Sunday, March 29, 2009

`menunggu kata dari tuhan'

sahabat saya, dinsman akan membawa dan mementaskan naskhah teater `menunggu kata dari tuhan' di dewan bahasa & pustaka, kota bharu, kelantan pada selasa, 31 mac mulai pukul 9 malam. teater ini lakonan solo sabri yunus dengan dibantu muzik langsung sani sudin.
naskhah teater ini ditulis dinsman berdasarkan hadis sahih riwayat bukhari dan muslim, daripada abdullah bin kaab. pementasan ini dibawa khas dari kuala lumpur dan sedikit istimewa kerana ia diadakan hanya satu malam sahaja.
kepada penggemar teater di kelantan, jemputlah menonton.

19 comments:

hai said...

Jauh tu!Bro,lama tak update,ingat dah hilang kat Bkt Gantang....

donmny said...

.....pentaskan dibukit pula. tentu gah

kulupSakah said...

gua ada baca tulisan dinsman pasal teater ni, wahh! bestnya!
gua teringin nak berlakon dalam satu teater yang membariskan nama2 begini- ada brader, tukar tiub, rahmat haron, meor, sani, sabri, wanafisu...
bikin gegar!

dariana said...

salam & terima kasih, ana di rumah dah setahun sebulan sejak discaj spital dulu. sedang afiat dan sejahtera. ana selalu doakan ante afiat & bahagia. buah karya disman tu ana rasa nak g-lihat jugak, larat ke tidak belum tentu untuk panjat tangga dbp timur tu... gerakerja sabri tentu ada umphhh. bila nak mai KB? rumah ana...

nami o fish said...

aiseh..
lu tak pi tengok pun Si Bongkok Tanjung Puteri gua..
huhuuu!!

Fa-T said...

haa selamat...

pye:rudz said...

kirim salam sama orang kelantan

en_me said...

salamm abang pyan.. saper pengarahnyerr..

Qarmadharma said...

aduhhh kelantan.... sgt jauh

semoga sukses

Najwa Aiman said...

Tak ada ke perancangan untuk melebarkan bilangan malam dan lokasi teater tu?

Danielle_Corleone said...

Bro. apa macam ari tu KSJ?

ubilepih said...

Elok benar di tujukan kepada mereka yang dah tak mau mendegar kata-kata Tuhan....ha..ha

kamalariffin said...

masih menunggu kata dari tuhan?? :)

gurau ya...

tentu best niee

aloy_paradoks said...

uuuuu,,,,rugi gua takleh dtg...

DrSam said...

budu ketereh dah jadi bahan kosmetik. Kot dewan penuh bau budu lah pulak :)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

monodrama... ada bezakah dgn "bukan bunuh diri" karya klasik beliau dahulu?
bila nak pentaskan di K.L?

Mamai said...

Dalam kekalutan merebut kerusi sekarang nie elok juga ada hiburan berpengajaran.......

DuRiaN bAsi said...

kawan abang ni agaknya akan pentaskan kat kolumpor tak dalam masa yg terdekat ni??? jauh tu.... ada rasa macam nak tengok ni...

zeqzeq said...

alahai letih sangat nak ke KB hhee..melepas