1. beberapa hari lepas, pagi-pagi lagi gua sudah `dikerah' baca puisi sepentas dengan timbalan menteri kewangan satu, chor che heung, yang berucap merasmikan satu majlis tertutup di sebuah hotel di kuala lumpur, yang dihadiri lebih kurang seratus orang penjawat awam.
2. seminggu sebelum itu, gua merembat proton edisi pertama nikbinjidan ke rembau, membaca puisi sepentas dengan anwar ibrahim, mohd sabu dan zaid ibrahim di hadapan hampir lima belas ribu orang awam.
3. dengan bongkaknya gua beritahu, pada dua majlis yang tersebut ini gua bacakan puisi yang sama iaitu `hello malaysia', puisi yang gua tulis pada tahun 1981 dan dibacakan di hadapan yang mulia sultan kedah sempena malam puisi tanah air di universiti utara malaysia juga pada tahun 1981.
4. dan untuk menambahkan kebongkakan gua, gua beritahu: sejak 1981, sudah berpuluh ribu orang mendengar gua bacakan puisi ini sama ada di bawah tiang lampu (central market) atau di atas tiang lampu (universiti).
5. idea menulis puisi ini tercetus sewaktu gua dalam satu kereta dalam perjalanan ke uum melalui jalan kampung bersama sahabat gua, penulis sutung umar rs dan jins shamsudin (tan sri).
6. gua mudah lupa, sama ada dr mahathir mohamad (yang patut terus jadi pm) juga pernah mendengar gua bacakan puisi ini tetapi gua salut dr mahathir mohamad kerana sewaktu jadi pm, dia biasa jengok gua dan kawan-kawan gua baca puisi di bawah tiang lampu.
7. puisi ini juga diharamkan oleh lembaga penapis filem daripada disiarkan oleh tv pada tahun... (lupa. tv mana satu, lupa. boleh rujuk akhbar)
*ceh, rupanya sudah berpuluh tahun gua bikin dan bacakan puisi pasal malaysia, berpuluh tahun sebelum orang sibuk pasal ONE malaysia!
(...gua rasa mahu sambung lagi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
49 comments:
first...hehehe..gua caya lu osman tikus
Salute!!!!!!!
gua mau tunggu sambungan..baru mau gulung...hehe
tabik pak pyan... vision oooo!!!
binjidan, ubilepih,
laju lu orang nih!
benludin,
gua sambung lepas raya,
kah kah kah!
fa-t,
tabik sama gua!
(dalam hati: padan muka1)
inilah hello malaysia yang di bacokan di kampung selomak aritu!
ni pusi yang lu baca kat filem, Rozana...cinta 87 tu ker
Kalau tak kisah, aci tak nak mintak tuliskan sajak tu kat sini...saya tak perasan la yg mana satu.... :)
amar.
yo, sajok yang esei baco kat solomak malam tu.
matakucing,
gamaknya. lupaaaaa!
(kalau intro dia bunyi: asalamualaikum/hello malaysia, apa khabar.... dia la tu!)
Macam seluar bell
bottom
Ini zaman recyle
jangan bongkak... nanti tuhan marah... ehhee...
sambung brader..sambung..
pyan boleh tak lu siarkan penuh kat blog lu.. puisi hello malaysia tu (kalau tak silap gua tajuk nya dulu apa kabar malaysia).. mungkin ada perubahan dalam puisi tu .. sbb dulu lain skrg dah lain...gua minat sangat ngan puisi lu tu..
abuyon,
yes, selain kitar semula,
sajak ni tahap bundle, hah ha!
pye:rudz,
yes, tuhan marah!
bofo,
...bersambung.
bazaie,
yes, tajuk asal apa khabar malaysia. sajak ni tak pernah siap-siap. wa malas taruk dlam blog sebab ada blog yang posting sajak yang dicampur aduk dan beredar dari blog ke blog konon sajak gua.
Bro wa nak mintak tolong lu publish sajak APA KHABAR KHIR TOYO !!!
itu sajak tak mau blook kan ke??? atau blogkan ????
"hello malaysia" 1malaysia mesti dibaca, pendengar diutamakan..... ngan bangganyer teman "tabik spring" same mike
ceh! bongkak sungguh!pemalas pulak tu!
memang hebat
memang patut mahathir jadi PM
pastu jadi agong
ha ha ha
Salam
Tumpang baca pak ~
entahnya dah lama malasia ini satu ajer
ganti najib ah. ;)
cool.
salam.....
satu malaysia satu pyanhabib!!!
hahaha!!!
hallo pyan..
Pyan,,,,,,,,,,, lu sompek ke rayo tahun ni,,, den doa kan ekau poso ponuh dan berayo sakan,,,, kalau datang ko ghombau lu cari den ,,,,,
kagum...
bawah lampu dah.. atas lampu pun dah.. bila pulak nak baca dalam lampu???
bawah lampu dah.. atas lampu pun dah.. bila pulak nak baca dalam lampu???
Salam bro..
Satu malaysia
satu niat...
' sahaja aku berpuasa pd bulan ramadhan....' (tolong sambung...)
*slamat berpuasa..
@abuyusof,
Dalam lampu itu, jin
bukan pyanhabib
Cuba tanya Jin
Shamsudin
:)
hello Malaysia..........kesaksian jeritan suara brader pyan.
hentam lagi pak,hentam lagi!one malaysia makmur,haha!sambung terus pak.
PADA PAK PYAN,SALAM RAMADHAN,SEMOGA BEROLEH RAHMAT DENGAN TULISAN2 JIHAD NI.
TAKBIR!
ni kalau kira pasl royalti baca puisi tu jek, dah berapa kali tuh bro...amcam?merc dua pintu lah apalaga!
diaorg tu ketinggalan bro...hehehe
TAHNIAH...salam ramadhan kareen semoga dtg ramadhan memberi kita rahmat dan keampunan.semoga bro lebih bahagia, insya Allah.
baca ayat2 Allah!
Bongkak dan attitude adalah ciri - ciri seniman sejati:)
bongkak sampai terbongkok2..
dengan bongkaknya saya tabik kat bro...bro memang hebat, karya yang akan menjadi khazanah negara
Meh kawan, kita taraweh
ini malam
Hey, satu malaysia kita
taraweh
Siapa imam - pak lah, che det
atau PM
jom
sambung memang pasti kena sambung
tapi bila?????
Salam Pyanhabib,
"selamat berpuasa".
apa saja kalau pencetusnya adalah org yg amat ternama ia akan jadi apa-apa, kalau pencetusnya bukan siapa-siapa maka tak jadi apa-apalah!
Satu malaysia bukan perkara baru, baru pada istilah tu sajeeee ahahahahahahahha
tapi anda? satu nama besar (bukan nak puji nak bagitau yg saya tau)
Selamat menjalani ibadah puasa!
nak teka2, LPF pancung puisi ni utk konsert merdeka m.nasir tahun 2001, benarkah?
hadi,
ya, puisi itu untuk konsert merdeka m nasir (tahun 2001?)
sahih 2001, sebab album phoenix bangkit keluar 2001. aidiladha tahun sama LPF pancung filim tjoet nja dhien dari ditayang kat ntv7 atas sebab 'takut bayang2 sendiri'
LPF ni pun dah mcm orkestra RTM, bak kata osman tikus, dari dulu sampai sekarang, macam tuuuuuuuu jugak!
asalam pyan...
lu nak baca pa lu baca lah...yang penting niat mesti ikhlas. kerja mesti jujur. gue perati ramei yang gilakan dunia, hatta, akhirat ditinggalkan. depa ingat depa takan mati mati. lu jangan ikut depa, pyan...gue sayang lu...last sekali kita jumpa kat kpg baru, taon 1995...masihkah lu ingat pyan..??
Tak penah dengar sajak tu atau mungkin tak perasan, 1981 saya baru setahun. kalo lepas2 tu abg pyan baca kat bawah lampu pon, mungkin saya tak berkesempatan berada dibawah lampu yg sama. Ada chance tak nak dengar sajak tuh?
gua dgn bongkak kata gua ada simpan sajak Pyanhabib..
hehehe
j or ji: wah.. bongkak sungguh ekk.. bak la.. nak baca..
memang awak seorang yang bongkak, walaupun baca puisi satu malaysia tp tk akan jadi perdana menteri kerana awk seorang pemuisi smpai bila2
Post a Comment