Wednesday, March 10, 2010

natrah, fatini, johan dan gua

GUA budak baik!
ADA beberapa orang memeluk gua atau berpelukan dengan gua semasa terserempak di majlis pelancaran buku `natrah...' karya fatini yaacob di dewan besar utm, kuala lumpur petang semalam. dalam beberapa orang yang berpelukan itu maka yang di atas ini adalah seorang abang, seorang sahabat yang sama-sama `tersenyum' pada zaman hip kami. beliau ialah johan jaaffar (datuk). mahu tahu siapa johan sila tanya sama lebai google.

FATINI berucap.

`APABILA tugasan ini akhirnya diberikan kepada saya oleh saudara johan (johan jaaffar, datuk), saya masih lagi skeptikal. bagi saya ketika itu cerita nathrah ini cerita lapuk, cerita lama yang tidak mungkin dikenang orang. namun pandangan negatif saya berubah sebaik saja saya membuka lembaran akhbar utusan melayu (bertulisan jawi) dan the straits times, pada bulan disember 1950 di arkib negara. hampir tersembul biji mata saya apabila gambar natrah dan mereka yang berkaitan dengannya termasuk tragedi rusuhan, terpampang pada muka depan setiap hari selama sebulan!...' demikian antara imbasan fatini yaacob (datin seri), sewaktu mengimbau bagaimana mulanya tugasan menyelongkar kisah natrah diberikan kepadanya oleh johan jaaffar sewaktu fatini bertugas di dewan masyarakat dan johan, ketuanya.

20 comments:

benludin said...

tahun 1950 lu umur 8 tahun..ada betul?

kelompen said...

salam pyan
gua mengikuti kisah tulisan fatini dalam DM ni, kesudahannya banyak kisah luka, dalam diri kemelayuan.
nostalgianya amat sebak,konflik yang rumit.

benludin said...

eh..silap... umur lu negatif 8..haha

Pyanhabib said...

benludin,
gua umur 8 tahun pada tahun 1950? kah kah kah! patut gua jadi perdana menteri 20 tahun lepas!

dariana said...

salam. dulu ana dapat 'perak darul-kartun' kat gerai jual paper dekat jpj panji. pakcik kaget tengok ana beli 1 dar1 2 yg dibekalkan pengedar. dua hari lepas ana beli 'isu kartun' 2/2010 dari anak pakcik tu di gerai sama......dia lagi kageti tengok pak tua macam ana keluarkan rm10 bayar beli buku kartun. tapi cayalah kartun bukan sebarang kartun tu...berhantu. tulisan enta dalam tu... ttg analah tu barangkali.
2. hensem sengoti enta bersama datuk jj...foto tu mahal mutunya..

Pyanhabib said...

dariana,
ente beli satu dari DUA yang dibekalkan? hah ha! tulisan kat dalam tu, ya, ana kutip dari sms!

Hashim Zabidi said...

Tahun 1950 saya 14 tahun. Sekolah dalam Special Malay Class 2. Saya boleh baca jawi dan ikut cerita Natrah sampai lupa. Tahu-tahu dia dicolek di bawa balik ke Belanda.
Kesian Natrah, hidupnya menderita...

Basuh Baju said...

bro: saya mula mengenali kisah natrah sewaktu menonton teater natrah. pada mulanya ingtkan teater tu takkan laku memandangkan ceritanya yg 'berat'. malah saya pergi pun sebab nak tgk maya karin.hehe

tp selepas menonton teater tersebut, barulah faham dan sedar ttg kisah bersejarah ini.

tq

pye:rudz said...

itu ari MB perak (zambry) pun peluk lu jugak kan? eheh...

Fa-T said...

kesah yang hebat...
berpeluk sakan...

Bukan Sepet said...

Dengar datin seri ulas lanjut tentang Natrah di Bernama FM segmen Kerusi Panas.

Terus, faham kenapa datin seri tak puas hati dengan erma fatima.

bofoyengfeng said...

lepas peluk datuk-datuk, firasat gua pak pyan akan dapat datuk juga lepas ni.. datuk pyanhabib.. huh..gile cool...

jOnOs said...

Nanti kita peluk Kadeer - yang dekat dengan rumah lu.

violet said...

hmmm...saya rasa saya perlu untuk mengetahui sejarah Natrah selepas ini.measti!

*sy mmg lemah subjek sejarah.dari sekolah rendah lagi.uhuks.

Para Jamaludin said...

maaf bang x dapat folo. insyaAllah DBP nanti saya join =)

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

la.dah keluar. boleh beli nih. :)

AkULaNS said...

Natrah...memori luka bro...

edolah said...

..bro, jangan lu peluk sama itu berahim ali udah lerr...

wanzx said...

walaupun kebanyakan dari kita masih belum lahir ketika tragedi itu, tetapi setelah baca kisah itu sangat memilukan. Terharu dengan Pengorbanan orang-orang Melayu ketika itu yg sanggup mati berkorban demi kedaulatan Islam.

cErItA kU said...

natra....cerita sedih..realiti..rasanya masa aku kecik2 dulu mak aku ada buku pasal natrah.kulit buku warna merah@pink..tak ingat..ada baca tapi tak habis..bagus gak kalau crite dia keluar balik...sekurang2 kite ada kisah benar utk d ceritakan...