Friday, February 13, 2009

malaysia boleh!

lupakan politik.
meh, baca berita ini, baca pelan-pelan:

Malaysia jatuh tiga anak tangga dalam senarai kedudukan terbaik dunia apabila menduduki tangga 161 dalam ranking bola sepak dunia terkini yang dikeluarkan oleh Pesekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kedudukan itu adalah yang kedua terendah pernah dicapai oleh Malaysia.

Kenurut laman web FIFA, Malaysia memungut 104 mata pada Februari tetapi kurang 10 mata berbanding senarai yang dikeluarkan bulan lalu, dan hanya sembilan anak tangga lebih baik berbanding kedudukan terendah iaitu tangga 170 April tahun lalu.

*sebagai seorang kaki bola berkaki bangku, gua tidak tahu sama ada gua mahu menangis atau ketawa berdekah-dekah selepas membaca berita ini.

24 comments:

Fa-T said...

yang perlu dilakukan kedua2 belah mata mengeluarkan air mata... tapi sebelah sebab sedih....
sebelah sebab kelako!

ahaha... tergelak aku.... perlu ditangisi??

azhar said...

biarkan luncai terjun dengan labu-labunya

ceri masam said...

161 daripada 161 ke?
hahahahhaah

saya gelak je! ahahahahahha

Najwa Aiman said...

Malaysia ada bola sepak????

kulupSakah said...

takraw pun dah kalah dengan vietnam,huuu!

lu tau main konda kondi brader, gua ingat kita bole pegang world ini game!

benludin said...

bubarkan pasukan bola..kita main guli je !

haha

alam said...

Ok ape??... kalau tak, siapa lagi nak diletakkan kat tangga 161 tu??

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

boleehhhhhhhhhh...BLAHHHHHH!!!

Unknown said...

x selera citer pasal bola sepak MAlaysia ni..x masuk dlm kepala..
semuernyer POYO..

matakucing said...

ha ha haaa ruuuuuu...
ok la tu brader pyan..masih ada dalam ranking :D

amirnazrin said...

baik kita gelak je bang..menangis kang sampai sudah kita menangis..

kulupSakah said...

nak no1 boley..kena join team bola wanita dunia..er..boleh menang ke?

deennasour said...

bila bola dipolitikkan.camni lah jadinya

..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. said...

bola sepak malaysia....UUWWWWWWWWWWWWWWWEEEEEEEEEEEKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!

Aidi Rahimi Ibrahim said...

gua juga kaki bangku, tetapi bangku itu menjadikan gua kaki untuk mem-bangku-kan gua. Bola itu bola dan mesti disepak untuk membolehkan Malaysia itu boleh. Terimakasih Brader Pyan.

tombak karat said...

Kalau main bola lebih pentingkan liga tempatan sebab dibayar gaji,nilah jadinya. Jangan harap nak berjuang untuk negara.Letihlah nak tengok bola bila Malysia main.Bukan tak patriotik tapi sakit hati....boleh kena stroke buah pinggang aku. Aku nak calonkan brader pyan jadi presiden FAM. Amacam?

Semutgatey said...

Salam,

Ape kate kite temukan dulu pasukan Malaysia dengan pasukan pengurusan FAM dalam perlawanan persahabatan!

Cikgooden said...

ya la....malaysia boleh...apa yang boleh ntah!

daLyaanoon said...

boleh pa...
kita soroklah messi, ronaldo, kaka, david beckham, cannavarro...
pastu pengurus masing2 cari derang...
derang kata, derang dah jadi orang Mesia...
Dengan tak malu, kita isytihar kita World No 1!!!
Malaysia Boleh......Blah!

DeeN said...

Jangan gelak, jangan sedih. Lepas ni jangan tonton atau pi tgk bola kat stadium. Habis citer!

Hehe.

Hussien, Abu Zaid said...

Aku rase kita boleh suruh star2 kat dunia ni LONCAT negara... Kita bayar la rasuah sikit... Kaka ke, Ronaldo ke, Ferdinand ke....
Tapi mau ke mereka...
Bola = Politik
Sama?

Anep said...

malaysia main worldcup bila malaysia jd host.

kahkahakah..

mamai said...

mamcam mana tak turun kalau bola pun nak kena orang politik yang jaga...

Bila kena komplen pecat pengurus yang dok atas semua tido...

Main bola bekam lagi best....teringat kat kg masa kecik2 boleh lebam badan..

dariana said...

sepak bola jangan sepak punggung.