Sunday, October 11, 2009

Muslim Aid: Catatan kecil

1. Muslim Aid International cawangan Asia telah lama wujud di Malaysia. Yayasan ini diasaskan oleh Yusuff Islam @ Cat Steven pada tahun 1985. Aktiviti kemanusiaannya melangkau sempadan tanpa mengira agama, batas kaum atau warna kulit.
2. Saya mula akrab dengan Muslim Aid.
Saya kenal Saudara Wan Rusli Wan Muda, pengasas Muslim Aid Asia.
Saya membisikkan kepada Sasterawan Negara A. Samad Said.
Saya hubungi sahabat saya, karyawan muzik Ramli Sarip.
Hasilnya, dua legenda ini menyertai kami di Muslim Aid dengan kerendahan hati.
3. Selain berpejabat di Kuala Lumpur, London, Munich dan Sydney, rangkaian Muslim Aid mempunyai pejabat hampir di seluruh dunia.
4. Dan, dengan kemurahan hati rakyat Malaysia melaksanakan ibadah qurban, setiap tahun Muslim Aid membantu memberi makanan kepada beratus ribu mangsa kebuluran di serata dunia.
5. Jika anda ingin beribadah qurban untuk mereka yang benar-benar memerlukan, layari: www.qurbanforlife.com atau telefon: 03-22881996/03-22821996

* Berhati-hati dengan mereka yang mengambil kesempatan `kunun' mewakili Muslim Aid. Hubungi pejabat atau dapatkan info: www.muslimaidasia.com untuk lebih selamat.

18 comments:

benludin said...

ajak mb perak sekali bro

dariana said...

dari jauh...kota bharu..ana setuju sertai.ke arah berfaedah kan? mengapa kita tidak susur..moga kebaikan bertambah! biar kita seronok menjadi penulis, seniman lantikan Allah ini. mari mencari keredhaan-Nya melalui seni.

Pyanhabib said...

benludin dan dariana,
enta dalam senarai
(linkkan web muslim aid dalam blog enta. kata `hikmat' dariana: hidup biar berguna!)

bofoyengfeng said...

emm..menarik ni.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Lu ada nak suruh gua masuk tak?

Relevan said...

Bro pyan...gua boleh join ka?..gua kat Jerantut dlm negeri Pahang..

Basuh Baju said...

bro, gua on je..nak tolong apa? bila? dimana?

natural observer said...

wah kembara seniman jalanan nampak

Sniper said...

berat kata angkat beramai ramai, war2kan program yang akan dijalankan agar kita ramai ramai dapat mengambil bahagian. kalau diizinkan Allah

b.tan said...

salam,

insyaAllah.

hamba said...

err.. yuran brapa bro? hehe
gua on aje..

fatah85 said...

wooo.
kembara seniman jalanan.
kembara seniman dermawan.
kembara seniman yang akan jadi ikutan. :) ;)

Amir Effendi said...

Takyah yuran... free je...
www.muslimaidasia.com
www.qurbanforlife.com

ubilepih said...

JOMMMMMMMMMMM!!!!!

gemagong said...

semoga makin ramai yang akan menyertainya...insaAllah

DeeN said...

Alhamdulillah!
Bleh join beramai2 neh.
:)

Semut Api said...

Gua dah lama joint..
kena renew macam roadtax kereta ke ?

:)

Semut Api said...
This comment has been removed by the author.