Saturday, January 23, 2010

lupakan politik, dekati amal jariah, meh!


di tangan kiri gua sepatutnya nampak jelas tulisan pada kertas: `sumbangan untuk muslim aid RM15'. manakala di tangan kanan, segenggam duit hasil jual kalendar yang tulisan khatnya sangat cantik itu.


yang terpacak itu, hattan. yang sebelah gua itu, ramli sarip. untuk rekod: gua sama hattan sebelum itu berduet nyanyi `lagu tiga kupang' secara live! manakala gua sama ramli sarip secara `live' terlibat dalam muslim aid (kalau mau rekod!)


dalam dewan, ada orang perfom. gua dan papa rock releks selepas layan orang beli kalendar muslim aid 2010. itu malam papa rock juga perfom. dia nyanyi gua punya lirik, perghhh!

*jika anda ingin beramal jariah, kalendar bertulisan khat ini hanya bernilai RM15. sumbangan kecil anda besar nilainya dan ia akan dinikmati anak-anak sejauh palestin!
*SMS di talian: 013-363-5725 untuk tempahan (@untuk gua perabeh stok, heh!)
*sesekali lupakan politik, dekati amal jariah!

23 comments:

Qibran said...

"..kesempatan yang sedikit seringkali merupakan permulaan dari usaha yang besar.." ~SN Dato' A.Samad Said~ (suara dari dinding Madrasah)

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

haih. kat mana nih?

guru besar haneem kaydeen said...

ok. book 2 kepin untuk gue..

kelompen said...

salam bro..
bukan sesekali tetapi banyak kali
kerana amal jariah tidak pernah ada had.
teruskan berjuang..

Shookcree said...

Salam bro Pyan..

Bagi teman, orang yang menjauhi politik adalah orang yang menjauhi amal jariah yang besar..

Kalau betul niat dan cara berpolitik maka ia akan menjadi AMAL JARIAH YANG TERNILAI HARGANYA.

Bayangkan.. dengan hasil berpolitik yang sedemikian menyebabkan rakyat hidup harmoni..
wallah hu a'lam..

http://tilikcelik.blogspot.com

pakcik kordi said...

wow...semua orang2 besar di dlm gmbr di atas.

=)

amal jariah berterusan ke akhir hayat....

Hashim Zabidi said...

Orang politik macam pelir itik, berbelit-belit...

Orang beramal kekadang macam hindu.
Semakin tebal bedak didahi semakin kuat hasad dengki...

jo said...

ada orang cakap tak, pyan habib dengan papa rock macam adik beradik?

alunbm said...

Tapi ada juga orang diluar sana kadang-kadang memberi sumbangan untuk kepentingan politik!!!.

gotahlantun said...

setakat beramal jer lah tu....
jariahnya kita tak tau lagi..
semua tu..tuhan punya kerja..
apa pun lebih baik kita beramal yang banyak jariahnya!

Pyanhabib said...

qibran,
ha.

abdulfatah,
bangsar.

gurubesar,
turun kl, kasi helo.

kelompen,
ha.

shokree,
join politik untuk beramaljariah, best ni...

pakcik kordi,
dalam gambo nampak beso la.

hashimzabidi,
hah ha!

jo,
tak ada! tak ada!

alunbm,
orang politik banyak duit.

KiLaT said...

depa kata.. lagi banyak lagi kedekut. kalau masuk tiga puluh ribu se'month', bakhilnya enam puluh ribu. depa kata, bukan gua kata. tak percaya.. tanya gua.

~KiLaT~ dR Sam kirim salam.

boon_cheet said...

Bro ... Memang betul kata Pak Ngah Hashim... setuju yang amat sangat...

boon_cheet said...

Bro ... Memang betul kata Pak Ngah Hashim... setuju yang amat sangat...

relevan said...

ya tangan yang memberi lebih elok dari tangan menerima..oleh itu jangan kita kehilangan tangan..bersedekah dan beramal jariah lah..

dariana said...

salam. ana nak sapot jugak. boleh kirimi ana satu kalendar tu kat alamat ana kat kulit antologi ana. nanti ana poskan wangpos RM20.

kata nabi kita: tinggalan anak adam 1. sedekah jariah 2. ilmu yg bermanfaat 3. doa anak soleh.
***** lima bintang untuk khidmat anta sekarang. ana caya anta.

[[~R*i*Y*s*E*s*L*a*D*y~ ]] said...

salam..mcm maner nak masukkan logo
Muslim Aid & qurban for life kat blog me..
tlg ajar abg pyan..
thks..

Pyanhabib said...

riy,
copy logo muslim aid dari blog abang dan paste macam biasa. terima kasih kerana promotkan muslim aid, ia juga satu sumbangan.

edolah said...

brader..mana gambar dgn gua? lu x letak dlm lu punya blog sebab gua tak 'ambil' itu kalendar ka? kes balas dendam tu..hehe

Pyanhabib said...

edolah,
bila lu sama gua pernah tangkap gambar?

Seri-Serodja said...

Seri jarang beri duit pada anak Palestin sebab Seri kumpul duit untuk anak anak yatim keliling rumah Seri, yang mati ayah di hempap pokok balak, yang mati ayah sebab sakit asma kerana kerja sampai pagi suboh dan yang mati ayah ketika umur 2 bulan, dan mereka peminat Seri yang tating Seri dengan senyuman manis meleret..

abat said...

hai bro karyawan ,aku pun karyawan aku mau tanya sama lu la,lu masih ingat lagi tak ,masa dulu lu ada buat album lagu sama itu orang zalikamari .gua mau dengar itu punya lagu sebab itu lagu dulu banyak sedap dengar gua tertarik lu main gitar.gua ada ingat sikit itu punya lirik ,,,,,perawan... gua rasa rasa itu macam oklah jgn lupa ya.thank you and teruskan berkarya heyhey.

abat said...

hai bro karyawan ,aku pun karyawan aku mau tanya sama lu la,lu masih ingat lagi tak ,masa dulu lu ada buat album lagu sama itu orang zalikamari .gua mau dengar itu punya lagu sebab itu lagu dulu banyak sedap dengar gua tertarik lu main gitar.gua ada ingat sikit itu punya lirik ,,,,,perawan... gua rasa rasa itu macam oklah jgn lupa ya.thank you and teruskan berkarya heyhey.