Tuesday, February 16, 2010

hasnul, al-Fatihah dan sahabat kami, loloq*


`HASNUL orang spiritual ... dipengaruhi angin, warna putih, darah rendah, allegic. kadang-kadang kurang semangat atau kadang-kadang boleh kuat semangat. tidur malam amalkan membaca al-Fatihah, baca sekali sahaja. kalau hasnul sakit atau rasa seram sejuk badan, baca al-Fatihah,' demikian kata-kata yang disurahkan oleh mak andeh saya kepada hasnul rahmat semasa kami lepak di mamak sambil tarik teh, petang tadi.
mendengar kata-kata itu, hasnul, si jejaka boys next door, yang punya iras kancil empat serupa dengan ahmad yatim, slamet raharjo, john lennon dan frank zappa, kaget. `kak!' serunya, `dua malam lepas saya mimpikan arwah loloq. loloq* cakap benda yang sama, dia kata, kau jangan susah-susah, jangan payah-payah. kau baca sahaja al-Fatihah!'

-roma saya berdiri!

*loloq = penulis lirik lagu

22 comments:

kelompen said...

salam bro..
fatehah buat loloq.
semoga di sana dia tenang..
moga semua sahabat kita, kengkawan kita, rodong kita dalam sejahtera belaka laka..

amalhaj said...

assalamualaikum bro!
al-fatihah buat semua yang telah pergi semoga dicucuri roh oleh Ilahi

Harimau-Menaip said...

Bederau gua bro.

Ingatkan Hasnul yang arwah..sia paleh!

Al Fatehah kepada semua yang lu nyatakan dan kepada kedua Almarhum ibu-bapa gua.

Amin.

Fa-T said...

sentiasa sedekah fatihah lepas solat untk muslimin muslimat hidup dan mati

aku said...

nape la bkn gua yg jumpa lolok..

jo said...

kadang-kadang orang yang dah takde suka datang dalam mimpi....

abgBro said...

baik utk muhasabah diri...sunat mngingati mati, krn ia semakin hari semakin hampir...semakin hari semakin hampir saat itu...pastiii...tungguuuu

~kita tahu dan kita juga sering lupa..

~alfatehah

Nbl Fzr said...

Sahabat itu kuat.

Admin said...

mimpi loloq gua tak pernah. teringat dalam sedarq tu.. selalu.

~KiLaT~kata arwah: dunia lagu dah kiamat dan setiap kali gua dengarq lelagu baru, gua teringat loloq. ummul kitab.. al-fatihah

pye:rudz said...

fuh! memang meremangkan bulu roma.

Bukan Sepet said...

Fatihah eh?

..ilmu tu, ilmu. Timakaseh bang. (Akak sekali!)

Anonymous said...

Salam ziarah saudara pyanhabib.

Shemmi said...

Al Fatihah mmg power..
tp..kurang di amalkan,...

WanBeruas said...

..waduh..dong lu bikin gua kaget..barangkaliannya si asnul yang arwahh..

Relevan said...

Panjang lagi umur si Hasnol tu..

NEOFISHY said...

betul...wa sokong.....tak yah banyak, yakin dengan alfatihah, insyaAllah semua ok, dengan izin-NYA

cikceriacorner said...

salam..
abg pyan..apa kabau?
al fatihah utk abg loloq..

noorlara said...

Alfatihah buat semua yg telah pergi juga kita yg masih di sini.

Al Fatihah himpunan puji kepadaNYA dan pohon pentunjuk menuju jalan yg lurus.

Hashim Zabidi said...

Bila mau sampai Lepih, kasi tau gue cepat. ubi dan ben nanti buat program untuk lo, hi hi hi...

MAZEMIE MAZ said...

salam,
mimpi kan mainan tido...
apa2 pun baca al-fatihah tu banyak fadilatnya.

wally said...

salam karya...

salam bang pyan..salah satu fadhilat surah al-fatihah ilah mampu menjadi penawar kepada binatang berbisaseprti ular,kala jengking,,,tapi mau yaqin bro...nak dapat yakin camen??kene usaha atas iman dan amal...

Syawal Ipoh said...

Ingat mengingat amalan mulia...