Tuesday, March 2, 2010

kaki ronggeng!

`CEH, kaki ronggeng!' rungut dolahjon dengan dengkinya sewaktu mendapat tahu kartun yang sedap beronggeng dengan awek hippi adalah watak gua yang dikartunkan oleh lat dalam buku komiknya, mat som. cerita lanjut kenapa gua beronggeng berdating dengan awek hippi ini ada dalam buku komik ini malah telapun difilemkan.


GUA dan lat sempat berposing berlatarkan seorang rakan inggeris, selepas masing-masing terperanjat sewaktu toleh-menoleh ke belakang. lokasi: mutiara bangsar.

ISNIN, 1 mac, petang: gua di kl. lat di ipoh. gua sms. lat meeting. selasa, 2 mac, petang: gua tarik teh di mutiara bangsar. gua toleh belakang. ceh, itu lat!

pada tahun-tahun 70-an, kami ke hulu ke hilir menumpang volvo gemuk milik sahabat gua ini. kami selalu ke panggung eksperimen universiti malaya menonton teater, ke balai seni lukis negara di jalan ampang (kini matic) melihat pameran lukisan, ke dewan bahasa & pustaka bersembang dengan usman awang atau bermain muzik, puisi dan bermain topeng-topeng di jalan belanda -susur sungai tepi mahkamah tinggi sekarang- (pada pertengahan tahun 70-an di sini adalah pasar seni setiap hujung minggu).

lat ketika itu berambut gondrong tidak bersikat, berselipar jepun dan berseluar pendek geloboh paras lutut. lokasi lepak: kafe coliseum sebelah panggung coliseum jalan tuanku abdul rahman, kl. (tahun 70-an, mamak tidak femes)

21 comments:

abuyon said...

salam bro,

saya antara peminat kartun Lat,
dan membesar dengan kartunnya

Seorang lagi, saya lupa pelukisnya
tetapi dengan kartunnya,
Din Teksi

relevan said...

Gua 4 kali tengok wayang Mat som...masuk panggung sekali..dalam tv 2 kali..video tape sekali..

Buku Mat Som pun gua ada beli tapi dah tak tau kat mana letak..

pyerudz said...

mat som adalah antara komik yang terbaek pernah saya baca masa kanak-kanak dulu.

amalhaj said...

assalamualaikum bro!
sape kate artis tak boleh jadi kaye? hehehehehe

kulupSakah said...

gua penah tuleh entry pasal terpaksa jln kaki balik dari coliseum ke wangsa maju lepas tonton mat som- kes takde duit tambang, baru dtg KL..lu punya pasal semua ni..

"farouk makan hamburger di meja mahogany....farah menyarung t-shirt ke tubuhnya tanpa baju dalam'

..baju dalam tu coliii...

kulupSakah said...

abu yon, tu kartunis nan yg juga femes dgn ayop anak tulakang

endiem said...

lu bila mau dapat dato?

Fa-T said...

pandai menari hoo....

b.tan said...

salam bro,
aku tengok mat som kat bfo kuantan, lama dulu semasa jadi kaki lepak di kompleks teruntum. tapi buku mat som hilang entah ke mana, tak tahu siapa yang cilok.
kartunis nan pun dah lama aku tak jumpa dia punya sentuhan.
salam mauidur rasul untuk lu, bro!

guru besar haneem kaydeen said...

"saya Pyan. penyajak sambilan"..chewahhh

kulupSakah said...

buku mat som masih banyak dijual dalam dua versi di kedai2 buku..

(nyebok pulak aku tukang jawab, sebab tokey blog tengah tido agaknya)

Pyanhabib said...

semua pengomen,
komen yang disibukkan oleh kulup sakah boleh diguna pakai, boleh dipercayai. (ceh, menyibukkk je mamat ni. gua nak sambung tido!)

PETAK.! said...

Petak dah baca buku ni,berulang-ulang kali.Memang seronok.Tak bosan.Lagi-lagi,part ikan goreng Mat Som dicuri kucing.Ahahah.

Tapi PETAK masih takjumpa lagi filemnya.Ada di jual dimana ya.?

jo said...

tabik springlah!
bukan senang untuk senang...

matakucing said...

27 mac 10 ni tayangan filem mat som kat panggung coliseum jalan tuanku abdul rahman, kl. Lu turun tak brader?? haha

KiLaT said...

mat som yang sebenarq tu sapa?

~mat som baru kawin hari tu~

sinaganaga said...

wah! rambut baru lepas gi saloon.

Yatt said...

Mana nak cari DVD or VCD Mat Som ni. Ada keluar ke?

cErItA kU said...

betul ada tayangan filem mat som kat panggung coliseum jalan tuanku abdul rahman, kl pd 27 mac 10 ni???26 mac 10 nie aku dah start journey ke tanjong dari melaka.naik ketapi dari tampin trun kat penang.pusing2 kat tanjong.mcm mat som dari kampung ke kL naik ketapi..hahahahaha....tentu seronok...

dilaOHdila said...

Salam Bro Pyan...& Salam kenal
shuntek view photog ni...
abang Pyan peminat DLSR jugak ke...ROCK!!!!

mamawana said...

Salam ziarah

Mama nak tengok lagi and lagi kalu ada citer Mat Som...Pyan kiter pernah jumpa dok sembang2 kat central market dolu2, masa mama tengah belajor lagi. Ingat Grupmuisi Setanggi, UM.KL. Mama one of the member. ingat Said Muharam and Zaen kasturi...

Datuk lat . Love all his comics.