1. lokasi: ruang terbuka mamak mydin bangsar utama selepas maghrib.
- meor yusuf memesan roti telur dan teh tarik yang dimakan dan diminumnya tidak habis.
- nikbinjidan menghadap sepinggan nasi kosong, lauknya kari kepala ikan. hari ini belum makan lagi, katanya sambil minum air mineral langsung dari botol bercop KTM.
- saya memesan roti canai dan teh tarik halia tetapi `kebulur' melihat kari kepala ikan nikbinjidan.
-kami dari kl sentral. meor yusuf dan nikbinjidan berbasking di situ sambil jual album lagu.
2. lokasi: ruang terbuka mamak mydin bangsar utama selepas isyak.
-`pyan, abang sudah bayar,' kata a. samad said yang baharu selesai makan malam bersama isterinya tidak jauh dari meja kami, lalu minta diri untuk pulang.
-nikbinjidan menadah dua tangan ke langit, berdoa. meor yusuf merenung langit, tersenyum...
*seperti selalu, nik dan meor kemudiannya membahagi dua pendapatan berbasking.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
33 comments:
alhamdulillah .
Salam Pak :)
semoga Allah murahkan rezeki
sokmo-sokmo!
salam bro..
orang pemurah,rezekinya melimpah ruah, teruskan perjuangan dari rakyat untuk rakyat..
berdoa tadah setinggi...
insyallah...
rezeki tuhan yang turunkan... malaikat mengagihkan...
rezeki Tuhan kasi. Cakap dah betul!! Cuma ada yang samdol.. rezeki ni gua yang cari. Cuma ada yang biol.. rezeki orang gua curi. Bila Musa ketuk batu.. dalam batu ada batu. Musa ketuk lagi itu batu. Dalam batu ada lagi batu. Musa ketuk lagi sekali itu batu. Dalam batu ada ulat. rezeki Tuhan kasi. Syukur.. nanti Tuhan tambah lagi... sebab Tuhan Maha Pemberi.
~KiLaT~ Gua belajar jangan irihati.
cemburu. :P
ada orang menyesal tak order kari kepala ikan, kenapa tak mahu tulis?
rezeki....lama tk tgk basking...syok juga...
itu hari zainaldin zainal "payung" kita makan kat Keramat.
Ini Tuhan memang banyak pemurah oo
alhamdulillah....rezeki,jodoh dan maut ditanganNya...mudah-mudahan kita semua dirahmati dan diberkatiNya..amin.
burp!
alhamdullilah!
basking tuh apa abg pyan?
Rezeki jangan ditolak ni..
salam..
luas betul kasih-sayang tuhan..
;)
Moga dimurahkan rezeki selalu..
wassalam..
waaa bro...mkn keliling nmpak! haa!
spek.. gua rasa BASKING tu RAJA BAS.
~KiLaT~ Bas Mini Nombo Sembilan Belas dah lama tak dak.
Tetapi jangan asyik menadah saja,
banyak kali kena beri juga!
Ke guane :)
Benar seperi ayat seribu dinar, rezeki datang dari punca tak disangka-sangka...
tuhan itu satu
rezeki beb
Allahumma baariklana fi ma razaqtana...
bila nak mari kb ana jamu ente roti tempayan gulai kambing kat jalan pengkalan chepa....atau nasi kati jalan bayam.... sodap.
yup..teh halia kasi buang angin-angin jahat...
KiLat..apa hang dok tembak kata basking tu raja bas?
Spek..jgn dengaq cakap dia.. basking tu nama mamak yang jual kacang puteh tepi central market.
Adei! rezeki mesti kena tolak. Kalau tak, tak masuk, ha ha ha
Adei! rezeki mesti kena tolak. Kalau tak, tak masuk, ha ha ha
Doa murah rezeki selalu...Amin
salam
alhamdullilah.. seronon jika ada orang sudi belanja kita kan.. moga dimuahkan rezeki kita semua
p/s:sentiasa ingat bagaimana orang palestine survive.. kesian mereka
tersenyum melihat rezeki Tuhan kasi
sgt cool!
rk,
alhamdulillah.
ilmapong,
assalam.
abuyon,
semoga.
kelompen,
alhamdulillah.
fa-t,
takbir!
kilat,
tuhan maha pemberi.
abdulfatah,
ha!
jo,
heh he!
pakcik,
syok? ha!
kulup,
lu selamat, hemm.
duniaku,
alhamdulillah!
jorji,
alhamdulillah!
binjidan,
nasi kosong lawan ikan goreng lawan sambal tumbuk, lagi best!
speck,
lihat kamus `busk' `busker' (pernah tengok filem `kembara...seniman jalanan'?)
relevan,
rezeki datang, wa `tolakkkk' je, hah ha!
cahaya,
kasih tuhan melimpah-ruah!
abgbro,
rezeki tuhan kasi.
kilat,
keh keh keh!
abuyon,
tuhan tahu.
nizam,
benar.
mamai,
tiada dua.
aman,
ya, rezeki.
ayah d,
terima kasih.
ubilepih,
yes, teh halia!
independent,
keh keh keh, lingkup!
pak hashim,
yes, rezeki mesti selalu kena `tolakkkk' kasi masukkkk! hah ha!
waksab,
untuk wak juga, amin.
nur,
saya adalah sukarelawan muslim aid, sumbangan muslim aid sehingga palestin.
shemmi,
senyum juga kepada tuhan.
ceri,
coooool!
Amin, Rezeki tuhan beri dan tuhan tambah dan tuhan tarik.
Post a Comment