Selsema ini biasanya menyerang babi. Awal tahun ini selsema ini berjangkit pada manusia – bermula di Mexico dan Amerika. Dari dua negara ini selsema ini sedang dan telah merebak ke seluruh dunia. Negara yang paling teruk diserang ialah Mexico.
Selsema ini berjangkit sama seperti selsema biasa – batuk, bersin atau terusik/terkena tempais dari batuk atau bersin.
Doktor kerana nak tujuk bijak gunakan huruf A , H1N1 – N disini maknanya Novel ertinya baru. N - Ertinya ini virus baru muncul. Jangan takut dengan nama yang pelik ini. Ini hanya nama. Virus ini masih belum di ketahui sifat dan perangainya. Juga tidak diketahui lagi sejauh mana ianya telah merebak.
APA TANDA –TANDA SELSEMA BABI:
Macam selsema biasa: batuk, hidung berair, kepala sakit, sendi sengal dan sakit, tekak sakit dan terasa sejuk badan. Ini samalah seperti demam selsema biasa.
Kalau seorang telah dapat selsema 7 hari sesudah pulang dari tempat yang di ketahui ada penyakit ini maka wajib jumpa doktor dan bukan jumpa bomoh Siam.
PENGUBATAN :
Akan diberi suntikan anti-viral – Tamiflu dan zanimivir ( Relenza). Atau pil Oseltamivir. Zanamivir ubat semboran ke hidung. Mungkin timbul masaalah sampingan – muntah atau suka berak cair.
MENJAUHI :
Tak payah pergi melawat ladang babi di Mexico.
Kalau selsema jangan pakai saputangan pakai tisu - boleh buang. Tangan hendaklah bersih sentiasa. Kalau rasa tak sedap badan – paracetemol biasa boleh mengunakan. Minum banyak air bukan minum tapai atau todi.
.
PERSEDIAAN:
Bersedia dengan keluarga dan kawan-kawan jika selsema ini sampai untuk membantu satu sama lain – beli makanan, ubat dan lain lain.
Memakai topeng muka tak ada faedah.
Banyak yang terkena selsema babi ini boleh diubati di rumah. Ada serangan tidak bagitu teruk. Ada serangan yang teruk wajib serta merta dihantar ke hospital. Mungkin ada jangkitan kuman yang lain yang masuk sama.
Ketika tulisan ini diterjemahkan ada 1,112 kes di Mexico dan 42 kematian. Di luar Mexico ada 1,259 kes dan dua kematian.
(Data ini diterjemahkan Tukar Tiub yang memungutnya dari UK Health Protection Agency)
* sewaktu gua tampalkan data ini, sudah dua hari gua terbersin. kebetulan pula puisi yang gua baca di istana budaya itu malam, ada sebut selsema babi, ceh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
36 comments:
lu tolong duduk jauh sikit brader (hahaha)
gua pun ada demam2...
chit... gua duduk sarawak
jangan la gua pulak jadi mangsa pertama. gua dah takder g hospital...
hari tu gua pegi urut dekat dukun, ada ok sikit, malam ahad tu gua minum ubat batuk one go satu botol, terus tido, bersin masih, selsema dah jadi taik idong, sekarang gua pulak batuk2!!!
sehari suntuk gua jalan macam ringan je jalan...
he he he
kepada di luar sana jangan ikut petua gua...
nanti lu orang kena tangkap polis!!!
Pak Pyan...
dahlia selsema.. bersin2 gak.. adakah puncanya BABI..
ahahaha....
keDOKTORan plak entri kali ni!
abg khalid salleh ensem wo!
:p
sebenarnya kuman selsema babi ni dah bosan sgt menetap di babi tu...jadi depa try cari tempat kediaman lain. itula punca segalanya...
abis kalu dok maki2 manusia lain sebagai babi....mana la selesema babi tu tak hinggap ke manusia-manusia lain...
dulu burung. sekarang babi. lepas ni apa pulak?
kucing kena jaga-jaga.
awasi virus kurap kerbau pulak!
panjang pule entri lu brader...
Bengang bebenor tak dapat datang.
X payah la pi melancong ke negara yg terbabit buat smentara waktu ni...dok kat rumah,beribadat kan lbh baik...
Abg Pyan,tahniah utk Malam Puisi Utusan hari tu...
itu pun masih mengkome nak buat ladang (BAB 1)beso2 kat sini. BAB 1yang utan punye pun banyak tu sebab deme selalu eksiden dgan kete ke moto ke. AWAS BAB 1
habislaaa!!!
orang putih ni memang gila babi ada ke babi ni diorang bela cam bela kucing je,dok kat dalam rumah siap cium2 babi tu,tu la pasal boleh berjangkit selsema si babi...lu apa bikin???
paling mujarab...jauhi segala jenis babi dan yang bersubahat dengan babi...
err kenapa anak babi jalan tunduk...
pasai dia malu mak bapak dia babi...
Ini posting lu copy TT ke TT copy lu? Mcm penah jumpa aje ini possting...
selesema ke selsema...
mana satu nie??
bro pyan tolong habaq mai..
.. baik tuan doktor.. saya dengar dan saya patuh..
Ha ha ha,
Ha ha hachooo,
Haaaaa hachooo hachooo,
HaaaaaaCHOOOOOO,
HAAAAANCUSSSSS!
(gua nak ketawa pun susah, haih)
cepat sembuh cepat baik,ye pak pyan.hehehe.malam tu ramai yg kene tempias agaknye.
pyan tulis panjang? sah kena selsema bab!
pye:rudz,
haji tapah? ehem...
kucingparsi,
lu deman-deman, le pergi berurut? haiya!
fa-t,
budak kecik selesema, pi jumpa doktor!
onelove,
rosak budak ni.
nahmy,
gamaknya gitulah.
jo,
ya, betul, hah ha!
addyaholix,
member terbersin semasa sedap-sedap kita pekena teh pun kena jaga-jaga jugak!
kulupsakah,
kurap kerbau, kah kah kah!
akupentoi,
tengah terbersi-bersin ni, main tampal saja.
shaira,
tak tau nak jawab!
sarjaNyO,
ya, duduk rumah beribadat.
malam puisi? terima kasih.
amalhaj,
ladang BAB 1? hah ha ha!
ajamihashim,
nak kena budak ni!
hai,
gua apa bikin? baru lepas pekena teh area bangi kopitiam, melawati.
mamai,
anak babi malu mak bapak dia babi? hah ha!
shaza,
gua kopi dari TT
azhar,
S E L E S E M A
(bukan `salesman' hah ha!)
abuyusof,
ha!
nizam.arif,
hah ha!
sangrakus,
betapa seksanya tak dapat makan sambal belacan! makan je, bersinnnn!
dolahjon,
lu tahu, betapa seksanya gua tak dapat nikmati sambal belacan!
haha.. sjaak sinis la bro brader pyian. best sajak tu. brader khalid salleh cool. babi. sampai kat kopratasa, naik lemak babi jadinya. hahaha.
wah boleh jd doktor ni
apa khabar doktor pyan?
betul tu. jumpa bomoh siam buat apa, kan..
sekarang kalau terbersin je, semua pandang semacam kat kita. hello.. kita tak pernah keluar dari malaysia laaa.. aku menjawab begitu.
Inilah pembalasan dendam babi terhadap manusia... eheks...
Saya takut betul dengan perkara2 macam ini. :p
Insyaallah brother pyan tak terkena selsema babi,kalau Hadi N Nasarudin gua tak tau.(Hadi1 Nasa1)selsema BN
Babi Negara.
ijoks2009.blogspot.com
Insyaallah ,Brother Pyan tak terkena selsema Babi,Kalau hadi N Nasarudin x taula.mungkin dah terkena jangkitan selsema Babi Negara kot.
Hadi1 Nasa1(H1N1)
ijoks2009.blogspot.com
Influenza HoneNone?
kenapa xsebut selsema babi @ khinzir?
BM= selsema babi.
B Arab= selesema khinzir.
PPSMI= Influenza HoneNone.
patut pun.
aku bersin bersin berat ni...
resdong...
bukan hone none
minat dijauhkan dari selsema 'Z'.hihihikk
bro ... sorry, off topic sket.
http://parpukari.wordpress.com
bro.. please kasik link blog ni sama kawan2 politik bro .. kasik hmabur sket sama dia. kata2 dia dalam blog dia ni memang buat aku sakit hati. walaupun blog dia, hak dia nak cakap apa, tapi hati gua sedih bila mengenangkan ada org melayu mcm ni yg memang suka memaki orang, termasuk alim ulama. Please bro, kasik cuci sket telinga dia.
Tuhan warning tu.....Dunia ni dah makin parah...macam2 kerosakan dah manusia buat.Tu yang virus ni jadi pening terus salah masuk rumah.
fuh2....aq pn ad dmam2,,,,mama!!!help me
Salam...
Untuk menghilangkan selsema babi, saya kurang pasti...tetapi kalau selsema yg kerap bersin, hidung gatal dan tersumbat, bolehlah rujuk kaedah yg ada di:
Mengubati selsema dan bersin teruk
Semoga berjaya. Tq.
Post a Comment