Tuesday, June 23, 2009

menunggu kata dari tuhan di masjid kampung tunku, pj

teater menunggu kata dari tuhan akan di pentaskan lagi. kali ini di masjid ar-rahman kampung tunku, seksyen satu, petaling jaya. pementasan pada sabtu, 27 jun ini akan berlangsung selepas solat maghrib.
teater karya sahabat saya, dinsman dan lakonan sabri yunus ini pernah dipentaskan di masjid batu, pulau pinang pada 30 mei lalu dan ia dilihat sebagai peristiwa teater dunia yang pertama kali di pentaskan di masjid.
berdasarkan satu malam pementasan di dewan bahasa, satu malam di hadapan sultan kelantan di kota bharu, lima malam di muzium selangor, satu malam di gombak, selangor, satu malam di masjid batu, pulau pinang, beribu penonton telah menyaksikan pementasan teater berdasarkan hadis nabi ini.
ada diskusi bersama penonton setiap kali selepas pementasan. ada sesuatu yang menarik tentang teater ini dan kenapa ia diminta dipentaskan di masjid.

18 comments:

ISA said...

Salam Pyan,

Insyallah... aku akan berada di sana Sabtu ini.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

semoga suatu hari nanti akan dipentaskan di peringkat dunia, InsyaAllah.

Unknown said...

PEMINAT SABRI YUNUS... GUA MESTI DATANG... LU TUNGGU..

Fa-T said...

thumbs up!

Luqman Hakim QA said...

bikan la teater guna bahasa isyarat!

hai said...

ok la tu,masjid bukan tempat bersolat dan berceramah agama je,peranan masjid boleh diperluaskan lagi dengan berbagai aktiviti lain.Secara tak langsung orangramai akan lebih tertarik untuk mendekati masjid.Duit tabung masjid pun ada yang terkumpul puluhan ribu ringgit,jadi gunakan lah untuk aktiviti yang bermanafaat kepada masyarakat setempat.

pye:rudz said...

ajak najwa aiman sekali. dia dok pj.

jo said...

menarik ni.....

Amatt De'bugis said...

salam brader pyan..
nasib baik aku duduk jauh d sbh...,kalo kat pj,takkan ku lepaskan peluang nie...

Pyanhabib said...

isa,
budakkampung,
pye:rudz,
najwa aiman,
jo,
kemungkinan saya tidak dapat pergi. saya sudah ada jadual lain. tetapi saya cuba hadir.

pemanduteksi said...

sabri yunus jer ker??? sabri chik air liur tak da ker??? kehkehkeh....!!

mamai said...

memang menarik sehingga aku tertarik

Awang Kapak said...

Gua harap gua dapat datang. Tapi gua jauh berada di benua selatan ini.

edolah said...

jangan lupa kucing yg muncul masa kat muzium shah alam kena bawak sama...gua rasa aktingnya berkesan

Najwa Aiman said...

Alamak... Pye sudah kasi bocor rahsia... cet! Ekekekeke...

Terpaksa kensel semua program maksiat yang dah dirancang pada hari tu nampaknya... aiyaaarrrkkk...!

...nurul.... said...

salam,
sesuatu yg baik harus di hayati..

Amatt De'bugis said...

yang penting nawaitu.........

fatah85 said...

kat muzium selangor hari tu plan nak pergi tapi tak jadi. kali ni kat pj nak try plan lagi.