Sunday, October 18, 2009

entri selepas gig DRUR sepatutnya:

* seorang pelancong cm (berbaju putih) dan kenalannya dari rice cooker. gambar ini sempat ditangkap oleh tukang tangkap gambar sebelum diekori pengawal cm yang menyelak `kad kuasa' yang diselit dipinggang. gua ingat diaorang mata-mata gelap, fuh!

setel event pelancaran/gig DRUR kat dewan serba guna AU2 (dewan tempat orang kenduri kawin -ada aircon oi), entri selanjutnya di sini sepatutnya:
1. naikkan semula catatan gua tentang muslim aid bersama ramli sarip dan a samad said.
3. catatan dan gambar-gambar gig DRUR
4. atau gua patut promot diri sendiri (tih tih tih...) kerana diminta lancarkan buku `sembang tepi jalan' tulisan meor yusof aziddin di annex central market pada 24 oktober ini pukul 3 petang. masuk kena bayarrrr! (gua tak tanggungjawab)
5. atau barangkali gambar gua bersama hang tuah!

*mahu jadi cerita: pengurusan lama central market pernah `ban' gua pada tahun 90-an sewaktu gua sepatutnya shoting drama Valentine, alasannya: gua dan kawan-kawan pernah buat kacau. gua teringat gua punya kawan pengarah filem, kejar dengan penyapu satu orang dari pihak pengurusan central market kerana ganggu kami sewaktu penggambaran filem Rozana Cinta '87. bertahun-tahun gua boikot ke tempat tersebut hinggalah pengurusan central market diambil alih. mahu panjangkan cerita: pengurusan cm sekarang pun lebih-lebih juga, pelancong ambil gambar kenangan dalam cm pun diekori pengawal sambil selak baju tunjuk `kad kuasa' (kunun) terselit kat pinggang stail mata-mata gelap. itu yang berlaku masa gua jalan-jalan dengan hang tuah jumaat 16 oktober lepas, member tukang ambil gambar tenung dia nampak kecik je!

27 comments:

NEOFISHY said...

gambar dgn hang tuah bro....mesti bro lagi ensem dari hang tuah...yeah!

Shemmi said...

aku pilih yg gambar2 bro..

amalhaj said...

haiya bro pyan! mike pun suke merajuk yerk? teman nak tanye, kalo mike merajuk sape yg kasi pujuk maaaaa?

benludin said...

itu penyapu sudah terlepas ke tangan khir toyo.itu pasal lu boleh ke cm semula

ubilepih said...

Wa dah tgk gambar lu dgn Hang Tuah(ketawa)

kulupSakah said...

pengurusan cm dulu pernah marah geng2 gua sbb buat bising kata depa..ceh! nyanyi kat gerai cenderamata kasi tarik crowd pun salahka?

Fa-T said...

wahahaha.... gencat ke merajuk...

JimAlifSiin said...

..untuk semua yang terlibat menjayakan gig DRUR di AU2 tempohari,
Gua caya lu!!!...
..bila nak 'RoadShow' pulak?

Basuh Baju said...

teruskan berjuang bro pyan.

hai said...

zaman dulu diorang memang kecoh!!gua sekadar mendengar rintihan mamat2 pelukis kat cm tu!! huhuhu....

mamai said...

itu mamat tunjuk kad kuasa betul-betil gila kuasa hahahaha...

pemandu teksi said...

hang tuah dah pandai guna hanpone lom bro..??

gemagong said...

CM dan penyapu rozana buat bro ingat sampai mati...tapi dalam cerita rozana takde pulak acara kejar mengejar tu...atau kena potong...

relevan said...

Salam bro..peace!

Abdul.Fatah.Firdaus said...

lancar buku nanti, pandang lensa kamera. rambut sikat rapi-rapi. ;)

kulupSakah said...

diorang takut org dedahkan CM sekarang "sapa" punya..

azhar said...

itu tokey CM sape haa??

tauficq. mohammad said...

hehheee mcm2 gelagat manusia dimuka bumi ini....

Najwa Aiman said...

Kenapa dia orang tak bagi tangkap gambar?

MagnusCaleb said...

wow, dengan mat norr pun kena ekor, (konklusi saya akan pengawal CM ni mereka ni kesunyian lah)

Shaira Amira said...

Abg Pyan, nanti emel saya gambar yang kita tangkap itu hari di DRUR,ya?

dariana said...

pinjam keris ameno... bukan keris taming sari.. nah ambik ko jadi jebat lawan tuah...

CM= Cap ayaM?

iDAN said...

CM lama sangat tak ke sana ... dah lupa jalan ke sana! sian Sdr Pyan... ngapalah staf CM itu tak kenal keampunan!!!

semut api said...

gua pun ada satu cerita di cm.
gua lepak santai kat tingkat satu cm..lepastu letak sebelah kaki atas besi tapi itu pengawal sudah sound sama gua..

nasib baik gua tak letak kaki kat muka dia...

:)

hai said...

tahniah! kerana menjadi kolumnis kat mstar online.caya bro....tuan pee emm...memang best!!

penanggah said...

gua pun dah bertahun x lepak kt CM sejak tokey cina ambik alih.. boringggg...

DeeN said...

Ada apa dgn CM kalo asyik kene ekor ngan sekuriti gad. Ikut ske la nak wat pe pun. Kan, kan, kan. :)

Sekian!