Tuesday, July 12, 2011

Jangan murtadkan diri sendiri ...

BERSIH didokong rakyat berbilang kaum tanpa peduli warna kulit, jantina, anutan politik atau kepercayaan beragama seseorang, itu yang gua tahu.
Malaysia negara berperlembagaan, berukun negara, itu yang gua diajar sejak sekolah rendah.
Perlembagaan Malaysia akui setiap rakyat memiliki hak bersuara, tidak kira lu orang jenis penyokong kerajaan atau pembangkang tegar, itu yang gua faham sejak gua rasa gua hensem.
Apabila orang kaitkan itu India pemimpin Bersih penganut Hindu (?) dengan kes murtad (penganut Islam), gua tiba-tiba ketagih bertanya macam sial: Lelaki beragama Islam yang akil baligh yang tahu mandi junub tinggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut, berminggu berturut-turut, berbulan berturut-turut, bertahun berturut-turut dengan sengaja, apa hukumnya?
Gua jahiliah pasal agama tetapi gua masih mahu berfikir dengan otak di kepala, otak yang dianugerahkan tuhan Allah, maka inilah yang gua terfikir:: Janganlah kerana Bersih (sama ada `bersih' atau disiniskan `kotor'), kita babitkan agama, janganlah kita memurtadkan diri sendiri ... Sekian.

27 comments:

Anonymous said...

Lu pikir sendiri...Islam Ad-Din - adalah cara hidup bukannya parti politik.

Tengok video ni dgn otak yang rational...

http://www.youtube.com/watch?v=TCkvy3uClno&feature=player_embedded

Fahmi Ismail said...

apa kaitan murtad dengan Bersih? ni mesti tak paham tuntutan Bersih

Anonymous said...

En Fahmi,
boleh ke baca quran dalam jamban?
Baca quran ikut tertib baca quran,kalau nak berak ikut tertib nak berak.

sekian terima kasih dan selamat hari raya kepada Mas Pyan.
-Incik telagi mandiri-

Anonymous said...

Adakah kita mahu menjulang pemimpin yang anti-Islam, lagi-lagi yang terang-terang mahu menghapuskan Islam? Dalam Islam, orang kafir yang menentang Islam di WAJIB kan ditentang.

Selemah-lemah iman adalah kita benci dengannya dan tidak menurut telunjuknya.

Golongan inilah adalah "musuh yang nyata"...sila rujuk al-Quran.

Mohd Haikal said...

jangan babitkan isu personal seseorang dalam sesuatu isu.
pyan habib, anda terbaik bro! gua respect lu.. bila nak datang AU4?

Anonymous said...

Siapa yang tak nak pilihanraya yang adil dan bersih...............mustilah orang yg slalu main tipu. Aku sokong BERSIH kerana agendanya..........bukan ketuanya!

Anonymous said...

sorry...x paham lah ape yg ko cuba nak bagitahu kat sini....bersih dan murtad....ape ni....bersih tuk pilihanraya lah....sebelum ada bersih pon orang islam boleh je murtad....sejak zaman berzaman org melayu murtad

Anonymous said...

Theory vs Practical....mana yang penting....?

Theory : Bersih...aku pun sokong
Practical : Tak de pon cakap pasal Bersih, tapi cakap pasal standard selogan PKR (Parti Kemusnahan Rakyat)...Hampass...

Orang yang berakal saja dapat baca mcm ni.

Anonymous said...

Mohd Haikal & Mohd Fahmi, Dalam Islam personality itu paling penting untuk mengangkat sesorang untuk jadi pemimpin.

Nabi dah tunjukkan pada dirinya dan dah pun diajar. Contohnya, siapa yang mesti diangkat menjadi IMAM untuk sembahyang. Takkan orang munafik kot atau penzina ATAU orang yang beilmu, berbudi bahasa, menhormati orang lain ? Tak ke ini personality ?

Tepuk data tanya iman masing-masing.

jawa peranakan said...

Sekalian sahabat yang gua hormati khususnya Anonymous July 13, 2011 3:40am.. Ini sekadar pandangan dangkal dari org yang cetek ilmu macam gua..

Ambiga tidak akan berjaya memenangkan kes Lina Joy sekiranya Perlembagaan & Undang-Undang kita sendiri tidak memberi ruang & peluang untuk dia berbuat demikian..

Ini la masalahnya jika kita mengambil sesuatu yang selain dari AlQuran, Sunnah Rasulullah SAW, Ijmak Ulama & Qias sebagai sumber Perlembagaan & Undang-Undang negara..

Jika Perlembagaan & Undang-Undang kita bersumberkan AlQuran,Sunnah Rasulullah SAW, Ijmak Ulama & Qias, jangankan nak kata Ambiga boleh menang kes, Lina Joy tu sendiri pun tak akan memohon untuk murtad..

So persoalannya sekarang kenapa kita tidak mahu berpegang pada Perlembagaan & Undang-Undang Allah? Adakah kita rasa bahawa kita lebih hebat dari Allah?

Islam tidak runtuh kerana org kafir.. Tapi Islam runtuh sebab onar umat Islam sendiri.. "SOLAT ITU TIANG AGAMA.. BARANGSIAPA YANG SOLAT MAKA DIA TELAH MENDIRIKAN AGAMANYA & BARANGSIAPA YANG MENINGGALKAN SOLAT MAKA DIA TELAH MERUNTUHKAN AGAMANYA" Soalnya sekarang bagaimana solat kita? Lihat sahaja waktu solat di masjid.. Tiang lebih banyak dari jemaah.. Ini baru bab solat.. Belum masuk bab ibadah yang lain..

Seperkara lagi.. Orang bukan Islam juga adalah makhluk Allah.. Lantas apa hak kita untuk merendah-rendahkan mereka? Bukankah lebih baik jika kita mendoakan agar Allah kurniakan mereka hidayah agar dapat melihat kebenaran Islam?

Gua yakin sahabat semua khususnya Anonymous July 13, 2011 3:40am adalah umat Islam yang hebat.. Dapat memahami apa yang cuba gua sampaikan..

Wallahualam..

manjung said...

Penzina dan peliwat pun ko nak angkat jadi pemerintah...memang ko tak ade otak le...pelik betui le puak2 haram ni...

Hashim Zabidi said...

Tuhan ujudkan dunia dengan complexity, suruh makhloknya selesaikan.

Anonymous said...

Assalamuallaikum...

Jawa peranakan....Saya setuju apa yang dikatakan..tapi masalahnya perbincangan tentang perlembagaan adalah sesuatu yang dah lepas...damage done. Tak de siapa pun yang boleh patah balik sebelum 1957 untuk memperbetulkan...kita kena move forward and patch whatever yang problem. Tak payah nak salahkan sapa-sapa, mungkin itu jalan terbaik waktu tu. Waktu perjanjian untuk Islam masuk mekah dulu pun, Nabi agree untuk buang perkataan "rasullulah".

So, kita kena perbetulkan sekarang. Bagaimana? Takkan nak pi berperang kot. Guna jalan yang ada...majority. Macam mana nak dapat majority? Melayu/Islam dgn Melayu/Islam pun berperang (contohnya BERSIH, 99% adalah melayu) Nak sokong PR, majority orang bukan Islam or at least control by bukan Islam.

So, gunakan BERSIH? Lagi hampass..pemimpinnya pun penentang Islam.

Harapkan PAS, dah tak memperjuangkan negara Islam & berdamping dengan DAP (atau kena control oleh DAP?) PKR, pemimpinnya lagi haprak...perjuangan pon sbb nak bagi sorang tu PM, jelas bukan nak naikkan Islam.

What choice do we have ?

Anonymous said...

Jawa Peranakan...

Biar saya tambah sikit lagi...

Saya kurang bersetuju bila kata.."Islam tidak runtuh kerana orang kafir.. Tapi Islam runtuh sebab onar umat Islam sendiri"... Singkap kembali perang Uhud... betul, Islam kalah sebab ketamakkan orang Islam kerana gilakan harta. Tapi harta itu sengaja dibiarkan sebagai tektik perang... Tektik itu oleh orang kafir.

Nabi pun pernah diuji dengan fitnah orang munafik ketika Saidina Asiah tertinggal dan balik bersama sahabat nabi. Munafik itu orang Islam tapi pembohong dan penipu. Ini lagi masalah besar bagi umat Islam...musuh dalam selimut...musang berbulu ayam. Sama seperti kita alami sekarang.

Solat & politik adalah dua perkara yang wajib tapi terbahagi dua categori - individu & masyarakat; fardu Ain & fardu Kifayah.

Solat tanggungjawap individu- orang lain tak payah nak memepersoalkan. Orang tu tak sembahyang dia tanggung sendiri.

Politik tanggungjawap kita bersama. Politik tak betul, semua kita berdosa, ada orang yang betulkan semua yang lain terlepas dosa. Tanpa politik berteras Islam, fardu Ain tak dapat laksanakan dengan betul. Lihat saja di France dan negara barat lain. Pakai tudung pun boleh diistihar langgar undang2.. pakai turban untuk Singh ok pulak?

Betul, hidayah hanya boleh diberi oleh Allah kepada orang kafir. Tapi orang bukan Islam @ kafir pun, nabi bilang ada macam-macam jenis. Cukup jelas definasinya dan Wajib jadikan petunjuk. Apa yang kita perlu lakukan pun cukup jelas. Tapi masalahnya kita dah terbalik kot... orang Islam ditentang, orang yang menentang Islam disanjung. Lagi pening bila kata itu issue personal. Sejak bila Islam mengasingkan personal dan masyarakat? Agama dan politik?

Betul, kita patut berdoa agar Allah beri hidayah. Tapi ikhtiar juga penting. Nabi tak saja berdoa untuk kembangkan Islam, tapi nabi mengajak dan menunjukkan cara-cara Islam. Nabi buktikan Islam itu dalam diri nabi dulu sampai diberi gelaran Al-Amin.

Sekarang kita nak ikut atau tidak saja. Islam itu jelas, jadi tak payah nak berdolak-dalik.

Tepuk dada tanya iman

Anonymous said...

Hashim Zabidi,
Setuju bila tuan kata,"Tuhan ujudkan dunia dengan complexity, suruh makhloknya selesaikan." Rasanya perlu tambah... Tuhan juga turun Al-Quran dan rasul sebagai pendoman (guideline)yang perlu diikut.

Tapi yang peliknya mana golongan ulama' yang patut berikan huraiannya dengan adil. Aku tak mahu ulama' politik...bias gile. Lagi bagus kalau ada golongan ulama' berbincang dan berhujah secara ilmiah. Tunjuk le live. Pakai le internet kalau takut TV dikatakan ditapis ! Siapa le agaknya yang bole coordinate ni....besar betui pahalanya.

Anonymous said...

assalamualaikum tuan tanah alias pak pyan. nampaknya tanah pak pyan dah jadi gelanggang debat ilmiah. alhamdulillah & saya turut juga nak menempel.

pasal BERSIH tu kan ianya adalah satu kempen saja. initiated by 62 NGO kan? sbbnya supaya semua parti politik (samada pro kerajaan @ yg tak pro kerajaan) dpt bertanding secara adil & saksama dan supaya rakyat senanghati dan puas bila yg mereka pilih mmg benar2 menang kerana dipilih oleh mereka. well..its quite simple kan?

utk satu kempen tu menjadi satu kempen yg baik maka mestilah ada agenda yg nak diketengahkan...maka mereka ketengahkan le 8 perkara yg dituntut itu.

utk satu2 kempen itu menjadi satu kempen yg mempunyai arah maka dilantiklah seorang ketua kempen dan disini kesemua 62 NGO tu setuju lantik Ambiga utk jadi ketua. still it's quite simple kan?

bila dah ada kempen, dah ada agenda dan ada ketua kempen maka kempen tu perlu ditujukan kpd 'sesuatu' dan sesuatu tu adalah kerajaan yg ada skrg sbb? kerana SPR bernaung di bawah kerajaan yg ada skrg dan kerana kerajaanlah yg bertanggungjawab pada tuntutan rakyatnya.

bila kempen dah complete maka ianya dikaji oleh parti-parti politik dan rakyat. bila agenda itu adalah agenda yg baik utk golongan ini maka golongan ini pun terikut utk menyertainya bersama...maka terciptalah penyokong kpd kempen ini. plain & simple kan?

jd kalau nak ikutkan takde masalah. ianya bukan satu acara resmi, bukan satu acara penghormatan dan bukannya satu upacara keagamaan. ianya adalah satu kempen dgn demontrasi berjalan secara aman...itu je.

jd rasanya (maaf klu salah ye pak pyan)pak pyan pun hairan kenapa tetiba ada yg mengatakan kita yg turut menyertai BERSIH bermakna kita sokong Ambiga yg kafir dan suka murtadkan org islam.

aduhlaa...kan beza tu. rasanyalah kalau takde undang2 cam sekarang akan ujud tak org cam Lina Joy tu. klu takde org cam Lina Joy ujud tak org cam Ambiga tu. dan klu takde undang2 cam sekarang boleh ke Ambiga guna apa yg 'ada' utk membantu Lina Joy tu.

ini bukan masalah 'damage done'. terjadinya dulu (penciptaan perlembagaan oleh Lord Reid) itu dah tentulah dgn izin-Nya. kita kan percaya pd Qada& Qadar. sekurangnya dgn izin-Nya (perlembagaan itu tercipta) maka memberikan kita (generasi terkemudian) peluang utk 'melihat' betapa rosaknya manusia bila ikut undang2 ciptaaan manusia sendiri...dan peluang utk kita 'berjuang' menegakkan hukum & undang2 Allah melampaui apa2 undang sekalipun...

mat jendul.

Anonymous said...

Mat Jendul,

Hang ni nampaknya nak spin semacam je...ulas atas logic akal je...

Kan ada kutu tu habaq... kita ni semua ada Al-Quran dan Nabi (sunah)..Ulas le berpandu Al-Quran dan Sunah Nabi...Allah dah tolong bagi guideline. Awat tak ikut?

Hai..sekarang ni kaki spin cerita belambak-lambak !!! Kesihan orang kampung yang tak dapat excess kebenaran.

Musang Si Guntang said...

Ambiga..seorang bekas ketua yang bermasalah..banyak cerita yang kurang enak tentangnya sejak memegang jawatan tersebut yang diketahui..

Fahmi..jika tuntutan pembangkang melalui Bersih is "Fair Election"..then why previous election (PRU12) opposition can Win "BIG" & take over few state..and.. if they talk about "corupption"..kenapa negeri2 tadbiran pembangkang juga mengamalkan korupsi,kronism..DAP & PAS or PKR hanyalah sekadar parti murahan.

Pepatah Melayu
--------------
"Paku dulang..paku Serpih..
mengata orang (pembangkang) dia yang lebih..."

Melayu/Islam MCA said...

"..DAP & PAS or PKR hanyalah sekadar parti murahan." inilah kata2 dari orang yg ambik tender guna nama UMNO ,pasal tulah dia rasa parti UMNO,MCA,MIC parti mahal,BN ja boleh bagi projek kapal selam dgn harga billion tapi rosak dapat komisen lari,dia ni risau kalau PR jadi kerajaan(pasti) dia ni kena jual durian ja..heheh..

Pen Biru said...

salam abg pyan..minat dgn puisi2 abg..masih terngiyang2 suara abg pyan dengan puisi " bapakku seorang YB.."...

Musang Si Guntang said...

...bagaimana PR hendak menjadi kerajaan..sedangkan peringkat negeri pun masih gagal..nak urus tadbir..

UMNO,MCA,MIC adalah parti yang banyak berjasa..kpd bangsa masing2.

kesalahan seorang..dua individu tidak boleh di jadikan hujah untuk menghukum parti secara total..

"..pasal tulah dia rasa parti UMNO,MCA,MIC parti mahal,BN ja boleh bagi projek kapal selam dgn harga billion tapi rosak dapat komisen lari,dia ni risau kalau PR jadi kerajaan(pasti) dia ni kena jual durian ja.."

= kenyataan murahan ini hanya datang dari insan jenis " tin kosong "..usah dibodohkan dirimu sendiri..

keadaanku yg selesa ini datang dengan usaha yg gigih..berkat dari kerajaan Melayu yg hebat ini..:)

tertanya2..hinakah menjual durian ?

renung..renungkan..

Anonymous said...

alahai bangganya dengan korupsi selama 50 tahun..bini pun x pakai tudung..lagi mau cakap..

Musang Si Guntang said...

hmm....

bagaimana pula dgn wanita yang memakai tudung hatta yang labuh sekalipun tetapi masih melakukan pelbagai perkara jahat..bergossip,memfitnah..mengadu - domba..mencuri..dan lain lagi jenayah yg lebih serius tetapi tidak perlulah dinyatakan disini..


- ramai juga(wanita)termasuk isteri2 mereka yg bertudung malah yg berpurdah pun masih gemar mengumpat mengata orang..dan yg lelakinya pula berjanggut tetapi juga mengata orang sana-sini..
hmm bagaimana ye ?..

bertudung suruhan Tuhan, jika hambanya tidak mematuhi suruhanNya hambanya itu hanya gagal disitu,tetapi markahnya pada hal kebaikan lain yg dilakukanya tetap diambil kira..begitu juga dgn yg patuh yakni yg memakai tudung..dia mendapat markah pada hal tersebut (aurat) tetapi jika dia melakukan kesalahan yg lain ianya tetap akan dikira kesalahannya itu...perihal yg sama juga kepada lelaki..


"..Setiap manusia sama pada sisi Allah, kelebihan hanya pada orang-orang yang bertakwa..."


"sebab itu kawan..bersederhanalah dalam kehidupan..ianya adalah yg terbaik..kerana setiap manusia itu dijadikan lemah dan melakukan kesalahan..."


Tuhan kita Maha Adil...


renungilah statement Tuhan kita dlm Chapter Kamar-Kamar a.k.a Al-Hujuraat, verse 11 :

“Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka.."


hmm..50 tahun korupsi ? hmm..sememangnya kerajaan mana yg tidak pernah ditimpa badai...dek kerna perbuatan individu tertentu..habis terpalit kesemuanya..

kerajaan Melayu kita sejak 400 tahun yg lalu sudah ada korupsinya..bukanya sejak 50 tahun ini (abad ke 21)sahaja..akibatnya sama = tamak & harta,duit...etc..sekarang juga sama...itulah puncanya..tetapi masih ramai individu dari bangsa kita yg masih kuat dgn prinsip dan bijak seperti Dr.Mahathir Mohamed.

http://www.youtube.com/watch?v=WErVkXCwBTg

http://www.youtube.com/watch?v=TTmZb576HvU

http://www.youtube.com/watch?v=eSQb4ztNbdg&feature=related

Fazrol Bin Che Isa said...

Pakcik Pyan,

Aku juga suka berfikir, tetapi akal yang ada tak sampai.
(BACA:Akal yang diberikan kepada manusia oleh penciptanya ibarat setitis mata air di atas lautan yang luas)
Kadang2 kita cuba elak untuk membabitkan agama dalam permasaalahan kehidupan dunia, tetapi hakikatnya agama dan kehidupan itu saling berkaitan.
Bagi aku islam adalah panduan cara hidup yang betul.
Kalau boleh biarlah pemimpin kita dikalangan orang islam. walau pemimpin kita jahil sekurang-kurangnya dia masih merujuk pada panduan islam. kejahilan itu adalah dari kelemahan dia sendiri.
(aku berkata pada diri sendiri sebenarnya)
Wallahu a'lam.

Anonymous said...

aku x nafi la ade yg pkai tdung labuh2 tapi bnyk ckap bnda2 x elok...tp sksrng2nye die pkai tdung 2 weh.....sbb dia tahu 2 arahan dari allah...ni yg x pkai tudung 2...klu ckp elok pon mmg x gne.... sdngkn azab allah pn die leh wat bodo.. trang2 die jahil.. lg 1 suami tjatuh la hkum dayus kalu dbiakn isteri ingkar/dedah aurat utk dsksikn oleh org lain..so aku mmg xnk la skong pemimpin yg dayus.. dah mmg tbkti dia dayus.... lg 1 aku mmg x puas hati la org dok kta anwar 2 pliwat/kuat seks..mna bukti weh.... stkat tgk tv3 bek x pyh la...tv3 2 mmg lakhnat seriussss

Mohd Haikal said...

pergh!!! isu asal pasal BERSIH je.. tapi dah macam karangan aku baca komen. HIDUP BERSIH!

Anonymous said...

hadis sahih dan sanadnya