Thursday, September 25, 2008

10 sen saja?

`oi brader, sepuluh sen saja?'
(dialog gua dalam filem kembara.....seniman jalanan
semasa basking di kaki lima menara bank bumiputra
di jalan melaka sejak lebih dua puluh tahun lepas).

`harga petrol turun 10 sen'
demikian kapitalis -yang saban tahun umum keuntungan
petroleum berbilion ringgit- menjerit dua tiga hari lepas.
- sepuluh sen saja? cis!

* gua tidak akan bersubahat
untuk bersyukur dengan kapitalis.

27 comments:

one love said...

10sen aje!!
sikit sangat...

menci!

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

ada yg kata...tak bersyukur ke lagi dah turunkan sekupang..?

citt..sekupang sekarang macam 1 sen je nilainye..apa rasa..?

Mohd said...

Mungkin agak terlalu awal,walaubagaimanapun "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua" Semoga apa yg kita usahakan akan mendapat keredhaan Allah hendaknya... InsyaAllah

farah amoi said...

huhhh
xde makna nye !
RM50 dok takat 19liter gakssssss.....!

naik sapai 78sen
turun sekupang......sekupang....!

sekupang kalau jatuh depan kekanak pun...
xde nye depa nak pungut...
depa wat de je....

benludin said...

gua nak balik dari Pahang-Kedah kena isi RM90 full tank...adehhhhh!!!

bro..selamat hari raya aidilfitri..

butaseni said...

lepas kata 10 aje?terpaksa lu sambung balik nyanyi dengan bujang sebab terpaksa akur,banyak tu je boleh dapat time tu.

"rupa taaannnnpa wajah"
(bujang sambung nyanyi)

pemikir lapuk said...

kalau ada pilihah raya kecil...tentu minyak turun 25 sen...sb tk ada tu yg turun 10 sen...emmmm tk ada ke wakil2 rakyat BN yang sedang mnggu maut?.....tapi jaga2 pmilihan UMNO dah dekat mau dapat minyak free kita nanti.... nasihat KJ kepada bapak mtua dia

mamat khalid said...

roti kelapa naik 40sen cis!

natural observer said...

selagi puak2 tu duk naik...maka segala benda pun tk akan turun2.tkpa mat nanti suruh senator jin samsudin cakap kt dewan.supaya roti kelapa diturunkan juga 10 sen...khas utk mamat khalid

Pa'chik said...

dude, sian kat kapel yang lu saun sepuluh sen tu je... ekekek...
citer tu.. ada kat youtube... nak beli.. tak jumpa dah sidi dia lah... huhuhu...

Pa'chik said...

bro dude.. dialog sebenarnya cam ni..

aik... apa ni? spulo sen aja?
oi jang, lu main la lagu cinta... lagu jiwa-jiwa, lagu sentimental, barul ah orang nak dengar...
ini, alahai..

butaseni, masa tu bukan lagu rupa tanpa wajah.. masa tu lagu sesat di kuala lumpur...

yang wa nak tau... lu ganti duit bujang masa basking kat stall beger tu... berapa ringgit hah??

daLyaanoon said...

mari doakan ada wakil rakyat yg 'kosong'kan kerusi...

lalu di adakan eleksi kecil,

maka mintak tulun lagi...

kalo tanak dpt subsidi lagi 10 sen tu, bleh tukar ngan gula2 dua bijik!

kulupSakah said...

masa dialog pyan dlm kembara seniman jalanan tu, Bujang sedang basking lagu Sesat di KL..

"mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur!"

j or ji said...

bab turun pandai pulak dia berperingkat!

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam bro..
1. memg trasa- naik bnyak, turun skit je. tp mgkin gak depa tu ada strategi..tdk pun, memg mrka ni 'keji'!
2. SLMAT HR LEBARAN, MAAF ZHR & BTN. Smga Allah SWT mlimpahkn rahmat kberkahan-NYA buat bro skluarga. Amiin.
Wslkm.

one love said...

abg pyan, selamat beraya!

:)

Abdul Hadi said...

NAIK MINYAK NAIK

tiada haiwan selain gajah
dikatakan naik minyak
penghuni terbesar rimba itu
membunyikan tempiknya tadi

pelanduk dan musang bersembunyi
meremang. ikut naik segala roma
tidak terkecuali awak-awak serangga

naik minyak naik
memerah muka gajah meta
senak perut senak
memulas sakit mencair mata.

10.6.2008

* sebuah puisi ana dalam antologi terbaru NEGERI DI BAWAH BULAN.Nak ana kirim kepada enta mohon sokongan, tak arif plak alamat terkini enta. hantarkan alamat ya menerusi komen pada blog ana bleh..
** sebelum PRKecil PPauh rega minyak turun 15sen.pastu seposen..kini rupa PM/nasibnya pun dah nak jadi seposen di sisi Ameno sendiri.

***Salam 'eidulfitri buat enta n k'ga. mohon maaf dan memaafkan.

ubilepih said...

Aslmkm Bro!

Selamat Hariraya aidilfitri buat lu sekeluarga//maaf jika sepanjang gua singgah and bagi komen kat blog lu ni ada gua terkasar bahasa...juga ucapan ini gua tujukan kepada semua peminat2 blog lu ni.Keep on funky bro.

Pyanhabib said...

ummianni,
salam aidilfitri
memohon dan memaafkan.

Pyanhabib said...

mohd,
salam aidilfitri
memohon dan memaafkan.

Pyanhabib said...

onelove,
budak pompuan dalam bujang lapuk pun dapat `upah' 20 sen, kan?

ummianni,
kalau sekupang nilainya singgit, kaya bebudak raya tahun ni, fuh!

mohd,
selamat hari raya aidilfitri,
memohon dan memberikan kemaafan.

farahamoi,
bebudak la ni kasi duit raya singgit, sempat lagi ditanya `singgit je?'

benludin,
sekali tala full tank rm90 tu sehala ke kedah, balik pahang lu isi air ka? kah kah kah! (gua balik taiping)

butaseni,
kenangan masa lalu, hah ha!

pemikirlapuk,
kalau petrol free, gua sponsor minyak kereta kj dan bapak mentua dia sepanjang tahun!

mamatkhalid,
hah? roti kepala ops, roti kelapa naik 40 sen? ni dah lebeeeeh!

naturalobserver,
ada masa ke senator tu bercakap kat parlimen? sebab apa yang naiiiiikk tu ada habuan untuk tembolok sendiri.

pa'chik,
kapel kena sound? keh keh keh! (eh, lu hafal dialog dan part kat stall beger tu ye? gua ingat-ingat lupa dah. kena tengok semula KSJ ni...)

dalyannoon,
mau ka dia orang kosongkan kerusi? kita kena teh kat mamak pun susah nak tukar-rukar kerusi!

kulupsakah,
brader, lu pun masih `kenangan mengusik jiwa' dengan KSJ? terima kasih.

jorji,
memang la nak `turun' kena berperingkat-peringkat, pelan-pelan. tambahan lagi dia orang tu warga emas...

chulanchin,
chulan? ya ingat. selamat hari raya aidilfitri, memohon dan memberikan kemaafan.

onelove,
yes, selamat beraya!

abdulhadi,
bukan gajah aje pandai naik minyak, sebengap-bengap lembu kalau dia tahu minyak naik, dia pun naik minyak, ha!
*
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.

ubilepih,
gua tak reti mahu jawab komen-komen yang masuk blog gua. ini sempena aidilfitri, gua gagah-gagah jawab. lepas ini harap-harap gua rajin jawab. terim akasih. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.

umminianni & mohd,
ucap selamat aidilfitri kat ummianni dan mohd, gua tersilap hantar ke blog sendiri, hah ha!

pemikir lapuk said...

mesra alam sngguh pyan ni..semua comment dia jwb...kalauld semua YB mcm pyan kan bagus

hafiz said...

bro pyanhabib! Selamat Hari Raya! sepuluh sen itu adalah sebanyak 2 biji gegula hacks yang dibeli di kedai janda milah mulut lopong. sin pa wau lam wau ha sin ya nun amat sikit. ya. sedikit banget! hahahah kapitalis malaysia adalah memakai songkok melaungkan hidup melayu hahaha melayu kena tipu. ta ya pa wau! hahaha kesian...

Yatt said...

Brader... gua suka gila dgn pelem Kembara Seniman Jalanan tu. Gua ada beli dvd dia. Pada gua cite tu mewakili generasi muzik indie terawal...

orangjahat said...

gua tgk cerita kembara seniman jalanan tuh... agak menarik.
ok.
di sini aku ingin mengatakan bahawa 10sen = jutaan peluh yg menitis membanting tulang. hakikatnya, jika ingin menurunkan harga minyak, bukan dengan kepandaian manusia, tetapi dengan syumul nya islam...
oleh itu, jika inginkan harga minyak yg murah, pilihlah islam.
cume dengan cara tu sahaja yg boleh membendung segalanya..

fikiranlicin said...

gua minat cerita ini... kembara seniman jalanan....cerita lu dgn nasir jani dan M.nasir yg gempak...

heretic preacher said...

masih segar di ingatan, scene dlm wayang kembara di mana m.nasir mengajar brader menyanyi lagu keroncong utk ana... klasik!