Sunday, October 26, 2008

kangkung @ bahasa longkang

ada kangkung bergelar `profesor datuk doktor' mahu sebuah kerajaan negeri didakwa di bawah Akta Hasutan hanya kerana meluluskan permohonan guna bahasa cina, tamil dan tulisan jawi (yang didakwanya pelbagai bahasa), untuk tanda jalan. (ya Allah, benda ini pun mahu dijadikan isu).
yang diluluskan itu adalah untuk PELBAGAI BAHASA bukan untuk satu bahasa. dan bahasa yang diluluskan untuk tanda jalan itu adalah untuk kemudahan rakyat terutama dari kaum yang tidak memahami selain bahasa ibundanya, bagaimana tergamak kangkung itu berkata ia satu kegiatan subversif? bukankah tanda jalan itu akan turut disertakan bahasa melayu bertulisan jawi?
`united malays national organisation' itu dari bahasa apa? berani sentuh?
gelaran `profesor & doktor' kangkung itu dari bahasa longkang mana?
adakah para kangkung (yang kenyang makan dan dapat datuk lagi) bersuara apabila anak-anak sekolah dihuru-harakan sains & matematik dalam bahasa inggeris? bagaimana segala papan tanda bangunan, gedung niaga, taman perumahan? apa itu KLIA, KLCC? apa itu selipar? apa itu mangkuk?

* `kangkung' merujuk gelaran yang diberikan oleh ungku aziz sejak lebih 20 tahun lalu kepada mereka yang kangkung!
* selain tumbuhan yang hidup di air dan dibuat sayur, yang melilit dan memanjat, kamus dewan edisi keempat juga merujuk kangkung sebagai sejenis katak yang besar.
= makanya, yang dimaksudkan ungku aziz itu sama ada kangkung itu tumbuhan hidup di air atau katak yang besar, gua tidak tahu. gua bukan profesor datuk doktor.

28 comments:

NoorSham said...

Aku gelak besar bila baca tulisan Brader Pyan kali nih.... Memang patut pun mereka ni diKANGKUNGkan... Baru begelar Prof dan doktor skit, mula la nak ubah itu ini tapi sebenarnya mereka ni bodo dan lebih bodo dari indon yang masuk secara haram yang keja memasang tiles kat rumah aku tuh...

NoorSham said...

Aku tanya seorang staff aku ( yang kelulusan STPM) ni apa itu UMNO? "Tah... tak tahu". Selamber je dia jawab. PKR tahu la... "Parti Keadilan Rakyat" katanya... Wakakakaka... aku gelak nak mampus... Kesian dengan UMNO....

Aku tanya plak staff aku ( yang berkelulusan Diploma dari UiTM ) apa itu UMNO. Dia cakap UMNO ni "Union Melaya National Organization". Hahahahaha... Wakakakakakaaa.....

So, sapa yang lebih membela Bahasa Melayu? Siapa yang dok sibuk-sibuk nak martabatkan bahasa Melayu sekarang tapi tidak sedar bahawa UMNO itu perlu juga di ubah ?

P/S: Teringat kata-kata Sudin dalam Pendekar Bujang Lapok "Alif min nun... Alif tendang wau... itu bunyinya sarkis ". Cuba anda eja UMNO dengan huruf jawi....

Pyanhabib said...

KAH KAH KAH!
(syyyy...pelan-pelan!)

azhar said...

kangkung goreng belacan

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

kangkung masak tumis belacan sedap ooo...

tapi kangkung yg ini..masak apa pun tak sedap..yg sedap campak kat parit jek..

hahaha

donmny said...

TUAN

1. jadi melayu susah, jadi bukan melayu pun tak senang.

2. mungkin kemenangan obama akan membawa anjakan paradigma buat umat dunia tanpa mengira 'ras' dan bangsa.

3. sampai bila isu ini 'dikerjakan' oleh umno yang merahnya walaupun terang benderang tetapi tak menyala, apatah lagi untuk menerangi yang lain.

donmny said...
This comment has been removed by the author.
Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

kangkung yg ni...sama ja dengan kongkang...

ketika anak melayu dihuruharakan dengan isu bahasa inggeris dalam sanins dan matematik...

jOnOs said...

Ha ha ha ha...

Gua setuju dengan tulisan lu!

xiiinam751, musafir denganMu said...

Nak makan kangkung pun kena pilih-pilih juga....ada yang dibajai 'hasil kumuhan b*b*' sepanjang tumbesarannya.....

pemikir lapuk said...

salah satu dari lima yg memang asli dari bahasa org melayu adalah 'BABI'hahahahaha

orangjahat said...

hal melayu aku tak heran...
tu sume orang bodoh punye kerja nak mempertabatkan melayu...
sial same orang melayu, sbb orang melayu yg beragama islam sendiri
menjadi penghalang kepada manusia memandang Islam...
jadi pasal bahasa2 di signboard2 jalan tuh, bua la nak tulis ape pon... jgn sampai orang eksiden pasal tgk signboard sudah...
tolong la, jgn sibuk sgt pasal melayu2 nie...


ade satu sirah nie, ketika
Rasulullah perang, ade satu drpd askar Rasulullah hebat membunuh musuh, menikam dan menerkam seperti singa lapar, dan tidak di nafikan bahawa die hebat. Rasulullah dan sahabat perasan kehebatan askar tuh...
last2, askar tuh mati...
para sahabat pon keliling mayat askar berkenaan dan memuji2 dia sbb para sahabat igt askar tuh mati syahid, tapi Rasulullah cakap die tidak mati syahid.
para sahabat terkejut lalu bertanye kepada Rasulullah,
knape plak die tak mati syahid sedangkan die berperang di pihak Islam. dan Rasulullah menjawab, die berperang atas dasar bangsa arab bukan atas dasar kesetiaan kepada Islam, dan Rasulullah ade bgtau sesiapa yg mengaggung2kan bangsanya, maka dia bukan dari pada golongan umat ku...


jd aku terus rase jijik nak memartabatkan bangsa melayu nie..
aku bukan orang melayu, tapi aku orang Islam!!

orangjahat said...

hal melayu aku tak heran...
tu sume orang bodoh punye kerja nak mempertabatkan melayu...
sial same orang melayu, sbb orang melayu yg beragama islam sendiri
menjadi penghalang kepada manusia memandang Islam...
jadi pasal bahasa2 di signboard2 jalan tuh, bua la nak tulis ape pon... jgn sampai orang eksiden pasal tgk signboard sudah...
tolong la, jgn sibuk sgt pasal melayu2 nie...


ade satu sirah nie, ketika
Rasulullah perang, ade satu drpd askar Rasulullah hebat membunuh musuh, menikam dan menerkam seperti singa lapar, dan tidak di nafikan bahawa die hebat. Rasulullah dan sahabat perasan kehebatan askar tuh...
last2, askar tuh mati...
para sahabat pon keliling mayat askar berkenaan dan memuji2 dia sbb para sahabat igt askar tuh mati syahid, tapi Rasulullah cakap die tidak mati syahid.
para sahabat terkejut lalu bertanye kepada Rasulullah,
knape plak die tak mati syahid sedangkan die berperang di pihak Islam. dan Rasulullah menjawab, die berperang atas dasar bangsa arab bukan atas dasar kesetiaan kepada Islam, dan Rasulullah ade bgtau sesiapa yg mengaggung2kan bangsanya, maka dia bukan dari pada golongan umat ku...


jd aku terus rase jijik nak memartabatkan bangsa melayu nie..
aku bukan orang melayu, tapi aku orang Islam!!

daLyaanoon said...

PICC adalah sejenis mangkuk tingkat!

Muhammad Imran said...

ECER = Wilayah Ekonomi Pantai Timur
hahahaha apasal bukan WEPT?
siapa tau apa itu PEKEMBAR?

aloy @ nurul said...

gua suka kankung goreng belacan....
tapi kangkung besar tu gua tanak.

Najwa Aiman said...

Kangkung juga ialah nama sebuah kampung di Myanmar.

di Malaysia, kangkung lebih famous berpesta di tepi longkang.

j or ji said...

bila saya baca tajuk berita tu di akhbar..saya tak mahu terus membaca isinya.tak sanggup rasanya.

tak pasal2 dapat tekanan mental!

Baru2 ni diberitakan kangkung adalah tempat pembiakan lintah dan jika nak makan kangkung,kene berhati-hati.wajiblah membasuh kangkung itu sebaik-baiknya.takut tertelan anak lintah dan memudaratkan diri.

tindakan sama WAJIB diambil keatas prof datuk kangkung.

one love said...

kangkung pun sedap jugak apa?...

:p

violet said...

tulisan saudara Pyan ini begitu seronok sekali dibaca.

*kalau dah kangkung tu, kangkung la juga...hidup melata ditepi2 parit. ke yg suka panggil hujan itu kah? :P

amey ahmad said...

Aku tau apa tu PEKEMBAR..
"Parti Kebangsaan Melayu BARsatu"
Ada betul ka??
Hahahaha... Pandai nyer aku..
Errr... 'BAR'satu?? Hmmm.. 'BAR'???
Mana punya melayu daaa...???

pemikir lapuk said...

teringat lagu lenggang kangkung

pye:rudz said...

hahaha aku suka takrif kangkung yang kau nyatakan brader

ilovebudu said...

hahaha..sebab masuk dalam tv kot tetiba otak diorang ni blank melingkar cam kankung...kakaka

M.U.K.H.R.I.Z said...

gelaran mu si ORANG JAHAT.sifat mu jahat semacam setan...tapi sayang tanduknya hilang...hilang tercicir ditepi longkang...malang sungguh si ORANG JAHAT longkang kini ditumbuhi kangkong mata buta telinganya tuli...sampai kesudah tanduk tak diketemui....

salute...bro pyan saya setuju...hell with ORANG JAHAT WITH HIS LENGGANG KANGKONG he...he...he...

zeqzeq said...

Kangkung kalo ikut tafsiran saya TUKANG CIPLAK, dulu2 naik Izajah dgn tak betul cara mcm kangkung jalanan tu. Guna bahan anak murid utk naik curik sana curik sini.
satu lagi sifat kangkung kena tolak/kuis tepi,kuis kanan, lembut cara menjalarnya dikawal oleh air atau tangan lain serta tak boleh memanjat, (kira lebih OK sikit dari LALANG), sebab lalang tu lembut sangat halatujunya. salam tuan umah huhuu

aMeir said...

Mereka terlupa akan PERCINT, PARCEL dan BLOK di PUTRAJAYA.

Abdul Hadi said...

Prof Dr Kongkang bikin malu anak negeri!