tiada guruh tiada kilat tiada petir tiba-tiba gua disambar rasmi sekolah budaya rakyat. ulang: s e k o l a h b u d a y a r a k y a t. pulok dohhh! * sambil picit dahi, sebijik kepala nampak membeSAR! tahniah kepada gua... * lalu dengan bangganya anda dialu-alu bertembang di kuale. datanglah.
tengok? terbocor sahaja hal sajak gua divideokelipkan dan sedap-sedap itu kompeni mentedarah hasil karya gua, itu videoklip sudah didelete dari youtube!
* gua bercakap pasal sajak gua yang divideoklipkan (kemudian dijual kepada RTM (?) dan si kapitalis mentedarah hasil darinya), gua belum sampai bercakap pasal saman.
siap divideoklipkan, siap untuk keluar dalam rancangan TV, siap dinyanyikan amoi yang sedap, siap berlokasikan suspek jambatan dalam filem madu tiga babak terakhir. kini dengan takburnya ia beredar di youtube dan, gua tidak tahu siapa bikin! * (puisi yang dilagukan ini adalah dari dua rangkap terakhir sajak gua berjudul `suara' dan ia pernah digubahlagukan oleh sahabat gua, yang mulia raja kobat sallehudin ibni almarhum raja muda musa untuk drama tv berdasarkan watak gua, drama tersebut berjudul `gelisah seorang seniman' terbitan rtm zaman tv hitam putih. gua kena cari raja kobat, baru sedap berkolaborasi kalau mahu bikin saman, hah ha!) * teringat dialog gua dalam filem `kembara..... seniman jalanan' (1986): lu nak pasang loyar? mana ada hasil...