Saturday, February 7, 2009

jangan mangsakan anak-anak kami

demi suara kami yang tidak dipedulikan
maka kamu, pemerintah atau pembangkang,
teruskan berkelahi, tetapi
jangan huru-harakan hidup dan mimpi kami
jangan mangsakan anak-anak buah hati kami!

14 comments:

cerana said...

salam ....selagi kemelut ini tidak diselesaikan..semua kan jadi mangsa..

amey ahmad said...

betul bro.. semoga anak2 kecil ini merbesar dalam negara yang sejahtera..

addyaholix said...

salam.
ya, jangan musnahkan harapan kami.
jangan hancurkan mimpi indah yang dah kami rancang dulu.
jangan rampas harapan anak-anak kami.

benludin said...

betul,
pemerintah atau pembangkang kena PANDAI...jangan PANDIR

Fa-T said...

kadang sume tu 2x5...
marhaen2 jadi mangsa...

4630AC D said...

Completely agree.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

bagaimana? semuanya telah ditelanjangkan, dirogol, dibunuh, dan dibom.....termasuk aL tOyA..jaga2 anak kita...jgn sampai jadi hamba..

azani said...

benludin aku setuju pendapat kau.

cerpelai said...

Bila akal yang ditabur terasa begitu tinggi..
Bila pangkat yang dijunjung terasa begitu besar..
Bila kami yang menggalas di bawah dirasakan begitu hina..

Ya.. Peranglah..!!
Peranglah kiranya engkau rasa itu syahid..

Pijaklah kami di bawah ini sebagai alas.. Jangan hiraukan kami..!!
Engkau rasa engkau pandai..

Ya.. Peranglah..!!

(Ditujukan khas buat pemimpin-pemimpin yang sebelumnya dipimpin)

Ieda J said...

SETUJU...

ubilepih said...

Sejahtra atas kamu anak2 ku...termasuk anak2 politikus yang sedang mereng dgn kemelut haloba itu..

tombak karat said...

Salam Pyan,
Apa nak buat bro. Kan Malaysia boleh.Matlamat menghalalkan cara. So siapa jadi mangsa tak penting bro. yang penting masyukkkkk.Entahlah bro. Tak tau la Negara ni nak dibawak kemana dek pemimpin kita. Yang kita ni terpulanglah samada nak hanyut sama atau tak.Sendiri mau ingat.

mrf said...

bapa mahu negara sejahtera
anwar ibrahim mengharukan negara
jiran sepet kini tak bertegur sapa
memasang bendera bulan sabit dua

jika dahulu bergurau senda
tiada jenaka kini sengketa
anwar ibrahim punya angkara
kesamarataan hak dicanang dijaja

melayu kini semakin lupa
biar tergadai maruah bangsa
asalkan dapat berkuasa
buang saudara seagama sebangsa

Anonymous said...

malaysiaku..