Saturday, December 20, 2008

* nota kecil kepada johan jaaffar (datuk)

saudara johan,
saya akan berbangga jika saudara isikan sedikit masa saudara untuk memberi komen saudara terhadap entri/posting bertajuk: `artis sasaran terbaru anwar bagi menangi pilihan raya' dan `anwar ibrahim bakal letak artis jadi calon PKR' (lihat blog: pilihanraya kini). saya akan berbesar hati jika saudara bantu saya `bagi sebijik' terhadap komen itu dan berkata bahawa saudara TIDAK PERNAH membuang masa perkenalkan saya kepada `circle' anwar ibrahim. saya akan seronok jika saudara katakan juga bahawa saya tidak pernah diberi hutang satu sen pun oleh saudara atau anwar hingga memungkinkan saya jadi `sasaran terbaru anwar' dan `jadi calon PKR'. (wah wah wah, kah kah kah!). saya akan berbangga jika saudara `bagi lagi sebijik' kepada penulis blog itu (saudara tentu lebih dipercayai kerana saudara rapat dengan hishammuddin hussein onn) dan katakan bahawa adalah hak saya untuk ke bawah tanah sekali pun!
sila maklum: saya pernah dijemput dan hadir membaca puisi beberapa kali di pentas pemuda umno, pas dan pkr. saya bukan pengikut tegar pas atau pkr atau mca atau mic apatah lagi umno!

* kepada pengomen, saya tidak mengecam johan dalam nota ini, harap maklum.

22 comments:

Pak Oncu said...

padan muko kau johan jaafar.......

kulupSakah said...

ya brader..
kita bukan lintah menumpang hisap darah kat badan kobau..aku nak cadang johan jaafar buat balik teater sang puterinya dan paham betul2

Fa-T said...

ahaha bila nak start kempen.. ahaha..tergelak aku...

azhar said...

blog boleh blog...jangan sampai kena block...

Jake's Daughter said...

huhuhu..sabar j la...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

lantak diorang la bro...oder baru...politikus usang..

..n.e.l.a.y.a.n.R.A.S.A.. said...

AKU DAN GUA..AKU DAN GUA..
tafsiran umat akhir zaman.. aku di pandang gua dibuang... kalau kita AKU..mesti dilayan, kalau kita GUA..mesti kena tendang..

sabar je la bro...

Fa-T said...

poliTIKUS.. memang macm tu... err pak pyan kempen nanti ajak saye... ahaha..tergelak aku...

H.E.H said...

Politik kita, politik suku,gila memburu,kotor dan berbau

one love said...

saudara johan jaaffar tengah draf surat jawapan untuk abg ha!

huhuhuhu

benludin said...

bila besar nak jadi JOHAN..hehe

PaNgoliN said...

johan oh johan...

hafiz said...

memang kalau jenis dato' yang bodoh ni susah sikit. degil. dahla bodoh. benak hati pulak tu.

orangjahat said...

adakah anda pengikut tegar PSM?
:D
hanya untuk pengetahuan peribadi.
sekian.

heretic preacher said...

masih segar di ingatan, scene dlm wayang kembara di mana m.nasir mengajar brader menyanyi lagu keroncong utk ana... klasik! teruskan memblog bagi menampung jiwa muda kami yg kosong...

gurindamjiwa said...

Salam Pyab, aku fikir kau kena kembali menjadi seniman yang tidak memihak seperti dulu. Kalau kau nak kritik, kritik saja. Tapi jangan mempermurahkan kritikan kau sama ada dalam puisi atau apa. Kalau orang kata kau memihak kepada PKR, silap kau juga kenapa pergi melalak di pentas politik. Kau seniman. Pentas kau bukan pentas politik. Kau kena sedar diri kau siapa, jangan main ikut saja. Banyak lagi tempat kau boleh baca puisi selain pentas politik. Jangan bagi diri diperalatkan.

Pyanhabib said...

gurindamjiwa,
saya mahu berkawan dengan semua orang

dariana said...

salam hujung tahun. ada empat jj di bumi malaysia ni. jj penyanyi bertopi tu, jj datuk yg berskandal tu, jj datuk yg dimaksud bro pyan dan jj datuk veteran umno di kelantan. jj juga bererti 'juru junjung' @ kaki bodek @ tukang ampu. ana rasa yg ini maksud bro, jj datuk yg bias banget dlm debat yg tidak debat di tv tu!
kunjungi ana deh!!

gurindamjiwa said...

Aku faham brader, hasrat kau jujur. Aku juga tak nak kau berpuisi di atas pentas UMNO. Aku fikir kau tak patut ikut terjebak dalam politik busuk begini. Kau tahu bukan PKR itu apa. Kau boleh berkawan dengan semua orang tapi kau bukan sembarangan orang. Apabila Pyanhabib berdiri di atas pentas PKR yang sangat busuk dan racun kepada sekelian orang Melayu itu, aku fikir ia sangat tidak wajar berlaku. Pyan, banyak ketika kita tidak sedar orang mempergunakan kita dengan cara pujian, undangan terhormat dan sebagainya. Aku lihat kau telah dipergunakan, maka awasilah sekelian kawan-kawan di sekeliling kau.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

bro pyan...kapitalis, impirealis...biarkan luncai terjun dengan labu-labunya....

Pyanhabib said...

gurindamjiwa,
sesekali bagus dipergunakan orang!

Rieddy said...

Tak kisah di pentas mana..yang penting mesej dan rasa terbuku dapat diluahkan..