Thursday, December 4, 2008

kliff: catatan kecil

sebagai seorang yang `tidak ada kerja', gua sempat jengok simposium filem dunia di pan pasific ballroom sempena kliff 2008 (kl international film festival). simposium berlangsung pada 27&28 november lalu, ia adalah gudang ilmu untuk orang-orang filem. memasuki dewan simposium, yang `gua nampak', ke mana pergi para `bintang filim' malaysia yang veteran dan tidak veteran? ke mana pergi `bintang filim' malaysia yang bersepah glamor itu? untuk bersikap jujur, yang gua nampak dan bertegur sapa dalam simposium itu hanyalah adman salleh, mamat khalid, mansor puteh, shoffi jikan, ebby saiful, que haidar, ahmad tarmimi siregar, sofea jane dan vanida imran...
bagimana pula malam penutup festival pada 29 november? fuh, segala spesies `bintang filim' tiba-tiba muncul dari segenap arah memenuhi segenap ceruk dewan merdeka di pwtc, mereka muncul memperagakan segala yang glamor dan plastik. wajar kita bertanya, dari lubang mana mereka keluar? mereka mempamerkan ilmu atau kehuduhan?

*gua bukan orang pandai filem cuma gua musykil simposium yang diadakan percuma ini tidak dipedulikan oleh mereka yang `bintang filim'!

28 comments:

Raja Hafiz said...

Plastik tu nampak cantik kat luar bang pyan...tapi, jika ianya dibiarkan mereput , 150 tahun pon xkan reput..slagi industri hiburan tanah air diselaputi plastik cmni, susah ianya nak berkembang

p/s: nak bg cadangan, simbah je ngan asid plastik2 ni, biar cepat reput,heheheheh..tabik bang pyan..

p/s2: bila nk berlakon balik bang pyan??wa dah rindu nk tengok lu ni..suruh la si nasir jani jalankan cepat citer bazooka penaka tu,hehehehe...

ummi said...

negra kita rami bintang filem tapi filem berbintang tak banyak dan sudah untuk meninak berapa bintangkah filem kita nih kalau berapa di luar...

p/s : 5 bintang utk blog bang pyan...

Ieda J said...

Plastik2 nih...mmg bersepah...tgk la p supe maket ada plastik..even p market yang hanyir tu pon bersepah plastik en pyan...biasa la tuh...dan yang lagi malang....org x nampak yang asli....yang plastik jugak terserlah....

matakucing said...

"glamour tu ape..plastik". "Oh plastik, plastik..." teringat dialog lu kat kembara seniman jalanan

kulupSakah said...

plastik mr.jeffri, plastikk!!

Lily Abdullah said...

Plastik itu hanyalah untuk melariskan jualan majalah macam Mangga & media seumpanya bang.

Bang Pyan bila mau brlakon lagi. Saya rindu cara encik berrdialog.

Ki Kiey said...

mereka dari lubang spastik!

huh,

pye:rudz said...

nampak benar mereka di dalam industri "filim" untuk peragaan aksesori dan bukan kerana cintakan industri "filim". dan aku tak mau komen tentang bakat mereka.
ini hanya telahan aku yang marhain.

cerpelai said...

Mereka itu bukan bintang glemer..
Mereka itu bintang gila glemer..
Tak layak diberi pangkat 'bintang' pun.. Mungkin mereka keluar dari lubang tikus agaknya.. Memperagakan kebodohan dan kehodohan yang bukan semua orang boleh nampak.. Yang mereka nampak itu cuma topeng.. Isinya hanya 'bintang filim' saja yang memilikinya..!!

Gua pelik laa bro.. yang indah itu jadi objektif sedangkan ianya subjektif.. Mana pergi nilai seni yang sebenarnya?.. Mungkin 'tikus-tikus' tu mampu menjawabnya.. atau mungkin mereka sendiri hanya menggeleng kepala..!!

Salam bro..

kulupSakah said...

bro pyan tolong jawab segera!!
apa yang bro kata dan apa alasan sebenornya masa tu yang bro pulangkan balik award Pelakon Pembantu lelaki terbaik tu hingga Dato Jins terpinga2..masa tu gua tak ngerti sebab gua baru 14 tahun!!

Mr. Sham@poksey said...

Pyan... mu giler pyan... mu memang giler.... dah lama aku tahu mu ni memang giler la bang pyan.... sejak aku tgk citer yang kau berlakon ngan m nasir lagi aku tahu kau dah giler... m nasir pun sama2 giler...

Kau nak marah aku bang pyan? Lu pikir la sendiri....

Anonymous said...

Golongan ini yg byk merosakkan industri seni kita.


P/S : Bro pyan, ada masa jengahlah blog gua, kalau boleh bg komen..
TQ

Fa-T said...

plastik tak luput... yang cantik itu klasik!

bokbon said...

ah..plastik, hidup penuh palsu.

Fazrulls said...

Plastik?? hmm macam bunga plastik cantik dan segar sepanjang masa.. hmm tak macam bunga kertas.. dimamah usia.. hee..

ceri masam said...

a ah kan abg pyan!
terutamanya yang abg pyan tanya banyak kali kat saya tu,
"itu sapa? seksinya..."

hahahhahaahahahahahahaahahah
:p

tak sebut nama saya pun!
ooo lupa, saya lebih cun dari mereka2 itu... kan?

hahahahahha!
rugi smlm takde...
kena pehambat ha? hahahhahahhaha

Ajami Hashim said...

bro, agaknya derang tgh bz tempah baju kat butik & pergi salun & sauna sebelum ke mlm gala? (berbaik sangka).. ayooo! dah mcm pojok gosip pulakkk laa bro!!!

larrikkk!!!

benludin said...

bro pyan,
salah satu filem dokumentari yg dihasilkan oleh Malaya ada dicalonkan,tapi kalah...

ini kisah filem itu:
http://bukuwayang.blogspot.com/2008/11/normal-0-false-false-false.html

aizam said...

Plastik ada dua jenis, plastik biasa & plastik tupperware ha ha ha..

jenis plastik tupperware slalu ada kat parti-parti tupperware. Kalau jenis plastik biasa ni org kelantan kata 'supik rok-rak' bersepah kat kaki lima..

Jorji said...

kalau mereka-mereka itu datang ke simposium,berdebat dan menimba ilmu dah lama 'industri' film kita meletop mcm hollywood la bang..

ni sebab plastik dan asik gila glamer melaram,gossip dan bikini depan swimming pool dan harap diterjah abg nas aje,berlakon macam kayu..

huh..huh..hah..huhh...-dialog citer melayu popular.

Pa'chik said...

bang, lu blakon pat lima pilim... kira bintang pilim gak lah...

Pyanhabib said...

raja,
berlakon balik? dah otai ni, ha!
(bazooka penaka masih dikemas kini nasir jani. heh, tahu-tahu saja!)

ummi,
malaysia banyak bintang tetapi tidak ramai filem!

jake's doughter,
memang bersepah!

matakucing,
`ooooo... plastik, plastik...'

kulupsakah,
nostalgia juga ye?

waterlily,
dah purbakala dah, sapa la nak amek si otai ni berlakon, ha!

kikiey,
dari lubang spastik untuk segala yang logistik!

pye:rudz,
malaysia banyak bintang tetapi sedikit filem.

penakeris,
yes, jawapan tepat: geleng kepala!

kulupsakah,
heh, lu ingat lagi benda yang dah pubakala tuh? aaaa, antara lain gua tolak award tu:
- gua tak reti, tak amek tau pasal festival filem itu.
- gua naik pentas kerana ditolak/ disuruh orang satu meja, gua tak kenal pun
- gua disuruh kawan pegi ke malam festival itu sebagai `orang filim' kerana gua dicalon pelakon pembantu lelaki terbaik untuk filem kembara.....seniman jalanan
- atas pentas tu gua tengok kertas keputusan yang dibaca jins shamsudin, gua diumum menang untuk filem tsu feh-sofiah
- gua yang tak reti basa ni terasa huru hara, lagu mana ni, gua di calon untuk filem kembara.... seniman jalanan bukan untuk filem tsu feh-sofiah (dua filem ini gua terlibat), kenapa pula gua menang filem yang tidak dicalon?
- last sekali, gua cakap atas pentas malam itu atara lain kata gua: `saya mahu ambil gambar' sambil pegang award sebelum letakkan semula pada tempat jins berucap dan blah!
- award tu sekarang dulu ada di pamer kat finas, sekarang mungkin kat galeri perfileman. tak tahu la.
- lain-lain cerita: lepas tolak award tu, gua dok kena tibai dalam paper.
- ok, tuan kulup? :)

mohd sham,
:)

h.e.h,
fa-t,
bokban,
fazrulshahrl,
ha!

Pak Oncu said...

Bro, gue memang dah lamo loyo dgn artis artis plastik malayu ni,,,

pemanduteksi said...
This comment has been removed by the author.
pemanduteksi said...

bro pyan...
tu sebablah filem malaysia tak pernah bersinar sebab takda bintang, yang ada cuma taik bintang jer..
gua bosanlah tengok filem melayu.. layan filem tamil lagi bagus.. dushummm.!!

DeeN said...

'Bintang Filim2' sibuk kut, Pak Pyan.

Er..salam Aidil Adha.

dariana said...

Mereka kejar glemer, fulus masyuuk dan lepas gian berfesyenan dedah mendedah... cari peluang tekel-menekel melayan nafsuuu.

pemikir lapuk said...

mereka2 tu telah diarahkan oleh menteri supaya dtg.....