Kenapa berita `Anak Datuk ditahan cuba seludup manusia', identiti `anak Datuk' tersebut dilindung? Kenapa berita `Banduan menyamar polis dicekup', muka/identiti banduan itu tidak didedah? Kenapa berita `Guru didakwa cabul 11 pelajar' (`didakwa' belum terbukti bersalah), muka/identiti guru disiplin yang `didakwa' itu disebar luas dalam akhbar?
Sama ada guru disiplin tersebut melakukan atau tidak seperti yang `didakwa', gua sangat simpati dengannya yang tentu berasa diaibkan sebelum didapati bersalah.
Gua boleh cuba dan terpaksa untuk faham jika ada arahan `anak Datuk' yang ditahan kerana cuba seludup manusia (baca: cuba seludup manusia) dilindungi identitinya tetapi gua tidak faham kenapa `banduan' yang menyamar dilindungi muka/identitinya manakala guru yang belum didapati bersalah, diaibkan!
11 comments:
assalamualaikum tuan,
saya sebagai guru terasa amat beruntung dan bertuah sekali kerana pemimpin-pemimpin yang bijaksana menggunakan akal yang berada di kepala lutut untuk berfikir.. masyarakat yang redha dgn keadaan ini juga begitu prihatin akan apa yg berlaku di negara tanah air tercinta ini
selamat posa..
Apabila ada 'tangan-tangan' atas yang bertindak di sebalik undang-undang, maka inilah jadinya
assalammualaikum...
memang digunakan kepala lutut untuk berfikir...kalau tak... tak kan jadi macam tu...
tak pasal-pasal kurang pahala puasa aku...
wassalam...
jangan letihkan otak lutut..
berilah peluang otat lutut untuk berehat juga.
hal2 ini terlalu remeh untuk otat lutut memikirkannya.
ini contoh kasta
kami semua xde kuasa bang....cam timun n durian...ada ketua pn xnk prtahankn ank2 buah,malah ikut 'tiau' skali..nasib2.....
contoh demokrasi diskriminasi :)
undang- undang buatan boleh diubah ikut resipi selera orang berduit
bisnesman+menteri = undang2 p ermainkan.
apa kata asing kan bisnesman & menteri = undang2 x d pengaruhi.
= undang d gunakan oleh bisnesman utk kepentingan sendiri :)
suke dgn komen muhsin.aminudin & tentang cikgu(after kes baru tahu resul), pasal anak datuk n penjenayah patut d close up kan muke mereka.biar semua rakyat malaysia tahu siapa dia org!!!
mula2 kita tanya reporter n tukang gambar surat kabar dulu buleh?...sebab depa ni la yang buat keluar berita. nanti akan jadi macam lagu bangau oh bangau
less ethics wartawan yg menulis?? or diskriminasi??
Post a Comment