Monday, February 23, 2009

ppsmi: lagi! (@ kepada gapena)

i.
sama ada dimansuhkan atau diteruskan pengajaran pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (ppsmi), dua-duanya TIDAK BERGUNA kepada saya kerana, dua anak saya SUDAH dan AKAN menjadi mangsa - dan saya rakyat bebal dan menerima sahaja apa yang diwahyukan pemerintah!
anak pertama saya: sejak tahun pertama hingga tahun enam dididik di sekolah kebangsaan. dia sudah hafal dan faham dengan formula, istilah dan simbol-simbol matematik dan sains yang `dibahasamalaysiakan’. tetapi semasa dia menduduki tingkatan satu, dia keliru apabila formula, istilah dan simbol-simbol dua mata pelajaran ini `dibahasainggeriskan’ semula.
hasilnya, keputusan pmr yang diperolehnya baru-baru ini tidak menyenangkan dia, walaupun dia sudah mula menguasai segala benda alah tersebut dalam bahasa inggeris.
sebentar tadi (catatan ini ditulis selepas keputusan pmr 2008) dia berkata, jika ditukar semula segala formula, segala istilah, segala simbol-simbol tersebut ke bahasa malaysia, dia akan terpaksa mengulang semula apa yang telah mengelirukannya.
anak kedua saya: sejak tahun pertama sekolah rendah dia mendapat didikan matematik dan sains dalam bahasa inggeris sepenuhnya dan dia cemerlang dalam dua mata pelajaran ini. sekarang dia di sekolah menengah, dia yang hafal dengan formula, istilah dan simbol-simbol matematik dan sains dalam bahasa inggeris itu mengadu: kalau dikembalikan semula dua mata pelajaran ini ke dalam bahasa malaysia maka dia terpaksa belajar apa yang tidak pernah dipelajarinya.

* sungguh bangsat dilihat orang apabila pejuang bahasa sibuk bikin repot polis, sibuk ugut saman kerajaan selepas tujuh tahun tembolok disumbat kenyang apa kejadahnya, selepas tempurung kepala anak-anak orang asli,anak-anak orang miskin papa kedana kat ceruk kampung diujikaji, tiba-tiba mereka melondehkan seluar menunjukkan telur!

Bersambung…

43 comments:

theblabber said...

mereka bertelagah itu ini, anak-anak yang jadi mangsa. Haishhh!!

benludin said...

apa cerita kanak2 org asli agaknya ye..

cerpelai said...

Yaa..!!
Sumbat lagi bro..!!
Biar penuh kepala 'pejuang bahasa' tu dengan belerang.. Lepas tu kasi bakar..!!

mamai said...

nasib kita serupa.....
yang jadi mangsa anak2 kita
aku teringat kat lagu M.Nasir anak2 kita.....
ala hai orang politik cari cara lain la nak bikin isu.

Cob Nobbler said...

beb,kerajaan diktator nak 3 perkara je kepada rakyatnya.

1.buat rakyat jadi penakut.
2.buat rakyat jadi miskin.
3.buat rakyat jadi bodoh.

langkah-langkahnya:

1.ISA.
2.harga barang dan inflasi.
3.PPSMI.

dah clear sangat dah.

kulupSakah said...

ini kita namakan BINGAIsme

Fa-T said...

huh.. dulu melayu jawi... skarang inggeris.. lepas ni... WOI BAHSE URDHU KE SANSKRIT TAK PAYAH BELAJAR KE????

asrul said...

...hahahaha...

menunjuk kan telur ?,..hahaha

bro...diorang ni ader telur ka?..


............................!!!

Unknown said...

Tiba-tiba aku teringat nak tulis spt di bwh ni (tanpa merujuk kpd siapa2 sebab aku pun tak bertelur):

Dahulu telur itu tiada
Sekarang tiba-tiba dia jadi ada
Ia tetap telur
Telur jadi-jadian

amirnazrin said...

betul ke derang tunjuk telur bang..tak nampak.macam takde je..

p/s : tak sempat jumpa abang masa makan2 di rumah nurul.datang lambat..

Ieda J said...

Kasihan..Anak2 kecil yang jadi mangsa...

azhar said...

telur tembelang

Pelan Cap Ayam said...

telor dorang tu mesti busuk kan bang?
telur wangi berani,
telur busuk penakut.
ye ke bang?

Pyanhabib said...

miezi,
selepas bertelagah mereka bertengadah!

benludin,
diaorang tak ada masa fikir pasal anak-anak orang asli la gamaknya.

yusyusuf,
bahagian kedua ada lagi, ha!

mamai,
ya, mangsanya anak-anak kita

namiofish,
hah ha!

kulup,
ngam ho!

fa-t,
:)

asrul,
mesti ada.

bakaq,
kah kah kah!
(blog pak bakaq bersepah, gua berkelilauk kat situ, ha!)

amir,
heh, mana diaorang berani...

jake's
ya, kasihan.

azhar,
ha!

mahadey,
heh he he!

Ajami Hashim said...

"piraaaaah! sesapa yg berkenaan!"

(bersambung jugak)

Panglipulara® said...

Hahahah kita bina anak lagi 2 orang

bro, biar jadi empat,

bagi sekolah kat SJKT ngan SJKC...

Lumut Pagi said...

Kesian kami...Kecil lagi dah jadi mangsa tagedi..jahat sungguh deme ni..

haih..

DeeN said...

Besalah. Itu agenda konspirasi bengong tahap cipan mati sembelit! Anak2 diorang tak tau macamana plak? Agak2 jadik mangsa ker jadi punca masalah? Tertanya2 jugak. 'Pejuang bahasa' ngan ahli politikus' tuh mesti ada anak cucu kan, kan, kan

pye:rudz said...

mereka tiada berasa apa kerana pada mereka telur hanyalah telur. tiada metafora rasa malu pada telur mereka.
yang penting, makan telur rebus banyak, kentut busuk.

Penulis Kami said...

telur busuk pulaknya tuh yang ditunjukkan...cait!

the Haz-one said...

benarlah dalam Nujum Pak Belalang...
"kekuatan Hang Tuah terletak pada huruf 'ta' nya..kalau 'ta' ditukar dengan 'ba', jadilah Hang Buah..."

nah, kini sudah ada pejuang Bahasa yang selayaknya digelar HANTU..AH!!!!

kerana dulu tiada semangatnya.
kini tiba-tiba menjelma.

:-) ironinya semangat mereka~

Pyanhabib said...

ajami,
:)

lipur,
hmm...

lumutpagi,
ya, kesian

deen,
harap cucu masing-masing tak jadi tikus!

pye:
ha!

h+a
semangat tembolok!

Tentang Buku said...

merapuisme!

dariana said...

selagi umno tu umno maka banyak benda berfaedah untuk rakyat/bangsa/agama, dia akan "NO".

sandalkoyak said...

dan kerana bahasa,osman tikus menulis puisi di dinding.menolak hantar karya ke akhbar kerana akan di ciplak.sebagai mana karya bujang diciplak johan.

akhirnya osman di bunuh lanun cetak rompak?apa yang tinggal?

ayah ku dan angkasawan...............

kita tetap harus berusaha membaik pulih tanah ini untuk generasi yang akan datang..

Najwa Aiman said...

Tak sabar ni nak tunggu sambungannya!

Unknown said...

siannye KAmi..
senanG betul KAmi di tolak ,di taRik..Di kotak..dI katikk..huhu..

Azizul said...

klu tukar belajar dlm b. malaysia kepada budak2 darjah satu la.. yang dah terlanjur belajar dalam b. inggeris tu, kita teruskan hingga tingkatan 5. macam tu la patutnya.

dan saya tetap 100% sokong belajar dlm bahasa malaysia, sebab masa saya dulu pun boleh dapat matematik moden A2 dlam SPM. pokoknya niat dan ketekunan.

Pyanhabib said...

dalam,
betulisme!

dariana,
um!
(heh he!)

matcomot,
...yang penting, lu sama gua, mesti terus hidup!
(hah ha!)

najwa,
sabarrr...
(ada sambungan, ha!)

riyseslady,
diketuk lagi!

siti aurora,
dalam sambungan memang ada sebut yang terlanjur bahasa inggeris tu teruskanlah.

kulupSakah said...

mat comot,
yg penting kita mesti terus hidup- KSJ

yg penting kite mesti ada idea..eh ide!- rozana cinta87

Anonymous said...

Bro Pyan jangan mencarut!

takut nanti budak-budak sekolah ikut. sekarang ni budak-budak tu (yg belajar math&science dlm BI)hanya tahu conteng dinding & meja tulis 'fuck', tapi tak tahu menatang apa benda tu.Hebat BI mereka!

usoPkuChai said...

stupidity in her best dress..

otai said...

gua pun marhaen macam lu
pelat dan pekak pada bahasa
bengali putih..

jOnOs said...
This comment has been removed by the author.
jOnOs said...

Tabik! Bang Pyan.

Gua paling suka entri ini yang paling akhir sebab ada 'TELOR'.

Selain TELOR ada juga orang guna perkataan BUTIR.

Nota : Ada juga dua BUTIR peluru lawan dua butir TELOR.

BAZAIE AHMAD said...

mereka ada TELUR tapi sayang sudah jadi masin.. kerana terlampau banyak makan garam..

Anonymous said...

ni cita psl ppsmi dgn gapena smp kiamat tak abis kalau kpm ttp cmtu...

tiba2
teringat arwah syed hussien ;(

tombak karat said...

Gua tetap angkat topi kepada orang yang memperjuangkan apa yang dipercayainya betul. Zaman ni tidak ramai orang yang sanggup kehadapan semata-mata untuk memperjuangkan prinsip terutamanya bila melibatkan masa depan anak bangsa (termasuk gua). Lu pulak camne pyan.Lu macam gua jugak ke?

al amin said...

Sejarah Melayu pernah merakamkan kisah yang amat sedih iaitu Singapura dilanggar todak .Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa." (Soekarno, 17 Ogos 1966).
Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa, hanya kita generasi orang melayu masih menjunjung kontrak sosial, orang lain telah membakul sampahkanyan. Apa perlu kita berbicara soal itu, apa perlu kita mematuhi dan memegangnya lagi, persetankan kontrak tersebut.
kalau berlaku apap-apa kita baru hilang 18 % equiti. lantaklah apa nakjadi jadilah. Hari ini terlalu ramai pemimpin melayu bercakap soal masa depan bangsa, sebenarnya ia sudah tidak punya masa depan lagi kerana jiwa bangsa itu telah mati iaitu bahasanya.Bahasa melayu terlalu haprak tidak layak membicara soal sains dan metematik.
Oleh kerana kita punya pemimpin yang tak bermaruah dan bermoral, maka saat-saat kehancuran kian hampir. Slogan baru untuk bangsaku " Lemas ,Tenggelam dan Lenyap"

"Mampus Melayu"

amer zaman said...

bro, tak ke konsert alam ke?

Unknown said...

Assalammulikum?

Tuan Pyanhabib maaf mencelah, saya ingin tahu bagaimana untuk menghubungi tuan sekiranya kampung saya memerlukan khidmat tuan bagi membacakan puisi. Harap dapat hubungi sata segera ya.

kuchalana said...

kita telah dibangsatkan oleh sistem bodoh ciptaan melayu diatas sana...

bapa segala kebodohan dan kecelaruan ada diatas sana sibuk mencacai kuasa tetapi tidak dilihat kesan pada kita..

aku berharap mereka2 ini dikuburkan secepat yg boleh...

Norazlan Ahmad said...

Cakap bodoh-bodoh dari orang yang bodoh-bodoh

pada saya pengajaran ppsmi tu perlu ditukar ke bahasa Melayu

Masalahnya bukan kepada masalah berkata-kata dalam belajar dan mengajar. itu boleh dalam bahasa melayu.( budak lebih mudah paham isi kandungan pelajaran)

Pada istilah kekalkan ia dalam bahasa inggeris kerana ia bukan milik kita. Sedangkan orang putih pun jika ianya milik Melayu tetap dituturkan dalam bahasa melayu walaupun bunyinya pelik. contohnya durian, sarung, keris dan banyak lagi.

DBP tak perlu memelayukan bahasa inggeris. Ia sangat mengelirukan.

Misalnya, saya dulu terlibat dalam bidang automotif. Belajar di vokasional tahun 93/94, kemudian ke Akademi Saga pusat latihan mekanik EON. disitu penggunaan istilah adalah dalam bahasa inggeris. Timbul masalah apabila saya cakap aci sensondol, tenaga pengajar kata 'camshaft'. Bila cakap omboh dibetulkan pula 'piston'. Kenyataannya diluar sana anak-anak akan berdepan dengan penggunaan istilah dalam bahasa inggeris.

Perlunya mengajar dalam bahasa Melayu kerana itulah bahasa yang patut kita junjung dan anak-anak kita lebih paham. Anak-anak juga boleh fokus kepada pembelajaran matematik atau sains sahaja pada satu-satu masa.Belajar bahasa Inggeris pula ketika kelas bahasa inggeris.