalankan kewajipan.

Peliknya mereka menyanjung pula mereka yg membuat kesilapan.

abuyon said...

Fatehah Untuknya
Dari Allah kita datang, kepada-Nyalah
kita kembali, Al-Fatehah
untuknya

Dia telah pergi menemui,
Tuhannya

Moga berlapang dada,
siapa yang masih
ada

jojajoho said...

bukankah kanak2 dibawah 18 tahun dilindungi oleh perlembagaan Malaysia...

selasih said...

Al Fatihah buat Arwah......

sabit bau bacang ke, yg nak antar nota kecik tu kalu tak de bau bacang macammn??

Sume tu kuasa Allah, ingatlah yg buruk dari kita, yg baik sempurna dari Allah...

Anonymous said...

kena batang hidung sendiri baru nak kecoh.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!

mb cina PR selangor langgar budak kat trafik light tu awat hang senyap?

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!

kecoh.


KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!

pyanhabib said...

selasih,
sebab bau bacang la gua tulis nota kecik tu.

anoni,
sebab kena batang hidung sendiri la gua kecoh!

Unknown said...

Al-fatihah utk allahyarham. namun semua pihak jadikan kejadian ini satu iktibar. Jangan salahkan pihak polis semata-mata. Tapi yang mengambil kesempatan mempolitikkan isu ini yang paling jahat! Minta maaf terpaksa berkata benar, itulah hakikatnya.

Sloeko loe said...

tumpang baca.

Anonymous said...

nota kecil untk pyan:

sila update blog..jangan mogok seni bro atau lu punya pasword dah ilang?

:)

Semut Api said...

nota kecil untk pyan:

sila update blog..jangan mogok seni bro atau lu punya pasword dah ilang?

:)

Anonymous said...

LOL..

SAMPAI ngadu kat PM.

Nak ngadu kat PM gak la.

hahaha..

shazleeshahazeman said...

haduh..kenapa ada komen2 bias politik party ni.tapape a.

yg aku faham ini suara yang mahu pembelaan jek,nota kecil ni aku tak nampak pon bias PR ke BN ke.

bodoh.

seorang anak kecil mati,kita terkinja-kinja berdebat lagi.

Anonymous said...

pyan, xmau saman ke?

http://www.papagomo.com/2010/06/janice-lee-adun-dap-teratai-menyamakan.html

WongRengit said...

bro pyan.......sabar bnyk2.
Dunia tak akan adil, hanya akhirat je yg maha adil. Dacing Allah tk pernah senget. Dacing kat malaysia ni sentiasa senget je...........