Wednesday, March 3, 2010

mat som karya lat @ datuk mohd nor khalid


KOMIK mat som karya kartunis lat ini pernah difilemkan tahun 1990.
di dalamnya ada watak gua dan gua pegang watak gua itu. manakala watak mat som ditangani imuda.
komik mat som ini juga telah berkali-kali diulang cetak dalam dua versi dan boleh diperoleh di kedai-kedai buku terutama mph. membaca komik ini, kita akan membacanya berkali-kali.

selain watak diri sendiri, watak yang dilukis lat dalam buku komik ini adalah watak kawan-kawan pelukis dan penulis yang rapat dengan kami seperti a latiff mohidin, usman awang, baha zain, mohammad haji salleh, a ghafar ibrahim, t alias taib, mustapha haji ibrahim, zulkifli dahalan, syed alwi, a samad said, a samad ismail, dinsman, salleh ben joned dan termasuklah gua, tih tih tih...

16 comments:

benludin said...

aik...rasa dah baca dlm entri semlm

ulang suara ke

Pyanhabib said...

ben,
sapa suruh lu baca semalam punya entri? ceh, kacau daunlah!

Muhamad Rosli said...

mat som ini baca 1000 kali dalam setahun, selama 1000 tahun pun keikhlasannya tak hilang.

Fa-T said...

ini promosi sampai hujung tahun??

.:HalogAmora:. said...

cool! ini komik evergreen WAJIB ada dlm collection :)

versi kali ni macam happening je!

kelompen said...

salam bro
gua ingat lu buat antologi puisi la pyan, ada jugak yg gua bole beli nanti..
gua tunggu..

Aishah Jamal said...

Salam Pyan,

Buku ni dah lama ada dalam simpanan saya. Anak-anak pun gemar mengulang membacanya.

kulupSakah said...

antologi? dia tak mau sebab dia takut tak laku. hisyyy!!

oni said...

interpretasi filem mat som ni sangat berjiwa. menonton setiap babak bagai menyelak setiap helai komiknya. saling tak tumpah. paling gua ingat sampai bila2 babak mat som makan kat kedai teringin begedel. syahdu......

zaidi safar said...

saye nk beli vcd filem Mat Som, tapi sape yang nk jual...

The Street Ruffian @ Dr. Rey said...

Komik ni memang steady..
Sangat menarik untuk dibaca..

cErItA kU said...

dah berkali2 baca buku nie.memang best.'feel' dia tak mcm komik hong kong...filem aje aku tak sempat nak tgk..huhuhuhu

ubilepih said...

sudah baca mat som 10 kali tapi masih boleh gelak macam tengok cerita labu labi..

Shaira Amira said...

Mat Som adalah salah satu komik 'dewasa' yang tak jemu saya baca. Since 1996.

Anonymous said...

wa cdg lu simpan itu ori komik matsom, lagi satu latut taun lia punya halega mikin satu juta maciam itu superman itu komik.

Henny Ramadhan said...

maaf saya dari indonesia

saya mau beli komik mat som yang sampul orange

saya bisa beli dimana?