Saturday, March 7, 2009

ppsmi@keranda 152

ekoran fru menyerang dan menembak tear gas untuk menyurai ribuan peserta perarakan keranda 152, ada akhbar online berbahasa melayu, yang saham-sahamnya milik melayu, yang selama ini mendakwa mereka pejuang bangsa dan bahasa melayu, hari ini dengan bangsat dan celakanya menghina pembantah ppsmi apabila dengan tidak ada rasa kemaluan memanipulasi berita dan mendakwa: `kesemua penyokong bertempiaran lari menyelamatkan diri.....'
celaka!

nota: peserta tidak larikan diri tetapi mengelak amokan tear gas fru.
tanya: di mana akhbar melayu ini sewaktu tear gas amok masjid negara?

38 comments:

Lily Abdullah said...

Bukankah itu perhimpunan yang dihalakan (jika saya tidak salah info)
Ahh! semakin busuk bangsaku.

donmny said...

TUAN

melayu yang kemaluannnya telah dipotong habis oleh bangsanya

Anonymous said...

mantera, kuasa, titah, paksa..
olah bersama.. melayu terbalik..

Jorji said...

jauhkan diri dari media begitu.

boleh sakit jiwa dibuatnya

abdul mubin ismail said...

kah3... kah3... kah3....

Ajami Hashim said...

masakkk!

Fa-T said...

pak pyan... macam ne dgn pak samad janggut...

akhbar melayu adalah yang layak dibuat bungkus daging babi!

Anonymous said...

bila bangsa ku mula gagal, jatuh dan kembali merangkak semula, pada masa itulah 'mereka' semua akan sedar dan terbangun dari tidur

Pyanhabib said...

waterlily,
halal tapi diharamkan
oleh bangsa melayu sendiri.

donmy,
potong habeh!

gaban,
MElayuu!

jorji,
terbakar tak habeh ni, ha!

mubin,
mung memang!

ajami,
nak kena budak ni!

fa-t,
pak samad ok,
sihat walafiat!

Nasirudin Anjud said...

Salam Brade' Pyan,

FRU siram air sebab nampak ada api yang semakin marak.

benludin said...

water lily,
ia cuma dihalalkan selama 5 minit..lepas tu haram kot..:)

bro,
gua baca utusan dan harakah:
-utusan lepas baca gua buat alas punggung...nak buat toilet paper pun ok...
-harakah gua simpan elok2..sbb ada ayat2 quran...

p/s:kita tunggu la esok dia repot brp org yg hadir masa demo...dan tak sabar nak baca komen pak mudin(sia2 angkat keris dulu) pasal demo tadi..

kuchalana said...

pyan,

aku baru tau sekejap ni tentang kejadian dimasjid negara... nampaknya puaka2 ini akan terus membunuh bukan sahaja bahasa melayu tetapi melayu itu sendiri...

cukup menyedihkan.. bak kata pak samad.. terjemahkan semua ini dalam pilihanraya atau ambil kata2 pak hisyam pilihanjalanraya ...

perjuangan musti terus....

tombak karat said...

Pyan,
Apa sebenarnya yang dah berlaku ni. Yang gua faham perhimpunan dbuat atas alasan mereka takut bahasa melayu ni esok jadi sejarah je sebab takde nilai komersil dan nilai ilmiah. Perjuangan ini bukan sahaja untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi untuk kelansungan bangsa melayu.Kalau takde bahasa takdelah bangsa. Patutnya kita orang Melayu beri perhatian atas perjuangan mereka yang tidak berasaskan kepentingan puak dan politik. Biala suara mereka tidak dipedulikan ,ini lah jadinya.Harapnya Pak A.Samad O.K.

R@duan said...

gambar anti PPSMI...
http://suteramalaya.blogspot.com

Danielle_Corleone said...

abg. Inquilab Zindabad! :-)

Anonymous said...

wartawan melayu+pemiliknya yg melayu+pemimpin parti pembela melayu+pengikut parti melayu+melayu bangsat yg lain semuanya sedang menyorok dalam kantung telur masing-masing, sedang menghirup sup lendir telur masing-masing yg ... ...

hafiz said...

pak pyah! benar! mereka bukan sekadar barua dan celaka! malah babi sembelihan yang akan disalai!!!

sinaganaga said...

TV3 lagi puaka - GMP merusuh... Bila masa kami merusuh?

Bang,
Gua dengan Vovin selamat. Kami menyusup lalu di DBP ke Istana Negara. Dato' Baha dengan Marsli kena gas di hadapan Public Bank. Bergabung dengan Prof dan Kak Ainon di Jalan Syed Putra.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

dah macam zionis serang gaza...siallll!!!!!!!!!!

kulupSakah said...

mata wa dan isteri pedih, hati panas!
anak2 wa cool je..

dok cm meor kasi cool!
aisey! handphone jem lak...

daLyaanoon said...

LKS, tak jumpe pon..

sapa celaka?

jawaplah...

Pyanhabib said...

heh,
ya. harap tidak jatuh terus mati!

nasirudin,
masalahnya, air kimia,
pokok pun tak nak hidup!

benludin,
nak rasa tear gas, try siram
mata tu dengan air garam, ha!

kuchalana,
ha!

tombak,
pak samad ok.

raduan,
ya, dah tengok.

danielle,
hah ha ha!

paknik,
senyum pak nik!

hafiz,
semua orang terbakar saat ini

sinaganaga,
gua sendirian. henpon jem tak dapt kontak, dammmmm!

akupentoi,
masjid jadi mangsa

kulup,
lu sekeluarga pendemo tegar,
tuhan tahu.

dalyaanoon,
lks di mana ada demo,
dia ada, lu jangan risau.

Cob Nobbler said...

Masa aku kena BTN dulu,dorang ajar aku satu perkara;

matlamat menghalalkan cara.

inilah cara mereka kalau nak tau.

azhar said...

lawan tetap lawan!!!!!!!!!!!

Naim said...

Oo...itu media putar belit. Kalau diberi pilihan nak bunuh ular dengan bakar akhbar tu, aku bakar surat khabar tu dulu... baru bunuh ular.

naimisa - Tulisan Siber

Giunglaverde said...

Hello
what your blog are talking about?

Lorenzo

Nizam.Ariff said...

Biar sejarah terpahat, sape yang kuburkan 152 tu...orang yg selalu hunus keris Melayu itu...

Tapi, gua rasa dia hunus keris Jambi, bukan keris Melayu, tu sebab la...

Najwa Aiman said...

Akhbar Melayu kan... kan...? Eheks!

sandalkoyak said...

salam pian...
kenapa ponteng petang semalam...
hujan sekadar air bukan batu.gua baca sms lu.

Pyanhabib said...

nami,
menghalalkan cara dengan haramnya!

azhar,
ha, lawan!

naim,
ya, bakar surat khabar dulu, keh keh keh!

mago,
:)

nizam,
kerandakan masa pilihan raya,
mampus dia orang.

nahjwa,
ya akhbar melayu!

matomot,
lu baca sms gua kat lks ka?
gua sendirian. terputus kontak lks, henpon jem.

mohd zul adzuad adam said...

mereka kate usah bawa isu pendidikan ke jalanan,taik la!bawak ke mereka elok2 dorg tempelak,ubah2 kputusan perekse adik2 kami,bile bwak ke jalanan,dorg hentam macm ni!

kalo benar mermartabatkan bangsa,agungkan bahasa la,x payah nak cabul dan rogol macm ni..

ali atan said...

Sang rakus angkasa. Bahasa anda jugak banyak salah. Jadi anda tidak layak menasihati orang mengagungkan bahasa ibunda. Anda perlu masuk kelas belajar bahasa melayu terlebih dahulu.

Hussien, Abu Zaid said...

Melayang-layang pegangan mereka
'POLITICAL SICKNESS'
Luar Melayu, Jiwa English...

p/s; kesilapan ini adalah disengajakan

dariana said...

Kerandakan umno yg tidak mahu berubah. nama ni punya kejadah tidak 'melayu'. kerandakan ia ke jirat saja...

guru besar haneem kaydeen said...

tumpang lalu eh..

yo lorenzo. we are all talking about the stupidity of some quarters who want to diminish the dignity of the Malay language - by totally applying English language into the Science & Mathematic subjects in schools. I suppose you Italians also uphold your language to the very maximum eh?

for more info, go to Kamal :)

waaah..gue spik inklis la pulok! hehe

mamai said...

akhbar melayu yang mana tu utusan meloya and Berita Hairan ker...

kalau dua tu mmg tak hairan pun dengar namanya nyer pun dah loya tekak aku nie.....

kesian kat pak sasterawan negara kita yer...tapi aku respect dia tak akan menggalah

ubilepih said...

Melayu baru yg cilakak

yus_anakmelayu said...

Salam. Saya antara yang terlibat secara langsung dalam perarakan itu. pengalaman berharga. Sajak untuk semua ;

"Suara Bahasa"

Keroyok semua ke satu matlamat
Apa yang ada?
Menarik ribuan manusia
Jalan-jalan jadi sesak
Aku ditengah-tengah mereka!

Satu jam sebelumnya
Sogo seperti biasa
Punya pelanggan dan peniaga
Juga penghuni kaki lima

kemudian tiba gergasi biru
Berperisai menggerunkan
Membuncah hatiku
Bimbang jadi sasaran
Orang sebelah ikut gundah

Entah dari mana
Laungan takbir bergema
Allahuakhbar! Allahuakhbar!
Pelik tapi benar
Pelanggan Sogo jadi pejuang
Sama sama bergerak
Sama-sama sepakat
Ke satu matlamat
Masjid Negara kita berjumpa!

Pada mula aku hanya semut
Kini aku raksasa
Berani mengaplus ketakutan
Pengecut menjadi pahlawan!

Semua gara-gara bahasa
Penentu hidup mahawangsa
Tua, muda, miskin, kaya
Satu suara,seirama, senada
Parasit budaya perlu diseka

Aku? Aku bangga
Aku juga pencipta sejarah bangsa!

yus_anakmelayu (15 April 2009)
Mengimbau kenangan manis 7 Mac 2009
disembur pemedih mata =)