ada `bukan ceramah politik' beratap langit di sungai sumun, bagan datoh, perak pada jumaat, 26 jun ini, mulai lepas maghrib.
saya tidak pernah tahu di mana sungai sumun dan tidak pernah sampai ke bagan datoh maka `bukan ceramah politik' beralaskan surat khabar atau tikar bawa sendiri ini, akan membawa saya ke tempat tersebut. (klik poster `pentas kita karya kita' di sebelah).
*sungai sumun mengingatkan saya kepada sahabat saya, allahyarham dino ss (1 januari 1944-17 julai 2003). dino ss (dino sungai sumun) adalah aktivis sastera yang pendiam, pada zaman reformasi, beliau bersama allahyarham usman awang menyelenggara kumpulan puisi `derita bangsa'. pada saat akhir hayat, dino alami kelumpuhan hampir seluruh tubuh, hanya satu jari yang boleh bergerak. dengan satu jari itulah beliau dilihat mengetik komputer pelan-pelan sebelum menghembuskan nafas petang terakhirnya bersendirian di sofa pejabatnya di bangsar. semoga rohnya dirahmati kasih sayang Allah.
Wednesday, June 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
AL-Fatihah untuk arwah..
al-fatihah...
kalau pak pyan tak keberatan,berilah sedikit hasil karya yang arwah pernah buat untuk tatapan kita semua.
bro,
kali terakhir gua terlibat dgn arwah pada acara "Memerdekakan Rakyat" dengan penampilan WS Rendra di Kelana Jaya..gua masih ingat lu gertak gua dengan tunjukkan tangan bergari seusai gua baca puisi reformasi..tapi gua percaya: 'kalau takut dengan risiko, jangan sebut soal perjuangan'...
Yang baik...
wangi sepanjang zaman...
GUA PUN TAK TAHU SUNGAI SUMUN KAT MANA... SAPA-SAPA LEH UPLOAD MAP..KAH..KOH..KEH...
Sg. Sumun, selangkah dengan kampong kelahiran teman, Sg. Batang. Selamat datang. Aku pandang dari jauh.
sisnita,
dari allah kita datang...
sangrakus,
allahyarham sangat `pendiam' dan tidak ramai rakan-rakan yang tahu di mana karyanya tersebar.
edolah,
ya, pada acara bersama rendra itu gua bersungguh-sungguh dijemput dino, siap dengan menelefon dan surat rasminya. tetapi pada petang itu gua tidak dapat tunggu giliran, gua minta izin dino kerana ada hal lain.
lumutpagi,
alhamdulillah.
budakkampung,
pegi cari map kat gogel.
muhaimin,
laaa, kalau tidak boleh mengeteh sekali. (selamat mengaji kat oversea)
Salam Pyanhabib,
"seni hingga pengakhiran" ...
salam abg pyan..selamat menjejakkan kaki ke sungai sumun..
tempat ummi ni dah dekat hujung dunia..sungai sumun terletak dalam parlimen bagan datoh yg MPnya si tut..tut..harap sungai sumun lekat kat hati abg pyan nanti..hehe
harap2 malam tu tak hujan la..sebab ummi berharap sangat bintang jadi penghias pentas kita...
aku terpaku bertafakur....
dari dia datang kepadanya kita kembali...kerap yang tak ambil peduli
semoga beliau tenang di sana.
bro pyan..nanti pi tanya org Sungai Sumun..apa pasai nama tempat tu sungai sumun yea..
harap segala acara dirancang berjalan lancar..
peta ke lokasi acara -> http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/06/peta-ke-pentas-kita-karya-kita.html
bang pyan,sape yang ade nanti??ni kampong saya ni...
srk khir johari sungai sumun dalam kenangan.
Dino SS, teman ingat nama tu. Tak silap teman dia yang bawak Pyan ke UTM Skudai sekitar 1980. Teman pun ada deklemasi sajak sekali. Tak tau teman yang arwah duduk dekat kampung teman kat Bg. Datoh. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminn..
alfatihah ...
saudara pyan bawak pulak pentas ke kelante pasnie
Sdra Pyan,
Lama sungguh aku tak jumpa kau ! Saingat aku kita jumpa terkahir waktu Hari Sastera kat Ipoh ( entah tahun bila, dah lupa ! ). Masa tu ada lagi arwah Pak Sako....
Selamat panjang umur. Allah yang menemukan kita suatu ketika nanti, Insya Allah.
ada seniman berjuang dengan satu jari. ada pejuang berperang dengan satu kaki. ada insan berseni dengan satu hati.
amacam bang, ada bakat tak???
wahaahahahahahaa
al-fatihah....
http://www.vemmabuilder.com/658539805
Bro osman tikus,DR SAM ape citer...rindu ar kat papa reagea...
SALAM BRO PYAN, SAYA SUDAH BERCAKAP DENGAN TUAN HAJI NIZAM HARI TU, DAN DENGAN INI BRO PYAN, SAYA MINTAK MAAF LA KALAU SEKIRANYA SOALAN SAYA MENYAKITKAN HATI BRO PYAN!
SAYA TAK BERNIAT PUN NAK MENYAKITKAN HATI BRO PYAN! SAYA PUN ORANG PERAK JUGAK BRO PYAN, ATAS SEMANGAT RAKYAT NEGERI PERAK, MAKA MARILAH KITA BERDAMAI WALAU KITA PENDAPAT POLITIK KITA BERBEDA!
UNTUK SAHABAT BRO PYAN! AL FATIHAH KU HADIAHKAN!
Sdra Pyan; saya sudah tunaikan janji damai Bro dengan sahabat saya parpukari. Biar kita setuju untuk tidak sependapat, tetapi ukhwah serta persahabatan harus dijaga.
Salam hormat dan perjuangan dari www.nizamisa.blogspot.com
parpukari,
semoga anda dan saya dirahmati tuhan.
tuan haji niza,
terima kasih. tuhan sayang tuan haji.
TERIMA KASIH BRO PYAN! AMIN YA RABBAL ALAMIN!
Alfatihah..
Al-Fatihah..
Post a Comment