Tuesday, October 30, 2007

lingkup

+ abdullah ahmad umum peruntukan rm112 bilion (ulang: ringgit malaysia
seratus duabelas bilion) biaya pembangunan wilayah ekonomi pantai timur (dimatsalihkan `ecer').
- persatuan mamak restoran tuntut kenaikan harga roti canai, alasannya,
harga tepung naik 15 sen sekilogram sejak mei (sejak mei dan terlepas pandang?)

= tidak kira, rm112 bilion atau 15 sen,kedua-duanya lingkupkan duit aku!

2 comments:

gurun said...

yang lebih parah apabila harga tepung naik, kawan gua yang buat dan jual roti canai, terkejut besag. apa tidaknya, tepung diuli tetapi roti tak jadi. orang kedah ka, tepung tak naik (tak mengembang, roti pun tak jadi). bila roti tak kembang, kena jual harga lama juga sebab roti tak besag. dalam kes kawan ni, tepung tak naik sebab dia terbeli tepung lama! tapi harga tepung tu tetap naik. (barangkali sapie afdal, tok menteri jaga tepung kena pi tengok tepung lama ka tepung baru yang dijual. jualan perabih stok.)

gurun said...

ECER tu kenalah bubuh dalam bahasa penjajah. kalau bahasa Melayu, dekat-dekat LECE(H) - koman, tak bernilai, ataupun memang dalam loghat Tganu tu, ecer bermaksud bahagi-bahagi....