tuan timbalan perdana menteri,
saya diceritakan oleh anak saya bahawa dua tokoh guru yang bahasa ibundanya bukan bahasa melayu sewaktu ditemu bual berita tv telah bersusah payah berbahasa malaysia. saya diceritakan bahawa dua tokoh guru itu berbahasa malaysia dengan bangganya.
saya juga diceritakan oleh anak saya bahawa seorang tokoh guru berbangsa melayu yang bahasa ibundanya bahasa melayu semasa ditemu bual berita tv telah berbahasa inggeris. saya diceritakan bahawa tokoh guru itu lancar berbahasa inggeris dengan bongkaknya.
tuan timbalan perdana menteri,
saya sekadar menceritakan.
sekian, terima kasih.
*sempena hari guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
39 comments:
ISU BAHASA XKAN TAMAT...
KALAU DIORANG TUKAR BALIK PON SAINS&MATH KE BAHASA MELAYU..YG UNTUNG KONTRAKTOR2 KRONI DIORANG JUGAK!YANG MAMPOS JUAK2 RAKYAT YG YOYOHO BERDEMOKRASI...
PEGI BABILA NGAN DEMOKRASI NI...
hahaha.. gua dah syak. Orang Melayu nak jadi Keparat macam Barat.
Gua punya Bahasa Inggeris pun lebih hebat dari Menteri Perlancongan tapi tetap menggunakan Bahasa Melayu dengan jayanya.
Lu, gua, aku, hang, saya, awak
sama-sama....
well..err...ai thing err err err,,ai acceli err er ai dono....kahkahkah
yes, no, alright!
situasi ni dinamakan PUNDEK.. (eh! gua pandai berbahasa Tamil)
orang itu mula terkenal
bahasa melayu hilang perlahan
tutur kata patah rotan
mungkin malu bangsa segan
selamat hari guru...
hampeh bagi mereka yang merojakkan bahsa.... ahahah
tergelak aku..
walaupun aku bukan guru, aku rasa dua mamat tu di interbiu dalam bahasa melayu, pasal tu dia jawab dalam bahasa melayu. dan yang cikgu melayu tu pulak di interbiu dalam bahasa omputeh, sebab tu dia speaking.
bukan macam lu beb, speaking berabuk sampai org london pun tak paham.
aku cuba berbahasa baku....tapi sekarang depa kata dah tak ada dalam buku
saya orang melayu, bahasa saya layu
Nota kaki buat pelacur bahasa...
bahasa jiwa bangsa..
Siapa berjiwa melayu/malaysia???
gua maseh ingat KBSM ajar 'bahasa jiwa bangsa'..
tapi sayang, mereka sudah tiada bahasa tersebut..
hahahah
gua rasa minah indon dkt chow kit lg terer cakap bahasa melayu dari diorang
................
...........................
.........
Koma......!!!
Well... well... well... wel... vel... vel... vel vel... vel vel... vel vel... vel vel...
elok kalau tau banyak bahasa :)
Salam,baru saya tau bole kasi memo kat PM dan TPM..tapi al muskil depa ada baca ka..kalu cam tu pyan..dulu..kini dan selamanya bahasa kita dok takuk tu atao jadi lebih teruk lagi..eh..tak sior teman...
http://waksab.blogspot.com-DariMindaKu
anak tuan seorang yg peka.tq.
memo untuk saya ke ni(ceh!)
nak jadi kontrektor buku teks macam mana yek.kene daftar jadi ahli umno dulu ke?
melayu kata melayu bisu
biarkan...biarkan
melayu kata melayu dungu
biarkan...biarkan
melayu kata melayu haru biru
biarkan...biarkan
saya ada kawan yang fasih berbahasa inggeris tapi dia tahu saya tidak fasih jadi dia tidak berbahasa inggeris dengan saya.
kesimpulannya. gunakanlah bahasa dengan sewajarnya. layanlah bahasa dengan sepatutnya.
Gua dah agak ramai yang macam begitu.
huhuhuhuhu
pedasnya siapa yang kunyah cili itu!
bijak si anak kecil kamu itu,abg pyan :)
jasadbeku
guru bahasa melayu
smkjenjarom
Salam Pyan... Hang memang best. Dunia kena ada orang macam hang... Jemput melawat kat teratak buruk aku di http://ampuanawang.blogspot.com
Jangan lupa email aku : ryujin69@gmail.com
biasalah dia...
belum tahu lagi betapa seronoknya bila bicara lu-gua-lu-gua...
sila laa baca wahai tpm..
Telah hilang kebanggaan kepada jatidiri sendiri dan telah lenyap kehebatan dan keunikan diri.Jadilah mereka yang tidak merdeka jiwanya.
gua tengok muke lu dlm tv..
komen sket kat mat sembab psal kota buku?? hahaha
gua tengok muke lu dlm tv..
komen sket kat mat sembab psal kota buku?? hahaha
well.. well.. aa.. ladies and gentleman... aa well.. aahh biar saya cakap bahasa mak saya lah'.
(petikan dialog osman tikus dalam KSJ)
BAHASA JIWA BANGSA.
mantan pm itu bermimpi dia bercakap inggeris dalam dialek mamak kedah. mantan ketua pemuda @ ex menteri pelajaran bermimpi minum2 di cafe penjuru london. tpm merangkap menteri pelajaran versi najib bermimpi bahasa melayu johor-riau telah pupus dibantai PPSMI.
Salam Pyanhabib,
bangsa kita "melukakan bahasa kita sendiri", tahniah tulisan saudara ini, ringkas tapi sangat jauh "maksudnya".
Salam Pak Pyan,
....
...
..
Sekian, terima kasih.
guru dulu guru sejati guru kini wang juga masyukk
Isu PPSMI ni buat semua orang pening termasuk gua. Apa lagi la bebudak sekolah termasuk anak gua dan anak lu. Ntah nak dengar cakap sape pun tak tau. Yang nyatanya,kalau nak bagus bahasa Inggeris, belajar bahasa tu dengan betul. Bukannya belajar bahasa melalui subjek lain.Ni serupa suruh anak kita belajar main tennis supaya boleh pandai main badminton. Mana ada jalan daaa.
Hey Pyan, check out this new local viral video of PM Najib getting his head removed from his own billboard! Truly a pop culture moment! Better than Negarakuku! :)
http://www.youtube.com/watch?v=kGHgWU8fV0o
gua tetiap malam tengok macam2 aznil, kat astro ria, gua paling suka tengok segmen anak-anak ku... kat situ aznil sering tanya pasal beberapa perkataan contoh nya bermacam2...
ada satu part tu ada budak darjah 2 (umur 8 tahun), aznil tanya apa itu surat khabar, budak itu berfikir sejenak...
dan cakap surat bertanya khabar...
agak2 nya berapa tahun la budak ni sekolah nak faham bahasa kebangsaan... dan tak payah la tanya diorang ni kenal jawi tak... kita kutuk yahudi, tapi yahudi bangga dengan hebrew dan ibrani diorang... kita jawi pun dah hilang... takkan melayu hilang di dunia... motto umno yang bodoh...
Post a Comment