Tuesday, December 9, 2008

catatan dari `international hill'

sewaktu ada rakan-rakan bersengkang mata membantu mangsa banglo ranap akibat tanah runtuh di `international hill', ada visual berita tv mengenai penempatan sementara yang disediakan untuk mangsa di sekolah kebangsaan ulu klang (tempat di mana lokasi bilik guru dan kelas dalam filem masam-masam manis p. ramlee), visual itu menampakkan penempatan sementara itu tidak dihuni satu makhluk mangsa pun, tilam bantal berbungkus plastik tidak terusik. betapa kontrasnya dengan setinggan yang kediaman mereka jadi mangsa roboh halau penguasa demi kapitalis! alangkah beramaljariahnya jika segala bantuan yang dilihat `tidak berguna satu sen pun' untuk orang-orang kaya ini, disumbangkan kepada anak-anak setinggan mangsa roboh halau yang masih ada terbiar merempat di jalan hulu klang!

*catatan lain:
-kerana tidak sedar diri (atau kerana terlalu kaya), diberitakan ada laporan polis tentang kehilangan sebuah jam tangan.
-kerana tidak sedar diri (atau kerana terlalu kaya), orang-orang kaya ini mahu tuntut ganti rugi dari kerajaan.
-kerana tidak sedar diri (atau terlalu kaya), ada makanan sumbangan dibuang dan dihidu sekawan babi.
-kerana tidak sedar diri (atau kerana terlalu kaya), mereka lupa tentang nikmat tuhan bagaimana sebuah surau masih kukuh berdiri ditapaknya sedangkan di sekelilingnya, banglo bernilai jutaan ringgit ranap dihakis dan ditelan bumi.

*sebentar tadi, dalam visual berita tv3, seorang penduduk/mangsa menyeranah petugas sukarela, pihak berkuasa, anggota penyelamat dan pasukan keselamatan (kerana tidak urus-angkat-angkut barang miliknya) antara mangsa seranahnya ialah anggota rela, petugas mpaj dan anggota tentera, katanya, petugas ini berkumpul beramai-ramai hanya untuk menghabiskan makanan sumbangan. lihat bertapa anggota penyelamat/pasukan keselamatan dihina dan betapa tidak bergunanya menolong orang kaya tersepit!

64 comments:

CikguSepajo said...

Mengapa mereka memilih tinggal di lereng dan puncak bukit? Adakah kerana keegoan mereka? Sudah ditimpa bencana pun masih ego juga?

Anonymous said...

saudara pyan,
coffee geleng kepala sambil makan kuachi merenung perkara ini...


subhanaALLAH...

Ajami Hashim said...

pehhh!

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

bezanya setinggan ulu klang dirobohkan manusia..dibina semula beratap dan berdindingkan kanvas lusuh..international hill tuan yang punya dunia punya kerja..kenapa dipisah dengan kasta? ini dunia dalam punya cerita..kubur dalam semua sama...

Tok Mila said...

SubhanaAllah. Saya benar-benar berharap yang mengomplen pasal barang-barang hilang dsbnya itu bukan dari kalangan kaum muslim. WaAllahu 'alam.

kulupSakah said...

KEPADA MEREKA YANG ANGKUH NI DAH AKU MAKI SEBAIK SAJA TRAGEDI INI AKU TAHU DARI SMS..

aku cadangkan mereka pi saman Tuhan!

bokbon said...

dasar manusia angkuh, dah ditimpa bala pun masih mahu pejamkan mata..

Pyanhabib said...

cikgusepajo,
kerana ego

coffeeholic,
subhanallah...

ajami,
lu memang!
(ada previu?)

akupentoi,
tuhan bayar tunai!

tokmila,
yang seranah, sah Muslim!

kulupsakah,
awal-awal dah maki! pergh!

bkban,
angkuh dan tidak berguna

amey ahmad said...

sebuah surau di sana tidak dihanyutkan tanah yang bergerak..
siapakah yang memegangnya?
sebuah masjid di sana tidak dihanyutkan ombak yang membadai..
siapakah yang menghalangnya?

sama-samalah kita ingat..

pemikir lapuk said...

myelamat dan mnolong org2 kaya...umpama menolong babi tsepit...hehehe

Jorji said...

Yayasan Salam tubuh tabung bantuan...
laa?

Witeblog said...

Assalamulaikum Abang Pian.Memang seronok tinggal di lereng bukit sebab kita akan dipandang lebih `elite`.Kasihan kepada anggota Tentera.Mereka sanggup bertungkus lumus dan tidak beraya Haji sebab hendak bantu golongan mangsa.Mereka berkerja 24jam tanpa mendapat bayaran `over time`.Berkorban demi rakyat dan negara.

Ieda J said...

Inilah namanya membantu anjing tersepit...
orang2 ego sebegini..layaknya x usah dibantu langsung...
Mungkin mereka belum sedar, balasan Tuhan xlagi tunggu di akhirat...dunia aja boleh....

benludin said...

caya la bro...gua mula2 simpati,tapi lama2 timbul rasa meluat!

dlm TV3 semlm ada si kaya tu siap maki hamun YB! perhhhhh...

Allah menunjukkan true colour org2 yg KAYA harta dunia..

p/s:bro pyan...ijinkan gue menepekkan entri bro kat blog gue ye...gue tak pandai nak menulis ,so kena pinjam utk ditepekkan je la...hehe

benludin said...

CikguSepajo,
gua setuju dgn lu...jgn salahkan pemaju jeh..diri sendiri yg beria nak beli rumah kat lereng bukit tu buat apo kan? semuanya cerdik pandai,takkan tak bleh pikir risiko...:)

benludin said...

errr...depa terlupa kepada mangsa2 banjir...terutama yg bergelar Yayasan al-Salam tu! huh!

KTS said...

tak tau smpi bila org2 media nak berkampung kat situ... seronok kot... dpt mkn free hari2...

masa tanah runtuh kat kg pasir dulu, takdela camni sekali org media... mungkin sbb takde makanan free kot... sbb org kg pun tak cukup nak mkn masa tu...

aku kata : huhhhh... tak kuasa nak layan... lantak pi la tanah runtuh tu.. sapa suruh buat rumah kat atas bukit...

matakucing said...

setelah lama lu orang duduk "diatas"..sekarang tiba masa lu orang duduk "dibawah"..nikmat??

Anonymous said...

Ada hikmah disebalik tragedi ini. Golongan kaya seperti tidak bersyukur dengan nikmat tuhan.

mantan said...

Wahai orang...
Aku bukit pasak bumi,
Lama sudah aku disakiti, ditarahgondol, dibebani!
Wahai orang...
(tarah sana, tarah sini, gondol kiri, gondol kanan)
Dengan berkat hujan lebat, maka aku runtuh!
Wahai orang...
kaurasakanlah, jangan kau bergaduh!

the artist and i said...

Dari awal lagi saya sudah tengok reaksi mangsa dan kawasan sekelilingnya.

Yang beria tolong memang beria.

Yang mangsa (bongkak kaya) tidak peduli pun!

Hai la manusia..

Koben said...

kadangkala dah terlalu lama hidup dlm kebongkakan, agak sukar bagi mereka meninggalkan 'kebolehan' mereka itu...

Biarlah.. mungkin mereka inginkan 'balasan' yg lebih dr Allah SWT wallahualam

Fendy2177 said...

Tu belum masuk kenyataan Bakal TPM kita, hahahaaa. Sediakan HOTEL untuk mangsa bencana tanah runtuh. Bilik darjah apa kelas, hahahahaaa. Tanggelam cerita mangsa banjir dengan banjir-banjirnya sekali.

cerpelai said...

Bagai melepaskan anjing tersepit..

Kena tak peribahasa tu bro?..
Kita tolong dia, dia gigit kita balik..!! Itulah bila dah kaya sangat, orang lain semua dia nampak besar kuman.. Waima dah jadi mangsa bencana ni pun..!!

Lama sangat duduk di atas..
Yang memangku di bawah ni jadi bahan sumpah seranah..
Bantal empuk yang kita pegang untuk dia duduk, dia baling ke muka kita..

Gua anti betul dengan makhluk kulat macam ni.. Tak tolong nanti, dia saman pulak..!! Maklumlah.. mampu..!!

Salam bro..

benludin said...

ada yg terbaru gua dpt dari abang polis jg berjaga kat sana...

jiran sebelah tanah runtuh kata "awat bising2 ni...kita org nak tido la!"

DramaQueen said...

Salam,
ELF jadi lebih takut
bila melihatkan
pembayaran tunai "tanpa cengkeram"
oleh Allah swt.

Moga beransur kurang
golongan kaya
yg takbur, bongkak dan riak.

Barang dijauhi Allah
dari kita semua
akan bencana ini.

:: ELF ::

Mr. Sham@poksey said...

kebanyakkan orang kaya ni tak bayar zakat... tu yang kena ambik balik reta mereka nih....

Mohamad Farez Abdul Karim said...

orang kaya sebenar adalah yang miskin harta,

orang miskin sebenar adalah yang kaya ujub.

Pak Oncu said...

2 jenis manusia yg Allah murka pada nya,,,,,, 1. orang kaya yang angkuh, angkuh dan bakhil 2. orang miskin yang sombong dan angkuh....
maka ada di antara mereka yang tinggal di internasional hill itu yang angkuh sombung dan nak menjadi TUHAN,,,,,,, maka Allah taala uji lah sikit,, dan mereka tetap tidak mahu beryukur atas nikmat musibah yang menimpa mereka

Lily Abdullah said...

Bang Pyan,
Aku menulis cerita dan intipati yang sama . Tapi ayat2 ku tidak seenak kamu.

Bravo!

Hanafiah Ghazali said...

mereka bedul.

Sub said...

semalam mereka menghulur duit (dek kekayaan)
hari ini mereka dihulurkan bantuan
tapi
betapa tak sedar diri
orang-orang kaya (dunia) ni

cerana said...

memang betul, kadang-kadang kekayaan yang tuhan bagi tidak disyukuri itulah padahnya..ada banyak pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa ini..insaflah..

ckLah @xiiinam said...

rumah di lereng bukit...paling tinggi..paling tepi...paling mahal harganya ..paling glamour...paling cepat *****kababommmmm!!!

Unknown said...

wahai para 'judges' sekelian.... tugas kamu adalah berdakwah/menyebarkan agama islam.. bukan menghukum(judge) orang. Samada tragedi tersebut adalah bala keatas mangsa-mangsa tanah runtuh tu ke, atau rahmat keatas manusia-manusia keliling, itu bukan urusan kamu. IANYA URUSAN ALLAH. Jangan begitu cepat menghukum. Orang kaya, itu boleh jadi rahmat atau ujian ketas mereka...

guru besar haneem kaydeen said...

ni semua peringatan untuk kita bang!

Aloy Paradoks said...

pasal petugas yg kene seranah tu gua ada tengok gak....
hehehehe,, tak patut bg gua. diaorg keje siang malam tu.

Atan said...

itu baru sedikit aje... baru bayaran ansuran pertama.. tunggu lah bila bayar full sattlement nanti baru sedar....

aizam said...

mangkuk hayun punya orang kaya..

pemanduteksi said...

bro pyan.. salam!
org kaya atas bukit tu ibarat Orang Asli berumah di atas pokok.. dah tau pokok tu akan tumbang dan dahannya akan patah tetap jugak nak buat rumah atas pokok.. punyalah bangang org2 kaya atas bukit tu sbb telah dibangangkan dek kekayaannya. Biarlah rumah 10 kali kena banjir dari sekali kena tanah runtuh..! Kalau banjir bila surut air, rumah masih ada lagi..!!

daLyaanoon said...

Apabila...
yang terlibat SUS en PI.EM,
yang terlibat penghuni banglo berjutajuta,
yang terlibat tak pernah berpayah,

itulah yang terjadi di sepanjang jln hulu kelang...

Ironinya...
yang tertimbus warga pendatang (kg pasir),
yang dihalau penghuni setinggan (kg berembang),

dulunya terjadi di sepanjang jln hulu kelang...

BEGITULAH...

Bro Pyan,
sekolah Chegu Shaari tu bukan Sek Ren HULU KLANG, tp... KLANG GATE...

bak kata pendekar Mastur...apa Mastur..MUSTAR daa...

"korang suma mengampu orang kaya!!!"

violet said...

mungkin 'ujian' Allah itu masih tak memadai buat mereka.

atau kita yg terover2 simpati dan kelam kabut nak bantu mereka. sampai buat mereka naik muka?

azhar said...

biar hidung mancung jangan hidung tinggi

Fa-T said...

PAK PYAN.... ari tu saya nampak pak pyan kat ali maju... time maghrib.. mau sembahyang kan... kedai mamak ni mane deh surau... nak kate macm ne... sedangkan kedai MELAYU MUSLIM pun jarang ade surau... len kali kalo kat ukay perdana.. usha surau kat aparmt atas nun...

prachai said...

Sajak khas buat Dr Gigi yang kami pernah sayangi ...

Semuanya O.K.
tanah runtuh kehendak Ilahi
bukan salah kami

Semuanya O.K.
peduli apa orang mati
projek bukit semua kasi
komisyen dapat ada hal boleh lari

Semuanya O.K.
Alkisah seorang doktor gigi
kalah PRU tapi masih bermimpi
sibuk menuding jari sana sini
rekod buruk nak kata apa lagi

kecuali

Semuanya O.K.!

Ajami Hashim said...

next prev apa2 filem i'll buzz u bro ;-)

amer zaman said...

haha...

amcam selamatkan anjing kan...?

wanie_agk said...

gua dah naik benci untuk beri simpati

wanie_agk said...

gua dah naik benci untuk beri simpati

Yatt said...

Buat pakcik yg komplen bagai nk rak dekat Azmin Ali tu gua nk cakap ni je...

1) Bersyukur le sbb kau tak mampus kena timbus dgn tanah tu.

2) BUTUH la lu!!

Unknown said...

Kepada mereka (segelintir penduduk bkt antarabangsa) yang tidak menghargai pengorbanan para penyelamat yang bertungkus lumus siang dan malam sampai mengorbankan hari raya korban mereka, pesan aku hanya satu, nasib baik Tuhan tak jadikan aku ketua penyelamat kat situ. Kalau aku berada di tempat YB Azmin, ketua polis Selangor atau orang2 kat situ, dah lama aku suruh semua penyelamat balik. Tinggalkan mereka settle sendiri masalah. Tak payah susah2 menyusahkan diri tolong orang macam ni. Tak payah susah2 buat jalan utk diaorg. Kasi diaorang hidup sengsara kat atas bukit tu. Paling tinggi, balingkan maggi me sebungkus sorang sehari, jangan kasi kebulur.

Nasib baik Tuhan tak runtuhkan satu bukit tu sekali.
TAK GHETI NAK BERSYUKUR LANGSUNG !
NIAMAH ! KEPADA MANGKOK YANG KOMPLEN DEPAN YB AZMIN TU, AKU HARAP HIDUP KO AKAN LAGI SUSAH SELEPAS NI !

Unknown said...

Nak tambah lagi, pyan.
Aku sebagai melayu, aku malu tengok mangkok hayun yang sibuk komplen depan YB Azmin yang masusk tv tu. Dah tua, bongkak pulak tu. MAKIN TUA MAKIN BODOH

ryann said...

adakah sumbangan untuk tabung yang ditubuhkan. tentu banyak

Fa-T said...

next time.. sy pun ada masalh macm pak habib time tu.. maghrib... odw nak balik.. ahaha...

ceri masam said...

okay!
entry abg yang ini saya senyum je!
:) lama pulak tu saya senyum...

btw, bila nak mengneskape?
kat ss2 ke? atau di lereng bukit sana?

melawati pun cun gak! :)

ubilepih said...

Bukit AntaraMangsa nama baru tempat tu...rabak

Unknown said...

Ini orang nak menolong tak bermanfaat, nak membantu pun tak berkebaikan. tolong kita tak ada nilainya, derma kita tak ada harganya.

jOnOs said...

Itu orang kaya kepala hangguk!
Tak sedar diri. Yang menyumpah seranah itulah...

tarings said...

Mungkin lepas ni kita boleh panggil durjana2 yg tidak sedar diri itu bangsat. Dan penempatan mereka dipanggil bukit antarabangsat.

Wa lebih simpati kepada marhaen yg berebut2 nak tolong, dengan harapan dapat masuk 'good book' durjana2 kaya itu tetapi sebaliknya mendapat sebakul makian.

Anonymous said...

Lps ni buat la rumah kat tanah tinggi lain pulak ye.

Lps tu, kalau gunung runtuh lagi, buat rumah dalam kubur.

Abufaris

Anonymous said...

Bang Pyan.
Dua peribahasa yang sesuai.

1. Melepaskan anjing tersepit.
2. Buat baik berpada-pada.

MORIBAYU said...

Setuju dengan pendapat Bang Pyan.

saya cuma nak berkonsi sedikit cerita. 3 tahun yang lepas..setiap pagi dan petang saya akan melalui jalan itu untuk pergi kerja. dengan hanya berjalan kaki yang amat lambat.. Memberi saya peluang utk merasai betapa hebat dan gahnya rumah-rumah besar di sepanjang jalan itu.

Tapi sungguh saya tidak duga...keindahan itu akan lenyap ditelan bumi. Allah itu Maha Berkuasa.
Namun surau yang berhampiran ..sedikit pun tak tercuit oleh debu tanah.

Di atas Bukit itu..orang-orangnya saya lihat :
" Jika becakap..meninggi , Jika memandang akan menjeling..Jika berdansa..hingga pagi "

x-hairanlah..jika bukit pun naik muak...harap ini jadi peringatan pada manusia2 miskin yang berGua aladin Besar...semua ini hanya pinjaman.

ingatlah2...

the Haz-one said...

marah kerana melatah.

jika aku ada di sana memakai celoreng hijau sekalipun, aku hanya biarkan mereka mengangkat barangan, menurunkan keegoan.

U-zir said...

orang kaya babi!