Friday, January 1, 2010
di jalan pak sako, 10 januari, 3 petang, meh!
gua pernah bertugas hampir 10 tahun bersama almarhum pak sako di bawah satu bumbung jabatan pengarang, menemaninya turun naik bas dan teksi, bersesak-sesak di pudu raya atau menemani langkah tuanya berlenggang kangkung menyusuri chow kit malah almarhum hadir berpantun semasa gua naik pelamin. tempat yang akan gua pergi ini mengimbaukan semula kenangan gua bersama almarhum negarawan rakyat ini...
lain-lain hal baca di sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Suka dengan pepatah petitih arwah pak sako dalam 1 majalah humor yang terkenal sedikit masa dahulu..
Salam bro..Selamat berazam baru..
assalamualaikum bro!
selamat menyambut tahun baru 2010 dengan aktiviti hebat tanggal 10 januari 2010. semoga sukses.
aloo bro...lu turun temerloh ke?
gua tunggu lu. kita tengok sungai pahang alirnya pekat likat, kita tengok bot penambang berputar resah mencari arah.. ahad ada pekan sari bro..nak dengar lu baca suara suara yg dikincing mereka yg durjana..(siot btul dorg, bikin senang atas keringat org lain, gua cukup hangat..) salam puisi..
wow!
bro selamat datang ke Temerloh Bandar Ikan Patin...haa!
gud lux bro...
happy new year bro..majulah sukan utk negara
bagi gua, pak sako adalah org yg selayaknya mendpt anugerah SN yg pertama. apakan daya kesilapan telah dilakukan. saya juga ada pengalaman indah bersama aruah & mungkin juga teman2 sewaktu di karangkraf spt Imlan, Sri Diah dll kerana pak sako sering mengunjungi pejabat karangkraf yg dulunya terletak di TTDI
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh beliau..!
salam,
bila lu sebut pak sako dan temerloh, aku terus teringat pada tahun 1980 atau 1981, di tapak pejabat agama Islam temerloh dan perpustakaan awam temerloh diadakan acara baca puisi yang disertai oleh pak sako dan pengarah filem bekas suami sarimah
(yasin salleh ke saleh yasin, aku dah tak ingat). tapi kini temerloh atau kuala semantan telah lama hilang 'suara' puisinya yang ada kini gulai patin masak tempoyak.
jika ada umur panjang, insyaAllah jumpa di sana bro!
Bro,
selamat tahun baru...
semoga bertambah sihat & kuat !
Brader.
Itu Pak Sako, sangat cool.
Brader pun cool juga. Tapi, yang tak cool... Taukhe ikan Patin. Mahal bro!
Selalu terserempak dengan arwah Pak Sako masa naik bas balik ke Ulu Langat sempat berbalas senyum. Masa tu kite ni mude belia lagi hahahahaha
Semoga tahun 2010 tahun penuh barakah buat saudara macam tahun tahun yang sudah.
Oit! Dekat dengan kampung Gua tu.
aaaaaaaaaaaaa
Post a Comment